SAC 31

Romance Completed 94725

RITA sedang memeluk tubuh di atas tilam nipis di sebuah bilik. Mungkin dia di sebuah rumah usang atau bangunan lama.

"Kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni?" soal Rita dengan nada bergetar, takut berbaur amarah.

Rayyan sedang membuntangkan bajunya, hanya tersenyum. Dia berasa puas melihat Rita begitu.

"Aku tanya kenapa kau buat aku macam ni?!"

"Hey!" Rayyan menerkam Rita. Tidak mengendahkan kesakitan yang dialami oleh Rita.

"Kau nak tahu? Hah?!"

Rayyan melepaskan bahu Rita lalu berdiri di hadapan Rita.

"Kau tu cuma boneka aku. Kau langsung tak ada beza macam si Haura tu. B.O.D.O.H."

"Dasar jantan dayus! Puih!" Rita meludah ke arah Rayyan.

"Hahaha!" Rayyan ketawa tanpa henti.

Tiba-tiba, Dee muncul bersama dua orang suruhannya, Liam dan Sean.

"Hello, Rita adikku." sapa Dee.

"Kak Dee? Kau bersubahat dengan jantan ni?" soal Rita, tidak percaya.

"Kenapa? Tak boleh ek?"

Mereka berdua ketawa. Dee duduk mencangkung di hadapan Rita.

"Rita... Kadang-kadang kita kena berkawan dengan musuh. Senang cerita kita kena bijak dan selangkah ke hadapan. Bukan macam kau, lurus bendul."

Rita menampar pipi Dee. Dia sudah tidak peduli apa yang akan mereka lakukan terhadapnya.

"Hey, perempuan!" Dee menunding jari ke wajah Rita.

"Kau tu kena sedar diri. Kau tu bukannya suci lagi... Dah rosak. Dah ditebuk tupai!"

"Diam! Kau orang berdua penipu! Kejam!"

"Yes, memang betul apa yang kau cakap tu Rita. Tapi ada satu lagi perkara yang kau kena tahu."

Dee bangun, memaut lengan Rayyan.

"Baby, bagitahu dia apa yang jadi malam tu."

"Okey honey." Rayyan memberi senyuman manis kepada Dee sebelum mengalihkan pandangan ke arah Rita.

"Rita... sebenarnya malam tu tak ada siapa pun yang perangkap aku sebab memang kita orang bersama."

Rita ternganga mulutnya.

"Aku buat semua tu supaya aku boleh kahwin dengan kekasih hati aku. Dan gunakan KAU untuk rampas semua harta papa aku."

Sambil menahan marah, Rita ketawa sinis.

"Hey, Rayyan! Kalau betul Dee ni cintakan kau, dia takkan sanggup nak bunuh kaulah."

"Hmm, bila ek?"

"Kau tak yah nak pura-puralah! Aku masih ingat lagi luka kat dada kau tu."

"Hahaha!"

Rayyan menanggalkan pembalut di dadanya. Tiada luka.

"K-Kau tipu aku!" Rita bangun lalu menggenggam kolar baju Rayyan. Rayyan menepis kasar sehingga Rita terjatuh ke atas lantai.

"Aku reka cerita aje. Bukan salah aku bila kau percaya cerita aku. Kan honey?" Rayyan merangkul pinggang Dee.

"Baby, I rasa kan better kita hapuskan jelah dia ni. Menyusahkan."

"Aah lah honey. Macam ni... You or I tak perlu kotorkan tangan. Biar budak-budak you aje yang settle kan. Okey?"

"Okey, now we can spend time together." Dee memberi isyarat kepada dua orang suruhannya untuk meng'urus'kan Rita.

Mereka keluar dari bilik itu dengan senang hati.

"Kau takkan terlepas Rayyan! Aku akan pastikan!" jerit Rita.

Liam mengeluarkan pisau di dalam kocek seluarnya.

"J-Jangan dekat dengan aku!" tegah Rita sambil cuba untuk bangun. Namun, mereka tetap meneruskan perbuatan mereka.

"Ah!"

ISYA bangun dari tidur, dia menoleh ke kiri. Terlihat Aiden di sebelah membuatkan dia tersenyum lebar.

"Haih... Handsome juga laki aku ni." puji Isya.

Setelah puas merenung wajah Aiden, Isya bangun dari pembaringan. Tetapi Aiden menarik lengan Isya sehingga Isya terbaring semula.

"Abang!" jerit kecil Isya.

Aiden ketawa, "Ala kejap lah sayang. Abang tak habis lagi nak bermanja dengan sayang."

Isya mencubit pinggang Aiden.

"Ish, ngada-ngada ek?"

"Aduh, sakitlah! Macam kena kepit dengan ketam."

"Eee!" Semakin seronok Aiden mengusik Isya.

"Abang buat lagi... Isya tak nak cakap dengan abang dah."

"Okey-okey, abang tak buat dah." Aiden mengangkat sebelah tangannya sebagai tanda maaf.

Isya turun dari katil dan ingin ke bilik mandi tetapi terbantut dek deringan handphonenya. Dia melihat nama pemanggil, nombor tidak dikenali.

"Siapa, yang?" Isya menjongketkan bahunya.

"Nak jawab ke tak?"

"Jawab jelah, mana tahu penting."

Isya mengangguk lalu menjawab panggilan itu.

"Hello, siapa ni?"

"Hello, Isya."

"Haura?" Sudah agak lama tidak mendengar khabar dari Haura.

"Aku tak boleh lama. Aku cuma nak kau datang balai polis sekarang juga. Ada perkara yang kau perlu tahu."

"Balai polis? Kenapa... Apa dah jadi?"

"Aku tak boleh explain kat telefon. Kau kena datang sini."

"Tapi..."

"Now, Isya. Please!"

Isya diam sejenak sebelum bersuara semula.

"Okey, aku datang sekarang." Isya terus memutuskan talian.

"Abang, kita kena pergi balai polis sekarang."

Aiden turun dari katil lalu berdiri di sebelah Isya.

"Okey, calm down. Sayang pergi mandi dulu. Sementara tu abang packing baju, okey?" Isya mengangguk dan terus menuju ke bilik mandi.

Tanpa berlengah lagi, Aiden mengemas baju-baju mereka dan dimasukkan ke dalam bagasi.

SEJAK mereka bercerai, Kamelia tidak lagi tinggal sebumbung dengan Daud. Namun begitu, dia masih sering datang ke rumah itu.

"Mama macam mana? Sihat?" soal Kamelia sekadar berbahasa.

"Aku sihat aje. Eh, kau ni bila nak buat apa yang aku suruh? Daripada Isya tu tak baik dengan Aiden sampai dah baik, kau tak buat apa-apa pun."

"Ala, mama. Relaks lah... Lagipun bagus juga si Isya tu baik dengan Aiden. Kita boleh minta duit dekat Isya tu. Bergunalah juga jadi bini orang kaya."

Huda memukul kaki Kamelia dengan tongkatnya.

"Isya tu bukannya bodoh sangat sampai nak bagi kau duit. Kau tu bukannya mak kandung dia pun."

"Mama ni semua yang Kamy buat semuanya salah. Kalau macam ni Kamy balik ajelah."

Kamelia meraih beg tangannya dan sudah mahu pergi tetapi suara Huda menghentikan langkahnya.

"Kamy, duduk!" arah Huda.

"Tak nak! Kamy nak balik."

"Jangan degil! Aku kata duduk, duduklah!"

Kamelia merengus kuat sebelum duduk semula.

"Mama nak bincang apa lagi? Kamy ni kan bodoh, tak berguna."

"Lebih-lebih pula kau ni. Tak payah nak merepek!"

Huda membetulkan kedudukannya sebelum mula berbicara.

"Aku tak peduli apa pun caranya tapi kita kena dapatkan tanah pusaka yang Tan Sri Ahmad hadiahkan kat Aiden tu."

"Tapi ma..."

"Aku ada rancangan. Kau ikut aje."

"Kalau kantoi macam mana?"

"Takkannya!"

"Okey, tapi kalau kantoi macam kes bunuh Imran tu, mama kena bertanggungjawab."

"Aku tahulah! Sekarang ni... Daud tu kita kena terus perhatikan kalau tak nak rancangan kita gagal lagi."

"Itu mama jangan risaulah. Kamy ada caranya." Kamelia tersenyum sinis.

Huda menyandar badannya ke sofa.

'Akhirnya, aku akan dapat gantikan apa yang aku dah hilang. Lepas je tanah tu jadi milik aku, aku akan hapuskan kau, Isya.'

DI balai polis, Isya dan Aiden amat terkejut dengan apa yang mereka lihat. Mujurlah video pengakuan itu sempat diserahkan kepada pihak polis. Kalau tidak, nyawa Haura dan Ika pasti terancam.

Haura meraih tangan Isya lalu menggenggamnya. Rasa sebak di dada mula menebal.

"Isya... Aku minta maaf sangat-sangat. Aku memang bukan kawan yang baik untuk kau. Aku minta maaf, Isya."

Sejak dari tadi, Haura tidak berhenti memohon maaf kepadanya.

"Haura... Walaupun aku marah dengan apa yang kau dah buat, tapi kau tetap kawan baik aku. Aku faham kenapa kau sanggup khianati aku."

"Isya... Aku tak layak dimaafkan. Aku malu dengan kau, Isya. Malu sangat." Haura menangis teresak-esak.

Ika pula datang menghampiri Isya.

"Isya, aku pun nak minta maaf. Aku tak patut ikut cakap Rayyan."

"Ika, Haura... Aku maafkan kau orang. Dahlah... Jangan nangis-nangis dah." Isya mengesat air mata di pipi Ika dan Haura.

Seorang warden penjara datang ke arah mereka.

"Maaf, masa melawat dah tamat."

Sebelum pergi, Haura dan Ika memberi perlukan erat.

"Sayang..." Isya berpusing ke belakang. Wajah Aiden ditatap penuh kasih.

"Abang, kenapa semua ni jadi kat Isya? Apa salah Isya?" soal Isya bersama deraian air mata.

"Sayang, jangan cakap macam tu. Setiap ujian yang Allah beri pada kita, hanya untuk membuatkan kita lebih kuat."

Aiden memegang bahu Isya.

"Sayang kena selalu ingat yang abang sentiasa ada di sisi sayang saat suka dan duka."

Isya terus melekapkan kepalanya ke dada Aiden. Aiden mengusap-usap ubun Isya.

Rayyan dan Dee sedang memerhatikan Isya dan Aiden dari luar balai polis.

"Tak guna!"

"Bie, kita kena lari. Kita tak boleh tinggal lagi kat Malaysia."

"I takkan tinggalkan Malaysia selagi I tak bunuh dia orang dengan tangan I sendiri."

"You gila ke apa? Kes ni masih panas! Kita tak boleh buat apa-apa."

Rayyan memandang tajam wajah Dee.

"Kalau you tak nak follow, you boleh belah. I boleh uruskan sendiri."

Dee melekapkan kedua-dua tangannya ke pipi Rayyan, "I takkan tinggalkan you. I love you."

Rayyan tersenyum senang.

"That's why I love you."

Tak lama kemudian, mereka pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience