#17 PINANGAN

Romance Series 6067

Seminggu kemudian Kamariah berjumpa dengan Tahira di kedai Nasi Lemak Zaitun.. meluahkan hasrat hati pada Tahira mahu di jodohkan dengan Hakeem.

Terkejut Tahira apabila wanita yang baru dua kali dirinya bertemu mahu dia manjadi sebahagian daripada keluarganya.. Ingatkan apa yang di dengari minggu lepas hanya gurauan saja.

Aku muda lagi tak kan nak kawin dah.. 18 pun belum masuk... berangan nak dapat husband romantic tu ada la. tapi nak kawin in real life. tak terfikir pun..

“Boleh bagi saya masa untuk fikirkan” Tahira sudah garu kepala yang tidak gatal.. terkejut satu. macam tak percaya pun ye..

“Ye!! Makcik bagi masa.. tidak kisah berapa lama pun.. Mak Cik sanggup menunggu..” Kamariah sentiasa senyum memandang Tahira. kena bagi senyum manis gula, kalau tak mentah-mentah Tahira ni tolak..

“Anak Mak Cik… Boleh ke terima kekurangan diri Saya.. boleh ke anak Mak Cik terima Saya tanpa perasaan cinta itu..” Macam mana nak cakap aku elergi dengan lelaki ni.. Seram pula aku rasa

“Cinta lepas kawin lagi manis Tahira. lagipun kamu tiada kurang bagi Mak Cik.. anak Mak Cik yang tidak sempurna.. Mak Cik sebenarnya malu ingin menyatakan hasrat Makcik ini untuk jodohkan kamu dengan Hakeem.. Tapi Makcik tahu kamu pilihan yang terbaik..” Nasib baik Cikgu sastera.. pandai berayat..

“Saya tidak kisah ketidak sempurnaan Abang Hakeem tapi ikhlas ke dia terima Saya.. bukan kerana terpaksa. Saya tidak mahu kerana terpaksa akan buatkan perkahwinan yang di bina tidak bahagia” Ceh!! aku pun sama bermada ni kenapa..

Kamariah tersentap dengan kata-kata Tahira.. tidak di sangka Tahira akan keluarkan ayat sebegitu, teringat akan kata-kata Hakeem sebelum ini.. dengan pantas Kamariah cuba buat seperti biasa.. “Insyallah Tahira. Hakeem ikhlas terima Tahira”

“Bagi saya masa.. saya akan fikirkan.” Tahira masih tidak yakin.. lagipun dia mahu Zaitun, Maknya yang berikan kata putus. kerana menurut keputusan seorang ibu lebih berkat hidupnya di kemudian hari.. lagipun aku muda lagi kot.. tak enjoy pun lagi..

“Ye Tahira.. Mak Cik minta number phone Tahira boleh..”

“Mak Cik bagi number dekat Mak.. apa-apa Tahira call guna telephone Mak” Tak nak la bagi number aku.. nanti mesti hari-hari call tanya terima ke tak..

“Yela” Kamariah mengikut kehendak Tahira kerana tidak mahu terlalu memdesak dan Tahira akan menolak perlawaannya tanpa berfikir.. “Mak Cik balik dulu”

Tahira mengangguk..

Setelah berikan number phone kepada Zaitun, Kamariah menuju ke keretanya.

“Macam mana” Zulkifli terus bertanya sebaik Kamariah masuk kedalam isi kereta..

“Minta Masa untuk berfikir..” Riak muka Kamariah seperti biasa tapi hatinya masih terfikir apa yang Tahira katakan tadi.

“Dia pasti fikir banyak kali sebab Hakeem buta” Zulkifli menduga. Bukan mudah orang yang tiada cacat cela menerima orang yang kurang upaya.. tapi tidak akan di salahkan Tahira jika menolak kerana faham, bukan mudah ingin hidup bersama dengan orang hilang penglihatan sepanjang hayat, perlu di fikirkan masa depannya..

“Bukan tu.. dia tidak kisah Hakeem buta.. di takut Hakeem kawin kerana terpaksa, tidak ikhlas.. dia takut tidak bahagia apabila Hakeem tidak ikhlas terima dirinya”

“Kita balik dulu” Zulkifli tidak tahu mahu berkata apa. Tahira seperti tahu Kamariah memaksa Hakeem berkahwin.. apa yang di duga meleset sekali..

Muka Kamariah di lihat juga menjadi muram, tidak seperti sebelum datang ke kedai Nasi Lemak Zaitun.. Sepanjang perjalanan balik ke rumah Kamariah diam membisu.. hati wanitanya sedikit terasa akan kata-kata Tahira.. Risau jika bahagia yang diharapkan Tahira tidak tercapai kerana keterpaksaan anaknya.. takut anaknya tidak melayan Tahira seperti seorang isteri di samping suami.. dan menyebabkan Tahira tidak bahagia di kemudian hari. dan dirinya di persalahkan.

“Saya yakin.. memang Tahira pilihan tepat.. dia harapkan kebahagian bukan kerana paras rupa, harta benda.. pasti Hakeem akan bahagia bersama Tahira..”

Zulkifli hanya diam sahaja.. tidak tahu apa perlu di luahkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience