SAC 3

Romance Completed 94725

SUASANA di Taman Tasik Titiwangsa agak lengang. Hanya ada sekumpulan orang saja yang sedang berjoging dan memancing.

Aiman turut berada di situ, setia menanti kedatangan buah hatinya, Isya. Namun penantiannya sia-sia kerana Isya baru saja menghubunginya.

Dia mengatakan bahawa dia tidak dapat datang kerana lambakan kerja yang harus diselesaikan. Aiman mengeluh hampa.

"Baru aje nak dating. Tak dapat datang pulak..." keluh Aiman. Saat dia dibuai perasaan, tiba-tiba bahunya disentuh lembut.

Dia segera berpaling ke belakang.

"Eh, Rita! You buat apa kat sini?" tanya Aiman. Rita tersenyum nipis lalu duduk di sebelah Aiman.

"Saja... Nak release tension." ujar Rita. Nadanya jelas kehampaan.

"Kenapa ni? You ada masalah ke?" Rita menggeleng sedikit.

"I risaukan Aiden. I takut kehilangan dia." Rita mula berasa sebak.

"Aiden? Kenapa? Apa jadi?" Keinginannya untuk mengetahui lebih lanjut mengasak dirinya untuk bertanya lagi.

"Aiden... Aiden accident..." Rita menangis teresak-esak. Dia tidak dapat menahan lagi rasa sedih.

Aiman terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Rita itu.

"Ma... Macam mana Aiden boleh accident? Bila?"

"Masa tu Aiden nak jumpa dengan I. Dia lambat malam tu. Tiba-tiba I dapat call yang dia accident." jawab Rita dengan tangisan yang masih tersisa.

"Ya Allah, Aiden! I... I tak tahu. I'm sorry." Rita menggeleng.

"Tak apa... I faham."

"So, macam mana keadaan Aiden sekarang? Dia okey ke?"

"Aiden koma. Doktor kata sebab kepala dia terhantuk kuat." jelas Rita.

"Koma? Kesiannya Aiden..."

"Rita, you sabar ek? Kita doa sama-sama supaya Aiden cepat sembuh. Hmm?" Rita mengangguk.

"Thanks Man..."

Setelah sesi luahan hati, Aiden dan Rita pergi ke hospital untuk melawat Aiden.

SEJAK Aiden tidak masuk kerja, Isya tidak menang tangan. Segalanya dia yang harus kendalikan seperti meeting, projek dan banyak lagi. Ada ketikanya dia terpaksa berjaga malam di pejabat.

"Isya, projek kat Ampang tu dah settle?" tanya Kak Lina, merupakan kakitangan penting di syarikat itu.

Isya begitu fokus meneliti fail di depan mata sehingga pertanyaan Kak Lina tidak diendahkan.

"Isya? Isya?!" panggil Kak Lina, separuh menjerit. Isya terpinga-pinga memandang Kak Lina.

"Akak? Kenapa kak?" Kak Lina menggeleng.

"Isya ni... Kalau ya pun banyak kerja. Janganlah sampai tak peduli kat orang sekeliling." Isya tersengih.

"Maaflah kak, Isya pening dengan kerja-kerja ni. Lepas ni ada meeting pastu waktu lunch pulak kena pergi tapak pembinaan. Humph!" Isya mengeluh keras.

"Akak pun kesian tengok Isya ni. Tak menang tangan! Tapi nak buat macam mana... Isya kan PA boss."

Ya, itulah jawatan yang paling dia tak suka. Tapi dia tiada pilihan selain terima. Dia sudah cukup baik diterima masuk ke dalam syarikat ini. Jawatan yang ditawarkan hanya tinggal satu sahaja kekosongan iaitu pembantu peribadi.

"Tak apalah, Isya kena biasakan jugak. Mana ada job yang tak susah, kan?" Isya cuba berfikiran positif.

"Betul lah tu. Eh... Akak datang sini sebab nak tanya kat Isya tentang projek kat Ampang tu. Dah settle?"

"Dah kak. Baru je semalam Isya settlekan. Tunggu nak bentang depan clien je." Kak Lina mengangguk-angguk tanda faham.

"Kalau macam tu, akak pergi buat kerja dulu lah. Isya jangan lupa lunch pulak. Nanti sakit, Isya jugak susah." pesan Kak Lina.

"Baik bos!" Isya menabik, lagaknya persis seorang askar. Mereka berdua ketawa kecil sebelum masing-masing fokus terhadap kerja mereka semula.

IMRAN menghenyakkan punggungnya ke atas sofa di ruang tamu. Dia meregangkan badannya yang letih itu. Tiba-tiba dia disergah oleh suara Huda.

"Im! Kamu ni nak jadi apa hah?! Balik rumah tengah-tengah malam! Kamu ingat rumah ni hotel?! Suka-suka hati kamu je nak balik bila!" bentak Huda. Dia sudah tidak tahan dengan perangai buruk cucunya itu.

"Ish! Bisinglah Tok Ma ni! Orang balik sebab nak rehat bukan nak dengar Tok Ma membebel!" tempelak Imran.

"Hey! Ini rumah aku. Kau dengan keluarga kau menumpang aje. Jangan nak berlagak sangat!" bidas Huda. Kata-kata Huda itu benar-benar memanaskan hatinya.

"Tok Ma! Tok Ma ingat Im ni nak sangat ke tinggal kat dalam rumah ni?! Im lebih sanggup hidup merempat lah!"

Huda ketawa sinis, "Kamu sanggup hidup merempat? Kamu?" soal Huda dengan penuh sinis.

"Imran akan buktikan pada Tok Ma. Im akan balik sini bila Im dah kaya. Ingat!" Imran terus berlalu pergi.

"Aku nak tengok berapa lama kau boleh hidup kat luar sana." bicara Huda sendirian.

DI perhentian bas, Isya sedang duduk menunggu bas tiba. Sesekali dia melihat jam, sesekali dia melihat skrin telefon bimbitnya pula.

"Sejuk pulak malam-malam ni. Jaket pulak tak ada." keluh Isya. Dia sudah menggosok-gosok badannya.

"Nah!" Tiba-tiba ada seseorang menghulurkan sehelai jaket kepadanya. Dia menoleh ke sisi.

"Abang Im?" Imran menyarungkan jaket itu ke tubuh Isya. Dia duduk di sebelahnya.

"Abang Im buat apa kat sini? Kan dah malam." soal Isya, pelik.

"Tok Ma halau." jawab Imran sepatah.

"Hah?! Kenapa Tok Ma halau abang Im? Apa dah jadi ni?" Imran tersenyum sumbing.

"Biasalah Tok Ma kan? Asal abang balik rumah je, kena hina. Sabar abang pun ada had jugak, Isya. Abang dah tak sanggup nak tadah telinga ni dengar hinaan, cacian daripada Tok Ma." Isya menyentuh lembut bahu Imran.

"Abang sabar ek? Habistu abang nak tidur mana malam ni?" Imran menjongketkan bahunya.

Isya berfikir sejenak. Kemudian, dia mengeluarkan RM200 dari dompetnya.

"Nah, abang pakai duit ni." Isya menghulurkan duit itu kepada Imran.

"Eh, apa ni? Tak nak ah..." Imran menolak dengan lembut.

"Hey, jangan nak ngada-ngada ek? Ambik je duit ni. Pergi check in hotel."

Imran ketawa kecil, "Hotel bajet." Mereka sama-sama ketawa.

"Isya... abang minta maaf sebab abang tak dapat jadi abang yang baik untuk Isya." Isya terus menepuk bahu Imran.

"Jangan cakap macam tu lagi. Kalau tak, Isya tak nak cakap dengan abang lagi." Isya mencebikkan bibirnya.

"Yelah! Abang tunggu sampai bas datang okey?" Isya mengangguk.

Isya memandang Imran dengan pandangan sayu. Walaupun Imran sering keluar masuk penjara, tapi dia tetap sayangkan Imran. Dia tahu sebab kenapa Imran bertindak seperti ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience