HARI berganti hari, keadaan Isya masih tetap sama. Masih belum sedar. Begitu juga dengan Aiden, dia masih setia menunggu Isya.
Tan Sri Ahmad mahu melawat Isya hari ini. Jadi, sebelum sampai di hospital, dia sudah membeli makanan untuk Aiden. Dia tahu Aiden pasti penat menjaga Isya.
Saat mahu masuk ke dalam bilik wad, terlihat Aiden sedang tidur di atas sofa. Aiden kelihatan penat sekali.
"Haih, Aiden... Aiden..." Tan Sri Ahmad menggeleng kepala.
Tan Sri Ahmad meletakkan bungkusan makanan di atas meja lalu mengejutkan Aiden.
"Aiden, bangun. Papa ada bawa makanan ni..." kejut Tan Sri Ahmad dengan lembut.
Aiden terjaga dari tidur. Dia perlahan-lahan bangkit dari pembaringan.
"Sorry pa, Aiden terlelap." ujar Aiden. Sesekali dia menguap.
"Tak apa. Aiden mesti penat jaga Isya kan? Dah, pergi basuh muka then makan."
"Aiden tak laparlah pa..."
"No more excuses. Lapar ke tak ke Aiden kena makan. Penat tau papa beratur nak belikan makanan untuk Aiden."
"Tapi pa..."
"Pergi basuh muka. Cepat-cepat!" arah Tan Sri Ahmad sambil menarik lengan Aiden supaya bangun.
"Okey-okey." Aiden bangun dan mengatur langkah menuju ke bilik air.
Tiba-tiba Rayyan pula muncul.
"Eh, Rayyan! Kamu nak lawat Isya ke?"
Rayyan berjalan mendekati Tan Sri Ahmad dan duduk di sebelahnya.
"Aah, pa. Alang-alang Ray lawat kawan, Ray singgahlah sini kejap." jawab Rayyan.
"Baguslah Ray lawat Isya ni. Isya ni pun bukan siapa-siapa, adik ipar kamu juga." Rayyan tersenyum nipis.
"Jomlah makan sekali dengan aku. Aku tak ada selera sangat ni..." ajak Aiden.
"Tak apalah Aiden, aku kenyang lagi. Kau makanlah." tolak Rayyan dengan baik.
Aiden mengambil bungkusan makanan tersebut tapi entah bagaimana makanan itu terjatuh ke atas lantai.
"Aiden! Apahal kau jatuhkan makanan tu?!" tempelak Rayyan. Semerta mereka berdua terkejut.
"Ray? Kenapa kau marah sangat?" soal Aiden. Tidak mungkin kerana sebungkus makanan boleh membuatkan Rayyan marah sebegitu rupa.
Ray baru tersedar. Dia terus tersengih.
"Tak... Yelah... Kau kan baru nak makan then makanan tu jatuh. Dah tak boleh makan kan?"
'Janganlah dia orang syak. Kalau tak habis plan aku. Daripada boleh lawat perempuan ni, karang tak boleh dekat langsung dengan dia.'
"Tapi aku tak rasa kau kena marah sampai macam tu."
"Aah, betul lah tu. Aku tiba-tiba emosi." Rayyan ketawa gugup.
Melihat kebisuan dan pandangan Aiden, dia segera menawarkan diri.
"Eh, tak apalah. Aku pergi belikan makanan untuk kau ek?"
Rayyan mahu pergi tapi Aiden bersuara.
"Ray, it's okay. Aku boleh beli kemudian. Thanks."
"Okeylah kalau macam tu. Aku gerak dulu. Pa, Ray gerak dulu." Rayyan bersalaman dengan Tan Sri Ahmad sebelum pergi dari situ.
"Pa..."
"Tak usah fikirlah. Papa pergi belikan makanan kat cafe ya?" Aiden mengangguk sambil tersenyum nipis.
'Kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Apa yang Rayyan rancang?'
SYUKUR kepada Allah, Daud dibenarkan pulang ke rumah hari ini. Doktor mengatakan bahawa tiada apa perlu dirisaukan. Keadaan Daud sudah baik cuma Daud perlu berehat selama beberapa minggu.
Di dalam bilik wad, Daud duduk termenung di birai katil memikirkan keberadaan anak perempuannya, Isya. Entah bagaimana keadaannya sekarang.
Daud mengeluh panjang.
"Manalah kamu Isya? Walid risaukan kamu." Mengalir jua air mata kejantanannya.
"Aku tak tahu pula yang kau sayang sangat dengan Isya tu? Tak payah nak pura-puralah Daud." ujar Huda, tiba-tiba.
Daud segera menyeka air mata.
"Daud rasa mama yang tak sayangkan Isya. Sebab tu mama rancang nak bunuh dia kan?"
Huda terus memandang tepat wajah Daud.
"Kau merepek apa ni, Daud?" tempelak Huda.
Daud ketawa sinis, "Sampai bila mama nak sorokkan kebenaran? Lama kelamaan semuanya akan terbongkar."
"Hey! Kebenaran apa? Kau jangan nak putar belit lah!"
"Daud yakin yang Imran dibunuh bukannya dirompak. Dan semuanya mama yang rancang!"
"Daud! Jaga mulut kamu tu. Jangan nak tuduh-tuduh mama sesuka hati."
"Daud bukan tuduh tapi kenyataan. Mungkin Daud tak ada bukti sekarang tapi Daud bersumpah yang Daud akan cari bukti sampai lubang cacing." ujar Daud dengan tegas.
Tiba-tiba Kamelia masuk ke dalam bilik wad.
"Ma, abang... Kamy dah settlekan semua. Kereta pun dah ready. Jom kita balik."
Kamelia mahu keluar semula tapi terbantut kerana melihat mereka anak beranak hanya memandang wajah masing-masing.
"Ma? Abang?" panggil Kamelia.
Huda tidak menjawab malah terus berlalu keluar dari bilik wad itu. Kamelia terpinga-pinga.
"Mama tu kenapa?" soal Kamelia. Daud juga tidak menjawab. Dia terus bangun dan keluar dari bilik wad tanpa kata apa-apa.
"Peliklah aku dengan dia orang ni. Sejak bila pula dia orang ni jadi bisu? Aku tanya, boleh blah macam tu aje. Dia ingat aku ni tunggul ke apa?" rungut Kamelia.
Malas hendak fikir, Kamelia turut keluar dari bilik wad itu.
TAP!
Pipi Rayyan ditampar kuat. Kelihatan kesan merah di pipinya itu.
"Kau ni memang tak guna! Bodoh! Semua yang aku suruh, semuanya gagal!" jerkah Dee.
"Dee, I minta maaf. I janji lepasni mesti berjaya."
"Janji! Banyak kali kau janji tapi mana hasilnya?! Useless!"
Dee terus menuju ke arah sebuah meja di dalam bilik itu. Dia mengambil sebilah pisau.
"Dee... Dee jangan buat I macam ni! Please!" rayu Rayyan.
Dee mendekati Rayyan. Dia menyuruh anak buahnya memegang Rayyan.
"Dee, No!"
"Ini balasan untuk orang useless macam kau!" Dee terus melibas pisau itu ke dada Rayyan. Terpercik darah di atas lantai.
"Ah!" Rayyan mengerang sakit sehingga mengalir air matanya.
Dee ketawa besar, "Lain kali jangan cari pasal dengan aku, faham?!"
Tanpa menghiraukan kesakitan yang dialami oleh Rayyan, Dee terus berlalu pergi. Tinggal lah Rayyan sendirian di situ.
RITA cuba menghubungi Rayyan tapi tidak dijawab. Dia mula gelisah.
"Tak boleh jadi ni... Aku kena keluar dari sini."
Rita mahu mencabut drip air di tangannya tapi tidak sempat. Dia terdengar tombol pintu dipulas dari luar. Rita segera baring di atas katil.
"Rita, ibu ada belikan Rita roti dengan air. Rita makan sikit ya?" ujar Farah sebaik melangkah masuk ke dalam bilik wad.
Dia meletakkan bungkusan roti dan air di atas meja.
"Rita tak lapar!" Rita memuncungkan bibirnya sambil menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada.
"Ala... Kenapa ni sayang, hmm?"
"Rita tak nak makan selagi Aiden tak datang sini."
"Aiden kan kerja. Mana boleh datang sekarang." bohong Farah.
"Tipu!"
"Rita sayang..."
"Shh! Keluar! Rita nak bersendirian." cantas Rita.
Farah terkejut apabila Rita sanggup menghalaunya. Hanya semata-mata kerana permintaannya untuk berjumpa dengan Aiden tidak dipenuhi.
"Rita halau ibu?"
"Yes! Now, leave!" arah Rita, kasar.
Farah tidak dapat menanggung rasa kecewa dan sedih, dia terus pergi dari situ.
"Sibuk je! Time-time ni jugak dia nak datang lawat aku. Kalau dia bawa si Aiden tu tak apalah juga. Ini tidak! Balik-balik muka dia." rungut Rita dengan selamba.
Setelah itu, dia menjalankan misinya untuk keluar dari hospital itu. Dia tidak boleh membiarkan rancangan mereka gagal lagi. Dia perlu bertindak cepat.
Share this novel