ISYA dan Kak Lina tiba di sebuah kawasan lapang. Tanah di kawasan ini adalah milik seorang penduduk kampung di sini. Pemilik tanah ini ingin menjualnya. Mereka akan berjumpa di sini.
Kira-kira 30 minit kemudian, datang seorang lelaki tua dan seorang perempuan muda. Saat mereka bersua muka, Isya terkejut melihat Izzati berada di situ.
"Izzati?" soal Isya.
"Isya, kan?" soal Izzati pula. Isya mengangguk.
Kak Lina dan Kamal sibuk berbincang soal kontrak penjualan tanah itu manakala Isya mengambil peluang untuk berborak dengan Izzati.
"Apa sebenarnya yang terjadi antara awak dengan Aiman?"
"Aiman ceraikan saya sebab kisah silam saya. Dia tak boleh terima yang saya ni dah rosak."
"Sebab tu je, Aiman ceraikan awak?" Izzati mengangguk.
"Saya tak sangka Aiman boleh buat macam tu sekali. Saya dah tak kenal dah dia siapa."
"Dia buat semua tu sebab dia masih simpan perasaan lagi pada awak, Isya. Dia tak boleh lupakan awak. Dia hanya gunakan saya untuk lupakan awak."
"Saya minta maaf, Zati. Sebabkan saya awak dengan Aiman bercerai."
"Eh, tak apalah. Bukan salah awak pun. Dah tertulis jodoh saya tak panjang dengan Aiman."
Isya tersenyum nipis lalu menggenggam erat tangan Izzati.
"Oh, suami awak mana? Tak ikut sekali?"
Pertanyaan Izzati itu benar-benar memberi pukulan padanya. Kejadian setahun yang lalu muncul kembali di benaknya.
DAUD baru saja keluar dari bilik wad kecemasan itu, Isya berlari mendapatkannya.
"Walid, Aiden macam mana? Isya nak tengok dia." Isya mahu pergi tapi Daud menghalangnya. Dia memegang lengan Isya.
"Maafkan walid, Isya. Aiden... Dah tak ada." ujar Daud bersama tangisan.
Isya kaku, seluruh tubuh mula menggigil. Air mata sudah mengalir di pipinya.
"Tak...! Isya tak percaya. Suami Isya masih hidup!" Isya berlari masuk ke dalam bilik wad tanpa sempat dihalang.
Dia melihat sekujur tubuh diselimuti kain putih di atas katil. Dia melangkah longlai ke arah katil itu. Dia membuka kain yang menutupi wajah itu dengan tangan terketar-ketar. Jelas wajah Aiden.
"Abang!" Isya meraung sambil memeluk tubuh Aiden.
"ISYA?!" Isya tersedar dari lamunan. Dia tidak sedar bahawa air matanya mengalir. Dia segera menyekanya.
"Awak okey? Kenapa awak nangis?" soal Izzati, risau.
"Erm... Saya okey."
"Sebenarnya, suami saya, Aiden dah meninggal setahun yang lepas sebab kena tembak." Izzati amat terkejut dengan perkhabaran itu.
"Saya minta maaf, Isya. Saya tak bermaksud..."
"Tak apa... Awak tak perlu minta maaf."
"Erm... Isya... Kalau awak tak keberatan, boleh saya tahu siapa yang tembak suami awak?"
"Aiman." Izzati terbuntang biji matanya.
"Jadi, Aiman masuk penjara?"
"Ya, dia dihukum penjara seumur hidup. Tapi macam mana awak boleh tak tahu Aiman kena tangkap? Yelah, awak kan satu kampung dengan dia?"
"Oh... Setahun lepas saya tak ada kat sini. Saya pergi kerja kat Penang. Ayah pula tak bagitahu apa-apa kat saya."
"Isya! Jom balik!" panggil Kak Lina dari jauh. Isya menoleh ke arah Kak Lina.
"Okey, kejap!" balas Isya. Dia memandang ke arah Izzati semula.
"Saya balik dulu, ya? Awak jaga diri."
"Okey, awak pun. Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam." Izzati menghantar kepergian Isya dari jauh saja.
BEBERAPA hari kemudian, Isya baru berkesempatan untuk melawat Daud di rumah. Sejak dia mula membuat rawatan di hospital, jadualnya menjadi padat. Mahu uruskan syarikat lagi dan banyak lagi yang perlu diuruskan. Hari ini boleh dikatakan sebagai hari bertuahnya.
Daud membawa dua cawan coklat panas ke ruang tamu. Dia meletakkannya di atas meja. Isya beriak teruja kerana mendapat air kegemarannya.
"Wah, bau aje dah sedap!" Isya terus menghirupnya.
"Walid... Sedapnya! Memang walid layak jadi barrister." seloroh Isya. Ketawa Daud meletus jua.
"Kamu ni Isya, kalau tak usik walid... Tak sah!" Isya tersengih seperti kerang busuk.
"Sebenarnya, walid happy tengok Isya dah ceria semula macam dulu." Isya meletakkan cawan di atas meja. Dia merapati Daud lalu memeluknya.
"Isya tahu walid sedih tengok Isya macam tu. Isya minta maaf sangat-sangat walid." Daud menguncup dahi Isya.
"Walid tak pernah salahkan Isya. Kesakitan yang Isya alami ni walid pernah rasakan. Sebab tu walid faham keadaan kamu."
Isya meleraikan pelukan. Dia tersenyum penuh makna.
"Walid... Kita tengok movie malam ni, nak? Filem seram..." Isya membuat gaya menakutkan.
"Isya! Saja aje nak kenakan walid."
"Ala, Isya ada dengan walid. Jomlah tengok!" Isya mencebikkan bibirnya.
"Tak boleh! Isya tahu kan walid tak suka tengok filem-filem seram ni."
"Okeylah... Filem romantik?" Isya menjongketkan sebelah keningnya.
"Filem romantik... On!"
"Yay!" Mereka membuat 'high five'.
"Erm, Isya..." panggil Daud dengan nada serius.
"Hmm? Kenapa walid?"
"Walid nak bagi sesuatu pada Isya." Isya mengerutkan dahinya.
"Apa dia?"
Daud meminta Isya untuk tunggu sebentar. Dia naik ke bilik untuk mengambil surat itu. Setelah itu, dia turun semula. Dia duduk di sebelah Isya.
"Surat ni dah lama walid pegang. Dan sekarang... Walid rasa inilah masa yang tepat untuk bagi pada Isya."
"Surat apa ni, walid?"
"Sebelum Aiden menghembuskan nafas terakhir, dia amanahkan walid untuk bagi surat ni pada Isya." Daud meraih tangan Isya dan meletakkan surat itu di tangannya.
"Walid nak Isya baca surat ni bila Isya dah bersedia. Kalau boleh masa Isya bersendirian."
Isya merenung surat itu dengan pandangan sayu. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu menangis lagi namun apakan daya, dia hanya wanita yang lemah.
"Terima kasih, walid sebab bagi surat ni pada Isya. Isya hargai sangat."
"Sama-sama, Isya. Walid akan sentiasa ada untuk Isya dan sayang Isya sampai bila-bila." Daud mengelus-elus ubun-ubun Isya.
MALAM itu, Isya membuat keputusan untuk membaca surat itu. Dia mahu tahu inti pati surat itu. Dia membuka surat itu. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum membacanya.
'Salam sayang,
Bila sayang baca surat ni, mungkin abang dah tak ada kat sisi sayang. Abang dah pergi jauh dari hidup sayang tapi... Sayang jangan sesekali putus harapan. Meski jasad abang tiada namun cinta abang sentiasa ada untuk sayang. Hasrat abang untuk mencintai Isya hingga akhir nafas abang tercapai. Abang mati bersama cinta Isya. Selagi cinta itu ada, hubungan yang terjalin takkan pernah mati. Begitulah terjalinnya cinta di antara kita.
Ikhlas dari,
Suamimu, Aiden.'
Habis saja membaca surat itu, Isya terus menangis teresak-esak. Surat itu dipeluk erat. Rasa rindu, rasa cinta pada sang suami semakin terasa.
'Abang, macam mana Isya nak hidup tanpa abang? Isya perlukan abang di sisi Isya.' gumam Isya di dalam hati.
SELEPAS pulang dari hospital, Isya singgah ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa urusan. Ketika sibuk menaip, pintu diketuk dari luar. Terpacul wajah Rihanna di muka pintu.
"May I come in?" soal Rihanna. Isya berhenti menaip.
"Of course, have a seat." jawab Isya.
Rihanna berjalan ke arah meja kerja Isya. Dia duduk berhadapan dengan Isya.
"Busy betul CEO kita ni. Baru lepas balik hospital, terus datang office."
"Hmm, perli ke apa ni?"
"Yes but no." Mereka ketawa kecil.
"Awak datang sini kenapa? Nak kacau saya ke?"
"Boleh dikatakanlah. Tak adalah... Actually I datang sini sebab nak ajak you pergi rumah I. Dinner together." Isya terus berubah riak wajah seperti tidak senang dengan pelawaan itu.
"Tak kot... Busy ni." tolak Isya dengan baik.
"I pelik lah dengan you ni. Macam ada something yang you sorokkan daripada I."
"Sorok apa? Mana ada."
"You marah apa kat papa I? Did he do something bad to you?"
"Ish, merepek jelah awak ni."
"Kalau tak ada, kenapa tak nak pergi?"
"Busy."
Rihanna menyilangkan kedua-dua belah tangannya. Dia memandang Isya dengan pandangan tidak puas hati.
Isya merengus, "Fine! Saya pergi rumah awak, dinner sekali." Rihanna tersenyum lebar.
"That's my girl! See you tonight. Bye!" ujar Rihanna sebelum keluar dari situ.
ISYA ingin ke dapur tetapi terbantut apabila terdengar perbualan Tan Sri Ahmad dengan Dato Amin melalui panggilan telefon.
"Ini majlis tahlil anak saudara kau! Takkanlah kau nak lebihkan kerja daripada ini?!" marah Tan Sri Ahmad.
"Dari kecil lagi Aiden memang rapat dengan kau. Bila dia jadi CEO syarikat, dia banyak tolong kau. Sebab dia anggap kau ni macam ayah dia sendiri."
"Sampai hati kau cakap macam tu, Amin? Kau ni memang tak kenang budi!"
"MACAM manalah aku nak maafkan apa yang dia dah buat? Aku yakin kalau Aiden masih hidup, dia mesti kecewa." Isya mengomel sendirian.
Share this novel