SEDANG enak menjamu selera diselangi gelak tawa, mereka didatangi oleh seorang wanita muda. Wanita itu berjalan dengan penuh bergaya. Tambahan pula, rupa parasnya yang jelita itu mampu menarik perhatian jejaka-jejaka di situ.
Wanita itu berdiri di meja makan di mana Isya dan Aiden duduk. Dia tersenyum manis kepada Aiden.
"Rihanna, kan?" soal Aiden dengan teruja.
"Yes, I am." jawab Rihanna.
Isya terpinga-pinga melihat gelagat mereka berdua. Seolah-olah sudah berpuluh-puluh tahun tidak berjumpa.
"Can I seat here?"
"Yeah, of course!"
Rihanna duduk di antara Aiden dan Isya. Isya hanya menjadi pemerhati.
"Bila you balik dari London? Sampai hati tak bagitahu I..." Nada Aiden seperti merajuk.
Rihanna ketawa kecil, "Ala, you ni kuat sangat merajuk. I saja jer nak suprise kan you."
"No, lain kali you kena bagitahu I. Boleh lah I jemput you kat airport."
"Okey, baby sayang. I janji."
'Baby sayang?! Suka hati je panggil laki orang macam tu. Yang laki aku ni pun, biar je. Layan aje perempuan ni.'
"Macam mana you boleh tahu I kat sini? Ke just coincidence?"
Rihanna meletakkan tangan di bahu Aiden.
"Aiden... I ni sayangkan you sebab tu I terus pergi pejabat you. I tanya kat staf you, dia kata you keluar makan dengan... Eh!"
Rihanna menoleh ke arah Isya. Isya membuat muka masam.
"You must be Isya, right?" soal Rihanna.
Isya tersenyum kelat lalu menangguk.
"I'm sorry, I seronok sangat jumpa husband you sampai lupa nak tegur you."
'Lupa ke nyanyuk? Aku siku kepala kau baru tahu.'
"It's okay. Saya faham."
Dia menoleh ke arah Aiden semula.
"You ni tak kenalkan I pun dengan isteri you. Jahat tau!" Dia memukul lembut lengan Aiden.
'Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Janganlah sampai aku buat perkara yang tak patut kat minah gedik ni.'
"I pun macam you juga. Seronok sangat jumpa you."
Mereka berdua ketawa tanpa mempedulikan Isya di situ.
"Hahaha... Kau orang berboraklah ya? Saya ada kerja nak kena buat."
Isya sudah bangun tetapi Aiden cepat-cepat menghalangnya daripada pergi dari situ.
"Sayang... Duduk lah kejap. Abang nak berborak dengan Rihanna."
"Pergi jelah! Saya boleh balik naik teksi."
Isya terus keluar dari restoran itu tanpa menunggu balasan daripada Aiden.
"Isya! Sayang!" Panggilan Aiden itu langsung tidak diendahkan.
Rihanna mendekati Aiden. Dia menyentuh lembut bahu Aiden lalu mengusap-usapnya.
"You pergilah kejar isteri you. Nanti kita jumpa lagi, okey?"
Aiden berasa bersalah pada Rihanna tetapi dia sudah berjanji bahawa dia takkan melukai hati Isya lagi.
"Thanks and I'm sorry. Bila you free, datang je office I."
"Okey, dah go!"
Aiden mengucap selamat tinggal sebelum pergi mengejar Isya. Rihanna memandang dengan riak wajah menyampah.
IZZATI sedang memilih barang di kedai runcit. Tiba-tiba, tangannya direntap kuat. Satu pandangan tajam dilemparkan ke arahnya.
"Ab... Abang Man?" soal Izzati dengan suara tergetar-getar kerana ketakutan.
"Aku nak kau dengan keluarga kau... Tinggalkan kampung ni." ujar Aiman dengan tegas.
Biji mata Izzati terus membulat. Dia terkejut dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.
"Apa... Kenapa kita orang satu keluarga kena tinggalkan kampung ni? Apa salah kita orang?"
Aiman menggenggam lengan Izzati dengan lebih kuat. Izzati mengaduh sakit.
"Hey! Kau dengan keluarga kau tu akan rosakkan nama baik kampung ni. Kau lupa ke yang kau ni bekas pelacur?"
Izzati terus menampar pipi Aiman. Dia melepaskan pegangan Aiman itu.
"Abang jangan nak hina Zati. Seburuk-buruk Zati, Zati tetap kembali pada Allah yang Maha Satu. Abang takkan faham perjuangan Zati sebab abang tak ada kat tempat Zati."
Aiman ketawa, "Kau tak payah nak tunjuk sucilah depan aku. Kau tu tetap perempuan kotor."
"Diam!" Izzati menunding jari ke wajah Aiman.
"Kau yang diam! Aku bagi masa dua hari je untuk tinggalkan kampung ni. Kalau tak..."
"Kalau tak apa?! Ini kampung aku. Kau tak ada hak nak halau aku."
"Dah pandai aku, kau dengan aku."
"Memang! Aku tak takut dengan kau. Kau kacau aku lagi, aku akan report polis."
Izzati terus pergi dari situ. Aiman melihat kepergian Izzati dengan pandangan tajam.
LAJU kaki Isya berjalan ke hadapan. Aiden berlari untuk mendapatkan Isya. Saat mahu melintas, Aiden berjaya meraih lengan Isya.
"Eee, apa ni?! Lepaslah!" Isya meronta-ronta minta dilepaskan.
"Sayang, dengarlah dulu."
"Tak nak!" Isya menggigit tangan Aiden. Aiden terus melepaskan pegangannya.
"Sakitlah sayang! Apa ni?" soal Aiden sambil melihat tangannya yang sudah merah itu.
"Apa?! Saya dah minta awak lepaskan saya tapi awak yang degil. Padan lah muka!"
"Kenapa perangai macam budak-budak? Tak malu ke orang tengok?" marah Aiden.
Isya memandang Aiden dengan tajam.
"Awak cakap saya budak-budak? Habistu, awak layan perempuan gedik tu, bukan budak-budak?!"
"Isya! Perempuan yang Isya cakap tu sepupu abang!"
"Oh, jadi awak nak bela dia pulak?! Saya ni isteri awak!"
Aiden ketawa sinis, "Isteri? Baru sekarang Isya nak mengaku abang ni suami Isya? Selama ni abang pujuk Isya bagai nak gila tapi Isya buat tak tahu aje."
"Apa maksud awak?"
"Abang dah penat dengan Isya! Semua yang abang buat Isya tak pernah hargai. Abang pun ada perasaan, Isya!"
Isya terkedu dengan kata-kata Aiden itu. Dia dapat melihat air mata bergenang di tubir mata Aiden.
"Abang... Abang minta maaf. Kalau Isya perlukan masa, Isya pergilah. Abang izinkan." ujar Aiden dengan nada kecewa.
Aiden mahu pergi dari situ tetapi Isya menahannya. Dia memegang lengan Aiden. Dia memandang wajah Aiden.
"Awak, saya..."
Aiden melepaskan pegangan Isya. Dia pergi dari situ tanpa memandang wajah Isya. Dia benar-benar kecewa.
Isya melihat kepergian Aiden bersama tangisan. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. Teganya dia memperlakukan suaminya seperti itu.
SELEPAS waktu makan tengah hari, Rihanna pergi semula ke pejabat Aiden. Dia mahu berjumpa dengan Tan Sri Ahmad untuk berbincang soal hajatnya untuk bekerjasama dengan syarikat mereka.
Dia mengetuk pintu bilik pejabat Tan Sri Ahmad. Dia masuk ke dalam selepas mendapat keizinan.
"Hai, uncle!" sapa Rihanna dengan mesra.
"Rihanna! Come, sit here." pelawa Tan Sri Ahmad.
Rihanna berjalan mendekati meja kerja Tan Sri Ahmad. Dia duduk berhadapan dengannya.
"How are you, uncle? Lama kita tak jumpa. Seingat Hanna last kita jumpa masa Hanna form 5, right?"
Tan Sri Ahmad mengangguk-angguk tanda setuju.
"Bila Hanna balik sini? Mama dengan papa ikut sekali?" Rihanna menggeleng.
"Papa dengan mama ada kerja kat sana. Uncle sendiri tahu yang dia orang tu asyik sibuk dengan kerja aje. Kadang-kadang Hanna ni pun diabaikan."
"Ish, tak baik cakap macam tu. Dia orang tu memang kuat kerja. Untuk Hanna jugak." Rihanna tersenyum kelat.
"Oh, by the way... Hanna datang sini sebab nak bincang pasal business."
"Wow! Baru balik dari London dah nak bincang pasal business. Hmm... Good!" puji Tan Sri Ahmad. Rihanna tersenyum malu.
"Uncle ni... Malu Hanna kena puji macam tu. Hanna biasa-biasa aje."
"Ala, tak payah nak humble sangatlah. Hanna nak bincang apa?"
"Oh, macam ni... Hanna kan dah ada butik sendiri. So, Hanna ingat nak join company ni. Boleh kembangkan lagi butik Hanna tu."
"Eh, boleh aje! Nanti Hanna bawa proposal bagi kat uncle. Nanti kita bincang harga semua tu."
"Ya ke, uncle?! Uncle tak main-main kan?" soal Rihanna, tak percaya.
"Tak ada masa uncle nak main-main. Lagipun kamu tu anak buah uncle jugak."
"Thank you, uncle! Love you."
"Eh, jom datang rumah. Makan malam sama-sama. Boleh jumpa dengan Aiden dan Isya."
"Makan malam tu boleh tapi Hanna dah jumpa dengan Aiden dan Isya."
"La ya ke? Bila jumpa?"
"Tadi waktu lunch tapi ada kekecohan sikit."
"Hah? Kenapa?"
"Ala, masalah suami isteri. Biarlah dia orang settle kan sendiri."
"Hah, yelah. Jadi, Hanna tak nak pergi lah ni?"
"Biar dia orang baik dulu, baru Hanna pergi. Hanna tak nak keruhkan lagi keadaan."
Tan Sri Ahmad mengangguk. Dia berharap agar Aiden dan Isya dapat menyelesaikannya dengan cara baik.
Share this novel