Hakeem berdiri sebelah Tahira mengeringkan pinggan yang di basuh Tahira.. Tahira basuh dirinya keringkan.. Walaupun kerja mudah Hakeem tahu Tahira mesti suka dia menolong.. dalam diam matanya juga memandang Tahira..
“Dah awak jom” Tahira menarik lengan Hakeem yang berlapik dengan lengan baju..
Hakeem melepaskan tangannya dari di sentuh Tahira membuatkan Tahira terkejut. “Awak marah lagi ke.. Saya minta maaf”
“Tak!! Nak awak pegang sini ni” Hakeem menghulurkan tangan dan jari di gerakan sambil senyum..
Tahira memegang tangan Hakeem seperti yang di mahukan oleh suaminya.. Hakeem terus gengam erat lalu di hayunkan dengan kuat dan tersenyum lebar..
Zulkifli melihat kata yang di berikan Ketika makan tadi seperti memberi kesan pada Hakeem untuk hari ini.. harap anaknya tidak buat perangainya lagi..
“Awak penat tak??. Kalau tak penat jom tengok TV dengan Bonda Ayahda”
“Jom” Tahira sebenarnya masih lagi tidak selesa perutnya tapi tetap teman Hakeem yang mahu melihat TV.. silap.. mendengar cerita yang di lihat oleh Ayahda dan Bonda..
Akhirnya Tahira tertidur bersandar di kerusi dengan mulut terngaga..
“Hakeem.. Tahira tu dah tidur” Kamariah menegur Hakim yang tidak sedar isterinya sudah tertidur..
“Awak.. nak tidur jom” Hakeem menyentuh paha Tahira bagi mengejutkannya.
“Ah!!” Tahira tersedar lalu buka matanya.. “Tak apa awak tengok sampai habis.. saya boleh teman..”
“Ni bantal” Hakeem mengambil bantal hiasan di sofa yang terselit di tepi badannya lalu di letakkan di atas pahanya.. “Baring.. sakit kepala tidur macam tu”
Tahira mengambil bantal yang diberikan kepada lalu baring dalam keadaan kakinya ke Hakeem..
“Apa kaki bagi dekat suami ni” Saja Hakeem mahu menyakat Tahira.. baru baik dari gaduh Hakeem nak menyakat lagi si Tahira ni.
Tahira bangun alihkan bantal di sebelah kaki Hakeem.. Hakeem dengan pantas menarik bantal itu lalu di baling ke Bondanya.. “Atas lagi.. kepala tak kena bantal”
“Apa Anakda ni” Kamariah terkejut bantal terbang tiba-tiba muncul di hadapannya.. Zulkifli menyuruh Kamariah diam dia lagi tadi memerhatikan Hakeem dan Tahira.
“Ermm” Tahira ke atas lagi lalu baring di paha Hakeem tanpa dia sedari..
Tersenyum Hakeem apa yang bermain di fikirannya berjaya.. di tepuk bahu Tahira bagi melenakan agar Tahira tidak sedar apa yang berlaku..
“Kalau tak mamai ni memang tak rasa macam ni” Hakeem bersuara apabila yakin Tahira betul-betul sudah tidur..
“Kalau sedar. lagi sebelah mata anaknda merah” Kamariah membalas..
“Tak!! Hakeem tahu. kalau Tahira tidur dia memang tak sedar punya.. dia buat dengan mata tertutup lepas tu dia tidur kalau kekiri pusing sampai esok pagi kekiri juga tidur dia tak gerak setempat je”
“Dah tahu nampak gaya tidur isteri” Zulkifli menegur sambil tersenyum sedikit..
“Offcouse la.. dah sekatil nak cium dengan peluk je tak dapat lagi.. nak peluk je dia sedar..”
“anaknda tu busuk sebab tu dia sedar”
“Sedap je Bonda kata anak sendiri busuk”
Tidak lama kemudian Kamariah bangun untuk masuk ke bilik. di ikuti Zulkifli untuk tidur. Tinggal Hakeem dan Tahira di ruang tamu rumahnya.. ketika Tahira tidurlah baru Hakeem bebas menyentuh Tahira tanpa halang..
“Awak!!” di goyangkan bahu Tahira dengan perlahan Tahira.. “Awakk jom masuk tidur”
Tahira bangun duduk dengan mata tertutup.. Terasa malas untuk bangun tapi terpaksa..
“Jom tidur dalam bilik”
“Awak dah habis tengok TV ke” Tahira mengoyoh matanya..
“Dah!!”
“Jap!!” Tahira bangun lalu menutup semua lampu hanya tinggalkan lampu luar dan dapur terbuka sebelum ke Hakeem semula.. “Jom awak” Tahira memegang tangan Hakeem untuk berjalan bersama..
Tahira tidak dapat tidur semula.. di pusingkan badannya sekejap ke kiri ke kanan telentang.. akhirnya Tahira bangun..
“Nak pergi mana!!” Hakeem menegur Tahira yang bangun dari katil. Hakeem juga tidak boleh tidur kerana melihat Tahira tidak duduk diam di atas katil..
“Nak ambik hotpax.. perut tak sedap”
“Nak saya teman..” Hakeem bangun dari pembaringan..
“Tak pe.. sekejap je.. awak tidur la dulu”
“Yela!!”
Tahira ke meja solek di buka laci paling bawah lalu ambil hotpax kemudian turun ke dapur untuk di isi dengan air panas.. sambil berjalan di letakkan di perutnya membuatkan dirinya merasa sedikit lega.. Masuk ke bilik di lihat Hakeem masih duduk menunggu dirinya..
“Dah ambil” Hakeem bersuara apabila dengar bunyi pintu di tutup..
“Dah!!” Tahira kembali ke katil lalu terus baring.. di letakkan hotpax di perutnya.. Kemudian Hakeem turut baring. Masing-masing baring memandang siling.
“Setiap bulan ke sakit” Terasa simpati pula apabila melihat Tahira yang gelisah tidak sedap perut.. Betul kata Ayahda.. Dia lelaki mana tahu rasa period pain tu macam mana..
“Aha!! Tapi ada masa sikit je.. kadang sampai tak boleh bangun sebab sendi sendi pun sakit”
“Sendi pun sakit? Setiap sendi ke?” Hakeem sedikit terkejut.. Sampai sendi sakit Hakeem faham bagaimana rasanya. dia yang kemalangan dulu masih lagi boleh rasa sakit-sakit di setiap sendinya.. kesan dari patah kakinya dulu.
“Selalu kaki!! Hari ni lengguh juga tapi okay lagi boleh tahan”
Hakeem bangun duduk semula memandang Tahira.. “Nak saya urutkan”
“Tak perlu. Awak tidurlah. Dah pagi ni. Nanti tak bangun esok” Tahira menarik tangan Hakeem agar baring semula.
“Yela!!” Hakeem kembali baring semula.. “Tangan awak mana?”
Tahira menghulurkan tangannya pada Hakeem.. kemudian Hakeem mengiring mengadap Tahira.. “Maafkan saya sebab marahkan awak. Sakitkan hati awak”
“Tak apa. Saya yang salah.. saya tak bagi apa yang awak mahukan.. maafkan saya.. saya rasa berdosa sangat tolak perlawaan awak.. buat awak sakit”
“Tak apa kita cuba perlahan lahan..”
Tahira pusing mengadap Hakeem.. matanya tepat memandang ke anak mata Hakeem.. di lihat mata Hakeem sangat sempurna.. cantik tidak seperti orang hilang penglihatan..
Tangan Hakeem dengan sendiri gerak menyentuh kepala Tahira.. Tahira dengan pantas memejamkan matanya untuk hilangkan rasa gemuruh melampaunya.. Hakeem tersenyum melihat Tahira.. ini wajah yang Ayahda katakan tadi.. tersenyum Hakeem melihat muka Tahira..
“Saya sentuh awak okay”
“Ermm” Tahira jawab dengan mata tertutup rapat sekali..
“Saya nak peluk boleh”
“Ermm” Tahira buka matanya melihat Hakeem, cuba untuk berikan apa yang Hakeem mahu.. jika tidak sampai bila mahu menolak Hakeem.. sampai bila suaminya tidak dapat menyentuh dirinya.. jika dia tidak tahan sampai bila-bila perasaan gemuruhnya tidak akan hilang..
“Betul ni” Hakeem mahukan kepastian..
“Ye!!” Hudiya Imani mengangguk kepala.. “Saya cuba”
Hakeem turunkan tangannya ke pinggang Tahira kemudian cuba merapatkan badannya.
“Jap!!” Tahira menahan badan Hakeem lagi dekat dengannya.. “Bagi Saya tenang sekejap”
“Macam ni saja.. esok boleh cuba lagi” Hakeem boleh nampak muka Tahira cuak dan Tidak selesa.. dia takut juga jika Tahira pengsan tapi nampak Tahira boleh kawal perasaan tidak seperti sebelum ini..
“Boleh..” kali ini Tahira buang bantal di Tengah-tengah yang memisahkan tempat tidurnya. di rapatkan badannya dengan Hakeem.. “Awak jangan cium Saya”
Hakeem senyum memandang Tahira tidak terduga tekad sungguh isterinya kali ini.. Kalau tak gaduh mesti tak macam ni “Cium pun tak apa.. nak tidur dah kan”
“Suka hati awak”
“Saya nak cium awak esok. Dah tidur” Hakeem menutup matanya di ikuti Tahira
Share this novel