SEPERTI yang dirancang, Aiden membawa Isya ke sebuah villa. Mereka keluar dari perut kereta. Isya memerhati sekeliling.
"Abang? Ini bukan pawagam, kan?" soal Isya.
"Ya, abang tipu Isya." jawab Aiden dengan tenang.
Isya berpaling ke belakang. Dia memandang tajam mata Aiden.
"Okey, I'm sorry. Lagipun hari ni je abang boleh tipu Isya lagi. Nanti bila kita dah cerai..."
Aiden tidak sempat menghabiskan bicara apabila melihat Isya sudah pergi. Dia segera mengejar Isya.
"Isya! Sayang!" panggil Aiden.
Dia meraih tangan Isya. Isya hanya membiarkan saja.
"Isya... Abang nak minta satu je permintaan daripada Isya."
"Nak apa lagi?!" Isya merengus kuat.
"Abang dah janji dengan Isya kalau Isya ikut abang hari ni... Abang akan ceraikan Isya. Means, today is my last day to spend time with you."
Isya menoleh ke arah Aiden.
"Can you just straight to the point?"
"I want you today. Abang nak Isya layan abang sebagai seorang isteri. Boleh?"
Isya diam seketika. Dia menarik nafas dalam-dalam.
"Okey, but only today."
Aiden mengangguk laju. Dia terus menghulurkan tangan kepada Isya.
"Shall we, my wife?"
Isya terus menyambut tangan Aiden. Mereka beriringan sambil berpegangan tangan menuju ke villa itu.
Tiba di hadapan pintu villa itu, Isya berhenti melangkah. Dia terpegun melihat kecantikan dan keunikan villa itu.
"Ini villa siapa?"
"Villa ni papa beli dengan gaji pertama papa. Dia sayang sangat villa ni. Dia nak hadiahkan villa ni kat abang bila abang dah kahwin nanti."
Isya terus memandang Aiden.
"Maksud abang... Villa ni kita punya?" soal Isya, tidak percaya.
"Yup! Villa ni atas nama abang dan Isya. Tapi abang dah tukar kepada nama Isya saja."
Mata Isya terus membulat. Isya terus melepaskan pegangan Aiden. Dia terus berpaling ke belakang.
"Isya tak sukalah abang buat Isya macam ni. Kita dah nak cerai! Kenapa abang bagi ni... Bagi tu pada Isya? Why?"
Aiden mengeluh panjang, "Because I love you."
"Cinta? I don't need your love."
"Tapi sebelum tu... Isya kena tahu satu kebenaran. Kebenaran tentang arwah ibu Isya."
SUASANA menjadi sunyi dan sepi. Hanya terdengar bunyi kipas berpusing. Seorang hanya diam membisu manakala yang seorang lagi masih cuba menenangkan diri.
"Abang Man, Zati..."
"Betul ke apa yang dia cakap tu?" sela Aiman.
Izzati terus bangun dari birai katil. Dia melutut di hadapan Aiman.
"Zati minta maaf, bang. Zati berdosa." ujar Izzati sambil menangis teresak-esak.
Aiman hanya memandang ke hadapan. Wajah Izzati langsung tidak dipandang.
"Abang Man, jangan buat Zati macam ni. Say something, please..." rayu Izzati.
"Kau nak aku cakap apa? Kalau betul kau sayangkan perhubungan ni... Kau takkan sesekali rahsiakan perkara ni."
"Tak! Zati bukan tak nak bagitahu tapi..."
"Tapi apa?! Kau dah malukan aku, kau tahu tak?!"
Izzati hanya menangis. Aiman terus bangun dari birai katil. Dia mundar-mandir sambil bercekak pinggang.
"Aku tak nak tengok muka kau lagi."
Izzati terus menoleh ke arah Aiman. Dia memegang kaki Aiman sambil merayu.
"Abang tolong jangan tinggalkan Zati. Zati dah bertaubat."
Aiman merentap kakinya daripada pegangan Izzati. Sebelum keluar dari bilik itu, dia sempat berpesan kepada Izzati.
"Besok pagi, aku tak nak tengok muka kau dan barang-barang kau dalam rumah ni lagi."
"Ta-Tak! Abang Man!"
'Ya Allah, kenapa semua ni terjadi pada aku? Kenapa aku yang Kau pilih untuk lalui semua ni? Apa aku tak layak untuk bahagia?'
MEREKA duduk bersantai di balkoni sambil menghirup udara segar. Aiden menjelaskan segala-galanya apa yang terjadi pada malam itu.
"Malam tu, classmate Rayyan buat parti kat rumah dia. Abang memang berkeras tak nak ikut tapi Rayyan paksa abang."
"Jadi, abang dengan Rayyan dulu minum?"
Aiden segera menggeleng.
"Abang tak minum tapi Rayyan minum. Abang dah banyak kali halang dia tapi dia still minum juga."
Aiden menarik nafas dalam-dalam sebelum sambung semula.
"Rayyan mabuk teruk malam tu. Perkara yang abang nak elakkan... Jadi juga."
"Apa yang jadi? Langgar orang?" perli Isya.
Aiden mengeluh, "Abang mengaku abang salah. Abang tak patut biarkan Rayyan memandu malam tu."
"Wait! Rayyan yang memandu kereta bukan abang? Abang jangan nak tukar cerita boleh tak?"
"Abang tak tukar cerita! Memang malam tu Rayyan yang memandu dan dia yang langgar arwah ibu Isya!"
Isya benar-benar terkejut.
"Ya, Isya. Bukan abang yang langgar arwah ibu Isya. Abang cuma mangsa keadaan. Abang tersepit antara ikut kata hati abang atau janji abang pada arwah mama."
"Isya tak faham."
"Arwah mama banyak kali pesan supaya jaga Rayyan baik-baik. Jaga macam nyawa abang sendiri. Takkanlah abang nak biarkan nyawa abang diapa-apakan?"
"Jadi, abang mengaku semua kesalahan Rayyan?"
"Abang terpaksa sebab abang terikat dengan janji mama dan abang sayangkan Rayyan."
"Kalau betul Rayyan yang langgar, kenapa semua bukti ditujukan kepada abang?"
"Kereta yang Rayyan pandu... Kereta itu atas nama abang."
Aiden bangun lalu mencangkung di hadapan Isya. Tangan Isya diraih dan digenggam erat.
"Abang takkan sesekali dan takkan pernah terfikir untuk menjadi pembunuh."
Isya merentap tangannya daripada pegangan Aiden.
"Saya percaya yang Rayyan yang langgar ibu saya tapi malam tu awak waras. Kenapa awak tak hantar ibu saya pergi hospital?"
"Rayyan, dia kena panic attack. Abang dah tak boleh fikir apa dah selain bawa Rayyan pergi dari situ."
"Abang minta maaf. Abang betul-betul menyesal."
Isya tidak dapat membalas apa-apa. Sukar untuk dia menghadam ini semua.
IZZATI duduk berteku di tikar sejadah. Mulutnya tidak henti-henti beristighfar kepada Allah. Semakin dia mengingati perbuatan silamnya, semakin deras air matanya mengalir.
Semerta salah satu kejadian ketika kehidupan silamnya terbayang di benaknya.
SEPERTI biasa, Izzati dan dua orang kawannya, Hani dan Mila melepak di sebuah gerai kecil sementara menunggu pelanggan.
Di meja makan, Hani rancak bercerita tentang pelanggannya malam semalam.
"Dia memang hot gila! Korang mesti tak menyesal punya lah!" ujar Hani.
Izzati dan Mila hanya menjadi pendengar setia. Di kawasan ini, Hani lebih dikenali berbanding mereka. Pelanggan VVIP sering menempahnya.
"Ala, korang don't worry okey? Nanti aku recommend korang kat kawan-kawan clien aku."
"Thanks, Hani. Kau selalu tolong kita orang. Kalau kau tak ada... Tak tahu lah macam mana nak survive." ujar Izzati. Mila pula mengiyakan kata-kata Izzati.
"Ala, no problems lah! Kita sama-sama susah, sama-sama senang."
Tiba-tiba, Izzati mendapat panggilan daripada majikannya. Izzati terus menjawab panggilan itu.
"Hello, mommy!"
"Hello, Zati sayang! Mommy call nak bagitahu yang you dah ada clien."
Izzati memandang dua orang kawannya dengan wajah gembira.
"Thank you, mommy. I gerak sekarang."
"Okey, enjoy! Bye!"
Izzati terus mematikan talian.
"Korang, aku dah dapat clien! Aku pergi dulu."
Izzati bergegas menuju ke bilik hotel yang telah ditempah oleh pelanggan itu.
MENGINGATI ini semua, Izzati tidak mampu menerima dirinya sendiri. Dia berasa begitu kotor dan jijik. Dia memang tidak layak menjadi isteri sesiapa.
Share this novel