AMBIEN di hospital agak sesak memandangkan pesakit semakin bertambah sejak dua hari yang lalu. Jamilah berjalan menuju ke wad 305 di mana Aiman ditempatkan. Hati memang sedih namun demi masa depan Aiman, dia merelakannya.
"Isya, kita kahwin jom! Saya dah lama tunggu awak." bicara Aiman sendirian. Dia seolah-olah bercakap dengan Isya.
"Aiman..." tegur Jamilah dengan lembut.
"Mama! Aiman nak kahwin dengan Isya, kan Isya?" ujar Aiman, gembira. Dia menepuk-nepuk kedua-dua belah tangannya. Lagaknya seperti budak kecil.
"Aiman, makan dulu. Mama ada masak lauk kegemaran Aiman." Jamilah membuka penutup bekas makanan tersebut.
"Tak nak! Aiman nak kahwin dulu baru Aiman makan."
"Tak boleh Aiman... Makan dulu. Nanti kalau Aiman sakit tak boleh kahwin kan?" pujuk Jamilah.
Aiman berfikir sejenak sebelum mengangguk-angguk, mengiyakan kata-kata Jamilah.
"Nak makan. Suap!" Jamilah tersenyum nipis sambil menyuap Aiman suapan demi suapan.
Mengalir jua air mata keibuannya.
"Mama... Kenapa nangis? Aiman minta maaf kalau Aiman ada buat salah." Dia turut menangis.
"Tak... Aiman tak buat apa-apa salah pun kat mama. Ini air mata kegembiraan, sayang." Jamilah menyeka air matanya.
"Janganlah nangis... Aiman tak suka tengok mama sedih."
"Okey, mama tak nangis dah. Aiman makan ya?"
Aiman terus membuka mulut sebagai tanda dia sudah bersedia untuk disuap.
'Ya Allah, kau kurniakanlah kesembuhan kepada anakku. Aku tak sanggup tengok keadaan dia seperti ini.'
PAKAIAN yang sudah siap dilipat, disusun rapi di dalam almari. Setelah itu, Isya mengutip baju kotor yang bersepah di atas lantai dan katil. Jenuh jugalah dia mengutipnya.
Selesai sahaja, dia membawa turun bakul baju tersebut ke dapur untuk mencucinya. Sedang leka memasukkan baju di dalam mesin, pipinya dicuit lembut.
Dia terus berpaling ke belakang.
"Good morning sayang." sapa Aiden dengan wajah paling manis yang pernah dia lihat.
"Good morning..."
"Sayang masak apa pagi ni? Laparlah..." rengek Aiden.
"Saya masak... Nasi lemak sambal sotong." jawab Isya teragak-agak. Benar-benar hairan dengan layanan Aiden padanya.
"Wah! Mesti sedap! Jomlah... Sayang makan sekali dengan abang." ajak Aiden. Tapi sebelum Isya menjawab, Aiden sudah menarik lengan Isya untuk mengekorinya.
"Sayang duduk sini." Aiden menarik salah satu kerusi bagi memberi ruang untuk Isya duduk.
'Hish, buang tabiat ke apa mamat ni? Tak pernah-pernah tolong tarik kerusi bagai. Seram pulak aku!'
"Nasi sayang... Letak lebih sikit." Aiden sudah menghulurkan pinggan kepada Isya.
Aiden makan dengan penuh selera. Mana tidaknya, habis semangkuk sambal sotong dihabiskan oleh Aiden.
*Sendawa*
"Sedapnya sayang! Abang sampai tak boleh nak bangun." Aiden mengusap-usap perutnya sambil bersandar ke kerusi.
"Alhamdulillah... Isya ambil pinggan ek?" Isya mahu mencapai pinggan-pinggan kotor di atas meja tetapi Aiden menghalangnya.
"Hari ini Isya rehat. Mesti Isya penat masak, kemas rumah lagi kan?" Aiden tersenyum manis sebelum membawa pinggan-pinggan kotor ke dapur.
'Apa masalah mamat ni? Kepala dia terhantuk kat mana-mana ke sampai hilang ingatan.'
"Baik aku cepat-cepat naik atas. Karang entah apa-apa lagi dia nak buat."
Tanpa menunggu lama, Isya terus naik ke atas.
"INI duit kau orang berdua. Lepas ni jangan tunjuk lagi muka kau orang depan aku, faham?" Huda memberi amaran kepada orang upahannya.
"Baik puan. Kami janji lepas ni puan takkan nampak kita orang lagi. Confirm!"
"Whatever lah! Dah, berambus." halau Huda sebelum sesiapa melihat mereka bertiga.
Sepeninggalan mereka berdua, Kamelia bersuara.
"Mama, betul ke tak kantoi? Kamy risaulah..."
"Hish, kau ni! Aku dah lama buat kerja ni... Kalau tak mesti rancangan aku 2 tahun lepas gagal. Kau diam jelah!"
"Tapi ma..." Bicara Kamelia terhenti saat melihat pandangan tajam Huda.
"Kau telefon Isya. Aku tak sabar nak tengok dia meratap bila tengok jenazah abang dia."
Mereka berdua tersenyum puas.
SEJAK pulang dari kubur, Isya hanya berkurung di dalam bilik. Menangis dan terus menangis. Sungguh perit untuk dia terima.
"Kenapa abang tinggalkan Isya? Isya tak ada sesiapa dah kecuali abang." Isya menangis tersedu-sedan.
KRING, KRING!
Bunyi deringan headphone milik Isya minta diangkat. Isya melihat nama pemanggil, Bonda.
"Hello?" sapa Isya di hujung talian.
"Isya..." Jelas kedengaran tangisan Kamelia.
"Kenapa ni, bonda? Kenapa bonda nangis?" soal Isya, risau.
"Imran, Isya... Im dah tak ada...!"
'Dah tak ada? Maksud bonda abang Im... Tak! Abang Im tak apa-apa.'
"Abang pergi mana sampai ibu menangis macam ni sekali?"
"Isya... Im dah meninggal. Im dah tinggalkan kita semua!"
Kali ini Isya benar-benar terkedu. Seluruh badannya menggigil.
"ABANG...!" Semakin deras air mata Isya mengalir.
Aiden sedang memerhati di muka pintu turut berasa sedih. Entah mengapa apabila melihat Isya kesedihan, dia turut merasainya.
Tan Sri Ahmad mahu ke bilik terhenti apabila melihat Aiden hanya berdiri di muka pintu biliknya.
"Aiden?" panggil Tan Sri Ahmad.
"Eh, pa!"
"Kenapa tak masuk? Isya kan tengah sedih tu... Pergilah pujuk dia."
Aiden menggaru-garu kepalanya sambil tersengih.
"Nanti Aiden pergi ek?" Tan Sri Ahmad menggeleng kepala.
"Ha yelah! Tapi Aiden sebagai suami kena sentiasa ada di sisi isteri. Lagi-lagi dalam situasi macam ni."
"Baik pa, papa jangan risau."
"Okeylah... Papa masuk bilik dulu. Pujuk nanti." Aiden mengangguk sedikit.
Dia kembali mengintai Isya dari jauh. Hatinya mahu pergi namun akal menghalangnya. Akhirnya dia membuat keputusan untuk tidak menganggu Isya buat sementara waktu.
Share this novel