HANYA ada satu tempat saja lagi yang dia tidak pergi lagi. Aiden memberhentikan kereta di Taman Tasik Titiwangsa. Seingat dia, Isya sering berjoging di sini. Kemungkinan Isya ada di sini.
Aiden membawa langkah ke sekitar taman itu untuk mencari Isya. Sudah satu pusingan, dia juga sudah penat.
"Aku tak larat dah. Aku kena tanya orang kat sini kalau dia orang ada nampak Isya kat sini. Hah..." ujar Aiden, tercungap-cungap.
Dia menoleh ke kanan, dia terlihat seorang lelaki muda sedang bersenam.
'Hmm, mungkin dia boleh tolong aku.'
Aiden berjalan ke arah lelaki itu. Dia menyapanya.
"Assalamualaikum, bang. Maaf menganggu tapi saya nak tanya sesuatu kat abang."
Lelaki itu berhenti bersenam. Dia membuat regangan sebelum menyoal Aiden.
"Nak tanya apa?" soal lelaki itu, agak kasar.
Aiden mengeluarkan handphone dari kocek seluar. Dia membuka galeri lalu menunjukkan gambar Isya kepada lelaki itu.
"Abang ada nampak perempuan ni kat sini?"
Lelaki itu merenung gambar itu. Dia mengangguk.
"Aku nampak dia semalam kat hujung sana dengan seorang lelaki."
"Lelaki? Kejap..."
Aiden menunjukkan gambar Aiman pula. Lelaki itu sekali lagi mengangguk.
"Dialah dengan perempuan tu. Asal kau cari dia? Girlfriend kau ke?"
"Tak bang... Dia ni isteri saya. Ada masalah rumah tangga." jawab Aiden, jujur.
"Oh, bini kau curang?"
Aiden tidak senang dengan soalan lelaki itu tetapi dia segera menenangkan dirinya. Dia tersenyum manis.
"Terima kasih, bang sebab tolong saya. Have a good day. Assalamualaikum."
Aiden terus pergi dari situ. Walaupun dia tidak dapat jumpa Isya lagi tetapi sekurang-kurangnya dia tahu Isya bersama siapa.
ISYA memandang tajam ke arah Aiman yang sedang membancuh kopi di dapur. Bahagian dapur yang hanya berhadapan dengan ruang tamu memudahkannya untuk memerhatikan Aiman.
'Dia ni tak sedar ke yang dia tengah buat jenayah sekarang ni? Dia culik aku tau!'
Aiman sudah siap membancuh dua cawan teh o panas. Dia membawanya ke ruang tamu dan memberikannya kepada Isya. Isya tidak mengambilnya.
"Isya, sayang... Take it." ujar Aiman dengan penuh kelembutan.
"Aku tak nak minum atau makan yang datangnya daripada kau!"
Aiman tidak melenting. Dia meletakkan cawan itu di atas meja. Dia duduk di sebelah Isya. Isya segera menjauhkan diri.
"Kenapa kau bawa aku kat sini? Hantar aku balik!"
"Sayang, relaks... Minum air teh tu. Kita dah lama tak spend time together."
"Aiman! Aku nak balik! Aku ni isteri orang!"
"So, what?! Kau cerai jelah dengan laki kau tu! Habis cerita!" Isya melopong, dia terus bangkit.
"Aiman, awak sedar tak yang perbuatan awak ni salah? Perkahwinan ni bukannya main-main. Lagipun awak dah kahwin dengan Izzati."
"Aku dah ceraikan dia! Kau nak tahu kenapa? Sebab dia perempuan kotor! Tapi kau lain Isya... Kau susah nak dapat."
"Astaghfirullah Al Azim, Aiman! Apa awak merepek ni? Sedarlah Aiman!"
Aiman terus bangkit dan menerpa ke arah Isya. Dia menangkup wajah Isya.
"Aku cintakan kau, Isya! Aku buat semua ni sebab aku tak nak kehilangan kau. Aku sayang kau, Isya."
Isya terus menepis tangan Aiman. Dia mengundurkan dirinya beberapa langkah ke belakang.
"Kau gila, Aiman! Aku tak nak tinggal dengan kau!"
Isya berlari ke arah pintu. Aiman lebih pantas menghalang Isya. Dia memeluk Isya dari belakang dan menariknya menjauhi pintu.
"Isya, awak jangan paksa saya. Saya tak suka berkasar dengan awak."
Isya terus menendang kemaluan Aiman. Kemudian dia mengetuk kepala Aiman dengan pasu yang berada di atas meja yang berdekatan.
Sekali lagi, dia berlari ke arah pintu tetapi Aiman menarik kakinya. Isya terjatuh tersembam ke atas lantai. Dia tidak sedarkan diri.
Aiman berdiri sambil memegang kepalanya yang berdarah itu. Dia ketawa terbahak-bahak persis orang tidak siuman.
"SAYA nak minta tolong awak, Haura. Saya yakin awak sorang je boleh tolong saya." pinta Aiden dengan bersungguh-sungguh.
"Minta tolong apa ni? Ada apa-apa yang jadi ke?" soal Haura, pelik.
"Isya hilang. Saya tak tahu dia kat mana tapi yang pasti dia dengan Aiman."
"Isya hilang?! Awak tak report polis ke?"
"Belum 24 jam lagi. Lagipun, saya nak selesaikan sendiri."
"Jadi, awak nak saya tolong apa?"
"Saya nak tahu kemungkinan Aiman bawa Isya ke mana."
"Awak dah cari kat kampung?"
"Dah, tapi Aiman tak bawa Isya pergi sana."
"Aiden, saya pun tak pasti sama ada betul ke tak tekaan saya ni cuma..."
"Tak apa, awak bagitahu aje. Biar saya cari." potong Aiden.
"Saya rasa Aiman bawa Isya pergi rumah peninggalan arwah atuk dia kat Cameron."
"Cameron? Awak tahu alamat rumah tu kat mana?"
"Tahu! Saya pernah pergi sana waktu Isya masih bertunang dengan Aiman."
"Okey, kejap."
Aiden mengeluarkan handphone dari kocek seluarnya untuk menaip alamat tersebut.
TAN Sri Ahmad duduk termenung memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Rihanna semalam. Kekecohan apakah yang telah membuatkan Isya menghilangkan diri?
Pintu diketuk, terpacul wajah Rihanna. Tan Sri Ahmad menyuruh Rihanna masuk ke dalam.
"Good morning, uncle." sapa Rihanna. Dia duduk berhadapan dengan Tan Sri Ahmad.
"Good morning too, Hanna. Buat apa kat sini?"
"Haih, uncle cepat benar lupanya. Kan hari ni nak tunjuk kat uncle pasal proposal Hanna tu."
Tan Sri Ahmad menepuk dahi. Dia benar-benar lupa akan tentang itu.
"Maaflah, uncle ni dah berumur."
"It's okay but... Kita breakfast dulu."
Rihanna bangun lalu berjalan ke arah meja kecil yang berada di dalam bilik pejabat itu. Dia meletakkan mangkuk tingkat di atas meja. Dia menghidangkannya satu per satu.
"Jom uncle, makan. Banyak Hanna masak ni. Rugi kalau tak makan."
"Uncle baru aje makan. Kenyang lagi lah..."
"No! At least temanlah Hanna makan. Please..." rayu Rihanna.
Akhirnya, Tan Sri Ahmad mengalah jua. Dia bangkit dan menyertai Rihanna bersarapan.
"Erm, Aiden tak masuk kerja ke?"
Tan Sri Ahmad sempat menghirup air kopi sebelum menjawab.
"Tak, dia pergi cari Isya."
"Cari Isya? Kenapa?" Rihanna mengerutkan dahinya.
"Dari semalam tak balik. Katanya merajuk. Entahlah, pening dibuatnya."
"La ye ke? Tak tahu pulak boleh jadi sampai macam ni sekali."
"Hanna, apa jadi sebenarnya semalam?"
"Tak, uncle... Uncle sendiri tahu kan yang Hanna ni rapat gila dengan Aiden tu. Macam adik beradik dah tapi silap Hanna juga terbawa-bawa depan Isya."
"Maksud kamu, Isya cemburu tengok kamu berdua bermesra?" Rihanna mengangguk.
"Uncle faham perasaan Isya tu. Tak ada isteri yang tak cemburu tengok suami sendiri bermesra dengan perempuan lain walaupun sepupu aje."
Rihanna menjadi sebersalah pula. Kerana dia, hubungan mereka tidak baik.
Share this novel