ISYA melangkah masuk ke dalam pejabat. Dia disambut mesra oleh semua pekerja di situ. Beberapa orang pekerja di situ memberikannya hadiah. Inilah yang membuatkannya terharu.
"Kita orang happy sangat sebab Puan Isya kerja kat sini semula. Kita orang rindu kat Puan Isya." ujar Siti, penyambut tetamu di syarikat itu.
"Ish, tak usahlah panggil Puan! Panggil aje Isya... Sengan pula."
"Apa nak disengankan? Puan Isya dah jadi isteri kepada CEO syarikat ni. Jadi, Puan Isya boss kita orang jugalah." ujar Farhan.
"Betul apa dia orang cakapkan tu. Biarlah dia orang nak panggil Puan." sokong Aiden.
Isya memandang wajah Aiden dengan senyuman palsu. Aiden hanya membuat muka toya.
'Eee, mamat ni kan memang nak kena dengan aku. Nasib baik ada ramai orang kat sini. Kalau tak habis satu badan dia aku cubit.'
"Erm, Puan... Kalau dah ready, kita boleh mulakan mesyuarat." ujar Farhan.
Isya mengangguk lalu mengintil mereka masuk ke dalam bilik mesyuarat.
Mesyuarat mengambil masa agak lama. Boleh dikatakan hampir 4 jam. Namun Isya tetap mendengar setiap pemasalahan yang diutarakan.
"Baik, ada lagi yang nak tambah?" soal Isya.
Semua pekerja berbisik semasa sendiri.
"Tak ada, Puan. Itu saja." jawab Haris mewakili semua pekerja.
"Okey, kalau macam tu setakat ini saja perbincangan kita. Semua boleh bersurai."
Setelah semua pekerja bersurai, Aiden menyuarakan hasratnya.
"Sayang... Jom dinner malam ni." ajak Aiden.
Isya sedang menilik fail itu terus menghentikan perbuatannya itu. Dia menoleh ke arah Aiden.
"Encik Aiden, awak ni memang nyanyuk ek?"
"Nyanyuk? Kenapa sayang cakap macam tu?" soal Aiden, hairan.
"Yelah, baru aje lepas meeting. Bincang masalah ni... Masalah tu. Lepastu awak boleh ajak saya dinner?"
Aiden ketawa kecil, "Sayang ni comel tau!"
"Aiden, please... I'm serius."
"Okey, look. Abang tahu kita kena selesaikan masalah ni secepat mungkin tapi janganlah sampai tak jaga kesihatan."
"So?"
"Please... Dinner dengan abang. Lagipun, abang kan nak buat sayang jatuh cinta dengan abang." ujar Aiden dengan wajah penuh hadapan.
Isya merengus kuat, "Fine, jom!"
"Yes! Love you, sayang."
Mereka mengemas barang dahulu sebelum pergi makan malam bersama.
BEG tangan dicampakkan ke atas tilam. Dia merebahkan badannya. Dia memandang siling dengan pandangan kosong. Merenung nasib yang bakal dia hadapi selepas penceraian ini.
Di jarinya masih tersarung kemas cincin kahwinnya. Setiap kali dia merenung cincin itu, rasa rindunya pada Aiman semakin kuat.
"Aiman, kenapa awak tinggalkan saya? Saya tahu saya bukan perempuan yang baik tapi itu dulu. Saya dah berubah, Aiman." bicara Izzati sendirian.
Walaupun perkahwinan mereka hanya sebentar namun cintanya pada Aiman akan kekal buat selama-lamanya.
Sedang dibuai perasaan, handphonenya berbunyi. Izzati bangun dari pembaringan lalu mencapai beg tangannya. Dia mengeluarkan handphonenya.
Dia melihat nama pemanggil di skrin. Tertera perkataan 'ayah'. Dia menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum, ayah." ucap Izzati dengan nada lemah.
"Waalaikummussalam. Zati okey ke? Lemah aje suara tu." soal Kamal.
"Entahlah, yah... Zati nak bersedih pun bukannya ada yang peduli."
"Ish, apa kamu ni? Ayah kan ada... Kamu sedih ke gembira ke ayah akan sentiasa ada di sisi kamu."
"Ayah... Zati tak layak untuk bahagia ke? Zati dah kahwin dua kali dan Zati diceraikan."
Suara tangisan Izzati jelas kedengaran.
"Zati, ayah faham perasaan kamu tapi kita sebagai hamba Allah kena reda dengan setiap ketentuan-Nya. Semuanya ada hikmah."
"Zati minta maaf, yah. Hmm... Nanti ada masa Zati pergi kedai."
"Hah, yelah. Jangan sedih-sedih sangat. Ayah sentiasa ada untuk kamu."
"Terima kasih, yah. Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam."
Talian dimatikan. Izzati baring semula dan menutup matanya serapat-rapatnya. Dia mahu berehat sebentar dari semua ini.
KERETA Aiden memasuki perkarangan Restoran Subak. Hari ini Aiden berasa mahu makan makanan western. Justeru itu, dia memilih restoran ini. Dia juga yakin bahawa Isya pasti akan menyukainya.
"Alright, dah sampai." ujar Aiden. Isya menjenguk di luar tingkap.
"Kat mana ni? Macam mahal aje restoran ni. Kita pergi tempat lain lah."
"Sayang, kita dah sampai tau. Lagipun mahal ke murah ke sama aje."
Isya menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada. Dia memandang wajah Aiden dengan tajam.
"Tak sama langsung! Boleh tak awak ni berjimat? Setakat nak makan aje... Tak perlu nak bawa pergi restoran mahal-mahal macam ni." bebel Isya.
Aiden menggaru-garu kepalanya.
"Sayang... Kita bukannya makan mahal-mahal selalu. Kadang-kadang aje."
"No! Kita pergi restoran lain." bantah Isya sekeras-kerasnya.
"Okey, kali ni aje... Abang janji. Please..." rayu Aiden. Dia mempamerkan riak wajah simpati.
Isya hanya merenung wajah Aiden tanpa bicara. Akhirnya, dia setuju jua.
"Fine! Tapi ingat... Hari ini aje." Aiden mengangguk laju.
"Abang janji."
"Dah, jom!"
Isya keluar dari perut kereta. Aiden segera mengintil Isya. Mereka memasuki restoran itu.
'Uish, mewah gila restoran ni. Haih... Kenapalah dia nak bazirkan duit dia untuk aku?'
"Sayang suka tak?"
Isya menjeling tajam Aiden. Dia berjalan laju ke arah satu meja di tengah restoran. Sebaik sahaja mereka duduk, pelayan datang membawa buku menu.
"Selamat datang, encik dan puan. Boleh tengok menu dulu." ujar pelayan itu. Buku menu dihulurkan kepada mereka berdua.
Isya melihat menu yang disediakan. Semuanya mahal-mahal belaka.
"Awak..." bisik Isya.
"Hmm..."
"Mahal lah... Kita pergi tempat lain ek?"
"Sayang, please... Isya dah janji kan?"
Isya mengeluh panjang, "Okey..."
Aiden memesan rib-eye steak manakala Isya memesan pasta beef bacon carbonara.
"Sayang, abang ada suprise untuk sayang."
"Suprise apa lagi?"
Aiden mengeluarkan sesuatu di kocek seluarnya. Dia memberikan Isya sebuah sampul.
"Apa ni?" soal Isya.
"Buka lah..."
Isya mengambil sampul itu. Di dalamnya terdapat dua tiket penerbangan ke London.
"Tiket? Untuk apa?"
"Our honeymoon."
AIMAN baru saja pulang ke rumah. Tiba-tiba, ada sebuah kereta memasuki perkarangan rumahnya. Dia menunggu pemilik kereta itu turun.
Alangkah terkejutnya dia apabila Johan, bekas suami Izzati merupakan pemilik kereta itu. Dia terus menerpa Johan.
"Kau nak apa? Kau berambus dari rumah aku." arah Aiman berbaur amarah.
Johan ketawa lalu menyandarkan badannya ke kereta.
"Relaks lah Aiman. Aku datang sini cuma nak share something about your wife. Ops, your ex wife."
"Aku tak nak dengar apa-apa pasal dia. Dah, berambus!"
"No, you need it. It's very interesting."
Aiman sudah hilang sabar. Dia terus pergi dari situ namun Johan menghalangnya.
"Kau mesti dah tahu yang dia tu pe..."
Aiman terus berpaling ke belakang.
"Diam! Kau jangan sebut perkataan tu!"
"Eh, marah? Bukan kau sendiri jijik dengan dia? Panggil dia dengan perkataan tu?" perli Johan.
Aiman terus berjalan laju ke arah Johan. Kolar baju Johan digenggam erat.
"Itu bukan urusan kau!"
Johan ketawa sinis, "Hey, Man! Kau tak perlu nak berpura-pura depan aku. Aku tahu kau pun sama aje macam aku."
"Apa kau merepek ni?"
Johan melepaskan genggaman Aiman daripada kolar bajunya. Dia menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada.
"Sebelum aku kahwin dengan dia, aku pun tak tahu yang dia tu... Semua orang cakap dengan aku supaya jangan kahwin dengan dia."
"Apa point kau sebenarnya?"
"Kau ingat Izzati tu betul-betul nak kahwin dengan kau ke?"
Aiman tidak menjawab. Dia hanya merenung tajam wajah Johan.
"Okey, aku tahu kau tak percayakan aku tapi aku still nak bagitahu kau. Izzati kahwin dengan kau sebab dia nak bayar hutang bapak dia kat aku."
"Hutang?" Aiman berkerut seribu.
"Yeah, bapak dia hutang kat aku RM10,000. Aku yakin dia tak mampu nak bayar. Jadi, dia jadikan kau sasaran untuk masuk perangkap dia."
"Perangkap apa pula ni? Kau jangan nak reka cerita boleh tak?"
"Aku tak reka cerita, Aiman. Kat kampung ni hanya aku dan kau saja yang kaya."
"Jadi, kau nak kata bila dia kahwin dengan aku, dia akan kikis duit aku."
"Exactly! Lebih-lebih lagi dia tu pembantu peribadi kau kat pejabat tu. Senanglah dia nak kikis duit kau."
"Macam mana aku nak percaya kata-kata kau ni betul?"
"Sebab dia dah pernah kikis duit aku. Aku hilang hampir RM50,000."
"RM50,000?!"
"Aku datang sini cuma nak remind kan kau. Hati-hati dengan si Zati tu."
Johan terus masuk ke dalam perut kereta. Sejenak, keretanya hilang dari pandangan.
'Izzati, kalau betul niat kau kahwin dengan aku sebab duit... Aku takkan lepaskan kau.'
Share this novel