SAC 12

Romance Completed 94725

FAIL di atas meja ditolak dengan kasar. Rita menghentak-hentakkan kedua-dua kakinya menandakan protes.

"Kurang ajar ek kau perempuan? Sampaikan Aiden pun dah tak kesah pasal aku." marah Rita sendirian.

PINTU dibuka dari luar, Rita muncul di muka pintu.

"Boleh I masuk?" Aiden mengangguk sedikit.

"Aiden... Boleh tak kalau hari ni I minta half day? Sebab I nak pergi klinik." ujar Rita dengan nada lemah.

"You sakit apa?" tanya Aiden tapi matanya fokus pada fail di depan mata.

"I period pain. You tahu kan macam mana sakitnya perut I ni bila first day period?" Rita menekan-nekan perutnya seperti sedang menahan sakit.

Aiden tidak membalas, dia terus membuka laci mejanya. Dia mengeluarkan pil tahan sakit lalu dihulurkan kepada Rita.

Rita mengambilnya dengan senyuman lebar.

"Thanks. You ingat lagi kan yang I memang makan pil ni setiap kali I period. Maknanya, you masih sayangkan I lah kan?"

Aiden ketawa sinis.

"Okeylah, I keluar dulu." permisi Rita. Ketika Rita mahu memulas tombol pintu, Aiden bersuara.

"Actually, I simpan pil tu untuk Isya. Sebab dia pun selalu sakit macam you." Rita terus berubah riak wajah. Kegembiraan yang dirasai hilang serta merta.

"You know what? I don't need it anymore!" Rita mencampaknya ke atas lantai. Dia terus keluar dari bilik Aiden.

"AKU takkan biarkan kau kahwin dengan Aiden. Aku sanggup buat apa saja asalkan aku dapat kau, Aiden."

Itu janjinya yang pasti.

ISYA tidak berhenti tersenyum apabila memikirkan tentang kejadian pada malam semalam.

PIN, PIN!

Bunyi hon kereta kedengaran kuat dari luar rumah. Isya sudah bersiap sedia menunggu di ruang tamu, terus keluar dari rumah.

Dia menghampiri kereta Aiden.

"Hai!" sapa Isya sebaik Aiden berdiri di hadapannya. Aiden tidak membalas. Dia tergamam seketika.

"You look so beautiful, Isya." Pujian Aiden membuatkan Isya tersipu malu.

"Eh, jomlah. Nanti lambat pulak. Kesian parents awak tunggu kita lama." ujar Isya.

"Okey, jom." Aiden membuka pintu kereta dan memberi ruang untuk Isya masuk. Dia persis seorang lelaki budiman.

Di dalam kereta, Aiden tidak habis-habis mencuri pandang ke arah Isya.

"Ehem! Tak baik pandang anak dara orang." Aiden segera memandang jalan.

"Mana ada. Saya memang suka pandang sana sini bila memandu. Baru tak bosan." nafi Aiden.

'Eleh! Macamlah aku buta sangat sampai tak nampak mata dia tu asyik pandang aku aje. Aku tahulah aku cantik malam ni tapi janganlah tunjuk sangat.'

"Tak baik tau mengutuk bakal suami." Kini, Isya pula terpukul dengan kata-kata Aiden.

"Mana awak tahu? Awak tak dengar pun apa yang saya cakap." Aiden tersenyum.

"Okeylah... Perempuan selalu menang kan?" Isya mengangguk tanda bersetuju.

"Btw, thanks sebab pakai dress warna hitam. Saya memang suka perempuan pakai warna hitam."

"Kenapa?"

"Sebab... Perempuan pakai hitam, dia nampak lebih elegent dan mahal." Isya hanya beriak biasa sahaja. Tapi di dalam hati, berbunga-bunga.

"EEE! Sukanya hati! Tak sangka yang dia tu romantik. Betul lah orang kata, tak kenal maka tak cinta." Isya berguling-guling di atas tilam.

Tiba-tiba, Imran masuk ke dalam bilik Isya.

"Hey! Duk terguling-guling tu dah kenapa? Kena sampuk ek?" soal Imran sambil bercekak pinggang di muka pintu.

Isya segera bangkit lalu duduk di pinggir katil.

"Ala... Jealous lah tu."

"Eh, tak ada masa abang nak jealous tau."

"Hah! Abang Im datang sini nak apa?"

Imran tidak menjawab malah melabuhkan duduk di sebelah Isya.

"Abang nak bincang tentang Isya dengan Aiden."

"Nak bincang apa?"

"Abang nak Isya kahwin dengan Aiden minggu depan." Isya terus membeliak.

"Ya, abang tahu terlalu cepat tapi abang buat ni sebab abang sayangkan Isya."

"Tapi kenapa?"

"Aiden saja yang boleh bebaskan Isya dari seksaan bonda. Isya sanggup ke lagi nak duduk dalam rumah yang macam neraka tu?" Isya terdiam seketika.

"Isya sendiri tak ada jawapan tu, bang. Kalau ikut hati Isya ni, dah lama Isya nak pergi jauh dari bonda, walid, semua orang. Tapi dia orang tetap keluarga Isya kan?"

Imran mengeluh.

"Dahlah, Isya. Sekarang ni... Isya kena ikut cakap abang. Kahwin dengan Aiden, hmm?"

"Aiden setuju ke?" Imran mengangguk.

"Isya kahwin ek?"

Setelah lama berfikir, Isya membuat keputusan.

"Isya percayakan abang. Isya setuju kahwin dengan Aiden." Imran terus meraih tubuh kecil adiknya itu.

"Abang sayang Isya."

"Isya pun."

"MINGGU depan?! Kau gila ke apa Aiden?" soal Rayyan bercampur amarah.

"Ini keputusan Aiden. Aiden bukan buat keputusan sesuka hati." bidas Aiden.

"Eh, kau sanggup buat apa saja kan demi perempuan tu. Kau yakin ke dia pun boleh korbankan apa saja demi kau?"

"Sudahlah! Papa yakin dengan keputusan Aiden. Aiden tahu apa yang terbaik untuk dia. Lagipun papa dengan mama dah suka dengan budak Isya tu. Baik, hormat orang tua." Kini, Tan Sri Ahmad pula bersuara.
Rayyan tetap tidak puas hati.

"Ini bukan soal suka atau tak. Ini masa depan Aiden. Rayyan tak percaya dengan perempuan tu."

"So, inilah sebab kau tak kasi aku kahwin dengan Isya kan?"

"Ray... Kenapa Ray nak halang Aiden kahwin? Apa yang Isya dah buat sampai Ray tak percayakan dia sampai macam ni sekali?" Puan Sri Aminah juga tidak mengerti akan Rayyan.

"Semua orang dalam rumah ni dah kena bomoh dengan perempuan tu. Sebab tu nak sangat terima dia masuk dalam keluarga ni."

"Rayyan! Kau jangan nak biadap. Yang kau kutuk tu bakal isteri aku."

"Asal kau tinggalkan Rita? Aku rasa kau sukakan Rita dari zaman kolej lagi. Isya tu tak sampai sebulan kau kenal dia."

"Memang tempoh perkenalan kami singkat tapi itu tak bermakna cinta tak boleh berputik. Pasal Rita pulak, hati manusia boleh berubah kan?"

Rayyan tersenyum sinis. Dia menepuk-nepuk tangan di wajah Aiden.

"Pa, ma... Boleh tengok sendiri kan yang anak mama ni dah kena bomoh. Mana boleh berubah hati macam tu aje. Mesti dia ada letak minyak pengasih ke apa ke sampai Aiden tergila-gilakan dia."

Aiden tidak dapat menahan amarah. Dia menumbuk pipi Rayyan.

"Aiden!" Puan Sri Aminah berlari mendapatkan Rayyan yang terduduk di atas lantai sambil memegang bibirnya yang berdarah itu.

"Apa Aiden buat ni? Ini abang Aiden lah!"

"Ma... abang ni dah melampau. Suka hati aje kutuk tunang orang."

"Kau sanggup bergaduh adik-beradik semata-mata sebab perempuan tu kan?"

"Memang! Sebab aku cintakan dia." Aiden terus berlalu dari situ.

Tan Sri Ahmad menggeleng kepala melihat perangai kedua-dua anak lelakinya itu. Masing-masing tidak mahu mengalah.

SEJAK dari hari itu, dia menjadi murung. Dia tidak keluar dari biliknya langsung. Makanan dan minuman langsung tidak dijamahnya.

"SAMPAI hati awak buat saya macam ni kan? Awak tak fikir langsung tentang perasaan saya, maruah saya?" Suara Isya tertahan-tahan dek menahan tangis.

"Saya minta maaf, Isya. Saya menyesal dengan apa yang saya dah buat."

"Tak... Saya takkan maafkan awak. Apa yang awak dah buat ni, dah melampau."

"Isya. Isya kalau awak nak hukum saya, saya terima. Tapi tolong... Jangan benci saya." Isya menggeleng-geleng kepala.

"Setiap detik bila saya terpaksa menanggung malu disebabkan perbuatan kejam awak ni... Banyak tulah benci saya pada awak." Isya terus bangkit dan meninggalkan restoran.

"Isya! Isya!" panggil Aiman sambil mengejar Isya dari belakang.

Namun Isya langsung tidak mengendahkannya. Dia terlalu kecewa dengan Aiman.

"BODOHNYA saya, Isya. Saya terlalu ikutkan perasaan. Dan sekarang... Saya dah hilang awak buat selama-lamanya." Aiman menangis teresak-esak.

Jamilah di luar bilik Aiman turut menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience