#42 KOMPANG DI PALU

Romance Series 6067

Suasana Majlis perkahwinan anak pertama Zaitun dan anak tunggal Zulkifli dan Kamariah sangat meriah.. Majlis yang di buat secara besar besaran, tetamu yang hadir silih berganti walaupun kamariah baru berpindah di kawasan Itu..

Kedengaran bunyi kompang di palu menandakan pengantin lelaki sudah sampai.. Pang! Pang! Pong! Pang! Pong! Pang!

“Stop!!!” Mak andam as per Ketua toll memberhentikan langkah kaki dari pihak lelaki untuk meneruskan perjalanannya

“Baru sampai pagar.  Tak kan dah kena kot!!” Hassan mengipas Hakeem yang sudah kepanasan..

“cepat semua kumpul!!” Budak-budak semua berkumpul apabila dengar suara Mak Andam menjerit..

“Pohon beringin tepi keramat, dengar siulan diufuk Barat, kalau ingin hidup Selamat, buat bekalan di akhirat.. Balas kalau boleh” Mak Andam tersenyum sinis memandang pengantin lelaki..

“Tak bagitahu pun ada pantun” Hasan sedikit terkejut tapi sudah di duga lebih awal..

“Tak balas tak masuk”

“Okay Saya balas!! Pintal kapas menjadi benang, tenun benang menjadi sari, barang yang lepas jangan di kenang, sekarang kami beri!!!..” Hassan terus memberi sampul duit yang sudah di isi duit kepada kanak-kanak yang berkumpul di hadapan mereka. 

“Okay lepas!! Di persilakan raja sehari melangkah”

Baru beberapa langkah di Tengah-tengah halaman rumah yang sememangnya di buat laluan untuk pengantin lalu.. “Stop!!!”

“Ada lagi ke!!” Hakeem berbisik pada Hassan..

“Sampai atas pelamin la.  Sebab tu Saya suruh isi dalam sampul banyak..”

“Rumah sendiri pun kena toll ke!!” Hakeem bertanya pada Mak Andam..

“Hari ini.. rumah ni pengantin perempuan yang punya… Adik-adik berkumpul” kali ini remaja pula berkumpul.. Mak Andam memberi arahan sekali lagi..

“Thaqif yang kau menyemak depan ni juga kenapa..” Hakeem melihat adik iparnya turut ada di dalam kelopak remaja di hadapannya..

“Pemberi pantun!!” Thaqif mengangkat kedua keningnya..

“Kompang!!!” Mak Andam menjerit dan kompang berbunyi.. Pengantin perempuan di Bawa keluar tapi di tutup mukanya dengan kipas tangan.. Kepala Hakeem sudah ke kiri ke kanan untuk melihat Tahira.. .

KAIN SATIN DIBUAT BASAHAN
KAIN DITENUN BERSERAT-SERAT
SEBAB PENGANTEN TERPAKSA DITAHAN
KARENA BELUM MEMENUHI SYARAT…

“Syarat apa pula” Hassan bertanya..

“Balas pantun.. selagi tak balas memang tak dapat masuk” Thaqif memeluk tubuhnya..

“Abang balas!!” Hakeem mengambil microfon dari tangan Hassan.. “Abang anak Cikgu Kamariah… keluarga sastera…” Belagak punya Hakeem..

BERLAYAR KEBARAT DARI SELATAN
ANGIN RIBUT SAMPAI SEPEKAN
KALAULAH SYARAT YANG DIPERMASALAHKAN
TOLONG SEBUT AKAN KAMI SIAPKAN.

Hakeem senyum sinis memandang Thaqif.. Abang ipar kau lebih power dari kau la..

KELAT RASA BUAH MENGKUDU
KALAU BUSUK JANGAN DIBAWA
ADAT KITA DITANAH MELAYU
SEBELUM MASUK BERILAH TANDA.

“Kacang je tu” Hakeem berkata dengan berlagak..

GUNUNG DAEK BERCABANG DUA
HAWANYA SEJOK TIDAK BERSALJU
TERIMALAH INI SEBAGAI TANDA
KAMI NAK MASUK BUKALAH PINTU

Kemudian Hakeem menghulurkan sampul yang berisi duit kepada Thaqif..

Thaqif mengambil lalu memberikan satu lagi pantun..

DARI PETANG SAMPAI KE SUBUH
IKAN MENARI KESANA KESINI
AWAK NI DATANG DARI JAUH-JAUH
TAKKAN MEMBERI CUMA SEGINI

“Tak jauh la… Kampung sebelah je” Hakeem jawab dengan bersahaja.. “But don’t worry Abang bagi” Hassan sebagai pengapit Hakeem dengan pantas menghulurkan setiap sorang sampul berisi duit.. Dah akhirnya Hakeem maju ke hadapan..

Hakeem dan Tahira semakin dekat hanya beza tiga langkah sahaja tapi wajah Tahira masih lagi di tutup..

“Raja segala toll sudah datang!!” Zaitun berdiri di hadapan Tahira.. Badan Zaitun yang sedikit berisi menutup seluruh badan Tahira dari pandangan mata Hakeem..

“Mak penatlah toll..” Hakeem menjatuhkan bahunya memandang Zaitun.. memang letih pun.. dengan cuaca terik panas..

“No! No! No!!.. Kali ni bukan pantun.. kali ini teka teki.. dapat jawab selangkah.. tak dapat bayar“

“Apa Mak!! Hakeem sudah bersedia” Hakeem menjadi lega bukan lagi pantun.. penat otak nak balas bagaimana.. Hassan lagi la tak tahu.. pengantin sendiri yang kena jawab..

“Makanan favorite Tahi apa!”

“Mana Hakeem tahu Mak.. baru nak ajak makan Mak tak bagi.. tak sempat tanya dah reject” Hakeem menjeling Thaqif yang berada di tidak jauh darinya..

“Bayar!!” Zaitun hulurkan tangannya

“Baik!!.. giliran saya!!” Hakeem mengambil sampul duit di dalam beg yang Hassan bawa.. “Pilih sendiri nak mana satu!!” Hakeem menghulurkan kepada Zaitun.. ambik yang kecik ambik yang kecik.. “Yes!!!” Ni pengantin yang lebih.. sepatutnya pengantin yang tersipu-sipu malu.. pelik betul Hakeem ni la..

Zaitun buka sampul yang di ambil untuk melihat isinya “Seringgit kamu bagi Mak”

“Mak yang pilih sendiri” Bersahaja Hakeem membalas

“Tak apa!! Anak Mak lahir di Mana!!”

“Selangor!!! Hakeem tahu la Mak.. hantar borang nikah hari tu sekali Surat beranak” Hakeem menutup mulutnya terlepas cakap.. Terang-terang boleh kantoi depan Tahira.. Zaitun buat seperti biasa, dia tahu anaknya Tahira ini lembab sikit.. senang nak kena tipu..

“Awak boleh baca ke!!” Tahira menjengah ke tepi untuk melihat Hakeem..

“Eh!! Pengantin ni.. duduk diam” Mak Andam menolak balik Tahira agar berdiri tegak semula..

Cantiknya awak.. patutlah tak bagi tengok “Ayahda tanya dalam kereta.. ingat tak awak!!” selamat...

“Okay!! Langkah satu sahaja” Zaitun melangkah ke belakang selangkah dan Hakeem ke hadapan selangkah..

“Warna kegembiraan Tahi”

“Maroon!!” Hakeem jawab dengan yakin..

“Tet salah!!” Zaitun terus menghulurkan tangannya untuk mengambil sampul di tangan Hakeem..

“Maroon la.. sebab pilih baju kahwin maroon.” Hakeem tidak puas hati apabila jawapannya salah..

“Saya suka sky blue awak!!”  Tahira berikan jawapan sebenar..

“dengar sudah jawapan dari queen”

“Nah pilih la Mak” Hakeem hulurkan sampul pada Zaitun untuk memilih lagi sekali

“Mak Cik pilih warna Hijau” Hassan bersuara

“Hassan pembelot!!” di jeling Hassan di tepinya sebagai pengapit..

Melihat Hakeem memarahi Hassan. Zaitun mengambil sampul warna Hijau.. lalu di lihat isi dalam.. “fuyoo!! Ni Mak sayang kamu ni.. Mak bagi selangkah.. “

“Mak!! Mak ambik semua la Mak..” Hekeem berikan semua sampul yang ada pada tangannya termasuk yang ada di dalam beg yang Hassan pegang .. “Bagi Hakeem jumpa Tahira terus..”

“Lagi tadi macam ni kan senang..” Zaitun mengambil semua sampul yang di hulurkan kepadanya lalu berganjak bagi Hakeem melihat Tahira..

Mak Andam alihkan kipas tangan yang menutup muka Tahira.. Tahira senyum senyum malu memandang Hakeem..

“Awak cantik sangat!!” Tidak terkata cantiknya Tahira di mata Hakeem.. mungkin kerana ini pertama kali melihat Tahira bermekaup agak tebal.. Pada hari pernikahan Tahira mengenakan light make-up pun sudah buat Hakeem tidak lepas pandang..

“Awak pun sama kacak”

Dah banyak kali kantoi Hakeem ni tak buta.. tapi si Tahira ni lembab.. tak sedar apa yang berlaku.. atau dia sendiri lupa orang buta tidak nampak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience