SAC 29

Romance Completed 94725

SUDAH hampir seminggu juga mereka bersembunyi di hotel budget ini. Dia juga sudah muak tinggal di sana.

Mana tidaknya, penghawa dingin yang ada sentiasa rosak. Begitu juga setiap malam kedengaran bunyi muzik yang kuat. Memang tidak selesa.

Rayyan baru keluar dari bilik air tersenyum sinis melihat kemuraman di wajah Rita.

"Tak yahlah you nak bermasam muka. Macam tak biasa. Inilah kehidupan 'pelarian'." Rayyan sengaja menekankan perkataan pelarian itu.

"You diamlah! You ni pokai sangat ke sampai nak tinggal kat hotel murah macam ni?"

Rayyan sedang menyikat rambutnya dengan rapi. Dia kelihatan kemas sekali.

"Rita... Like I said, kita ni pelarian. Kalau I ni guna kad kredit I mestilah dia orang tahu kita kat mana."

Rita mendekati Rayyan. Dia memaksa Rayyan berpusing ke arahnya.

"You bagitahu I sampai bila kita nak sembunyi macam ni? You sanggup hidup susah macam ni?"

Rayyan tersenyum manis. Dia mencuit dagu Rita.

"Rita sayang... Kalau kita nak dapatkan sesuatu tu perlukan kesabaran. Kalau you marah-marah macam ni semua impian you akan musnah."

"Sabar? Dah seminggu kita terperuk dalam bilik ni apa yang you buat? Nothing!"

"Rita..."

"Dah! I tak nak dengar apa-apa lagi. I nak you cari Haura dengan Ika. Dapatkan bukti tu balik. Or I akan bagitahu Dee tentang hal ni."

"You jangan berani ek Rita! You selamat selama ini sebabkan I. I yang simpan rahsia terbesar you."

"Oh! So, sekarang ni you nak ugut I?"

Rayyan mengeluh kuat.

"Okey, I'm sorry. Look..." Rayyan memegang bahu Rita.

"Kita tak ada pilihan. Nak ke tak nak... Kita kena tinggal kat sini. I janji dengan you... I will figure it out, okay?"

Lambat-lambat, Rita mengangguk.

"So... Now." Rayyan memandang ke arah katil.

"No... I tak ada mood." Rita terus duduk di birai katil.

Rayyan menahan geram apabila permintaannya ditolak oleh Rita. Tetapi Rayyan cepat-cepat menarik nafas untuk menenangkan dirinya.

"I lapar... I pergi beli makanan untuk kita. I'll be right back."

Sepeninggalan Rayyan, Rita mengambil beg pakaian Rayyan. Dia mencari sesuatu di dalam beg itu.

Seluk punya seluk, dia menjumpai sebuah sampul. Dia membuka dan melihatnya. Sejumlah wang yang banyak di dalamnya.

"Wow, hebat ek kau Rayyan. Kau ada duit berlambak macam ni tapi kau kata tak ada duit. Dasar penipu!"

Tanpa menunggu lagi, Rita mengambil wang itu lalu dimasukkan ke dalam beg tangannya. Dia mencapai bagasinya. Semua pakaiannya diletakkan di dalam bagasi itu.

Dia sudah sedia untuk keluar dari situ. Tiba-tiba dia terlihat kunci di atas meja.

"Aha! Kunci kereta. Well... Aku pergi dulu." Rita mengambilnya dan keluar dari situ.

SEMAKIN hari semakin teruk keadaan Aiman. Dia mula bertindak agresif. Semua orang termasuk jururawat dan doktor tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik wadnya.

Pagi, petang, siang dan malam, hanya memikirkan Isya. Keinginannya cuma satu ingin bersama dengan Isya.

"Puan Jamilah?" tegur seorang jururawat. Jamilah terus mendongak ke arah jururawat itu.

"Ya, ada apa-apa ke?"

"Tak ada cuma doktor panggil puan. Mari saya bawa puan ke bilik." Jamilah mengangguk. Dia mengekori jururawat itu ke bilik Dr. Kamil.

Di dalam bilik Dr. Kamil, Jamilah diberitahu tentang keadaan Aiman.

"Doktor... Anak saya ada peluang untuk sembuh?"

"Ada Puan. Tapi..."

"Tapi apa doktor?"

Dr. Kamil membuka laci. Dia mengeluarkan sebuah fail dan memberikannya kepada Jamilah.

"Fail apa ni, doktor?"

"Puan baca dulu."

Jamilah meneliti isi kandungan fail itu. Matanya terus terbeliak.

"Dok... Apa yang doktor merepek ni?! Anak saya akan sembuh! Saya tahu!"

"Puan... Bersabar puan."

"Tak! Saya akan keluarkan anak saya dari sini. Saya akan bawa dia jumpa doktor lain." Jamilah mahu pergi tetapi Dr. Kamil menghalang.

"Puan! Puan boleh pergi mana-mana doktor sekali pun tetapi anak Puan tetap sama."

Jamilah memandang tajam wajah Dr. Kamil.

"Doktor bukan tuhan. Jadi, doktor tak ada hak untuk tentukan masa depan anak saya." ujar Jamilah dengan tegas.

Dr. Kamil mengeluh panjang.

"Ya, saya bukan tuhan. Tapi memang tugas saya untuk beritahu perkara sebenar. Saya tak nak beri harapan pada keluarga pesakit saya."

"Tapi saya akan terus berharap. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya sembuh. Doktor ingat itu."

Jamilah keluar dari bilik Dr. Kamil. Dr. Kamil hanya mampu memandang sahaja. Dia sudah cuba menjelaskannya dan selebihnya terpulang kepada Jamilah sama ada mahu mendengarinya ataupun tidak.

