#16 JODOH

Romance Series 6067

Balik sahaja ke rumah Kamariah terus bercakap akan hajatnya pada Hakeem.. “Bonda mahu jodohkan Hakeem dengan perempuan bawa motor tadi..”

“No!! Kenal di pun tak” Hakeem menolak mentah-mentah..

“Lepas kahwin kenal la!!.” Kamariah cuba memujuk.. sampai bila nak biarkan anaknya membujang. Kang jadi bujang terlajak pula.. terus tidak laku

“Bonda.. Yang Hakeem kenal pun palsu lagikan yang tak kenal” Eh!! jap.. Bonda nak jodohkan aku dengan minah rempit pula.. bukan minah buat karipap.. Di luar akal fikiran aku ni.. Boleh Bonda nak anaknda kawin dengan perempuan macam tu..

“Bonda yakin dia tak macam tu.. sampai bila anaknda nak macam ni.. Kalau bonda Ayahda pergi sapa nak jaga anaknda.. sampai bila Hakeem nak sunyikan diri Hakeem..”

“Anakda tak sunyi” laju Hakeem membalas.

“Kamu jangan tipu bonda. Kamu anak Bonda.. bonda tahu.. lupakan kisah lama.. atau kamu masih menanti Qistina lagi.. harap dia datang dekat kamu. Menyesal kerana tipu kamu.. lupakan dia, dia isteri orang dan Bonda tidak akan setuju sampai bila-bila..” Hilang sudah kata diri anaknda pada Hakeem apabila Hakeem berdegil tidak dengar kata-kata Kamariah..

Hakeem diam membisu seketika, Dia pun Tak mahukan Qistina.. Jika jumpa perempuan tu pasti akan di tikam sampai mati.. Dendamnya masih berbisa di dalam tubuh badan.. “Apa perempuan tu hasut bonda sampai bonda mahu Hakeem kawin dengan dia” kerana Qistina, Tahira kena tempiasnya

“Jangan menuduh Hakeem..” Zulkifli bersuara apabila Hakeem menjatuhkan kesalahan pada orang yang dia tidak pernah dia jumpa... “Berdosa tahu tak.. Dia kalau bercakap sepatah sahaja.. itu pun jika di tanya.. apa hendak dia hasutkan.."

“Bonda, ayahda pasti ke dia tak macam perempuan lain.. kaki kikis!!” Hakeem masih fobia dengan kisah silamnya.. hampir hilang nyawa kerana seorang perempuan

“Ye!!. Bonda pasti.." Kamariah bercakap dengan yakin sekali..

“Okay kalau Bonda mahu sangat Hakeem kawin. Hakeem turutkan. jika pilihan Bonda salah Hakeem akan salahkan Bonda..” Hakeem bangun untuk masuk ke biliknya..

Kamariah juga bangun seperti anaknya.. “Baik!! kamu boleh salahkan Bonda.. Bonda tidak kisah.. sebab Bonda pasti pilihan Bonda ini tepat tidak seperti pilihan kamu dulu..” kuat suara Kamariah bercakap agar di dengari Hakeem yang berjalan menuju ke biliknya..

Kamariah mengingati lagi akan kekasih anaknya itu.. Sejak anaknya mula-mula perkenalan Qistina padanya sudah tidak berapa suka.. Hati nalurinya kuat menyatakan Qistina sukakan Hakeem kerana harta dan rupa sahaja.. dan ternyata semuanya betul..

Kemudian anaknya terlibat kemalangan jalan raya membuatkan dirinya menjadi buta seketika.. Hakeem Ingatkan Qistina jujur dengannya, sayang seikhlas hati walaupun dirinya buta.. Hingga semua terbongkar di hadapan mata Hakeem, Hakeem yang mahu buat kejutan kepada Qistina yang dirinya sudah pulih terkejut apabila melihat depan matanya sendiri yang Qistina menduakan..

Qistina dekati Hakeem hanya kerana duit, untuk kesenangan hidup.. sejak itu Hakeem kekal mahu menjadi buta apabila keluar dari rumah tempat tinggalnya ini..

Hakeem berhenti berjalan lalu memandang Kamariah dan Zulkifli “Hakeem terima tapi jangan bonda dan ayahda bocorkan rahsia yang di simpan Hakeem selama ini” tepat mata Hakeem memandang ke arah Bonda dan ayahdanya.. “Baru nampak kejujuran yang bonda mahukan itu wujud atau tidak” Hakeem teruskan langkahnya apabila habis berkata..

“Betul ke apa Dinda buat ni.. fikir masak-masak sebelum buat keputusan.. masa depan anak Dinda tu” Zulkifli memandang Kamariah yang melihat Hakeem yang menaiki tangga untuk pergi ke tingkat dua rumahnya

“Dinda yakin.. dari awal Dinda melihat Tahira Dinda sudah suka dia.. Lagipun anak Kanda tu suka apa Tahira masak.. senang hidup dia nanti.. hari-hari di sambut dengan senyuman.. Budak Tahira tu.. senyum je memanjang Dinda lihat.. tadi jumpa pun senyum juga..”

“Tak kan jumpa orang nak masam muka” Zulkifli risau jika pilihan Kamariah salah, dirinya akan dipersalahkan..

“Dinda yakin dia baik.. lagipun Mak Tahira sendiri cakap.. Tahira jenis tak bercakap dengan sebarang orang. Itu tandanya dia tahu jaga maruah diri dia.. pandai jaga diri.. Itu yang terbaik untuk Hakeem..”

“Yela!! Kalau Itu Dinda rasa.. Kanda turutkan..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience