DI meja makan, mereka sekeluarga enak menjamu selera. Suasana sepi tanpa bicara. Sesekali Isya mengerling ke arah Aiden, riak wajahnya serius sahaja.
'Bosanlah betul! Kalau kat rumah aku dulu tak adalah sunyi macam ni. Mesti ada aje topik yang dibahaskan.'
Aiden bangun menandakan dia sudah selesai makan. Isya tersenyum lebar.
'Hah, bagus-bagus. Belah cepat.'
Isya mahu menyuap mee goreng ke dalam mulut terbantut dek suara Aiden.
"Hantar aku kat bilik." arah Aiden dengan nada serius.
"Hah?! Tapi..."
"Kata isteri mithali takkan nak tolong suami pun tak boleh?"
Biji mata Isya terus membulat.
'Semalam baru aje dia cakap tak yah nak tolong dia bagai. Sekarang ni beria-ria nak aku tolong dia pahal?'
"Siapa kata tak boleh? Saya akan sentiasa ada di sisi awak." perli Isya.
Isya bangun dan memaut lengan Aiden. Aiden terus merentapnya.
"Apahal nak pegang-pegang!" jerkah Aiden.
"La... Mestilah kena pegang. Awak tu bukannya nampak nanti kalau jatuh mana?"
"Kau perli aku?"
"Mana ada perli. Itu kan fakta."
"Kalau kau tak ikhlas, tak payah nak tolong!"
"Aiden!"
Tan Sri Ahmad tidak sanggup lagi melihat layanan Aiden terhadap Isya. Isya itu seolah-olah bukan isterinya.
"Last warning dari papa. Jangan layan Isya macam ni lagi. Isya tu isteri kamu, faham?"
"Tapi pa..."
"Sudah! Selagi Aiden tinggal dalam rumah ni... Aiden kena dengar cakap papa."
Tan Sri Ahmad bangun dan berlalu pergi.
'Padan muka kena marah dengan papa.'
Isya menjelir lidah ke arah Aiden sebelum bersuara, "Kalau awak tak selesa saya pegang tangan awak, saya tak pegang."
Aiden tidak membalas malah terus mula menaiki anak tangga satu per satu. Isya hanya mengikut Aiden dari belakang.
HUDA sedang sibuk membelek fail di atas meja itu disergah oleh Kamelia. Dia mengurut dadanya akibat terkejut.
"Apa masalah kau ni?! Kau memang nak aku mampus ya?!" tempelak Huda.
Kamelia yang masih tercungap-cungap itu menjawab, "Kamy ada maklumat penting."
Huda mengerutkan dahinya.
"Apa dia?" soal Huda dengan kasar.
"Aiman dah tahu tentang Isya tu cucu Safiah."
"Apa dia?!"
Huda terus bangun dan mendekati Kamelia.
"Kau biar betul? Mana kau tahu semua ni?"
Huda masih ragu-ragu dengan maklumat yang diberikan oleh Kamelia itu.
"Betul, ma! Kamy dah sahkan dengan Syukri."
Huda mula gelisah. Jika Isya tahu mengenai Safiah, rancangannya akan gagal. Dia tidak boleh membiarkannya terjadi.
"Aku nak kau bawa aku jumpa Safiah."
BAGI mengetahui kebenarannya, Aiman perlu berjumpa dengan Isya. Jadi, dia membuat keputusan untuk pulang ke KL untuk beberapa hari.
Aiman setia menunggu kedatangan Isya. Mereka bersetuju untuk bertemu di kafe kegemaran Isya pada waktu makan tengah hari.
Tidak sampai setengah jam, Isya muncul.
"Hai!" sapa Isya.
"Hai! Duduklah." jemput Aiman dengan mesra.
Isya mengambil tempat duduk berhadapan dengan Aiman.
"Awak apa khabar? Aunty Jamilah, sihat?"
"Alhamdulillah kami berdua sihat. Awak?"
"Saya pun sihat, alhamdulillah."
"Erm... Kita order dulu." Isya mengangguk.
Isya memesan nasi goreng kampung dan teh o ais manakala Aiman memesan nasi goreng belacan dan kopi o panas.
Sepeninggalan pelayan di situ, Isya mengujarkan soalan kepada Aiman.
"Ada apa awak nak jumpa saya?"
"Oh... Sebelum tu saya nak minta maaf kat awak atas apa yang saya dah buat. Saya nak pergi jumpa awak sebelum saya pindah kampung tapi..."
"Awak pindah kampung?! Bila awak pindah? Sampai hati awak tak bagitahu saya."
"Saya minta maaf, Isya. Saya tak nak ganggu urusan awak untuk jaga suami awak."
"Awak tahu Aiden masuk hospital?"
"Tahu... Esoknya saya pindah. Suami awak macam mana?"
"Aiden dia dah keluar hospital tapi dia buta sebab hentakan kat kepala dia tu."
"Astaghfirullah Al Azim! Awak sabar ya Isya."
"Tak apa... So, kita kosong-kosong?"
Aiman ketawa kecil, "Kosong-kosong."
Sejenak, pelayan sampai membawa makanan yang dipesan oleh mereka. Sambil menjamu selera, Aiman menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Isya.
"Sebenarnya niat saya nak jumpa awak sebab saya nak tanya sesuatu."
"Apa dia?"
"Awak cuma ada Tok Ma je ke? I mean... Awak tak ada nenek lain selain Tok Ma?"
Isya memandang Aiman dengan pandangan pelik.
"Asal awak tanya soalan macam tu?"
"Saya minta maaf kalau soalan saya ni buat awak tak selesa tapi saya kena tahu juga."
"Tak ada. Saya cuma ada Tok Ma je."
"Tapi awak ada satu lagi nenek. Nama nenek awak Safiah."
Isya terus mengangkat wajah.
"Ap-Apa awak merepek ni? Saya tak faham."
"Masa saya pindah kat kampung, saya jumpa nenek awak. Sebab tu saya tahu yang awak ada nenek lain selain daripada Tok Ma."
"Tapi kenapa tak ada siapa yang bagitahu saya?" Aiman menjongketkan bahunya.
"Awak nak saya bawa awak jumpa nenek awak?"
Isya diam seketika.
"Minggu depan awak bawa saya jumpa nenek saya, boleh?"
"Insya-Allah, boleh."
Isya tidak mengerti apakah sebab kewujudan Safiah dirahsiakan. Dia perlu berjumpa dengan Safiah untuk mengetahui segala-galanya.
PINTU diketuk bertalu-talu memaksa Safiah membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia melihat gerangan yang berdiri di hadapannya kini.
"Kau... Huda?"
Huda tersenyum sinis seraya berkata, "Lama kita jumpa kan, Safiah?"
"K-Kau nak apa dari aku? Tak cukup dengan apa yang kau dah buat pada keluarga aku? Hah?!" jerkah Safiah.
Dia tidak akan pernah melupakan apa yang Huda telah lakukan terhadap suami dan anaknya.
"Panas lah kat luar ni. Jom kita masuk, Kamy." ujar Huda lalu terus masuk ke dalam rumah Safiah tanpa izinnya.
"Hey! Kalau kau nak buat jahat lagi kat keluarga aku, aku akan bongkarkan rahsia kau!"
"Safiah!" Huda mendekati Safiah.
"Kau jangan cabar aku, Safiah. Kau tahu kan aku sanggup buat saja asalkan aku dapat apa yang aku nak?"
"Aku tak takut dengan ugutan kau, Huda! Kau berambus dari rumah aku!"
Huda ketawa besar, "Kamy... Kau tengok dia dah berani lawan cakap aku."
"Betul tu, ma. Kena ajar perempuan tua ni."
Huda berhenti ketawa dan kembali serius.
"Aku nak kau buat-buat tak kenal dengan Isya."
"Aku takkan dengar cakap kau! Setelah bertahun-tahun aku tanggung rasa rindu ni, aku takkan lepaskan peluang untuk jumpa dengan cucu aku!"
Huda menampar pipi Safiah. Safiah terjelepok ke atas lantai.
"Itupun kalau Isya sempat jumpa kau."
Huda menoleh ke arah Kamelia. Mereka mengukir senyuman penuh makna.
ISYA masuk ke dalam bilik, dia melihat Aiden sedang bersantai di atas katil. Dia hanya buat tidak perasan akan kewujudan Aiden.
Saat dia mahu membuka pintu almari baju, Aiden bersuara.
"Kau saja je kan nak bagi aku ni nampak buruk depan papa?"
Isya terus berpaling ke belakang. Dia berasa geram dengan soalan Aiden itu.
'Entah bila pula aku terfikir nak buat macam tu? Dia ni sejak buta, mulut tu tak ada insurans.'
"Kenapa diam? Betul kan apa aku cakap?!"
"Ya Allah, sampai macam tu sekali awak fikir pasal saya? Saya tak ada niat apa-apa pun selain nak jaga awak."
Aiden turun dari katil. Dia berjalan menghampiri Isya tetapi dia tersadung pada kaki katil. Dia tersungkur ke atas lantai.
"Aiden!"
Isya terus berlari ke arah Aiden. Dia cuba menolong Aiden tetapi Aiden menepisnya.
"Belah lah! Aku tak nak pertolongan kau!"
'Eee! Apa masalah mamat ni? Semua aku buat semua salah kat mata dia.'
Isya sekali lagi mahu menolong Aiden tetapi Aiden terus menampar pipi Isya. Isya terpinga-pinga.
"Kau ni memang tak faham bahasa ke?! Aku tak nak kau tolong aku!"
"Okey, fine! Saya takkan tolong awak. Cubalah bangun sendiri."
Isya hanya memerhatikan Aiden. Aiden cuba bangun tetapi kakinya terlalu sakit.
"Kaki aku sakit."
Isya tidak berkata apa-apa.
"Kaki aku sakit! Sakit!"
Isya bangun lalu menghulurkan tangannya kepada Aiden. Aiden dapat merasainya, menyambut huluran Isya.
Isya membantu Aiden untuk duduk di atas katil.
"Tunjuk kaki mana yang sakit. Biar saya letak ubat."
"Tak payah! Kau bukannya doktor pun nak rawat aku bagai!"
"Awak ni dah sakit-sakit macam ni pun nak degil lagi kan?"
"Diamlah!"
Isya mengambil kit peti pertolongan cemas di dalam laci lalu diletakkan di sebelah Aiden.
"Awak tahu mana satu yang sakit, kan? Awak letak ubat sendiri, okey?"
Isya terus keluar dari bilik.
Aiden mengambil kit peti pertolongan cemas itu lalu menyelongkar ubat-ubat di dalam itu. Namun dia sendiri tidak tahu yang mana satu ubat yang betul.
Akhirnya, dia mencampakkan kit peti pertolongan cemas itu.
"Kenapa kau buta, Aiden? Kenapa?!"
Aiden berasa dirinya tiada guna lagi. Dia seolah-olah tidak menerima takdir yang telah tertulis untuknya.
Share this novel