HARI ini, Isya dan Aiden merancang untuk berkelah di sungai berdekatan. Senang kata, mahu ber'dating'.

Penuh satu bakul itu dengan bekas makanan. Ada mi goreng, karipap dan banyak lagi. Untung umi seorang yang rajin memasak.

"Ini umi dah sediakan semua. Habiskan makanan ni... Jangan membazir." Mastura memberi nasihat.

"Baik umi. Kami janji... Balik nanti semua makanan ni licin." ujar Aiden.

Mastura ketawa kecil.

"Dah... Pergi cepat. Nanti lambat balik." Mereka berdua mengangguk faham.

Setelah bersalam-salaman, mereka bertolak ke sungai yang tidak jauh dari rumah Mastura. Tidak sampai setengah jam, mereka tiba ke destinasi mereka.

Sementara Aiden mengeluarkan barang-barang di dalam kereta, Isya mencari tempat yang sesuai untuk mereka berkelah.

Tiba-tiba dia tergelincir masuk ke dalam sungai. Aiden ketika itu sedang meletakkan barang, terkejut melihat Isya tergapai-gapai di dalam sungai.

"Isya!" Aiden terus terjun ke dalam sungai. Dia berjaya membawa Isya naik ke atas darat.

"Isya? Sayang?" Aiden menampar-nampar lembut pipi Isya.

"Abang?"

"Ya Allah, alhamdulillah!" Aiden mengucapkan rasa syukur kerana isterinya tidak apa-apa.

Aiden mendukung Isya menuju ke sebatang pokok besar di hujung sana.

"Abang... I'm sorry." Aiden menggeleng.

"No, sayang. Abang yang cuai. Kalau..." Isya meletakkan jari telunjuknya di bibir Aiden.

"Jangan cakap bukan-bukan. Ini bukan salah sesiapa, hmm?"

"Kita balik. Sayang pun dah basah lencun." Isya memuncungkan bibirnya. Aiden tertawa.

"Okey sayang. Abang angkat barang-barang ni dulu lepastu kita balik."

"Okey. Sayang tunggu sini."

Setelah semua barang diletakkan semula ke dalam bonet kereta, mereka bertolak pulang ke rumah. Hajat mereka untuk ber'dating' tidak kesampaian.

Namun Aiden sudah merancang sesuatu yang lebih romantis untuk Isya.

IKA baru pulang dari membeli makanan, bergegas masuk ke dalam rumah. Dia melihat sekeliling dahulu sebelum menutup pintu.

"Haura! Aku dah balik!" ujar Ika. Dia meletakkan bungkusan makanan di atas meja di ruang tamu.

Sejenak, Haura muncul dalam keadaan baru lepas mandi.

"Haih... Matahari dah tegak baru nak mandi?" perli Ika. Haura tersengih.

"Ala... Kau dengan aku aje kat dalam rumah ni."

"Memanglah tapi kalau dah busuk... Aku pun tak ingin nak tinggal sama dengan kau."

"Amboi! Dahlah... Aku lapar nak makan." Haura selamba mengambil sebungkus makanan itu lalu dimakan dengan penuh nikmat.

Ika menggeleng sebelum turut menyertai Haura. Tiba-tiba telefon Haura berdering. Dia melihat skrin.
Nombor tidak dikenali.

"Siapa ni? Ah lantaklah!" Haura sambung makan tanpa menjawab panggilan itu. Namun sekali lagi telefonnya berdering.

Haura merengus, dia menjawab.

"Hello! Siapa ni?!" soal Haura dengan nada yang kasar.

Bukannya jawapan malah ketawa yang didengarinya.

"Hey! Jangan main-mainlah!"

"Hai, Haura sayang. Ingat I lagi tak?"

Kunyahan Haura semerta berhenti.

"R-Rayyan?" soal Haura tergagap-gagap.

Ika sedang enak makan juga berhenti apabila nama Rayyan disebut.

"Yes, it's me Haura. Your beloved lover, Rayyan."

Haura memandang Ika dengan wajah gelisah. Ika memberi isyarat kepada Haura untuk bertenang.

"Kenapa diam? Takut? Ke you pelik macam mana I boleh dapat nombor you walaupun you dah tukar nombor?"

"M-Mana ada I takut. You ugutlah I banyak mana sekalipun, I tetap akan berikan bukti tu kat polis. Biar you meringkuk dalam penjara." Haura memberanikan diri.

Rayyan ketawa kuat, "Haura... Haura... Memang bodoh dari dulu. Takkan I ni nak biarkan you bagi bukti tu kat polis. Come on, Haura!"

"Macam I cakap tadi, I tetap akan bagi bukti tu."

"Okey... Let's see. Sama ada you or I yang akan menang. Hahaha!"

Haura terus memutuskan talian. Dia mencampakkan telefon di atas sofa.

"Haura..." Ika duduk di sebelah Haura. Dia mengusap-usap bahu Haura.

"Ak-Aku penat, Ika. Aku dah tak larat lagi nak tanggung semua ni." Haura menangis teresak-esak.

"Haura... Aku kan ada. Apa pun jadi aku tetap ada dengan kau. Kau kena sabar, Haura."

Haura menggenggam tangan Ika.

"Ika... Kalau jadi apa-apa kat aku, kau kena serahkan bukti ni kat polis."

"Haura..."

"Janji dengan aku, Ika." potong Haura.

"Tapi Haura..." Pandangan Haura membuatkan Ika tidak dapat meneruskan bicaranya.

Ika mengeluh panjang, "Okey, aku janji. Aku akan pastikan dia orang bertiga meringkuk dalam penjara. Aku takkan lepaskan dia orang."

Mereka berpelukan, mengumpul kekuatan untuk menghadapi apa jua rintangan yang mendatang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience