ISYA sedang menyidai kain tetapi fikirannya melayang. Perbualannya dengan Aiden masih terngiang-ngiang di telinganya.
"SAYA nak minta izin balik kampung nenek saya."
Aiden mahu bersiap-siap untuk tidur terus terbantut. Dia mengerutkan dahinya.
"Sejak bila pula Tok Ma duduk kat kampung? Kau merepek apa ni?"
Isya mengeluh, "Saya baru tahu saya ada nenek lain selain Tok Ma. Itupun Aiman yang bagitahu saya."
"Apa dia? Aiman?" Riak wajah Aiden semerta berubah. Dia memang pantang mendengar nama Aiman.
"Saya jumpa dia pagi tadi. Saya..."
"Kau keluar jumpa jantan lain tak minta izin aku?"
"Saya nak minta izin tapi..."
"Tapi apa?! Kalau kau dah tak anggap aku ni suami kau, aku boleh lepaskan kaulah!"
Isya terus bangun dan menghampiri Aiden. Dia menarik lengan Aiden.
"Hey! Apa pegang-pegang ni?!" Aiden menarik lengannya dari pegangan Isya.
"Hina sangat ke saya ni kat mata awak? Berapa kali saya nak cakap yang saya tak rancang apa-apa pun dengan bonda dan Tok Ma!"
Aiden berpaling ke belakang.
"Kau nak tahu sangat? Memang kau hina kat mata aku! Aku jijik dapat isteri macam kau! Isteri murahan!"
Isya terus menampar pipi Aiden. Mengalir air mata di pipinya.
"Sampai hati awak cakap saya macam tu? Wanita kat depan awak ni yang pernah awak cinta dulu! Awak lupa ke?!"
"Yes! But right now cinta aku pada kau dah mati!"
Aiden terus mengambil tongkat lipatnya di atas meja. Dia terus keluar dari bilik.
MENGINGATI itu semua membuat dia berputus asa untuk meneruskan rancangannya. Namun, dia perlu kuat demi mendapatkan keadilan untuk Ibunya.
"Tak... Aku tak boleh lemah depan Aiden. Aku kena kuat. Ibu, Isya janji Isya akan pastikan pembunuh ibu dihukum! Itu janji Isya pada ibu."
Isya terus masuk ke dalam rumah. Dia perlu bersiap sedia kerana sebentar lagi Aiman akan menjemputnya. Mereka mahu pulang ke kampung.
TIBA di rumah, Huda disergah oleh Daud.
"Mama pergi bunuh siapa pula kali ni?" soal Daud dengan penuh sinis.
Huda merengus, "Kau tak yah nak perli-perli aku. Cukup baiklah aku ni tak bunuh kau."
Daud tersenyum sinis lalu mendekati Huda yang masih berdiri di depan pintu itu.
"Mama dah lama bunuh Daud sejak kematian Ina. Daud ni cuma bertahan untuk anak-anak Daud aje."
"Daud... Daud... Kau sayang betul dengan arwah Ina tu, kan? Apa yang special kat dia pun aku tak tahu."
"Daud memang sayangkan Ina sebab tu sampai sekarang Kamy takkan boleh gantikan tempat Ina dalam hati Daud."
"Kau ni sebiji macam papa kau. Sayangkan bini tua daripada bini muda. Habistu apa gunanya kahwin dua?"
"Mama dah lupa ke? Papa tak nak kahwin pun dengan mama tapi mama yang perangkap papa supaya papa kahwin dengan mama."
"Diam!"
"La... Marah ke?"
Huda malas mahu berbahas lagi dengan Daud terus berlalu dari situ tetapi Daud segera menghalang.
"Mama jangan ingat yang Daud tak tahu mama jumpa dengan Mak Piah."
Huda semerta terhenti langkahnya. Dia berpaling ke belakang.
"Kau ikut aku?"
"Itu mama tak perlu tahu tapi mama kena risau takut-takut ada polis datang rumah, tangkap mama."
Huda terus membulat biji matanya.
"Kau jangan berani nak cabar aku."
"Kenapa? Mama nak bunuh Daud pula?"
Daud mendekati Huda. Dia meraih lengan Huda dan menggenggamnya kuat.
"Lepaslah!" Huda meronta-ronta minta dilepaskan.
"Kalau jadi apa-apa kat Daud, polis akan straight away datang sini tangkap mama. Jangan ingat Daud ni bodoh."
Huda merentap lengannya daripada pegangan Daud. Dia terus naik ke atas.
"Mama... Mama..."
MEREKA berlari masuk ke dalam hospital. Mereka menghampiri kaunter pertanyaan.
"Assalamualaikum nurse, saya nak tanya ada pesakit nama Safiah binti Jantan?" soal Aiman kepada jururawat yang berada di kaunter itu.
"Sekejap ya? Saya check."
Sejenak, jururawat itu berkata, "Ada, tingkat 1, wad 3."
"Okey, terima kasih." ucap Aiman sebelum beredar dari situ bersama Isya.
Tiba di tingkat 1, mereka terus mencari wad nombor 3. Agak lama juga mereka mencari sebelum mereka menjumpainya.
"Hah! Ni wadnya."
Mereka masuk ke dalam wad tersebut. Safiah berada di katil paling hadapan. Mereka mendekati katil Safiah.
"Aiman... Ini ke nenek saya?" Aiman mengangguk.
Isya tidak menahan rasa sebak saat melihat keadaan Safiah berbalut-balut seperti itu.
KERETA milik Aiman berhenti di perkarangan rumah Safiah.
"Ini ke rumah nek Piah?"
"Erm... Jom!"
Mereka keluar dari perut kereta. Mereka berdiri di hadapan pintu rumah Safiah. Aiman memberi salam.
"Senyap aje. Entah-entah nek Piah tak ada kat rumah kot." Isya membuat andaian sendiri.
"Hmm... Boleh jadi juga. Jap saya try call."
Aiman mengeluarkan handphone di dalam kocek seluarnya lalu mendail nombor Safiah. Panggilan tidak dijawab.
"Dapat tak?"
"Tak. Erm... Saya pergi tanya jiran-jiranlah. Kot-kot dia orang tahu mana nek Piah."
"Okey, saya tunggu sini."
Aiman pergi ke rumah sebelah untuk bertanya tentang keberadaan Safiah.
"Assalamualaikum!"
"Waalaikummussalam! Eh, Aiman! Cari Piah ke?"
"Ya, mak cik ada nampak nek Piah tak?"
"Oh Piah masuk hospital."
"Hah?! Masuk hospital? Kenapa... Apa dah jadi?"
"Pagi tadi mak cik jumpa Piah kat belakang rumah berdarah-darah. Mak cik terus call ambulans."
"Astaghfirullah Al Azim! Boleh saya tahu hospital mana?"
DOKTOR Imran datang menghampiri mereka berdua.
"Maaf, awak berdua ni kenalan Puan Safiah ke?"
"Y-Ya... Dia nenek saya." jawab Isya sambil mengesat air mata di pipinya.
"Macam mana keadaan nek Piah? Dia stabil ke?"
Doktor Imran mengeluh berat. Dia memegang bahu Aiman.
"Saya minta awak berdua bersabar ya? Keadaan Puan Safiah sangat kritikal. Dia mengalami kecederaan hampir di seluruh tubuh."
"Mak-Maksud doktor?"
"Awak berdua perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. Saya minta maaf... Saya minta diri dulu."
Isya terus terundur ke belakang. Kakinya berasa longlai. Seluruh tubuhnya menggigil.
"Isya, sabar ya? Kita doakan supaya nek Piah selamat."
'Ya Allah, kenapa semua ni terjadi kat aku?'
SETELAH hampir sebulan tidak melawat Rayyan, Tan Sri Ahmad memutuskan untuk berjumpa dengan Rayyan di penjara.
Seorang pegawai polis membuka pintu sel di mana Rayyan ditempatkan.
"Rayyan, awak ada pelawat."
Rayyan agak terkejut tetapi dia hanya menurut saja. Di tempat melawat, Rayyan terlihat Tan Sri Ahmad sedang menunggu kedatangannya.
"Papa?"
"Ray? Duduk Ray."
Rayyan duduk tanpa bantahan. Dia memandang tajam wajah Tan Sri Ahmad.
"Ray sihat?"
"Sihat." jawab Rayyan sepatah.
"Papa datang sini sebab papa rindukan Ray."
Rayyan tersenyum sinis, "Rindu? Dah lama baru nak rindu?"
"Papa minta maaf Ray. Papa bukan tak nak lawat Ray tapi papa tak bersedia."
"Memanglah! Ray ni kan anak tak guna... Tak macam Aiden tu. Semuanya baik, kan?"
"Kenapa Ray cakap macam tu? Papa tak pernah bezakan antara Ray dengan Aiden."
"Dahlah! Tak yah nak menipu! Kalau kau betul sayangkan aku, dah lama lah kau keluarkan aku dari penjara ni!"
"Papa sayang Ray lah papa buat macam ni. Papa nak Ray berubah jadi lebih baik."
"Aku terseksa hidup dalam penjara ni. Tapi kau orang berdua hidup senang lenang kat luar sana."
"Tak, Ray. Percayalah cakap papa, ini semua untuk kebaikan Ray."
"Ah! Kau orang ni memang kaki penipu. Aku takkan maafkan kau orang berdua. Sampai mati aku akan tanam dendam ni."
Rayyan terus bangun dan meninggalkan Tan Sri Ahmad di situ.
"Ya Allah, lembutkanlah hati anak aku. Sesungguhnya hidayah itu milik-Mu."
Tan Sri Ahmad tidak pernah berhenti berdoa agar Rayyan akan berubah. Ketika itu, dia akan menerima Rayyan dengan hati terbuka.
Share this novel