SAC 59

Romance Completed 94725

WAJAH Isya sedang lena tidur itu dipandang dengan penuh ghairah. Keinginan untuk memiliki semakin tidak tertahan lagi.

Isya tersedar dari pengsan. Dia memegang kepalanya yang sudah berbalut itu. Dia masih dalam keadaan mamai.

"Good morning, sayang." ucap Aiman. Isya segera menoleh ke kanan. Dia terus bangkit dari pembaringan walaupun kepalanya masih sakit.

"Kau nak apa, hah?! Kenapa kau bawa aku kat sini?!"

"Ini bilik kita. Sayang tadi kan pengsan. Saya dukung sayang bawa masuk bilik ni. Lepastu saya rawat luka sayang tu."

Tiba-tiba, baru dia sedar bahawa dia tidak memakai tudung. Isya segera mencapai bantal dan menutup rambutnya itu.

"Mana tudung aku? Bagi sekarang!" arah Isya.

Aiman duduk di birai katil. Dia mendekati Isya tetapi Isya segera menjauh.

"Ala... Kita kan dah nak kahwin. Nanti saya boleh tengok juga..."

"Kau jangan nak merepeklah Aiman! Aku takkan kahwin dengan kau dan aku akan pastikannya!"

Aiman menggosok-gosok belakang lehernya. Dia sedaya upaya menahan amarah.

"Okey, saya bagi tudung awak. Tapi awak jangan marah-marah macam ni. Saya tak suka."

"Peduli apa aku kau suka ke tak?! Bagi sekarang!"

"Hey, perempuan! Kau ni bila aku cakap baik-baik, kau makin melampau! Sekarang ni... Aku takkan lepaskan kau."

"Kau nak buat apa?!"

"Buat apa yang patutnya dah lama aku buat."

Aiman terus menerpa ke arah Isya. Jeritan dan rontaan Isya langsung tidak dipedulikan.

DESTINASI yang ingin dituju, akhirnya tiba jua. Aiden memberhentikan kereta lebih kurang satu meter daripada rumah itu. Dia tidak mahu kehadirannya diketahui oleh Aiman.

Dia turun dari perut kereta. Dia berjalan perlahan memasuki perkarangan rumah itu. Dia menundukkan badannya ketika dia melalui tingkap.

Tiba-tiba, dia terdengar suara jeritan seorang wanita. Itu pasti Isya. Dia segera mengintai apa yang terjadi. Tidak kelihatan apa-apa.

Aiden semakin gelisah. Dia cuba membuka tingkap dan ianya terbuka. Dia segera masuk ke dalam melalui tingkap.

Dia mendengar jeritan itu dari arah kanannya. Terdapat sebuah bilik di situ. Apabila dia pasti bahawa Isya di situ, dia terus menerjah masuk ke dalam bilik itu.

"Isya!" jerit Aiden.

Mereka berdua, Isya dan Aiman terkejut melihat Aiden. Saat Aiman sedang leka, Isya berlari ke arah Aiden.

"Isya? Sayang okey tak ni?" Isya mengangguk-angguk.

"Wow! Amazing!" Aiman menepuk-nepuk tangan.

"Kau buat apa hah, dengan isteri aku?! Aku takkan lepaskan kau!" Aiman mahu menerpa Aiman tetapi Isya menghalangnya.

"Awak, jom kita pergi dari sini. Cepat!"

"Tunggu dulu, Isya. Takkanlah saya nak biar awak pergi dengan jantan ni senang-senang aje, kan?"

"Kau nak apa sebenarnya?! Apa kau nak dengan isteri aku?!"

"Aku tak nak apa-apa, cuma nak kau ceraikan dia. Sebab kita orang akan kahwin."

Aiden ketawa sinis, "Jangan harap aku akan ceraikan Isya. Dia isteri aku, milik aku. Kau takkan dapat apa yang kau nak."

"Diam! Shh!"

Isya menjadi takut melihat gelagat Aiman yang persis orang tidak siuman itu. Dia menggenggam baju Aiden dengan kuat.

"Kau nak simpan lagi si Isya ni kenapa? Kau dah sakitkan hati dia, sekarang ni kau tak nak lepaskan dia kat aku?"

"Never! Dia isteri aku, kini dan selamanya."

"Okey... Kita tengok siapa yang akan survive."

Aiman mengeluarkan pistol dari belakang seluarnya. Dia mengacukan pistol ke arah Aiden.

DAUD dan Tan Sri Ahmad tidak senang duduk apabila mereka tidak dapat menghubungi Aiden. Perkhabaran tentang Isya juga tidak diketahui. Naik risau mereka jadinya.

"Haih... Apa kita nak buat ni, Daud? Hati pun tak sedap pulak."

"Janganlah Tan Sri risau sangat. Saya yakin Aiden dengan Isya pasti dalam keadaan selamat. Kita doakan yang baik-baik saja." pujuk Daud.

Bunyi loceng berbunyi menanda ada orang datang bertandang ke rumah. Tan Sri Ahmad mahu bangun tetapi Daud menghalangnya.

"Eh! Tak apa... Biar saya buka." pinta Daud. Dia menuju ke arah pintu dan membukanya.

"Ya, cari siapa?" soal Daud. Seorang wanita muda sedang berdiri di luar rumah.

"Erm, Uncle Ahmad ada? Saya Rihanna, sepupu Aiden." ujar Rihanna dengan mesra.

"Oh... Ada. Marilah masuk." pelawa Daud. Mereka menuju ke ruang tamu dan menghenyakkan punggung di atas sofa.

"Uncle, how are you? Any news?" soal Rihanna. Tan Sri Ahmad mengeluh hampa dan menggeleng.

"Tak ada, Hanna. Aiden pun uncle tak dapat call."

"La ye ke? Dah report polis?"

"Aiden kata biar dia uruskan. Apa-apa nanti dia beritahu." sela Daud.

"Hanna, uncle risau. Macam mana kalau jadi apa-apa pada Aiden atau Isya? Uncle tak sanggup nak tahan sakit kehilangan."

"Insya-Allah, tak ada apa-apa. Uncle janganlah risau sangat nanti sakit. Hanna pulak risau nanti."

'Mana you pergi, Aiden? Baliklah cepat... I pun tak sanggup kehilangan you lagi.' gumam Rihanna.

"AIDEN!" jerit Isya saat peluru terkena dada Aiden. Aiden terjatuh ke lantai. Dia memegang dadanya. Darah mengalir tanpa henti.

"Isya..." panggil Aiden, menahan sakit.
Isya melutut di sebelah Aiden sambil menangis.

"Awak kena bertahan, Aiden. Awak tak boleh tinggalkan saya lagi." ujar Isya.

"Ab-Abang m-mi-minta ma-af." Aiden terus rebah di atas lantai. Isya terkejut.

"Awak? Aiden, hey?" Isya menggoyang-goyangkan tubuh Aiden tetapi Aiden tidak memberi respon apa-apa.

Aiman ketawa besar lalu berkata, "Akhirnya, hero dalam kisah ni dah mampus! Sekarang ni heroin pula akan jadi milik aku selamanya!"

Isya yang sedang menangisi di sisi Aiden itu, ditarik olehnya. Memaksa Isya mengikutinya.

"Lepaslah! Aku tak nak ikut kau, gila! Lepas!" Isya meronta-ronta minta dilepaskan.

"Kau kena ikut aku, Isya. Laki kau dah mati."

"Aku tak nak!" Isya menendang kemaluan Aiman. Pistol di tangan Aiman terjatuh. Dia terus mencapainya.

"Kau jangan dekat dengan aku!" Isya mengacukan pistol ke arah Aiman.

"Isya... Letak pistol tu."

Tiba-tiba, bunyi siren polis kedengaran di luar rumah. Isya segera berlari untuk keluar dari situ. Namun, Aiman lebih pantas menghalang.

Aiman menarik lengan Isya lalu ditampar pipinya dengan kuat. Dia terjatuh tersungkur ke atas lantai. Telinganya berdesing akibat tamparan itu.

"Kau takkan dapat lari dari aku, Isya Imani."

Saat Aiman mahu mendekati Isya, rumah itu diserbu polis.

"Angkat tangan!" arah satu pegawai polis. Aiman sudah dikepung oleh mereka.

Dua orang pegawai mendekati Aiman lalu menggarinya. Isya pula didatangi seorang pegawai polis wanita.

"Cik, tolong suami saya kena tembak. Selamatkan dia." rayu Isya.

"Baik, pegawai kami akan selamatkan suami Puan. Puan kena ikut kami dulu untuk rawat luka Puan." ujar pegawai polis wanita itu.

"Tak nak... Saya nak jumpa suami saya."

"Tak boleh, Puan. Puan cedera, kami tak boleh ambil risiko."

Isya cuba bangun tetapi dia tidak larat. Akhirnya, semuanya menjadi gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience