SAC 7

Romance Completed 94725

IMRAN bersantai di atas sofa sambil menghirup secawan milo panas. Matanya fokus pada skrin televisyen. Walau bagaimanapun, fikirannya melayang entah ke mana. Dia masih memikirkan kata-kata Isya kepadanya.

Imbas kembali...

DI atas katil, Isya duduk bersila. Dia mencapai telefon bimbitnya di bawah bantal. Dia mendail nombor Imran.

Setelah dua kali mencuba, baru Imran menjawab panggilannya.

"Hello, abang! Kenapa lambat sangat angkat phone?" marah Isya.

"Ala... Sorrylah Isya. Abang baru lepas mandi ni. Kelam-kabut abang jadinya." Isya ketawa kecil.

Inilah abangnya yang seorang ini. Ada saja idea untuk memujuk dirinya.

"Hah... Barulah sedap telinga abang ni dengar ketawa Isya." seloroh Imran.

"Ish, suka sangat sakat Isya. Tak... Sebenarnya Isya nak bagitahu something dekat abang. Pasal Isya." Imran berkerut-kerut dahinya.

"Pasal Isya? Pasal apa pulak?" Isya mengeluh.

"Isya tak tahulah nak pilih siapa. Isya buntu..." keluh Isya.

"Isya... Cuba Isya explain kat abang apa sebenarnya yang ada dalam fikiran Isya sekarang? Abang pun pening sekali..."

"Okey, sorry-sorry. Sebenarnya Isya kena lamar dengan boss Isya."

"What?! Tapi Isya kan dengan..."

"Aiman. Ya, memanglah Isya dengan Aiman nak putus tapi abang tahu kan bonda macam mana. Semua kena dengar cakap dia." sela Isya.

Imran diam seketika.

"Okey macam ni... Abang memang tak pro bab-bab cinta ni tapi abang nak tanya sesuatu." ujar Imran setelah lama membisu.

"Apa dia?"

"Isya cintakan siapa? Aiman atau boss Isya?" Isya tergamam dengan soalan yang diujarkan oleh Imran itu.

"Kenapa abang tanya soalan macam tu?" Isya ketawa gugup.

"Isya... Abang tahu Isya tak boleh lawan cakap bonda tapi ini tentang masa depan Isya. Sampai bila Isya nak memperhambakan diri Isya untuk bonda?" Isya benar-benar terkesan dengan soalan itu.

Sejujurnya, dia sudah letih dengan sikap mengongkong Kamelia. Seluruh hidupnya ditentukan oleh Kamelia. Daud juga menyokong Kamelia walaupun kadang kala dia tidak suka dengan cara layanan Kamelia terhadapnya.

"Isya..."

"Isya cintakan Aiman. Isya dah jatuh cinta dengan dia tapi..."

"Tapi apa lagi? Isya please, for once Isya buat keputusan sendiri. Jangan terpengaruh dengan kata-kata orang."

'Bukan sebab tu je, abang. Kalau abang tahu siapa dalang pada malam tu... Abang mesti tak boleh terima.'

"Isya?"

"Hah...! Oh, abang jangan risau. Bagi Isya masa, okey?"

"Abang percayakan Isya. Isya jaga diri kat sana tau, apa-apa... Bagitahu abang." pesan Imran.

"Baik boss!" Mereka ketawa kecil sebelum talian diputuskan.

"KENAPA boss Isya tiba-tiba lamar Isya? Dia betul-betul cintakan Isya atau ada sebab lain?"

SUASANA di malam hari, sungguh indah dan nyaman. Tepi kolam menjadi pilihan Aiman untuk bersantai. Dia mahu merehatkan minda dan jiwanya yang sedang bercelaru ini.

Sedang sibuk menikmati keindahan malam, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk.

Lantas, dia meraih telefon bimbitnya di atas meja lalu membuka pesanan tersebut.

"Isya?" soal Aiman pada dirinya sendiri.

- Aiman, boleh kita jumpa esok kat rumah saya? Saya ada hal nak bincang dengan awak. -

"Isya nak jumpa aku? Entah-entah dia tak jadi putus dengan aku kot." Aiman tersenyum lebar.

Pantas dia membalas pesanan Isya itu.

- Boleh sangat, Isya. Awak nak jumpa saya pukul berapa? -

- Dalam pukul 10 macam tu. Sebab pagi esok saya ada hal sikit nak settlekan. -

- Okey, kita jumpa esok. -

- Good night, sweet dreams. -

- You too. -

"Ya Allah, kalau betul Isya tak jadi putus dengan aku, kau permudahkan urusan kami. Eratkan semula hubungan kami, Ya Allah." Aiman menadahkan tangan memohon bantuan daripada-Nya.

KEDIAMAN milik Aiden menjadi sunyi sepi apabila masing-masing membisu. Hanya bunyi kicauan burung-burung yang berterbangan.

"Uncle, Rita..." Bicara Rita terbantut apabila Tan Sri Ahmad mengangkat sebelah tangannya.

"Uncle akan bincang semula dengan Aiden tentang keputusan dia nak kahwin dengan Isya. Rita tolong bersabar."

"Macam mana Rita nak sabar, uncle. Rita cintakan Aiden setengah mati tapi Aiden senang-senang aje nak buang Rita. Rita pun ada perasaan jugak uncle." luah Rita. Dia memang terkejut dan tidak menyangka bahawa Aiden sanggup memperlakukannya sebegitu.

"Uncel faham, Rita. Tapi keadaan Aiden masih tak stabil. Kita tak boleh buat dia tertekan."

"Tak... Rita tetap nak jumpa dengan Aiden minta penjelasan." Rita sudah bangkit untuk pergi.

"Rita Adriana!" jerit Farah. Rita semerta terhenti.

"Rita jangan nak pentingkan diri sendiri. Aiden tu tengah sakit, Rita sibuk nak penjelasan. Kalau betul Aiden tu sayangkan Rita, dia takkan tinggalkan Rita. Cukup-cukuplah Rita."

"Tapi bu..."

"No! Mulai hari ini... Rita dengan Aiden dah tak ada apa-apa." ujar Farah lalu menarik keluar cincin yang tersarung kemas di jari manis Rita.

Dia meletakkan di atas meja.

"Maafkan saya. Saya tak boleh tahan lagi dengan semua ni. Kami dah cukup malu. Kami balik dulu. Assalamualaikum." permisi Farah.

Tanpa menunggu sesaat, Farah membawa Rita keluar dari rumah itu.

"Farah..." Puan Sri Aminah ingin menghalang mereka pergi namun sudah terlambat. Mereka sudah hilang dari pandangan.

"Amy, kamu simpan cincin tu. Ray, esok kamu jemput Isya datang ke mari." arah Tan Sri Ahmad kepada isteri dan anak sulungnya.

"Pa... Are you sure?" tanya Rayyan.

"Papa sanggup buat apa saja demi anak-anak papa. Make sure dia datang." jawab Tan Sri Ahmad sebelum berlalu pergi.

"Ray..." panggil Puan Sri Aminah sambil menyentuh lembut bahu Rayyan.

"Ray jangan risau. Papa tahu apa yang terbaik untuk Aiden." Rayyan tersenyum kelat sebelum turut beredar dari situ.

Puan Sri Aminah hanya memandang anak dan suaminya pergi dengan pandangan kosong. Tiada kata yang boleh menggambarkan perasaannya saat ini.

Dia hanya perlu reda dan percaya atas apa yang dikehendaki-Nya.

AIDEN menatap skrin telefon bimbitnya sejak dari tadi. Dia mahu menghubungi Isya tapi hatinya menghalangnya untuk berbuat demikian.

"Mesti Isya terkejut bila aku lamar dia semalam." Aiden melepaskan keluhan berat.

Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Aiden segera menoleh ke arah pintu. Dr. Azri berjalan mendekati katil Aiden.

"Aiden macam mana? Sakit lagi ke kepala tu?" tanya Dr. Azri, mesra.

"Alhamdulillah, dah okey. Cuma ada pening-pening sikit." jawab Aiden. Dr. Azri terangguk-angguk.

"Alhamdulillah. Hah... Saya datang sini sebab saya nak buat pemeriksaan terakhir sebelum benarkan Aiden discharge." Aiden terus tersenyum.

"Betul ke ni, doktor?" Dr. Azri mengangguk.

"Bila saya boleh keluar? Hari ini ke?"

"Hari ini tak bolehlah, kena tunggu esok. Nanti saya inform pada keluarga Aiden ya?"

"Erm... Doktor? Boleh saya nak request something?" Dr. Azri berkerut.

"Saya nak minta tolong doktor jangan bagitahu keluarga saya yang saya akan keluar esok. Please..." Dr. Azri teragak-agak untuk bersetuju namun dia tiada hak untuk menolak permintaan pesakitnya.

"Baiklah... Saya takkan bagitahu. Aiden rehatlah. Saya minta diri dulu." Aiden mengangguk.

"Terima kasih doktor." Dr. Azri tersenyum sebelum pergi meninggalkan bilik wad Aiden.

'Aku akan jumpa Isya esok. No matter what happens.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience