SEBAIK sahaja mendapat tahu bahawa Safiah sudah sedar, Aiman segera pulang ke kampung. Dia tidak sabar untuk berjumpa dengan Safiah.
Aiman membuka pintu bilik wad. Dari jauh lagi Safiah sudah tersenyum kepada Aiman. Aiman mendekati katil Safiah.
"Assalamualaikum, ma, Nek Piah." sapa Aiman dengan mesra. Dia menyalami Jamilah dan Safiah.
"Nek Piah macam mana?" tanya Aiman, prihatin.
"Alhamdulillah, semakin baik. Cuma Nek Piah tak boleh nak berjalan lagi."
"Alhamdulillah, gembira Aiman dengar."
Safiah memanjangkan leher untuk mencari Isya namun tidak kelihatan.
"Nek Piah cari Isya ke?"
"A'ah... Mana Isya?"
Aiman mengeluh hampa.
"Aiman minta maaf, nek. Tapi Aiman janji Aiman akan cuba sehabis baik untuk bawa Isya datang sini."
"Apa dah jadi, Man?" soal Jamilah pula.
Aiman menoleh ke arah Jamilah.
"Aiden, ma. Puas Aiman pujuk tapi dia still tak bagi Aiman bawa Isya datang sini. Nak tunggu dia bawa, tak tahu bila." jelas Aiman bersama rungutan.
"Aiman sabar ya? Kita kena hormat keputusan Aiden. Aiden kan suami Isya." Aiman mengangguk.
"Nama suami Isya, Aiden ke? Bila Isya kahwin?"
"Oh... Sorry lupa nak cerita kat Nek Piah."
"Isya kahwin dengan Aiden dah lama. Kira Aiden tu cucu menantu Nek Piah lah."
Tiba-tiba, Safiah menangis. Jamilah dan Aiman terus terkejut.
"Kenapa ni, Piah?"
"Aku sedih sebab tak dapat tengok cucu aku membesar. Walaupun Daud tu anak tiri aku tapi aku dah anggap dia macam anak aku sendiri."
Jamilah menggosok-gosok bahu Safiah.
"Benda dah lepas, Piah. Sekarang ni tak ada siapa yang boleh halang kau untuk jumpa dengan cucu kau."
"Milah... Aku takut sangat kehilangan Isya lagi. Macam mana aku hilang anak aku."
Semakin kuat tangisan Safiah.
"Nek... Nek Piah janganlah fikir sampai macam tu. Aiman janji dengan Nek Piah yang Aiman akan bawa Isya jumpa nenek."
Safiah meletakkan tapak tangannya ke pipi Aiman.
"Nek Piah takkan lupakan jasa kamu. Terima kasih, Aiman. Terima kasih, Milah."
Aiman menggenggam tangan Safiah dengan erat. Dia sudah anggap Nek Piah sebagai neneknya sendiri. Dia tidak akan hampakan Nek Piah.
KENDERAAN milik Tan Sri Ahmad memasuki perkarangan rumah. Tan Sri Ahmad memimpin Aiden masuk ke dalam rumah.
"Aiden naik dulu, pa." ujar Aiden.
"Hah, yelah! Hati-hati na..."
Tan Sri Ahmad tidak dapat meneruskan bicara kerana terkejut melihat Rayyan sedang meletakkan pisau di leher Isya.
"Pa? Kenapa pa?" soal Aiden, pelik.
"Ray... Jangan apa-apa Isya. Letak pisau tu." rayu Tan Sri Ahmad.
"Ray? Rayyan dah keluar penjara?" soal Aiden lagi, cemas.
Rayyan ketawa, "Pandai adikku, Aiden."
Dia terus menolak Isya ke arah Aiden. Untung Isya sempat bertaut pada lengan Aiden.
"Isya? Awak okey ke?"
"Aiden... Saya okey."
Rayyan mula mendekati Aiden dan Isya tetapi terbantut dek suara Tan Sri Ahmad.
"Jangan berani dekat dengan anak dan menantu aku!"
Semerta Rayyan menoleh ke arahnya. Dia mendekati Tan Sri Ahmad.
"Kau ugut aku?"
Rayyan terus mencekik leher Tan Sri Ahmad. Isya segera menarik lengan Rayyan dengan sekuat hati.
"Lepaskan papa! Lepas!" jerit Isya.
Rayyan terus menampar Isya sehingga terjatuh ke lantai. Tan Sri Ahmad terbatuk-batuk dek cekikan itu.
"Kau ni memang suka kacau plan aku, kan? Kau nak sangat kena dengan aku ni. Aku memang tak suka perempuan yang acah berani ni."
Rayyan menarik rambut Isya dan memaksa Isya untuk bangun. Aiden cuba untuk menghalang tetapi dia tidak dapat melihat.
"Ray... Jangan apa-apakan isteri aku. Please..."
"Wow... How romantic. But, I don't care!"
Rayyan terus menghantukkan kepala Isya di dinding. Isya mengaduh sakit.
"Rayyan!" panggil Aiden dengan nada keras.
Tan Sri Ahmad terus mendapatkan Isya. Darah mengalir di dahi Isya.
"Kau nak bunuh aku, bunuh! Tapi kau jangan libatkan isteri dan papa aku!"
"Such a good son and husband."
Rayyan terus mengeluarkan pisau. Dia menikam perut Aiden.
"Aiden!"
Isya bangun dan berlari mendapatkan Aiden yang sudah terbaring di atas lantai itu. Dia menangis teresak-esak.
"Aiden... Awak kena kuat. Awak tak boleh tinggalkan saya dengan papa."
Rayyan ketawa besar sambil memegang perutnya. Kemudian, tanpa belas kasihan, dia memijak luka di perut Aiden.
"Ah!"
Aiden mengalirkan air mata kerana menahan sakit.
"Lepas!" Isya memukul kaki Rayyan beberapa kali. Namun Rayyan tidak peduli.
Tan Sri Ahmad sudah hilang sabar. Dia mengambil penukul di dalam laci. Dia memukul kepala Rayyan dengan kuat.
Akhirnya, Rayyan pengsan dan berlumuran darah di atas lantai.
"Aiden..." Tan Sri Ahmad mendekati Aiden.
"Pa... Is... Is... Isya. Maaf... Kan... Ai... Den."
Aiden terus tidak sedarkan diri.
"Aiden? Awak? Awak!" Isya menangis tanpa henti.
Tan Sri Ahmad segera menghubungi ambulans.
RUMAH menjadi sunyi dan muram apabila Huda sudah tiada. Ya, dia akui bahawa Huda tidak layak untuk ditangisi tetapi dia masih ibu yang melahirkan dan membesarkan dia.
Bilik Huda dijenguk, rasa rindu mula menguasai jiwa. Daud berjalan ke arah katil. Dia duduk di birai katil.
"Ma... Mama tenanglah kat sana. Daud dah maafkan mama." ujar Daud sendirian.
Sedang diulit perasaan, deringan handphonenya berbunyi. Dia melihat nama pemanggil, Isya. Dia terus menjawab panggilan itu.
"Hello, Isya." sapa Daud.
"Walid...!" Jelas kedengaran tangisan Isya di hujung talian.
"Isya? Kenapa ni?" soal Daud, risau.
"Walid... Aiden, walid. Dia... Dia... Kena tikam." jawab Isya bersama tangisan.
"Astaghfirullah Al Azim! Isya... Isya kat mana sekarang? Walid pergi sana."
"Isya kat hospital. Nanti Isya send location."
"Okey, tunggu walid. Walid datang sekarang."
Daud terus memutuskan talian.
Dia bergegas turun ke bawah semula. Dia mencapai kunci di atas meja lalu memandu pergi menuju ke hospital.
AIMAN bersandar di kepala katil. Dia merenung gambarnya bersama Isya ketika hari pertunangan mereka. Keinginan untuk bersama semula memang ada namun dia cuba sedaya upaya untuk tidak mengikut kata hatinya.
Jamilah menjenguk Aiman dari luar bilik. Niat untuk mengajak Aiman makan terbantut apabila melihat Aiman termenung di atas katil.
"Man..." panggil Jamilah.
Aiman tersedar dari lamunan, dia segera menyimpan gambar tersebut di bawah bantal. Jamilah masuk ke dalam lalu duduk di birai katil.
"Aiman tengok apa tadi? Jauh betul termenung macam fikirkan makwe." seloroh Jamilah.
Aiman ketawa kecil, "Ada-ada aje mama ni. Aiman ni mana ada girlfriend."
"Kalau macam tu... Biar mama aje carikan girlfriend untuk Man."
"Hah?! Ish... Tak naklah Man."
"Eh! Hari tu bukan kemain ke cakap yang Man tak kisah mama carikan jodoh?"
Aiman menggaru-garu kepalanya sambil tersengih.
"Ala itu time tu... Ini time ni."
Jamilah tersenyum, "Mama saja je. Mama tak kisah siapa pun yang Man pilih asalkan hormat orang tua dan..."
"Pandai masak!" potong Aiman.
Jamilah menepuk lembut bahu Aiman.
"Ma..."
Aiman mendekati Jamilah. Dia memandang wajah Jamilah seperti mahu mengatakan sesuatu.
"Kenapa ni, Man?"
"Ma... Salah ke kalau Aiman masih berharap untuk bersama dengan Isya?"
Jamilah terus tersentak. Dia sendiri tiada jawapan bagi persoalan itu.
Share this novel