SAC 28

Romance Completed 94725

DUA hari kemudian, Isya dibenarkan pulang ke rumah. Semua ahli keluarga berkumpul di rumah Tan Sri Ahmad bagi menyambut kepulangan Isya. Setiap inci rumah itu dihias dengan cantik.

Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, Aiden menutup mata Isya dengan kain penutup mata.

"Okey... Sikit lagi." arah Aiden sambil mengiring Isya masuk.

"Abang nak bawa Isya kat mana ni? Isya takut lah..." rungut Isya.

"Kejap aje lagi. Alright dah sampai." Aiden membuka penutup mata yang diikat tadi.

"Welcome home!" ujar mereka beramai-ramai.

Isya terpaku dengan kejutan ini. Matanya sudah berkaca kerana terharu dengan semua ini. Ini adalah momen paling indah dalam hidupnya.

"Sayang suka tak suprise ni?" soal Aiden sambil menjongketkan sebelah keningnya.

"Abang! Of course Isya suka! Thank you abang." Isya menangis kegembiraan.

"Sama-sama sayang. I love you." ucap Aiden di telinga Isya. Isya tidak henti mengukir senyuman.

"Okey, jom makan!" ajak Tan Sri Ahmad.

Mereka semua bergerak ke meja makan. Pelbagai hidangan di atas meja. Sampai tidak tahu yang mana satu mahu dijamu.

Namun dalam kegembiraan, Isya sedih bila terkenang akan arwah Imran.

'Kalau abang masih hidup, mesti abang akan suap makanan kat Isya. Isya rindu abang. Rindu sangat.'

Aiden mahu bertanya kepada Isya terkejut apabila melihat Isya menangis.

"Sayang, kenapa ni?" soal Aiden, risau.

"Isya rindu abang Im." Semakin deras air mata Isya mengalir.

Mereka semua turut berasa sedih. Isya pasti masih sedih atas kehilangan Imran.

"Hey-hey... Don't cry okay? Esok kita ziarah kubur arwah abang Im."

Isya mengangkat wajah, memandang tepat wajah Aiden.

"Betul ni?" Aiden mengangguk.

"Thank you abang."

"Anything for you sayang."

'Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan suami yang baik dan penyayang seperti Aiden kepadaku. Kau jagalah suamiku di bawah perlindunganMu. Sesungguhnya aku mencintai dia.'

HARI ini Rayyan pulang ke rumah Haura. Dan Haura mengambil kesempatan ini untuk menjalankan rancangannya untuk mendedahkan kebenaran Rayyan.

Dia sengaja memakai gaun merah yang dihadiahkan oleh Rayyan untuknya semasa hari jadinya tahun lepas.

Di hadapan cermin, Haura tersenyum penuh makna.

"Dulu kau perangkap aku dengan godaan kau tapi kali ini kau yang akan terperangkap dengan godaan aku."

Sejenak, Haura boleh dengar pintu rumah dibuka. Sudah tentu itu Rayyan.

"Here we go."

Haura menyambut Rayyan dengan senyuman paling menggoda. Dia berjalan mendekati Rayyan lalu menjalarkan jari telunjuknya di dada Rayyan.

"Ray... I dah masak nasi ayam untuk you. You suka kan makan nasi ayam? Jom..." Haura mahu pergi tetapi Rayyan cepat-cepat memegang lengan Haura.

Dia menarik Haura ke dakapannya. Jarak wajah mereka hanya beberapa inci sahaja.

"I tak nak makan tapi I nak you." bicara Rayyan dengan suara perlahan.

Haura agak cuak tetapi dia masih dapat mengawal riak wajahnya. Dia tidak mahu Rayyan mengesyaki apa-apa.

"Kalau you nak I... You kena buat sesuatu dulu." Haura menolak Rayyan sehingga Rayyan terundur setapak ke belakang.

Rayyan menggigit bibir.

"You nak I buat apa? Hmm?"

Haura tidak menjawab malah membawa Rayyan masuk ke bilik tamu.

"We have to celebrate first." Haura memberi segelas air oren. Rayyan mengambilnya. Tanpa perlu bersusah payah, Rayyan sudah menghabiskan segelas air oren itu.

"Good boy." Haura mengenyitkan sebelah matanya kepada Rayyan.

Beberapa saat kemudian, Rayyan seperti berkhayal.

"Haura... I...."

"Shh!"

Sementara itu, Haura memberi isyarat kepada Ika untuk masuk ke dalam bilik. Ika terus bersembunyi di dalam bilik air.

"Ray... I nak tanya you something boleh?" soal Haura dengan suara sengaja dimanjakan.

"Yes baby... Tanyalah. Banyak pun tak apa." jawab Rayyan seperti orang bodoh.

"Kenapa you beria-ria nak bunuh Isya?"

Rayyan terus berubah riak wajah. Wajahnya bengis.

"Isya tu perosak rancangan I. Kalau dia tak hadir dalam hidup Aiden, rancangan I mesti berjaya."

"Rancangan apa?" Rayyan memandang tajam wajah Haura. Haura terus menelan air liur.

'Dia syak aku nak perangkap dia ke? Ya Allah, janganlah sampai rancangan aku gagal.'

"Aiden pandai, baik, berjaya dalam hidup... Semuanya tentang dia! Dalam keluarga tu cuma ada Aiden! Apa I ni tak wujud ke?"

"Mungkin you salah faham?"

"No! I masih ingat lagi macam mana papa I bandingkan I dengan dia. Seolah-olah I ni bukan anak dia."

Secara automatik, kejadian itu terimbau kembali.

Rayyan baru pulang dari kolej. Dia disergah oleh Tan Sri Ahmad.

"Kamu ni nak jadi apa, hah?!" jerkah Tan Sri Ahmad.

Rayyan terkejut, dia bertanya.

"Apa pula kali ini pa? Apa lagi yang si Aiden tu cerita kat papa?"

Tan Sri Ahmad terus melangkah mendekati Rayyan.

"Kamu jangan nak salahkan Aiden. Dari kecil sampai besar, Aiden tu tak pernah menyusahkan keluarga ni. Bukan macam kamu... Asyik menconteng arang kat muka papa ni."

"Pa! Semua benda yang Ray buat semuanya Salah kan? Tapi kalau Aiden... Perfect aje!"

"Kurang ajar!" Tan Sri Ahmad menampar pipi Rayyan.

Ketika itu, Aiden juga baru pulang dari kolej.

"Pa? What's wrong?"

"Abang kamu ni! Tak habis-habis buat hal!"

"Apa yang Ray dah buat?"

"Dia dah rosakkan anak dara orang! Dasar anak tak guna!" Tan Sri Ahmad mahu menampar Rayyan lagi tapi Aiden segera menghalangnya.

"Pa... Dengar lah dulu penjelasan Ray. Lagipun kalau betul Ray buat, mesti ada bukti."

"Bukti? Tunggu kejap."

Tan Sri Ahmad menuju ke ruang tamu. Di atas meja itu ada sebuah sampul. Dia memberikan kepada Aiden.

"Nah, Aiden tengok sendiri perbuatan keji abang kamu ni."

Aiden membuka sampul itu. Terdapat beberapa keping foto yang jelas di dalam foto itu adalah Rayyan.

"Ray..."

Rayyan terus merampas gambar-gambar itu dari tangan Aiden. Dia juga terkejut.

'Ya Allah! Ini memang betul aku. Tapi macam mana...'

"Selagi kau tak bertanggungjawab, kau jangan tunjuk muka kau kat dalam rumah ni lagi, faham?!" Tan Sri Ahmad terus pergi dari situ.

"Aiden... Aku tak buat semua ni. Kau percaya aku kan?"

"Aku minta maaf, Ray. Aku tak boleh buat apa-apa."

"SEJAK dari itu, I bencikan dia. Dia boleh tolong I tapi dia tak nak. Adik jenis apa dia tu?"

"So, you puas hati kalau Aiden mati?"

"Yes! And guess what? Kemalangan Aiden... I yang rancang. I sendiri yang rosakkan brek kereta dia."

"I bersubahat dengan Dee and Rita untuk bunuh Aiden. Tapi still tak mampus lagi."

"But now I ada rancangan baru."

"Ap-Apa dia?"

"I akan buat Aiden buta. Lepas tu barulah I, Rita and Dee bunuh si Isya tu." Rayyan ketawa besar.

'Okey... Aku rasa dah cukup semua bukti ni. Aku kena pengsankan dia sekarang.'

"Hmm... Ray... You minum dulu. Then we have fun okay?" Haura memberi segelas air oren lagi. Rayyan menepisnya.

"Ray!"

"I'm done waiting. I want you now!" Rayyan terus menerkam Haura. Haura meronta-ronta minta dilepaskan.

"Ray you buat apa ni?! Lepaskan I!"

Tiba-tiba kepala Rayyan diketuk dari belakang.

"Ika!" Haura terus mendakap Ika.

"Dah, jom kita keluar dari sini."

Mereka terus keluar dari situ sebelum terlambat.

SELEPAS mereka menziarahi kubur arwah Imran, Aiden membawa Isya ke suatu tempat di mana tempat itu amat bermakna buatnya.

"Abang nak bawa Isya pergi mana? Macam jauh ke dalam aje."

Ya, sepanjang perjalanan mereka hanya ada hutan-hutan saja.

"Adalah... Rahsia. Sayang just tunggu dan enjoy."

"Ala abang ni. Tak bestlah!" rungut Isya. Habis sedepa bibirnya dimuncungkan.

Aiden ketawa kecil. Comel.

Tidak sampai satu jam, mereka sudah sampai ke sebuah rumah banglo. Walaupun rumah kayu, ianya tetap cantik.

"Rumah siapa ni, bang?"

"Rumah mak angkat abang, Umi."

Membeliak terus biji mata Isya.

"Mak angkat abang? Tak tahu pula abang ada mak angkat."

"Yup... Umi yang jaga abang sejak kecil. Bila umur abang 19 tahun, baru abang tinggal dengan keluarga abang."

"Tapi kenapa umi yang jaga abang?"

"Abang akan cerita nanti. Sekarang ni jom masuk. Umi dah tunggu." Isya tersenyum lalu mengikuti Aiden dari arah belakang.

"Assalamualaikum, umi! Umi!"

"Waalaikummussalam! Kejap!"

Alangkah terkejutnya Mastura aka ibu angkat Aiden melihat kedatangan Aiden.

"Ya Allah, Aiden! Dah lama umi tak nampak kamu." Mastura tanpa sedar menitiskan air mata.

Aiden menyalami Mastura, "Umi... Maafkan Aiden sebab lama tak balik jumpa umi. Aiden tak berkesempatan."

"Tak apa... Asalkan Aiden tak lupakan umi." Mastura memandang ke arah Isya. Dia berkerut.

"Anak ni siapa?" soal Mastura kepada Isya.

"Saya isteri Aiden. Isya." ujar Isya lalu menyalami Mastura.

"Bertuah punya budak. Tak bagitahu umi yang kamu dah kahwin." Mastura mencubit lembut lengan Aiden.

"Aduh! Ala... Sorrylah umi." Mastura didakap.

"Dahlah... Mari masuk." Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Mastura meminta diri untuk ke dapur.

"Abang, abang kata nak cerita kat Isya pasal abang. Ceritalah."

"Okey... But not now." Aiden ketawa lalu menuju ke dapur.

"Abang!" Isya menjerit kecil.

'Eee! Geram aku. Tak apa nanti aku nak paksa dia cerita jugak.'

"Tak baik kutuk suami." ujar Aiden di sebalik dinding.

Isya terus berlari ke arah Aiden tetapi Aiden terlebih dahulu melarikan diri. Mereka berkejaran di ruang tamu sehingga akhirnya mereka letih.

"Uish! Laju... Lajunya sayang lari." ujar Aiden, tercungap-cungap.

"Abanglah! Eee!" Isya menggeletek pinggang Aiden.

"Sayang dah-dah. Sorry. Abang janji abang akan cerita."

"Hah tahu takut."

"Sayang... Malam ni kita tidur sini nak?"

"Tapi baju?"

"Itu sayang tak perlu risau. Baju Anis ada banyak kat dalam almari tu."

Isya terus memandang tepat wajah Aiden.

"Siapa Anis? Girlfriend abang?"

Aiden mahu menjawab tetapi Mastura terlebih dahulu menjawabnya.

"Anis tu anak umi. Kiranya Aiden ni abang angkat dialah." Isya mengangguk faham.

"Itulah sayang. Lain kali jangan serkap jarang."

"Dah, kamu berdua pergi mandi lepastu boleh makan sama-sama." Mereka mengangguk.

Aiden membawa Isya ke biliknya dulu untuk membersihkan diri.

"I takkan lepaskan dia! Berani dia perangkap I!" tempelak Rayyan. Dia menghempaskan punggungnya ke atas katil.

"Tapi macam mana kalau dia bagi bukti tu kat polis? Habislah rancangan kita."

Rayyan terus meramas-ramas rambutnya. Dia begitu serabut sekarang ini.

"Ini semua salah you! Kalau you tak tergoda dengan dia mesti semua ni takkan berlaku!"

Rayyan terus bangkit. Dia mencekak pinggang sambil bermundar-mandir.

"You tahu kan yang I buat semua ni untuk kita. I nak kita kembali bersama. For real."

SELEPAS berita itu, dia terus berjumpa dengan Rita untuk menjelaskan segalanya.

"Rita, dengarlah penjelasan I dulu."

Puas Rayyan memujuk Rita untuk mendengarinya namun Rita tetap berkeras hati.

"I tak nak dengar apa-apa lagi dari you. You sanggup buat I macam ni. I percayakan you Rayyan."

"Rita... I tak buat semua tu. I tak tahu macam mana I boleh ada dengan dia kat atas katil tu. I have no idea."

"Tipu! I tak percaya!"

"You listen... I takkan pernah sesekali curang dengan you. Lagi-lagi dengan kakak you sendiri. I rasa ada orang yang perangkap I."

Rita berkerut memikirkan siapa agaknya orang itu.

"Rita... I love you and I will love you forever."

Akhirnya Rita terpujuk jua. Dia percaya Rayyan tidak akan curang dengannya.

"Tapi semuanya dah terlambat. Papa you nak kahwinkan you dengan kakak I. Dia takkan boleh terima I."

"Boleh tapi you kena masuk dalam hidup adik I, Aiden."

"Aiden?"

"Yes... Kalau you masuk dalam hidup Aiden, kita boleh rancang untuk rampas semuanya dan kita akan bersama selama-lamanya."

"Maksud you?"

"Bila Aiden kahwin, semua harta papa akan jadi milik dia. Dan you akan kikis harta dia sikit demi sikit. Then, barulah kita boleh bersama."

"Tapi lepas tu you nak buat apa?"

"Itu you jangan risau. Biar I yang handle semuanya. You just do what I said."

RAYYAN duduk semula di sebelah Rita. Dia memegang bahu Rita.

"Kita dah nak berjaya untuk dapat apa yang kita nak. So, you have to support me."

Rita mengeluh hampa, "I'm really sorry, Ray. I tak patut salahkan you."

"It's okay. Now... Kita kena sembunyikan diri. Masa tu Kita akan fikir Cara untuk dapatkan bukti tu balik." Rita mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience