TIBA sahaja di hospital, Isya terus memeluk erat tubuh Daud. Daud membalas pelukan itu bersama deraian air mata.
Aiman yang menjadi pemerhati turut mengalirkan air mata.
"Isya..." Daud melepaskan pelukan. Dia memegang bahu Isya.
"Isya kena kuat. Ini semua ujian daripada Allah. Walid akan sentiasa ada dengan Isya ya, sayang?"
Isya hanya menangis. Dia melihat sekeliling tetapi dia tidak melihat Kamelia di mana-mana.
"Walid, mana bonda? Bukan sepatutnya dia kena ada kat sini?"
"Bonda... Bonda dalam tahanan polis."
"Hah?! Bon... Bonda kena tahan polis?"
Seharusnya dia gembira kerana pembunuh arwah ibu dan abangnya sudah ditangkap tetapi perasaan sedih itu tetap jua dirasai.
"Ya, Isya. Bonda ditangkap sebab bersubahat dengan arwah Tok Ma dalam kes pembunuhan arwah ibu dan Im. Dan..."
"Dan apa, walid? Ada apa-apa yang walid sembunyikan daripada Isya?"
"Sebenarnya... Sebelum kejadian ini berlaku... Arwah Tok Ma dengan bonda rancang nak bunuh Safiah."
"Maksud papa... Nek Piah?" Daud mengangguk lemah.
Isya terus meraih tangan Daud. Dia menggenggam erat.
"Walid... Walid kena ceritakan everything yang terjadi antara Tok Ma dengan nek Piah. Isya nak tahu kenapa Tok Ma rahsiakan kewujudan nek Piah daripada Isya."
Daud yakin sudah tiba masanya untuk Isya tahu kebenarannya.
"Baiklah. Walid akan ceritakan semuanya pada Isya tapi bukan sekarang. Kita kena uruskan jenazah Tok Ma dulu ya?"
Isya mengangguk lalu berpaling ke belakang. Aiman dan Aiden hanya berdiri kaku di situ. Isya mendekati mereka berdua.
"Man... Aiden... Kalau awak berdua nak balik dulu, baliklah. Saya boleh tunggu sini dengan walid."
"Tak apalah, saya boleh temankan awak." ujar Aiman.
"Tak payah! Dia isteri aku... Biar aku aje yang temankan dia. Pergi balik!" tegah Aiden.
Isya dan Aiman saling berpandangan.
"Okeylah kalau macam tu... Saya balik dulu. Assalamualaikum." permisi Aiman.
Sepeninggalan Aiman, Aiden mula memarahi Isya.
"Berapa kali aku nak cakap? Aku tak suka dia ada!"
"Awak... Dia aje yang boleh tolong kita. Dengan keadaan awak macam ni... Macam mana awak nak memandu."
"Kau nak cakap apa?! Aku buta? Kan?"
"Dahlah... Saya nak pergi toilet jap." beritahu Isya dan terus berlalu dari situ.
"Eh, aku tak habis cakap lagi. Isya!"
Aiden mahu menghalang Isya tetapi tak mampu. Dia tidak melihat apa-apa.
RAYYAN melangkah masuk ke dalam rumah itu. Dia tersenyum lebar sambil meneliti setiap sudut rumah itu. Inilah rumah dimana dia dibesarkan.
"Wow, pa! Masih sama macam dulu."
Tan Sri Ahmad memandang Rayyan dengan wajah menyampah.
"Bilik kau, aku dah sediakan." ujar Tan Sri Ahmad. Dia mahu naik ke atas.
"Tunggu!" tegah Rayyan.
Semerta Tan Sri Ahmad berhenti. Dia menoleh ke arah Rayyan.
"Aku nak bilik Aiden."
Tan Sri Ahmad meletakkan beg pakaian Rayyan di bawah. Dia berjalan mendekati Rayyan.
"Apa lagi yang tak cukup? Aku dah bagi semua harta aku pada kau. Takkanlah bilik Aiden pun kau nak?"
"Well... Hidup ni takkan pernah cukup."
"Kau jangan tamak, Rayyan. Satu hari nanti semua ni akan berpaling pada kau semula!"
"Hey! Kau jangan nak ceramah akulah!"
"Aku takkan pernah cukup selagi si buta tu tak mampus dari dunia ni, faham?"
"Kurang ajar!"
Tan Sri Ahmad ingin menampar pipi Rayyan tetapi Rayyan lebih pantas menghalang.
"Kau ni memang papa tak guna! Kau pilih kasih. Kau jaga dia, kau belai dia tapi aku... Kau buang aku macam sampah!" tempelak Rayyan.
Tan Sri Ahmad bagai hilang kata.
"Kenapa diam? Dari kecil sampai aku besar... Kau tak habis-habis nak bela dia. Apa dia buat semuanya betul! Kalau aku semuanya salah, kan?!"
"Ray..."
Rayyan menghenyakkan punggung di atas sofa. Dia menyilangkan kakinya.
"Aku tak kira. Aku nak bilik Aiden. Kalau tak..."
Tan Sri Ahmad memahami amaran Rayyan itu hanya menurut saja.
'Maafkan papa, Aiden. Papa terpaksa buat semua ni.'
Rayyan tersenyum puas melihat ketakutan di dalam mata Tan Sri Ahmad. Sekarang tiada siapa yang dapat menghalang dirinya daripada membalas dendam.
DALAM masa yang sama,
Cahaya lampu terus menusuk ke dalam matanya saat dia membuka mata. Kepalanya terasa berat. Tubuhnya juga berasa sakit.
Dia cuba untuk bangun tetapi kudratnya begitu lemah ketika ini. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Tiada siapa di sisinya.
Tiba-tiba, dia terdengar satu suara menjerit, memanggil doktor. Tidak sampai sesaat, doktor muncul untuk memeriksa dirinya.
"Puan? Puan boleh dengar saya?"
Safiah mengangguk sedikit.
"Okey... Puan rehat dulu ya?"
Dari jauh dia melihat Jamilah sedang berbincang dengan doktor. Rupanya dia berada di hospital.
Kejadian hari itu masih jelas terbayang di benaknya.
KAMELIA menarik rambut Safiah dan dibawa ke belakang rumah. Setelah itu, dia disepak tanpa belas kasihan. Peritnya tidak terkata.
"Rasakan! Kau belum kenal lagi siapa aku, Piah!"
Huda menampar kuat pipi Safiah berkali-kali.
"Patutnya dari dulu aku hapuskan kau! Kau dengan anak kau memang bawa sial!"
"Kamy, kau bawa kayu tu kat sini." arah Huda.
Sebatang kayu yang tersandar di dinding rumah itu diambil oleh Kamelia. Dia memberikannya kepada Huda.
"Selamat tinggal, maduku!"
"JANGAN! Jangan pukul aku!" Safiah meracau-racau di atas katil.
Doktor segera mendekatinya. Ubat penenang diberikan kepada Safiah.
"Doktor... Kenapa Piah boleh jadi macam tu?"
Dr. Imran melepaskan keluhan berat.
"Saya tak pasti lagi cuma saya boleh katakan kemungkinan Puan Safiah mengalami trauma. Dia mungkin teringatkan apa yang terjadi pada diri dia." jelas Dr. Imran.
"Ya Allah! Apa dah jadi sebenarnya pada kau, Piah?"
Jamilah mendekati katil Safiah. Dia merenung wajah tidak bermaya Safiah itu. Mengalir air matanya, deras. Luluh hatinya saat ini.
"Puan sabar ya?" ujar Dr. Imran lalu pergi dari situ, membiarkan Jamilah memujuk hati.
MALAM itu, mereka terus membuat majlis tahlil untuk Huda di rumah Daud. Alunan bacaan yassin memenuhi ruangan itu. Aiman turut menyertai bacaan yassin itu walaupun kehadirannya tidak disenangi oleh Aiden.
Selepas bacaan yassin, tetamu dihidangkan beberapa juadah sebelum mereka beransur pulang.
Isya menghenyakkan punggung di atas sofa. Badannya berasa penat sekali.
"Isya?" panggil Aiman.
"Eh, Man... Duduklah."
Aiman tersenyum nipis. Dia duduk di sebelah Isya.
"Saya dah settlekan semua. Jadi, awak boleh lah pergi rest."
"Terima kasih, Man. Awak dah banyak tolong saya."
"Tak de hal lah. Saya sentiasa ada untuk awak."
Aiden terdengar perbualan Isya dan Aiman itu terus menyampuk.
"Patutnya kau orang berdua ni kahwin aje. Yelah... Daripada buat maksiat." perli Aiden.
Aiman mahu bangun tetapi Isya menghalang.
"Tapi awak..."
"Awak pergi balik. Biar saya uruskan."
Tanpa rela, Aiman bangun. Dia berjalan ke arah pintu.
"Haih... Larikan diri ke?"
Aiman berpaling ke belakang.
"Eh, kau ni buta ke tak? Semua benda kau tahu."
Aiden berjalan beberapa langkah ke hadapan.
"Mata aku aje tak nampak. Tapi telinga aku masih berfungsi."
Aiman mendekati Aiden. Dia menarik tongkat lipat Aiden lalu dicampakkan ke lantai.
"Ops! Tercampak pula."
Aiden tersenyum sinis.
"Bye, Isya. Saya balik dulu." permisi Aiman.
Sepeninggalan Aiman, Isya terus mengambil tongkat itu dan diberikan kepada Aiden.
"Kau seronok kan bila aku kena hina macam tu."
Isya mengeluh panjang, "Malam ni saya tidur rumah walid. Kalau awak nak balik, baliklah."
"Isya Imani!"
Langkah Isya terus terhenti. Tidak pernah Aiden menyebut nama penuhnya sepanjang perkahwinan mereka.
"Aku tak izinkan kau jumpa dengan Aiman lagi. Kau tak nak jadi isteri derhaka, kan?"
Tanpa berkata apa-apa, Isya terus naik ke atas dengan perasaan marah.
"Isya... Kau hanya milik aku. Aku takkan izinkan sesiapa especially jantan tu rampas kau dari aku."
Share this novel