SAC 1

Romance Completed 94725

HARI ini, hari pertama Isya bekerja di sebuah syarikat ternama iaitu Tihani Mega Enterprise. Syarikat ini sudah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan. Kini, lebih dikenali di dalam negara dan luar negara.

Isya melangkah masuk ke dalam bangunan itu dengan penuh semangat. Dia terus menuju ke kaunter pertanyaan.

"Assalamualaikum, saya Isya Imani. Saya pekerja baru kat sini. Boleh saya dapatkan kad pekerja?" tanya Isya dengan sopan kepada penyambut tetamu itu.

"Oh cik Isya. Sekejap ya?" Isya mengangguk. Sementara menunggu kad pekerjanya di ambil, dia mengedarkan pandangan ke sekeliling bangunan itu.

Tiba-tiba dia ternampak satu susuk tubuh yang amat dia kenali.

"Eh! Itu bukan mamat yang langgar aku ke hari tu?" bisik Isya.

Kejadian dua hari lepas terimbau kembali.

GEDEBUK!

Isya terjatuh ke atas jalan tar. Dia mengaduh sakit sambil memegang lengannya yang berdarah.

"Hoi! Buta ke?!" jerkah Isya kepada pemilik kereta BMW M5 yang melanggarnya itu. Semerta seorang lelaki keluar dari perut kereta dengan penuh bergaya.

Dia memakai sut hitam bertali leher. Sudahlah segak, tampan pula. Memang cair lah!

"Sorry." Lelaki itu meminta maaf lalu menghulurkan RM100 kepada Isya.

"Apa ni?" tanya Isya. Kasar.

Lelaki itu tersenyum sinis. "Duitlah untuk rawat luka awak tu." jawab lelaki itu selamba.

Isya terus berdiri tepat di hadapan lelaki itu.

"Apa? Awak ingat dengan duit ni boleh ganti basikal saya yang dah rosak ni?" Isya menunjukkan ke arah basikalnya yang sudah remuk.

Lelaki itu ketawa. "Basikal pun dah usang... macam mana tak remuk?" ujar lelaki itu separuh berbisik.

Namun kata-katanya masih boleh didengari oleh Isya.

"Apa awak cakap? Usang? Eee!" Isya mahu menerkam lelaki itu tapi terbantut dek deringan telefon bimbitnya.

Isya terus menjawab.

"Hello! Siapa ni?!"

"Hello! Kau kat mana hah? Hari ni kan first day kau kerja. Kau nak kena marah dengan boss ke? Nasib baik boss tak sampai lagi." rungut Haura merangkap kawan baik Isya.

"Ha... kejap lagi aku sampai. Aku nak uruskan 'seseorang' jap." Isya sengaja menekankan perkataan 'seseorang' itu.

Lelaki itu menggeleng sedikit saat dia melirik ke arahnya.

"Seseorang? Siapa pulak ni?"

"Adalah. Okeylah, bye!" Isya memutuskan talian.

Isya menyelongkar beg tangannya. Dia mengeluarkan sehelai kertas kecil dan sebatang pen. Dia menghulurkan kepada lelaki itu.

"Tulis nama penuh awak dan nombor phone. Jaminan." arah Isya.

Tanpa bantahan, lelaki itu menulis butiran yang diminta oleh Isya itu.

Isya meneliti kertas itu sebelum memberi amaran kepada lelaki itu.

"Saya akan tuntut bayaran saya. Sematkan dalam kepala otak awak tu."

"Cik Isya?!"

"Hah...! Ya?" soal Isya yang agak terkejut. Sempat lagi dia termenung.

"Ini kad pekerja cik Isya. Tingkat 5." Penyambut tetamu itu memberikan kad pekerja kepadanya. Isya mengangguk faham.

Dia menarik nafas panjang sebelum beredar menuju ke destinasi yang bakal menentukan masa depannya.

KAMELIA sedang bermundar-mandir di ruang tamu sambil bercekak pinggang. Gusar hatinya apabila anaknya yang satu ini tidak habis-habis membuat perangai.

Penat berdiri, dia menghenyakkan kasar punggungnya di atas sofa.

"Tak guna punya anak. Menyusahkan aku je! Habis duit aku asyik ikat jamin dia." tempelak Kamelia.

Sejak kejadian itu berlaku, anaknya sering keluar masuk lokap. Kalau tidak kerana dadah, merompak. Itu sahajalah aktiviti haramnya.

"Kamu ni dah kenapa, Kamy?" tanya Huda, ibu mertua Kamelia.

"Cucu mama tulah! Tak habis-habis buat hal! Peninglah Kamy!" bentak Kamelia.

"Mama dah bagitahu dari dulu lagi kan? Hantar je dia pulang ke kampung. Tapi kamu degil." Kamelia merengus kuat.

Dia tidak mahu menghantar anaknya ke kampung. Biarlah dia saja yang menguruskan. Dia tidak mahu pertolongan sesiapa.

"Suka hati kamulah. Nanti jangan lupa masak. Bising pulak laki kamu tu nanti." pesan Huda sebelum berlalu meninggalkan Kamelia sendirian.

"Dia ingat aku tak pandai jaga anak ke? Sampai bila-bila aku takkan minta tolong orang tua tu." bicara Kamelia sendiri.

SUASANA di dalam pejabat agak sibuk. Ada yang sedang berbincang dan ada juga yang sedang sibuk bermesyuarat.

"Cik Isya Imani?" panggil seorang wanita muda. Dia berdiri sambil menilik dirinya dari bawah ke atas. Dia seperti tidak senang dengan pemakaiannya.

"Awak boleh masuk. Bilik boss kat hujung sana." arah perempuan bernama Rita itu. Tertera namanya di kad pekerjanya.

"Baik, terima kasih." ucap Isya dengan sopan. Dia segera melangkah menuju ke bilik yang dinyatakan tadi.

Dia mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam pejabat pengurus besar syarikat itu.

"Cik Isya Imani. Nama cantik tapi tak secantik orangnya." kutuknya sambil memusingkan kerusi menghadap Isya.

Membulat biji mata Isya apabila melihat wajah pengurus besar aka bakal bossnya.

"Awak?! Awak buat kat sini? Awak nak kenakan saya kan?" Isya menyerkap jarang.

Lelaki itu tidak menjawab. Dia menyandarkan badan ke kerusi sambil menyilangkan tangan ke dada.

"Macam ni ke cara awak bercakap dengan boss awak?" Dia bertanya kembali. Isya menjadi bertambah geram.

"Awak boleh tak berhenti berlakon? Tak jalan pun lakonan awak tu. Mana boss saya?"

Semerta lelaki itu ketawa besar. Dia bangkit lalu berdiri tepat di hadapan Isya.

"Awak tengok tak nama kat papan tanda kat pintu tu?" Isya menggeleng.

"Buat apa saya nak tengok? Dah terang-terang ni bilik pengurus besar." Tiba-tiba baru dia tersedar.

"Awak... No! Saya tak percaya." Isya terus mencari kertas kecil yang ada butiran tentangnya di dalam beg tangannya.

"Muhamad Aiden bin Tan Sri Ahmad." sebut Isya, yang dia sahaja boleh dengar.

Dengan pantas dia berlari ke arah pintu. Dia melihat nama di papan tanda nama itu berselang seli dengan kertas tadi.

"Dah percaya?" Isya terus memalingkan wajahnya membelakangi Aiden. Aiden ketawa sinis.

'Padanlah muka aku. Berlagak lagi dengan dia.' Gumam Isya.

"Ehem! Awak nak berdiri kat situ je ke?" Terpaksa relanya, Isya memusingkan badannya. Dia mengatur langkah mendekati Aiden. Dia masih tertunduk malu.

"Disebabkan awak bersikap kurang ADAB dengan pengurus besar tempat awak bekerja. Jadi, saya akan beri hukuman kat awak." Isya terus mengangkat wajah.

'Hukuman? Baru masuk kerja dah dapat sebiji. Nasib kaulah, Isya.'

"Awak dengar ke tak apa yang saya cakap ni?"

"Ha? Dengar... dengar."

"Okey. So, hukuman awak..."

DALAM masa yang sama,

Aiman tersenyum sendiri saat melihat foto bakal isterinya, Isya di skrin telefon bimbitnya. Gambar itu sahaja yang dia ada. Isya memang tidak suka bergambar. Lebih-lebih lagi bergambar dengannya walaupun mereka sudah bertunang.

Jamilah hendak menuju ke dapur terhenti apabila melihat anak lelakinya sedang duduk di tepi kolam.

Dia mengatur langkah menghampirinya.

"Hai anak mama ni... tersenyum-senyum tu mesti teringatkan buah hati kan?" usik Jamilah.

"Ish, mama ni. Mana ada..." Aiman menafikannya. Walhal memang benar tekaan mamanya itu.

"Eleh... mama ni dah lali sangat dengan perangai kamu tu. Mengaku ajelah." Aiman ketawa gugup.

Sejak kecil lagi, Aiman memang susah untuk senyum. Dia mula belajar untuk senyum sejak dia bertunang dengan Isya. Isya lah yang mengubah dirinya menjadi lebih ceria.

"Ma... Man nak tanya sikit boleh?" Jamilah mengangguk.

"Mama rasa Isya ada perasaan yang sama tak dekat Man? Yelah... mama sendiri tahu kan? Yang Isya tu memang susah nak buka hati dia untuk mana-mana lelaki."

"Kenapa Man tanya macam tu? Man dengan Isya bergaduh ke?" Naufal pantas menggeleng.

"Kita orang okey je ma. Tak gaduh pun."

"Habistu?"

"Man bukan apa, ma. Man tak nak paksa Isya dalam perkahwinan ni. Kalau betul dia tak ada hati dekat Man, Man tak nak kahwin." jelas Aiman. Panjang lebar.

"Apa cakap macam tu. Mama yakin Isya akan bahagia dengan Man. Jangan risau ya?" pujuk Jamilah.

"Tapi ma..."

"Man..." Jamilah melepaskan keluhan berat.

"Man percaya pada Isya?" Aiman mengangguk.

"Kalau percaya, Man jangan pernah ragu dengan Isya. Isya tu perempuan yang baik. Dengar cakap orang tua."

"Betul ma... Sebab tulah Man cintakan Isya. Man nak memperisterikan Isya." Jamilah mengangguk sambil tersenyum lega.

Dia mengenggam tangan Aiman. Dia yakin bahawa Isya adalah pilihan yang tepat untuk anaknya.

Assalamualaikum semua, ini adalah karya Hanan yang kedua. Hanan harap you guys enjoy. Terima kasih kepada semua yang support. I love you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience