AIDEN enak menjamu selera tetapi Isya langsung tidak menjamah makanan di depan mata. Riak wajahnya masam saja.
"Makanlah, sayang. Sejuk tak sedap." ujar Aiden sambil mengunyah makanan di dalam mulut.
"Tak ada selera!" jawab Isya, menyampah.
Aiden mengeluh panjang. Dia meletakkan sudu dan garfu di tepi pinggan.
"Abang minta maaflah sebab bawa Isya pergi honeymoon tak bagitahu." pujuk Aiden.
Isya memandang tajam tepat ke arah mata Aiden.
"Abang ni tak habis-habis minta maaf tapi buat juga. Kita kan dah nak bercerai... Tak perlulah semua ni."
Aiden bersandar ke kerusi. Dia menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada.
"Siapa kata nak bercerai?"
Isya tersentak. Dia merapatkan badannya ke meja.
"Kita dah bincang kan hari tu yang Isya nak abang ceraikan Isya. Jangan pura-pura tak tahu, boleh tak?"
Aiden hanya beriak biasa.
"Yang nak berpisah tu Isya bukan abang. Abang takkan ceraikan Isya."
"Kenapa? Abang nak seksa Isya lagi?"
Aiden bangun dari kerusi. Dia menarik kerusi merapati Isya.
"Abang menyesal, Isya. Abang sendiri tak tahu nak tebus salah abang ni macam mana. Yang abang fikir sekarang untuk buka buku baru dengan Isya."
"Isya tak nak! Abang dah lukakan hati Isya tau. Abang ingat senang-senang aje Isya nak maafkan abang?"
Aiden menundukkan kepalanya. Dia memang menyesali setiap perbuatannya itu.
"Isya tetap dengan keputusan Isya. Isya nak abang lepaskan Isya."
Isya mahu bangun tetapi Aiden sempat menghalangnya.
"Isya, please... Bagi abang peluang kedua." rayu Aiden.
"Peluang kedua? Untuk apa? Isya dah penatlah, bang."
Aiden meraih tangan Isya. Dia menggenggam erat.
"Isya hukumlah abang. Abang terima tapi tolong jangan tinggalkan abang."
Isya merentap pegangan Aiden itu.
"Isya bukan je benci abang sebab abang buat Isya macam ni tapi sebab abang pembunuh ibu Isya."
Aiden tersentak dengan tuduhan Isya itu.
"Tak, Isya! Abang bukan pembunuh. Malam tu..."
"Enough! Isya tak nak dengar apa-apa lagi." potong Isya.
Tanpa menunggu balasan daripada Aiden, Isya terus berlalu dari situ.
PENUH meja kerja Tan Sri Ahmad dengan lambakan fail. Dia meneliti satu per satu. Laporan kewangan syarikat bagi 2 tahun berturut-turut merosot. Pening kepalanya memikirkan semua ini.
Kepala disandarkan ke kepala kerusi. Mata ditutup rapat. Dia mahu menenangkan fikirannya yang serabut itu.
Knock, Knock!
Farhan masuk ke dalam bilik pejabat Tan Sri Ahmad. Dia berjalan mendekati meja kerja Tan Sri Ahmad.
"Tan Sri panggil saya?"
Tan Sri Ahmad membuka matanya. Dia membetulkan kedudukannya.
"Yes, have a seat."
Farhan mengangguk lalu duduk berhadapan dengan Tan Sri Ahmad.
"Ada apa Tan Sri nak jumpa saya?"
"Saya dah buntu, Farhan. Saya tak tahu nak buat apa dah." luah Tan Sri Ahmad.
Farhan turut bersimpati kepada Tan Sri Ahmad. Namun begitu, dia mempunyai satu cadangan yang mungkin boleh menyelesaikan semua masalah ini.
"Boleh saya suggest?"
"Of course! Go ahead."
"Apa kata kita bawa Puan Isya bekerja balik dalam syarikat ni?"
Tan Sri Ahmad terus mengeluh hampa.
"Kalau cadangan tu saya dah fikir lama. Cuma saya takut kalau Aiden tak bagi."
"Tapi itu dulu. Sekarang ni maybe dia bagi."
"Maksud awak?"
"Tan Sri... Encik Aiden tu dulu marahkan Puan Isya sebab tu dia tak bagi. Tapi sekarang kan encik Aiden nak berbaik semula dengan Puan Isya."
"Ya tak ya juga. Tapi kalau Isya tak nak?"
"Tan Sri pujuklah dia. Tak pun kita orang boleh pujuk dia."
Tan Sri Ahmad dapat melihat masa depan syarikat ini sekiranya menantunya, Isya bekerja semula di syarikat ini.
"Okey, saya akan bincang dengan Aiden. Apa-apa hal saya inform awak."
"Baik, Tan Sri."
"AKU terima nikahnya, Nurul Izzati binti Kamal dengan mas kahwinnya RM300 tunai." lafaz Aiman dengan satu nafas.
"Sah? Sah?" soal Tok Kadi kepada semua saksi yang hadir pada hari itu.
"Alhamdulillah, sah!"
Aiman melekapkan kedua-dua tapak tangannya ke muka. Dia bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.
Aiman menoleh ke arah Izzati. Aiman mengenyit mata kepada Izzati dan membuatkannya tertunduk malu.
Selesai upacara pembatalan air sembahyang, mereka terus dengan majlis doa selamat. Sambil melayan tetamu, Aiman sempat bermesra dengan Izzati.
"Sayang..." bisik Aiman.
"Hmm?"
"Abang tak sabar nak tunggu malam ni." bisik Aiman lagi.
"Gatal!" Izzati mencubit pinggang Aiman.
"Auch! Sakitlah yang..." rengek Aiman.
"Padan muka, gatal lagi. Dahlah ramai orang ni."
"Ala, apa salahnya nak bermanja dengan isteri sendiri. Kita kan dah kahwin." Izzati tersenyum malu.
"Assalamualaikum." ucap seorang lelaki muda.
"Waalaikumsalam." jawab Aiman. Mereka berjabat tangan.
"Btw... I'm your wife's ex husband, Johan."
Aiman terus menoleh ke arah Izzati. Izzati hanya tertunduk.
"Oh, Zati tak bagitahu you? Zati... Zati..."
Aiman memandang lelaki itu dengan pandangan tajam.
"Zati memang tak bagitahu saya tapi itu semua tak penting. Sebab saya terima dia seadanya." ujar Aiman dengan tegas.
"Oh, really? Ke you dah bayar dia?"
Aiman terus menumbuk muka lelaki itu tanpa mempedulikan semua tetamu di situ.
"Abang Man!" Izzati terus memegang lengan Aiman.
"Kau jangan berani nak hina isteri aku! Pecah muka kau aku kerjakan!" jerkah Aiman.
Lelaki itu bangun. Dia memegang bibirnya yang berdarah itu.
"Hey, semua kat kampung ni tahulah dia ni perempuan jenis apa? Dia ni perempuan murahan!"
Sekali lagi Aiman menumbuk muka lelaki itu beberapa kali. Izzati cuba menghalang namun Aiman tidak mengendahkannya.
"Kau tak layak hina isteri aku!"
Tiba-tiba, Aiman ditarik oleh seseorang. Pipi Aiman terus ditampar. Aiman terus terpaku dengan tamparan itu.
PEJAM celik pejam celik, sudah seminggu mereka berbulan madu. Namun begitu, ia tetap tidak memberi apa-apa perbezaan kepada Isya. Dia masih dengan keputusannya untuk berpisah.
Hari ini, mereka bertolak pulang ke KL. Sebelum itu, Aiden sudah merancang sesuatu untuk Isya. Di dalam kereta, Aiden memulakan rancangannya.
"Isya, kita pergi tengok wayang nak?" soal Aiden.
Isya menjeling tajam. Dia merengus kuat.
"Ala... Please sayang..." rayu Aiden.
"Isya tak nak! Cukup-cukuplah abang seksa Isya pergi bulan madu. Takkanlah nak seksa Isya lagi dengan benda-benda macam ni!"
"This is my last wish before we divorce." ujar Aiden.
Isya tersentak lalu menoleh ke arah Aiden.
"Apa abang cakap?"
"Isya tak salah dengar. Abang akan ikut kata-kata Isya tapi Isya kena ikut abang tengok wayang dulu."
"Kalau Isya tak nak?"
"Abang takkan ceraikan Isya."
Isya berfikir sejenak.
"Okey! Isya setuju." ujar Isya.
'Ya Allah, permudahkanlah urusan aku. Ini saja peluang untuk aku bersama dengan Isya semula.' doa Aiden di dalam hati.
Share this novel