SAC 21

Romance Completed 94725

"APA dia?!"

Berita tentang penceraian Kamelia dan Daud benar-benar mengejutkan Isya. Selama ini hubungan mereka baik-baik saja. Tapi bagaimana semua ini berlaku?

"Isya datang rumah sekarang. Tok ma betul-betul buntu nak buat apa."

"I... Isya gerak sekarang." Isya mematikan talian.

Lalu, dia terus keluar dari pejabatnya. Dia harus segera pulang ke rumah.

Tiba di tempat parkir kereta, handphonenya berdering. Dia kelam kambut mengeluarkan handphone daripada handbag dan menyebabkan handphonenya jatuh.

"Ya Allah!" Isya mengambil handphonenya dan kelihatan retak di skrin. Handphonenya juga tidak berfungsi.

"Hish, time-time ni jugak kau nak jatuh."

Akhirnya Isya hanya membiarkan saja. Dia terus menuju ke keretanya.

Tiba-tiba tangannya direntap kasar dan kepalanya dihentak ke cermin kereta. Darah terus mengalir tanpa henti.

Isya cuba melihat siapa itu namun wajahnya kelihatan kabur. Dan lama kelamaan semuanya menjadi gelap.

SEDARI tadi Aiden hanya berdiri di luar bilik wad Rita. Kaki terasa berat untuk melangkah masuk.

"Apa yang susah sangat kau nak berlakon ni, Aiden?" soal Aiden kepada diri sendiri.

Ya, dia akui bahawa untuk bersemuka dengan Rita memang dia tidak bersedia lagi. Dengan apa yang telah berlaku antara mereka berdua, agak sukar untuk dia lupakan.

Tiba-tiba bahunya disentuh dari arah belakang. Dia terus berpaling ke belakang.

"Ray? Bu... Buat apa kat sini?" soal Aiden.

"Lawat Rita lah. Ni... Dah jumpa Rita?"

"Err... Belum."

Rayyan mengeluh kuat.

"Kenapa tak jumpa lagi? Rita dah lama tunggu kau tau. Kau berlakon aje macam dulu."

"Aku tak boleh lah Ray..."

"Asal? Takut cinta berputik kembali? Macam tu?" Rayyan menyerkap jarang.

"Ish, kau ni! Ke situ pula kau fikir. Tak adalah... Aku kan dah ada isteri." Aiden ketawa gugup.

"Aku ni abang kau. Aku dah tahu luar dalam kau. Tak yah nak menipu akulah."

Aiden ingin membalas namun deringan handphonenya berbunyi.

"Hello, walid? Ada apa call Aiden ni?"

"Walid call Isya tapi tak dapat. Isya ada dengan Aiden?"

"Tak delah pula... Kenapa walid?"

"Tadi Tok ma call Isya suruh datang rumah tapi dah lama kita orang tunggu tak sampai-sampai. Kami risau ni."

"Oh ye ke? Tak apalah nanti kalau Aiden ada jumpa dengan Isya, Aiden bagitahu."

"Hah, elok sangatlah tu. Nanti apa-apa bagitahu aje walid. Assalamualaikum."

"Insya-Allah, waalaikumsalam."

Setelah talian dimatikan, Aiden meminta diri. Dia perlu mencari Isya.

"Tapi Aiden..."

"Ray Isya itu isteri aku. Suka tak suka pun kat dia aku kena jalankan tanggungjawab aku sebagai suami."

"Aku faham Aiden tapi..."

"Aku gerak dulu, Assalamualaikum." Aiden tidak mahu menunggu lagi, dia terus pergi dari situ.

Tempat pertama yang dia akan cari adalah di kubur arwah Imran. Dia yakin Isya berasa di sana.

Isya terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai. Darah turut masih mengalir halus. Haura dan rakan subahatnya, Ika semakin risau kerana Isya tidak bangun-bangun.

"Apa pasal dia ni tak bangun-bangun! Eh, kalau dia mati macam mana?" tanya Ika, risau.

"Kau janganlah cakap macam tu. Karang tak pasal-pasal dia mati betul-betul then habislah rancangan kita."

"Ini semua salah kau! Kau pergi hentak kepala dia kuat sangat tu dah kenapa?"

"Eh! Kita pulak disalahkan. Aku kenalah hentak kuat kalau tak, tak pengsanlah dia."

"Aku rasa kita kena call Rayyan. Mesti dia tahu apa nak buat." Ika mengangguk-angguk.

Dia terus mendail nombor Rayyan.

"Hello, Ray! Kau datang sini sekarang. Isya ni tak sedar-sedar dari tadi. Lama aku dengan Haura tunggu."

"Kau buat apa sampai perempuan tu tak bangun? Kalau mati macam mana?"

"Aku tahu sebab tu kau kena datang sini. Cepat!"

"Kau ingat ek kalau jadi apa-apa kat dia siap kau!" Rayyan mematikan talian.

"Macam mana?" tanya Haura.

"Nanti Ray datang sini. Kita tunggu je."

'Harap-harap Isya tak mati. Kalau tak mampus aku!'

HUDA, Kamelia dan Daud seperti cacing kepanasan apabila tiada khabar berita lagi tentang Isya daripada Aiden.

Kamelia sedang mundar-mandir di ruang tamu, ditegur oleh Huda.

"Hey! Kau ingat bila kau mundar-mandir macam ni boleh selesaikan masalah?" soal Huda berbaur amarah.

"Tak. Habistu macam mana nak selesaikan?" soal Kamelia kembali.

"Kau ni memang lembap daripada kecil kan? Takkan benda kecil pun kau tak boleh nak fikir?"

Huda menghulurkan sebuah fail berwarna coklat kepada Kamelia. Kamelia mengambilnya lalu membaca inti pati dokumen itu.

"Mama? Buat apa bagi dokumen ni kat Kamy? Mama jelah pegang."

Huda berasa geram lalu menunjal kepala Kamelia.

"Aku bagi kau dokumen ni supaya senang kau nak masuk jarum! Inilah masanya kau jalankan peranan kau sebagai mak mertua."

Kamelia berfikir sejenak sebelum mengangguk tanda faham.

"Okey, Kamy pergi sekarang." Kamelia ingin pergi tetapi cepat-cepat Huda menghalang.

"Bukan sekarang! Tunggu masa yang tepat, faham?" Huda sudah mengetap gigi.

Kamelia tersengih sambil menggaru-garu kepalanya.

Daud yang baru sedar Huda dan Kamelia berbisik seperti merancang sesuatu, segera mendekati mereka.

"Nak buat jahat apa lagi?" Persoalan Daud memeranjatkan mereka sehingga Kamelia terjatuhkan fail tadi.

Daud perasan ada sesuatu yang jatuh dari tangan Kamelia. Dia segera mengambilnya.

"Dokumen pindah harta? Mama nak buat apa kat dokumen ni? Hah?!"

"Bukan urusan kau! Bagi dokumen tu balik!" Huda ingin merampas dokumen itu daripada Daud tapi Daud lebih pantas mengelak.

"No! Never! Rancangan mama takkan berjaya!"

"Daud, bagi sini balik! Daud!" Panggilan Huda tidak dipedulikan.

Huda berpaling ke belakang. Dia memandang tajam wajah Kamelia.

"Kalau kau ni bukan anak buah aku dah lama aku bunuh kau. Tak boleh harap!" marah Huda.

"Aku terkejut sebab tu jatuh. Bukan salah aku." bebel Kamelia sepeninggalan Huda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience