SAC 5

Romance Completed 94725

KERETA Honda Civic memasuki perkarangan rumah agam milik kerluarga Aiden. Setelah kenderaan diparkir, semua penumpang keluar dari perut kereta.

Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Masing-masing menghenyakkan punggung ke atas sofa. Namun ada juga yang sudah naik ke atas untuk berehat.

Seketika kemudian, Santi datang membawa dulang berisi air. Santi merupakan orang gaji di rumah agam ini.

"Jemput minum Tuan, Puan. Saya ke dapur dulu." ujarnya sebelum berlalu ke dapur.

Puan Sri Aminah menghulurkan secawan kopi kepada Tan Sri Ahmad.

"Terima kasih, Amy." ucap Tan Sri Ahmad. Puan Sri Aminah sekadar mengangguk.

"Pa, ma... Ray nak cakap sikit, boleh?" tanya Rayyan merangkap abang kepada Aiden.

"Apa dia?" soal Puan Sri Aminah.

"Ray dah bincang dengan Rita dan Lina tentang syarikat. Jadi, buat sementara waktu ni... Ray dan Isya akan uruskan hal-hal syarikat." jawab Rayyan, panjang lebar.

Mereka berdua berkerut.

"Tadi kamu sebut... Isya?" Rayyan mengangguk.

"Siapa tu?"

"Oh... Isya ni PA Aiden tapi kerja dia tip top papa. Baru je semalam Ray dapat tahu yang projek kat Ampang tu berjaya dapat tender. Ini semua hasil kerja Isya lah." Mereka berdua terangguk-angguk tanda faham.

"Baguslah kalau macam tu. Mama okey aje."

"Papa pun sama, Ray. Apa yang kamu rasa terbaik..." sokong Tan Sri Ahmad. Dia memang bertuah memiliki dua orang anak lelaki yang boleh diharap.

"Terima kasih pa, ma. Ray janji akan sedaya upaya majukan syarikat walaupun Aiden tak ada."

Imbas kembali...

"MENGIKUT pemeriksaan yang kami jalankan, keadaan kesihatan Aiden semakin merosot. Tiada perubahan positif yang ditunjukkan." terang Dr. Azri kepada Tan Sri Ahmad dan Puan Sri Aminah.

"Jadi, kami hanya perlu tunggu Aiden sedar dari koma. Macam tu ke doktor?" tanya Puan Sri Aminah. Dr. Azri mengeluh sambil mengangguk.

"Chance dia untuk selamat?" Dr. Azri menggeleng sedikit.

"Maafkan saya..."

APABILA memikirkan ini semua, mereka sedar bahawa mereka harus melakukan sesuatu. Jika perlu menghantar Aiden ke luar negara, mereka sanggup. Asalkan Aiden kembali ke pangkuan mereka semula.

RITA termenung di koridor sambil mengesat air matanya yang mengalir tanpa henti. Hari demi hari, dia diselubungi dengan kesedihan.

Kenangan antara dia dan Aiden berputar kembali di fikirannya. Pertemuan mereka buat kali pertama membuat dia tersenyum.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Rita dan kawan baiknya, Jessica beriringan menuju ke dewan kuliah. Sementara itu, ada ramai mata yang memerhati setiap gerak geri Rita. Terutama sekali, para jejaka budiman.

"Uish, Rita. Popularnya kau! Tengoklah tu semua dok tengok kau... Tak berkelip langsung." ujar Jessica dengan teruja. Rita menggeleng kepala.

"Kau ni, Jess. Tak habis-habis nak kenakan aku kan? Aku tak heran pun dengan dia orang tu." Tiba-tiba Jessica berhenti. Rita turut mengikut perbuatan Jessica itu.

"Kau ni kenapa? Kita dah lambat tau." keluh Rita.

"Ah, lantaklah lambat pun! Aku masih tak puas hati dekat kau." Rita mengerutkan keningnya. Tidak mengerti apa-apa.

"Tak payah nak buat muka innocent. Buat-buat tak faham pulak." Rita masih tertanya-tanya.

"Jess, serius aku tak tahu. Apa dia? Apa yang kau tak puas hati dengan aku ni?"

"Kat dalam dunia ni ada berpuluh-puluh ribu orang lelaki. Takkan satu pun tak memikat hati batu kau tu?"

Rita ketawa kecil. "Pasal tu je... Sampai kau nak bermasam muka dengan aku?" Jessica menjeling tajam.

"Okey-okey. Ada sorang." Jessica terus memandang wajah Rita.

"Siapa?!" Rita memuncungkan bibirnya ke arah belakang Jessica. Jessica berpaling ke belakang.

"Mamat yang pakai baju merah dengan seluar hitam tu." terang Rita.

"Mamat cina tu?" Rita mengangguk.

"Rita... Kau suka Aiden? Aiden?!"

"Yelah! Berapa kali nak cakap." Jessica bersorak gembira.

"Kaulah kawan the best aku. Dalam banyak-banyak lelaki, kau pilih dia. Mamat paling hensem and jutawan kat kampus ni." Rita terus melopong.

"Jap... Jutawan? Ai... Aiden tu jutawan?"

"Ya, Rita..." Rita terus memandang ke arah Aiden. Tanpa disangka, Aiden turut memandang ke arahnya.

SEJAK itu, cinta mereka berputik dan semakin mekar sehingga kini.

"I takkan lupakan momen tu. Momen tulah yang merapatkan kita. Sampai kita bertunang dan kejadian tu..." Rita mula menangis teresak-esak.

"Kenapa? Kenapa perlu you yang lalui semua ni? I... I tak sanggup, Aiden. I sakit..."

Rita memeluk tubuh sambil menangis. Setiap detik tanpa Aiden amat menyakitkan. Dia tak boleh hidup tanpanya. Dia terlalu cintakan Aiden.

RUANG pejabat Aiden dipandang sayu. Kehadiran Aiden masih terasa. Sungguh, dia rindu pada adiknya.

Knock! Knock!

Rayyan segera menyeka air matanya. Kemudian dia menyuruh gerangan yang mengetuk pintu itu masuk ke dalam.

"Ray... Akak nak bincang sikit dengan kamu ni." ujar Kak Lina sambil mengatur langkah mendekati meja kerja Aiden.

"Nak bincang apa tu, kak? Macam gelisah aje muka tu." Rayyan juga perasan akan riak wajah yang dipamerkan oleh Kak Lina itu.

Selalunya, Kak Lina adalah orang yang paling ceria. Tiba-tiba sahaja gelisah, memang menimbulkan kehairanan.

"Memang akak gelisah pun sekarang ni. Akak rasa kita kena batalkan projek kat Ampang tu."

"Hah?! Batalkan? Dah kenapa pulak ni?" rungut Rayyan. Kak Lina mengeluh.

"Semalam tapak pembinaan diceroboh. Habis semua bahan-bahan untuk projek tu rosak. Kita dah rugi sebanyak 1.5 juta." Mata Rayyan terus membulat.

"Banyak tu, kak. Mana kita nak cari duit untuk bayar ganti rugi?"

"Tulah yang akak dok fikir dari tadi." Mereka sama-sama melepaskan keluhan berat.

Tiba-tiba pintu diketuk sekali lagi. Muncul Isya di muka pintu.

"Boleh Isya masuk?" Rayyan mengangguk.

Isya melangkah masuk lalu duduk di sebelah Kak Lina. Dia menghulurkan sebuah fail merah kepada Rayyan.

"Fail apa ni?" soal Rayyan lalu mengambilnya.

"Itu fail projek kat Ampang. Isya dah check tentang kerugian tu dan Isya ada solusinya."

"Betul ke ni, Isya?" soal Kak Lina. Dia mahu mengesahkannya. Isya mengangguk.

Mereka berpandangan seketika. Perlahan-lahan, senyuman melebar terukir di bibir mereka.

KEDATANGAN Aiman ke rumah secara tiba-tiba memang mengejutkan mereka sekeluarga.

Air dihidang bersama biskut tawar. Itu sajalah yang mereka ada buat masa sekarang. Tidak sempat menyediakan juadah.

"Jemputlah minum, Aiman. Maaflah... hidang biskut tawar aje." Aiman tersenyum.

"Tak apa, aunty. Aiman tak kesah pun." ujar Aiman. Dia pun menghirup secawan teh o panas yang dihidangkan tadi.

"Erm... Hajat apa Aiman datang ke mari?" soal Kamelia, musykil.

"Sebenarnya aunty... Saya datang sini sebab saya nak bincang sesuatu dengan aunty dan Nek Tok." jawab Aiman dengan tenang.

"Nak bincang pasal apa tu?" Aiman segera mengeluarkan sebentuk cincin bertakhtakan berlian lalu dihulurkan kepada Kamelia.

"Aunty... Cincin yang aunty pegang tu... Cincin tunang kami." Kamelia terus mengangkat wajah.

"Kenapa pulak ada kat Aiman? Aiman jangan cakap yang..." Aiman mengangguk sedikit.

"Isya ada jumpa dengan Aiman. Dia minta putus."

"Hah?! Minta putus?!" Kamelia terus membahang. Berani sungguh Isya memalukannya.

"Tapi aunty jangan marah kat Isya. Lagipun Aiman yakin mesti ada sebab kenapa Isya nak putus."

"Aiman, aunty sebenarnya tak tahu macam mana nak tegur lagi perangai Isya tu. Makin lama, makin menjadi-jadi."

"Apa maksud aunty?"

"Isya tu sejak kebelakangan ni dah jadi kurang ajar. Suka melawan cakap aunty. Tak hormat Tok Ma. Hah..." kutuk Kamelia dengan sengaja.

Aiman memandang Kamelia dengan kemusykilan. Dia sudah mengenali Isya sejak dulu lagi. Tidak mungkin Isya mampu berbuat begitu. Namun Aiman berpura-pura seperti menyokong Kamelia.

"Oh ya ke, aunty? Kenapa tiba-tiba Isya berubah?"

"Isya tak pernah berubah. Mungkin aunty Kamy yang salah faham." sela Huda. Kamelia terus menjeling tajam.

'Ada je orang tua ni. Rosak rancangan aku.'

"Kamu baliklah dulu, Aiman. Biar Tok Ma bincang dengan Isya nanti." Aiman tersenyum kelat.

"Baiklah Tok Ma. Kalau macam tu, Aiman balik dulu. Assalamualaikum." ucap Aiman sebelum beredar. Huda dan Kamelia menghantar kepergian Aiman dari jauh sahaja.

"Kamu tak perlu nak buruk-burukkan Isya. Kalau tidak..." Kamelia menjelir lidah kepada Huda sebelum berlalu dari situ. Huda menggeleng kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience