SAC 32

Romance Completed 94725

SEPERTI tidak percaya Rita sudah meninggalkan mereka semua. Sudah tentu Farah orang yang paling sedih di atas kehilangan anak perempuannya.

ISYA sedang memasak nasi goreng kegemaran Aiden. Baunya sungguh enak. Memang pecah selera.

Aiden baru turun ke bawah, terliur dengan bau masakan isterinya. Dia segera ke dapur.

"Erm...! Sedapnya bau!" puji Aiden sambil tidak henti menghidu bau nasi goreng itu.

"Mestilah! Tengoklah siapa yang masak?"

"Amboi, berlagak pula isteri abang ni." Aiden mencubit sedikit pipi Isya.

"Nak abang tolong apa-apa ke?"

Belum sempat Isya membuka mulut, handphone Aiden berdering minta diangkat.

"Siapa pula call pagi-pagi ni? Kejap ek sayang."

Aiden menjawab panggilan itu tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello!" sapa Aiden, mesra.

Bukannya balasan malah tangisan yang dia dengari.

"Eh, aunty Farah? Kenapa ni?" soal Aiden. Dia kenal benar dengan suara Farah.

"Aiden... Rita..." Makin teresak-esak Farah menangis.

"Aunty tenang dulu. Tarik nafas then bagitahu Aiden apa sebenarnya yang terjadi. Kenapa dengan Rita?"

"Aiden... Rita dah tak ada. Dia dah tinggalkan aunty buat selama-lamanya."

"Allahu Akbar! Aunty sabar ya? Kita orang pergi rumah aunty sekarang."

Aiden terus memutuskan talian. Dia menoleh ke arah Isya.

"Kenapa ni, bang?"

"Rita dah tak ada." Isya terus menutup mulutnya dengan tapak tangan. Berita kematian Rita benar-benar membuatkan dia terkejut.

"Kita pergi rumah aunty Farah ek?" Isya mengangguk laju.

AIDEN masuk ke dalam bilik. Dia melihat Isya termenung di atas katil.

"Sayang? Termenung kan abang ke?" usik Aiden. Tetapi Isya sekadar tersenyum nipis.

Aiden naik ke atas katil, menyertai Isya.

"Abang, Isya kesian tengok aunty Farah tadi. Keadaan dia teruk. Murung, tak bermaya."

"Aunty Farah perlukan masa untuk terima semua ni. Yelah, Rita tu kan satu-satunya anak perempuan dia."

"Tapi kan bang... Apa punca Rita meninggal?"

"Hmm, tak silap abang kena tikam."

Isya terus memusingkan badannya ke arah Aiden.

"Kena tikam? Rita tu ada musuh dengan siapa-siapa ke?"

Aiden menjongketkan bahunya.

"Eh, dahlah! Jom tidur... Abang ngantuk ah." Aiden sudah menguap.

"Hah, yelah." Isya menutup lampu lalu baring.

Entah kenapa kematian Rita menganggu fikirannya. Dia merasakan ada sesuatu yang buruk akan terjadi.

SUASANA di pusat pemulihan itu sungguh tenang. Hanya kedengaran burung-burung berkicauan. Tasbih sentiasa di tangan dan mulutnya tidak henti-henti bertasbih.

Dari jauh, kelihatan Jamilah berjalan ke arahnya. Dia sudah tersenyum manis.

"Assalamualaikum, anak mama!" sapa Jamilah dengan nada yang ceria.

Tiada perkara yang lebih gembira daripada melihat anaknya sudah semakin pulih.

"Waalaikummussalam, mama. Lambat mama datang hari ini?"

Jamilah duduk di sebelah Aiman.

"Maaflah, mama masak banyak hari ini. Semuanya lauk kegemaran Man." Jamilah menunjukkan mangkuk tingkat yang dibawa olehnya kepada Aiman.

"Wah, mesti sedap ni. Terima kasih, ma. I love you."

"I love you more." Jamilah mengelus-elus pipi Aiman. Aiman sudah kembali ke pangkuannya.

"Ma..."

"Ya, sayang?" Jamilah lincah menghidangkan lauk-lauk itu.

"Man nak jumpa Isya." Jamilah terus mengangkat wajah.

"Ma... Man nak minta maaf dengan Isya. Man janji sekali ni aje sebelum kita pindah."

Jamilah mengeluh, "Mama bukan apa Man... Mama..."

"Ma..." Aiman menggenggam tangan Jamilah.

"Man dah sembuh, ma. Man dah boleh terima hakikat yang Isya tu bukan milik Man. Percayalah..."

Lama Jamilah membisu sebelum bersetuju untuk membawa Aiman berjumpa dengan Isya.

"Kita pergi jumpa Isya lepas Man dah boleh keluar dari sini, okey?"

"Terima kasih, ma." Jamilah menguncup dahi Aiman.

"Dah, jom makan." Aiman mengangguk sambil mengesat air mata di pipi Jamilah.

Mereka menjamu selera diselangi gelak tawa. Semoga kebahagiaan yang dikecapi akan berkekalan hingga ke Jannah.

HARI berganti hari, Rayyan sudah bersedia untuk menjalankan rancangannya. Namun begitu, rancangannya kali ini lebih menyeronokkan.

Rayyan sedang enak menjamu selera, Dee hanya melihat saja makanan itu.

"Kenapa tak makan? Kalau tak nak bagi I." Rayyan sudah mahu mengambil pinggan Dee. Dee cepat-cepat memukul tangan Rayyan.

"Aduh! Hah... Tahu takut. Dah, makan!" Rayyan sambung makan.

"I nak tarik diri." Mahu tersembur segala makanan di dalam mulut Rayyan apabila Dee berkata begitu.

"You merepek apa ni? Kita dah separuh jalan tau."

Dee melepaskan sudu dan garfu. Dia mengeluh kuat.

"I takut. I takut kalau rancangan ni tak berjaya. I tak nak masuk penjara."

"Hey! Baru sekarang kau nak takut? Selama ni kau dok bunuh orang tu tak takut pula."

"Oh... Sebab selama ni aku dengan Rita yang buat kerja kan? Kau bagi arahan je kan?"

Dee terdiam seribu bahasa.

"Asal diam? Betul kan apa aku cakap?"

"Tapi... I still tak nak terlibat dalam rancangan you lagi. I nak keluar dari Malaysia ni."

Rayyan menepuk meja dengan kuat. Habis tumpah nasi di dalam pinggan.

"Kau tak boleh undur diri. Aku perlukan kau."

"You ni kenapa? Gila ke?"

"Memang I gila! I gila nak bunuh Aiden dengan Isya!"

Dee menjadi takut dengan perubahan sikap Rayyan itu. Sering saja marah-marah padanya. Tidak seperti dulu yang hanya berbicara manis.

"Kalau kau cuba lari dari sini... Kau boleh ikut adik kesayangan kau tu, faham?"

"Rayyan!"

"Shh! Diam!" Rayyan menarik lengan Dee dengan kasar.

"Ray, sakitlah!"

"Kau jangan cabar aku, Dee. Kalau kau melawan, lagi teruk kau kena dengan aku, hmm?"

Rayyan melepaskan lengan Dee.

"Gila!" Dee terus pergi dari situ meninggalkan Rayyan sendirian di meja makan.

Rayyan ketawa terbahak-bahak. Memang lagak seperti orang tidak siuman.

ISYA berdiri di koridor bilik, Aiden berhati-hati mendekatinya. Dia meniup telinga Isya sehingga membuat Isya terjerit kecil.

"Abang!" Isya memukul lengan Aiden. Aiden ketawa.

"Sayang buat apa kat sini? Puas abang cari sayang tau." Aiden memuncungkan bibirnya.

Isya mencubit bibir Aiden itu.

"Tak yah nak ngada-ngada. Abang tu pula buat apa cari sayang?" Isya menjongketkan keningnya.

"Sebab abang rindulah." Aiden mahu memeluk Isya tetapi Isya terlebih dahulu berundur ke belakang.

"Ala sayang ni... Bagilah abang chance sikit."

"Chance? Habistu tiap-tiap malam tu bukan chance?"

"Ala... Itu malam. Ini siang." Aiden mahu memeluk Isya lagi tapi Isya bergerak ke tepi pula.

"Nope! Malam je available."

"Okeylah..."

"Tapi... Abang boleh temankan Isya pergi shopping, makan-makan."

"Hah, okey juga tu. Boleh spend time dengan sayang."

"Okey, jom pergi siap." Isya mahu pergi tapi Aiden memegang lengan Isya.

"Sayang ni selalu lupa kan?" Isya berkerut seribu.

"Lupa apa?"

"Ni..." Aiden meletakkan jari telunjuknya ke pipinya.

Isya terus berasa malu. Habis pipinya kemerah-merahan.

"Cepatlah sayang..." Aiden merapatkan pipinya ke muka Isya.

Isya terus menarik lengannya daripada pegangan Aiden. Dia berlari masuk ke dalam bilik.

Aiden tersenyum geram melihat kenakalan Isya.

"Tak apa... Awak lari, saya kejar."

"Isya, sayang!"

SUNGGUH perit hati ini apabila terkenang akan segala kenangannya bersama Rita. Gambar Rita dipeluk erat.

"Rita, anak ibu. Kenapa pergi tinggalkan ibu. Ibu dah tak ada siapa-siapa dah dalam dunia ni." Farah menangis pilu.

Sejak kematian Rita, dia hanya berkurung di dalam bilik Rita

Tiba-tiba loceng rumah Farah berbunyi. Farah bangun dan menjenguk ke luar tingkap. Terlihat seorang lelaki ber'hoodie' di depan pintu pagar rumahnya.

"Siapa pula yang datang? Aiden tak cakap pula dia nak datang."

Farah membuka pintu pagar, lelaki itu melangkah ke arah Farah di depan pintu.

"Ya, cari siapa?"

Lelaki itu menutup wajahnya dengan topi, jadi dia tidak dapat melihat dengan jelas.

"Apa khabar, ibu mertuaku."

"Ray-Rayyan?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience