AIDEN berlari masuk ke dalam hospital di mana Isya dimasukkan. Dia terus ke kaunter pertanyaan.
"Tumpang tanya, ada pesakit... Nama Isya... Isya Imani binti Daud?" soal Aiden sambil tercungap-cungap.
"Sekejap ya encik?" Aiden mengangguk.
"Ada... Bilik 125, tingkat 2." beritahu jururawat tadi.
"Okey, terima kasih."
Aiden bergegas menuju ke lif. Sewaktu di dalam lif, jantungnya berdengup kencang. Perasaan risau semakin menebal di dalam dirinya.
"Ya Allah, janganlah jadi apa-apa kat Isya." doa Aiden tanpa henti.
Sebaik sahaja lif berhenti di tingkat 2, Aiden terus mencari bilik wad Isya. Sibuk mencari, dia terlanggar seseorang.
"Sorry, encik!" Saya... Ray?"
Rayyan terus cuak.
'Macam mana Aiden boleh ada kat sini?'
"Kau buat apa kat sini?" soal Aiden, musykil.
"Oh... Ni... Aku... Kawan aku accident. Aku pergi lawat dialah." jawab Rayyan, gugup.
"Oh, jadi kawan kau macam mana? Teruk ke?"
"Dia... Dia... Hah! Dia koma."
Aiden agak pelik dengan reaksi Aiden namun dia biarkan saja. Perkara penting yang dia perlu lakukan sekarang ialah berjumpa dengan Isya.
"Eh, kau buat apa pula kat sini?"
"Ray aku dah jumpa Isya. Dia dimasukkan kat hospital ni."
"Wait... Macam mana kau boleh tahu? Siapa bagitahu kau?"
"Itu semua tak penting, Ray. Sekarang ni aku nak jumpa Isya. Lepastu aku nak bagitahu keluarga dia."
"Tak boleh!" Pantas Rayyan mencantas kata-kata Aiden.
"Hah?"
"Tak... Maksud aku... Biarlah Isya betul-betul dah okey baru inform keluarga dia. Yelah... mesti keluarga dia risau kalau dapat tahu keadaan dia macam ni kan?"
Aiden berfikir sejenak sebelum bersuara kembali.
"Betul jugak tu. Eh, jomlah ikut aku cari wad Isya."
"Erm, aku sebenarnya ada hal nak uruskan pasal kawan aku tu. So..."
"Oh tak apalah. Nanti apa-apa kau bagitahu aje aku."
Rayyan mengangguk.
Sepeninggalan Aiden, Rayyan segera menghubungi Haura. Dia pasti Ika dalang di sebaliknya.
SETELAH sekian lama, bilik arwah tidak dibuka, hari ini dibuka jua oleh Daud. Rasa rindu mula menerpa dalam dirinya. Hiasan di dalam bilik ini langsung tidak berubah.
Daud masuk lalu mengatur langkah menuju ke almari baju yang masih tergantung kemas baju-baju arwah di dalamnya.
Sepasang baju kurung kebaya milik arwah diraih. Lalu, dicium lama baju itu. Masih berbau seperti arwah.
Tiba-tiba dia terlihat sebuah peti kecil berwarna coklat gelap. Dia menyimpan baju kurung kebaya itu lalu mengambil peti kecil itu.
Dia duduk di birai katil. Peti kecil itu dibuka. Seutas rantai berloket berbentuk hati serta sepucuk surat disimpan di dalamnya.
"Ya Allah, rindunya abang pada Ina. Kasih dan cinta abang pada Ina tak pernah mati dari dulu sampai sekarang."
Surat itu dibaca dengan penuh penghayatan.
'Wahai suami tercintaku, Daud,
Tujuan Ina tulis surat ini untuk beritahu abang suatu kebenaran. Ianya tentang mama. Ina tak tahu bila surat ini akan dibaca oleh abang tapi Ina percaya kebenaran akan terbongkar jua.
Abang, Kemalangan Ina bukan sekadar kemalangan biasa. Kemalangan ini dirancang oleh mama sendiri. Ina dapat tahu perkara ini sehari sebelum kemalangan itu terjadi. Ina tak mampu untuk elakkan kerana Ina sayangkan abang dan anak-anak kita. Jadi, Ina sanggup berkorban nyawa untuk kamu semua
Abang, Ina cuma minta satu perkara dari abang. Ina nak abang jaga Imran dan Isya. Jangan biarkan mereka berpisah. Nyawa mereka dalam bahaya kalau mereka tidak bersama.
Ina harap abang dapat tunaikan permintaan terakhir Ina ini. Ina sayang abang. Ina sayang Imran dan Isya. Abang, cinta Ina sentiasa ada dalam hati abang.
Isteri abang,
Ina.'
"Astaghfirullah!"
Setelah membaca surat itu, terus dadanya terasa perit. Dia menggegam dadanya kuat.
"Mama! Kamy!" panggil Daud.
Walaupun sedang mengerang sakit, Daud sempat menyembunyikan surat itu. Dia tidak mahu Huda atau Kamelia mendapat tahu tentang surat itu.
Tidak lama kemudian, mereka berdua muncul.
"Abang!" Kamelia terus berlari ke arah Daud.
"Mama, call ambulance cepat!"
'Maafkan abang, Ina. Abang gagal selamatkan Imran. Tapi abang janji, abang akan lindungi Isya walaupun nyawa abang menjadi galang gantinya.'
KEADAAN Aiman semakin buruk, setiap hari dia berbicara sendiri. Dia seperti di dalam dunianya sendiri.
Jamilah sudah membawa Aiman berjumpa dengan ramai doktor pakar tetapi tiada perubahan. Aiman tetap sama seperti sebelum ini.
Hari ini, Jamilah tekad untuk berjumpa dengan Isya dan meminta Isya untuk melawat Aiman. Dia pasti keadaan Aiman akan bertambah baik selepas pertemuan itu.
Tiba di rumah Isya, Jamilah menekan butang loceng tapi tiada siapa yang membuka. Jamilah mencuba sekali lagi tapi tetap sama.
Jadinya, Jamilah membuat keputusan untuk pulang dahulu. Dia akan datang semula esok.
Tiba-tiba, seseorang menyapa dia.
"Assalamualaikum!" sapa seorang wanita lingkungan 40 an.
"Waalaikumsalam!"
Mereka bersalaman.
"Puan cari siapa?" soal wanita itu.
"Ini rumah Puan Huda kan?"
"Hah, betul lah tu. Tapi dia orang tak ada kat rumah. Daud anak Huda masuk hospital kena serangan jantung." jawab wanita itu.
"Oh ye ke? Jadi, dia orang kat hospital lah ni?"
"Aah, ya... Tak apa nanti bila dia orang dah balik saya bagitahu yang puan..."
"Jamilah."
"Nanti saya bagitahu Puan Jamilah ada datang sini." Jamilah mengangguk sambil tersenyum.
"Kalau macam tu, saya balik dulu lah ya?"
"Baiklah."
Masuk sahaja dalam kereta, Jamilah mengeluh kuat. Tidak tercapai jua hasratnya untuk bertemu dengan Isya.
'Aku takkan putus asa. Demi Aiman, mama sanggup buat apa saja.'
KEADAAN Rita semakin baik namun ingatannya masih belum pulih. Dia masih menganggap Aiden tunangnya.
Setiap kali Farah datang melawatnya di hospital, Rita akan bertanya 'Bila Aiden nak lawat Rita?'. Itu sahaja soalan yang Rita sering ujarkan kepadanya.
Knock, Knock!
Pintu bilik Dr. Shahid diketuk. Terpacul wajah Farah di muka pintu apabila mendapat kebenaran dari Dr. Shahid untuk masuk.
"Puan Farah! Masuklah... jemput duduk." pelawa Dr. Shahid dengan mesra.
Farah mengangguk sedikit lalu duduk di kerusi berhadapan dengan meja Dr. Shahid.
"Ada apa Puan datang sini? Ada apa-apa masalah ke?" soal Dr. Shahid, prihatin.
"Sebenarnya doktor, saya datang sini sebab nak tanya tentang Rita."
"Nak tanya pasal apa tu?"
"Okey macam ni... Saya gembira Rita dah nak sembuh tapi yang membuatkan saya risau bila Rita masih tak ingat lagi." jelas Farah.
"Oh, kalau tentang itu... Saya cuma boleh nasihatkan supaya Puan Farah untuk bawa Rita ke tempat-tempat yang boleh membuatkan dia ingat semula." cadang Dr. Shahid.
"Tak ada cara lain ke doktor? Maksud saya kalau kita bagitahu dia perkara sebenar."
"Bagi saya lebih baik jangan Puan. Kemungkinan boleh membawa risiko seperti hilang ingatan sepenuhnya atau mungkin boleh menyebabkan strok."
"Habistu takkan saya nak biarkan anak saya jadi macam tu?"
"Saya faham Puan tapi ini saja yang saya mampu tolong. Puan banyakkan bersabar ya?"
Farah menangis kepiluan. Melihat keadaan Rita seperti itu telah membuatkan hatinya luluh. Perit untuk ditanggung.
SELESAI berjumpa dengan doktor yang merawat Isya, Aiden menemani Isya di dalam bilik wad. Aiden telah berbincang dengan doktor untuk memindahkan Isya ke hospital swasta.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Isya sudah selamat dipindahkan.
"Isya... Saya datang ni." bisik Aiden pada telinga Isya. Kemudian, dia merenung wajah mulus Isya itu.
Tanpa disangka, air matanya gugur membasahi pipi.
"Isya, saya tak tahu kenapa saya tak boleh tengok awak terluka. Hati saya sakit sangat Isya. Saya rasa seolah-olah awak ni penting dalam hidup saya." luah Aiden.
"Saya mengaku Isya, saya nikah dengan awak kerana dendam saya pada awak. Saya juga mengaku yang saya berpura-pura berbaik dengan awak sebab saya nak awak kerja balik dalam syarikat papa."
Air matanya semakin deras.
"Tapi saya tak tahu kenapa saya rasa yang saya dah jatuh cinta pada awak Isya. Kelembutan, kesabaran, dan tingkah laku selamba awak membuatkan saya jatuh hati."
"Ya, Isya... Saya dah jatuh cinta pada awak. I love you, Isya Imani."
Rayyan yang sedang mencuri dengar, terkejut dengan pengakuan Aiden.
'No! Kau tak boleh jatuh cinta dengan dia Aiden. Semuanya akan musnah!'
"Aku kena buat sesuatu. Kali ini aku perlukan bantuan Rita."
Share this novel