KAMELIA baru mahu duduk, tiba-tiba telefonnya berdering. Dia merengus lalu menjawab panggilan itu.
"Hello!"
"Kak, ini aku Syukri."
Syukri merupakan adik Kamelia. Dia juga bersubahat dengan Kamelia dan Huda dalam semua rancangan mereka.
"Hah, kau nak apa?!" soal Kamelia, acuh tak acuh sahaja.
"Aku nak bagitahu kau sesuatu. Pasal laki kau."
"Apahal pula dengan Daud tu? Dia buat apa pula?"
"Kak, semalam aku keluar dengan bini aku kat mall. Pastu aku nampak laki kau dengan Isya kat restoran."
"Ala... Biasalah anak jumpa bapak. Kau ni kenapa?!"
"Itu aku pun tahu, kak! Tapi ini aku nampak laki kau bagi surat kat Isya pastu aku nampak Isya marah lepas baca surat tu."
"Apa maksud kau? Kau syak dia dah tahu kebenaran?"
"Itu aku tak pastilah tapi nampak gaya macam ya. Kak, kau kena hati-hati. Bila-bila aje si Isya tu boleh report polis kalau betul dia dah tahu semua rancangan kita."
"Aduh... Tak apalah! Nanti kalau kau tahu apa-apa lagi kau inform aku."
"Hah, baik kak. Bagitahu mak tau."
Kamelia mematikan talian.
"Apa aku nak buat ni? Mati aku kalau Isya tu report polis. Aku tak nak masuk penjara."
Kamelia mundar-mandir di ruang tamu sehingga menjadi perhatian Huda.
"Kau ni kenapa? Gelisah aje aku tengok."
Kamelia terus terhenti lalu menarik Huda untuk duduk di atas sofa.
"Eh! Kau ni pahal?! Kaki aku ni dah lah sakit!"
"Mama! Kita dalam masalah!"
"Masalah apa pula?"
"Syukri call Kamy. Dia nampak Daud jumpa Isya. Dia syak Isya dah tahu tentang rancangan Kita."
"Kau biar betul, Kamy? Boleh percaya ke si Syukri tu?"
"Betul ma! Habistu kita nak buat ni?"
"Kau relaks lah! Kita tak tahu lagi betul ke tidak."
"Tapi ma..."
"Sudah! Biar aku yang uruskan."
'Kalau betul si Isya tu tahu... Aku tak boleh biarkan dia rosakkan rancangan aku. Aku kena hapuskan dia.'
AIDEN baru pulang dari tempat kerja. Dia mencari Isya di bawah tetapi tiada. Sewaktu dia hendak naik ke atas, Tan Sri Ahmad menyapa.
"Eh, Aiden? Awal balik?" soal Tan Sri Ahmad, hairan.
Aiden tersenyum lebar.
"Hmm, lain macam senyum tu. Ada berita gembira ke?"
"Pa... Aiden baru aje jumpa dengan jurujual. Dia bagitahu yang pembelian rumah Aiden dah diluluskan!"
"Alhamdulillah!"
Tan Sri Ahmad terus memberikan pelukan.
"Oh, jadi Aiden nak cari Isya lah ni?"
"Yelah, pa. Aiden tak sabar nak bagitahu dia. Mesti Isya happy kan?"
"Of course lah. Dah, pergi cepat. Goodluck!" Tan Sri Ahmad menepuk bahu Aiden. Aiden terus berlari ke atas untuk berjumpa dengan Isya.
"Isya, sayang!" jerit Aiden.
Ketika Aiden masuk ke dalam bilik, Isya sedang duduk di birai katil.
"Assalamualaikum, sayangku." sapa Aiden dengan nada ceria.
Dia duduk di sebelah Isya. Dia meraih tangan Isya tapi entah kenapa Isya langsung tidak menoleh ke arahnya. Salamnya juga tidak dibalas.
"Sayang, kenapa ni? Muka tu mencuka aje. Hmm?"
"Aku nak kau ceraikan aku."
Mata Aiden terus terbeliak. Adakah benar apa yang dia dengari? Isya minta cerai?
"Sa-Sayang bergurau kan?" Aiden ketawa gugup.
Isya melepaskan tangan dari pegangan Aiden. Dia bangun lalu berdiri di hadapan Aiden.
"Aku tak ada masa nak layan soalan bodoh kau ni. Kau ceraikan aku!"
Aiden benar-benar terkejut dengan perubahan sikap Isya. Aiden turut berdiri.
"Sayang..." Aiden mahu meraih tangan Isya tapi cepat-cepat Isya mengelak.
"Kau tak yah nak berlakon lagi lah, Aiden! Aku dah tahu semuanya!"
Isya mengambil fail coklat itu di atas meja. Dia mencampakkan ke arah Aiden.
"Kau tengok sendiri perbuatan jenayah kau!"
Aiden meneliti isi fail itu. Perkara yang dia takuti akhirnya terjadi jua.
"Sayang... Abang boleh explain."
"Nak explain apa lagi?! Cukup dengan drama kau Aiden! Kau ni memang penipu!"
"Sayang, please..." Aiden sekali lagi mahu menyentuh Isya tapi Isya menepisnya.
"Kau jangan sentuh aku! Aku jijik dengan pembunuh macam kau!"
"Tak... Abang minta maaf sayang. Tolong maafkan abang."
"Aku takkan maafkan kau sampai mati! Kau bunuh ibu aku!"
"Abang tak sengaja sayang. Abang betul-betul tak perasan bila masa ibu melintas depan kereta abang."
"Kalau betul, kenapa kau tak bawa ibu aku pergi hospital? Kenapa kau lari? Hah?!"
"Abang takut masa tu. Abang... Abang tak boleh nak fikir apa dah."
"Enough! Aku tak percayakan kau. Bagi aku kau punca ibu aku mati!"
Isya terus keluar dari bilik.
"Sayang!" Aiden mengejar Isya.
Namun, ketika mahu turun tangga, Aiden terseliuh lalu jatuh ke bawah.
"Abang!" Isya berlari mendapatkan Aiden.
Isya meletakkan kepala Aiden di ribanya. Ribanya berasa panas. Rupanya kepala Aiden berdarah dengan banyak.
"Dar... To-Tolong! Pa!" jerit Isya sambil menangis.
'Ya Allah, selamatkanlah suamiku. Aku tak boleh hidup tanpa dia, Ya Allah.'
MALAM itu, Dee cuba membuka ikatan di tangannya. Semakin lama semakin longgar. Akhirnya, dia berjaya membuka ikatan itu.
"Alhamdulillah, Ya Allah!" Dee terus membuka ikatan di kakinya pula.
Setelah itu, dia pergi ke bilik mandi. Dia melihat cermin tingkap di bilik air itu sudah pecah sedikit.
"Aku kena pecahkan sikit lagi. Lepastu aku boleh keluar dari sini. Tapi..."
Dee mencari sesuatu yang keras di sekeliling bilik air itu. Dia terjumpa batang mop di tepi mangkuk tandas.
"Hah! Ini boleh kot." Dia mencuba untuk memecahkan cermin tingkap menggunakan batang mop itu tadi. Ianya berhasil.
"Yes!"
Dee terus memanjat ke atas mangkuk tandas lalu keluar melalui tingkap tersebut.
Gedebuk!
"Aduh, sakit bontot aku!" Dia menggosok-gosok punggungnya yang sakit itu.
Dia bangun dengan perlahan-lahan.
"Aku kena lari cepat sebelum si Rayyan tak guna tu perasan."
Tanpa menunggu lama, Dee lari dari situ. Dia perlu pergi ke balai polis dengan segera. Kali ini Rayyan pasti tidak akan terlepas.
SUDAH hampir satu jam mereka tunggu baru doktor keluar dari wad kecemasan. Mereka terus menghampirinya.
"Doktor, macam mana keadaan suami saya?"
"Puan, suami puan dalam keadaan stabil."
"Alhamdulillah!" Mereka melafazkan rasa syukur kepada Ilahi.
"Tapi ada berita buruk yang perlu saya sampaikan."
Isya terus berubah riak wajah. Dia rasa takut semula.
"Apa dia, doktor?" soal Tan Sri Ahmad pula.
"Kami dah buat x-ray di bahagian kepala encik Aiden untuk memastikan jikalau ada pendarahan dalaman tapi semuanya okey."
"Namun begitu, disebabkan kemalangan lepas, kemungkinan bila encik Aiden sedar nanti..."
"Suami saya mungkin buta? Itu ke yang doktor cuba sampaikan?"
"Iya, saya minta maaf puan, Tan Sri."
"Ya Allah, abang! Maafkan Isya abang."
Isya menangis teresak-esak. Dia rasa bersalah sangat atas apa yang terjadi kepada Aiden.
"Isya... Bertenang nak." Tan Sri Ahmad mengusap-usap bahu Isya.
"Pa... Ini semua salah Isya."
"Tak, Isya. Isya tak salah. Papa yakin semuanya akan baik-baik saja. Kita berdoa kepada Allah."
Isya terus menyebamkan muka ke dada Tan Sri Ahmad dengan tangis yang terus menggila.
SEDANG sibuk mengemas baju, Jamilah muncul. Dia kelihatan risau. Aiman terus menghentikan perbuatannya.
"Kenapa ni, mama?" soal Aiman. Jamilah berjalan mendekati Aiman.
"Man, duduk." Jamilah mengajak Aiman duduk di birai katil.
"Man... Suami Isya, Aiden."
"Kenapa dengan Aiden?"
"Dia jatuh tangga. Dia kat hospital sekarang ni."
"Apa dia?! Mana mama tahu?"
"Baru kejap tadi mama call papa Aiden. Ingatkan nak bincang tentang Man nak jumpa Isya. Tapi lain pula yang mama dengar."
"Habistu, Isya kat hospital lah ni?"
"Erm... Aiman nak jumpa Isya kat sana ke?"
Aiman seperti berfikir sebelum memberi jawapan.
"Tak apalah, ma. Man tak nak serabutkan lagi fikiran Isya. Kalau ada jodoh untuk kita orang jumpa, adalah."
Jamilah terharu dengan kata-kata Aiman. Jamilah terus mencium dahi Aiman.
"Mama bangga dengan Aiman sekarang. Lebih matang."
"Mestilah, ma. Anak siapa?" Mereka ketawa kecil.
"Sempat lagi buat lawak."
"Ma..."
Aiman meraih tangan Jamilah.
"Aiman takkan kecewakan mama lagi. Man janji akan jaga mama selagi Man bernafas. Dan cari menantu untuk mama."
"Betul ni?"
"Betul... Kali ini Man akan cari yang sudi aje."
Jamilah tersenyum bahagia. Dia amat mensyukuri di atas kebahagiaan dan nikmat yang diberikan oleh-Nya kepadanya.
Share this novel