SUDAH genap seminggu berlalu, layanan Aiden padanya masih tetap sama. Dingin dan kasar. Setiap hari ada saja yang salah.
Seperti hari ini, sekadar tertumpah air di baju kemejanya, Aiden sudah mengamuk.
AIDEN baru selesai mandi, dia terus bersiap untuk ke tempat kerja. Dia menyarungkan seluar kemudian ketika dia mahu memakai baju kemejanya, Isya masuk ke dalam bilik.
"Sorry... Saya ada bawa kopi untuk awak. Nak saya letak sini ke awak nak minum terus?" tanya Isya.
"Bawa sini." jawab Aiden, sepatah.
Ketika Isya mengatur langkah ke arah Aiden, tiba-tiba sahaja dia terlanggar kaki katil. Dia tersadung lalu kopi itu tertumpah ke baju kemeja Aiden.
"Aduh! Panas...!" Aiden mengibas-ibas kemejanya. Tampak kesan merah di tubuhnya.
"Ya Allah, saya minta maaf. Biar saya lapkan."
Isya mahu mengelap kemeja Aiden tapi Aiden cepat-cepat menepisnya.
"Kau ni buat kerja memang tak semenggah! Lembap! Kalau kau tak ikhlas nak buat air ni tak yah buat! Menyusahkan betul lah!" jerkah Aiden.
Isya terus terkedu.
Aiden terus membuka kemejanya. Lalu, dia mencampakkan ke muka Isya.
"Kau basuh baju aku tu! Kalau aku nampak kesan walaupun sikit... Mampus kau aku kerja kan! Faham?!"
Isya terdiam seribu bahasa.
"Kau faham ke tidak?!" Isya mengangguk bersama air mata mengalir.
"Sikit-sikit nangis! Macam budak-budak! Tepilah!" Aiden sengaja menolak Isya ke tepi.
"ISYA? Buat apa kat sini?" tanya Tan Sri Ahmad apabila melihat Isya termenung di halaman rumah.
"Eh, pa? Isya baru aje lepas siram pokok bunga." Tan Sri Ahmad mengangguk sedikit.
"Erm... Isya masuk dulu lah."
"Sekejap!" Isya tidak jadi masuk ke dalam.
"Ada apa pa?"
"Isya gembira dengan Aiden? Maksud papa... Aiden layan Isya dengan baik?"
'Asal papa tiba-tiba tanya? Papa tahu ke selama ni aku dengan Aiden tak baik?'
"Isya?"
"Hah...! Oh... Aiden layan Isya baik sangat. Papa jangan risau lah." Isya senyum terpaksa.
"Baguslah kalau begitu... Tak apalah. Papa masuk dulu." Isya mengangguk.
"Tapi... Kalau Aiden ada buat benda tak elok kat Isya. Bagitahu papa ya?"
"Baik pa... I will." Tan Sri Ahmad senyum nipis sebelum masuk ke dalam semula.
Isya masih hairan dengan pertanyaan Tan Sri Ahmad tapi dia hanya membiarkan sahaja. Dia beranggapan bahawa itu normal.
"KAU buat apa kat sini lagi?! Kau berambus!" arah Farah.
Sejak Rita dimasukkan ke hospital, Rayyan tidak henti-henti memohon maaf kepada Farah di atas perbuatannya itu. Namun Farah tetap berkeras untuk tidak memaafkan Rayyan.
"Tolong lah aunty. Saya merayu... Saya sanggup buat apa saja asalkan saya dapat tebus salah saya pada Rita." rayu Rayyan, bersungguh-sungguh.
"Hey! Kau ingat dengan tebus salah kau tu boleh sedarkan anak aku dari koma?! Boleh?!"
"Saya tahu aunty... Tapi tolonglah maafkan saya. Saya janji saya akan bawa Rita jumpa doktor terbaik untuk sembuhkan dia."
"Kau memang tak faham bahasa ke apa? Aku cakap berambus! Kau dengan adik kau tu sama-sama tak guna!"
"Aunty, please..." Farah mengangkat sebelah tangannya menandakan dia tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan lagi.
Lambat-lambat, Rayyan keluar dari wad kecemasan yang menempatkan Rita itu.
Rayyan melangkah longlai lalu duduk di kerusi di ruangan menunggu.
"Rita... I minta maaf. I menyesal..."
DOKTOR keluar dari wad kecemasan. Rayyan dan Farah segera mendekati doktor tersebut.
"Macam mana isteri saya, doktor?" soal Rayyan.
"Encik Rayyan, Puan Farah... Saya nak minta maaf tetapi apa yang saya nak bagitahu ni mungkin akan mengejutkan encik dan puan."
"Doktor kenapa ni? Anak saya dalam keadaan baik-baik je kan?"
"Puan Rita terpaksa dikomakan akibat hentakan kuat di kepalanya. Jika kami tidak berbuat demikian, Puan Rita kemungkinan menjadi gila dan lebih teruk lagi boleh membawa maut."
"Doktor jangan main-main doktor. Saya tahu doktor tipu kan?"
"Mohon bersabar ya? Saya minta diri dulu."
MENITIS jua air mata kejantanannya. Dia benar-benar menyesal kerana perbuatannya sendiri. Kalau dia tidak mengikut emosinya pasti semua ini tidak terjadi.
DI pejabat, meja kerja Aiden penuh dengan lambakan fail projek yang tertangguh akibat kerugian yang dialami.
Aiden mengeluh panjang. Dia menyandarkan kepalanya di kepala kerusi.
Kata-kata Tan Sri Ahmad kepadanya pagi tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.
Knock, Knock!
"Masuk!" arah Tan Sri Ahmad. Aiden masuk lalu duduk di kerusi berhadapan dengan meja kerja Tan Sri Ahmad.
"Ada apa papa panggil Aiden ni? Ada masalah ke?"
Tan Sri Ahmad tidak menjawab malah menghulurkan sebuah fail kepada Aiden. Aiden mengambilnya dengan penuh tanda tanya.
"Itu fail kewangan syarikat untuk beberapa bulan."
"Pa... Banyaknya yang shot. Macam mana boleh jadi macam ni?"
"Salah satunya sebab hampir semua pelabur tarik diri. Jadi, syarikat terpaksa tangguhkan projek-projek kita." jelas Tan Sri Ahmad.
"Rayyan tahu hal ni?" Tan Sri Ahmad menggeleng.
"Aiden sendiri tahu kan yang Rayyan tengah uruskan cawangan kita yang lain. Sebab tu papa tak nak serabutkan kepala dia dengan hal ni."
"Habistu, kita nak buat apa sekarang ni?"
"Papa rasa kita kena panggil Isya bekerja semula di sini."
"HAIH...! Takkan lah dia nak tinggalkan kerja dia semata-mata nak tolong syarikat ni? Aku pun bukannya layan dia dengan baik." Aiden merengus kuat.
Terlalu banyak perkara yang harus dia fikirkan. Tidak tahu sama ada dia mampu menyelesaikannya ataupun tidak.
SUDAH separuh jalan menuju ke pejabat, Imran baru tersedar bahawa telefonnya tertinggal di rumah.
"Time dah lambat nilah ada aje yang tertinggal." rungut Imran.
Mahu tidak mahu, Imran terpaksa berpatah balik ke rumah. Namun ketika dia mahu membuat pusingan, ada sebuah kereta menghalang keretanya. Dia terpaksa memberhentikan keretanya ke tepi jalan.
"Siapa pula yang berhenti depan kereta aku ni? Aku dah lah lambat." Imran turun dari kenderaan.
Pemilik kenderaan itu juga turun dari kenderaan mereka. Tapi yang mengejutkan, mereka mengatur langkah mendekati Imran bersama pisau dan kayu pemukul di tangan.
"Eh! Kau orang ni siapa?!"
Tidak sempat berbuat apa-apa, Imran sudah ditikam beberapa kali lalu dipukul sehingga pengsan.
Salah seorang daripada mereka menghubungi boss mereka.
"Puan... Kami dah buat apa yang puan suruh."
"Bagus! Letakkan mayat dia ke tepi. Pastikan semua bukti dibersihkan."
"Baik puan."
"Angkat dia." Mereka berdua mengangkat tubuh Imran yang berlumuran darah itu ke tepi. Kemudian, mereka pergi dari situ setelah menghapuskan bukti.
Share this novel