Tahira hanya duduk mendengar sahaja pembincangan antara Zaitun dan keluarga Hakeem mengenai majlis perkahwinannya nanti.. dia sendiri tak tahu apa perlu di buat.. hari-hari cuak berdebar jadi semuanya biar Zaitun yang uruskan, hanya ikut sahaja apa yang di tentukan.
“Ni cincin tunang kami berikan” Kamariah menghulurkan cincin yang di tolak sebelum ini. cincin tanda itu di jadikan Cincin tunang atas permintaan Zaitun sendiri.. “Bonda nak pakaikan dekat jari Tahira boleh”
Tahira melihat Zaitun dari bawah.. “Pergi” Selepas Zaitun suruh baru Tahira ke hadapan Kamariah dengan merangkak sopan..
Ala Comelnya anak aku.. Macam budak-budak.. nak kawin dah kau..
“Hakeem tepi” Kamariah menolak Hakeem yang duduk di tepinya pergi. mahu Tahira duduk di sebelahnya..
“Orang dah duduk suruh tepi pula..” Hakeem tidak puas hati dengan Bonda..
“Bonda nak sarung cincin dekat Tahira” Zulkifli menyampuk..
“Oh!!! Boleh-boleh” Dengan pantas Hakeem berdiri.. “Tahira duduk”
“Duduk sini Tahira” Tahira duduk di tempat Hakeem selepas di suruh Kamariah.. Setelah itu Kamariah mengambil cincin di dalam bekas berwarna merah itu.. di sarungkan ke jari manis Tahira. "Besar la!! nanti Bonda tukar cincin lain"
"Tak payah.. nanti dia gemuk tak muat pula." Zaitun menyampuk.. "Nanti pakai buat loket je."
"Yela.. saya turutkan apa Kak Zai mahukan. Terima Kasih terima Hakeem” Apa yang Zaitun katakan betul juga.. sekarang semua makin membesar bukan kurus.
Tahira mengangguk kepala sahaja.. terasa malu sangat dirinya ketika itu.. Kamariah memeluk Tahira kemudian di cium kedua pipi bakal menantunya itu.. “Maaflah tiada Majlis besar hanya tunang sebegini” Kamariah memandang Zaitun..
“Tak perlu Majlis besar hanya untuk tunang.. kita-kita sahaja tahu sudah cukup..”
Tahira dengan pantas turun dari kerusi dia duduk lalu merangkak balik semula duduk di tepi Zaitun.. Thaqif terus menarik tangan Tahira untuk melihat cincin yang akaknya terima.. “Akak nak kawin dah”
Tahira menepuk bahu Thaqif yang cuba menyakat dirinya sambil tersenyum malu.. Hakeem yang perhatikan Tahira turut tersenyum. Malu tapi mahu Tahira ni.
“Duit hantaran dan mas kawin berape yang Tuan badan minta..” Kamariah memandang Tahira yang duduk bersimpuh di tepi kerusi sebelah kerusi Zaitun duduk..
“Tak payah tanya Tuan badan.. di semua tak tahu jawabnya..” Zaitun membalas.. “Ikut pihak lelaki nak bagi berape pun kami terima..”
“10ribu boleh” Kamariah memandang Tahira kemudian Zaitun..
“Sikit sangat Bonda bagi lebih..” Hakeem menyampuk..
“Itu keluarga korang bincang.. kami terima sahaja apa yang di beri” Zaitun bersuara.. Bab wang hantaran yang paling susah untuk dia tentukan..
“Yela!! Hantaran berapa dulang!”
Tak terfikir pula benda ni semalam.. Zaitun, Tahira dan Thaqif saling memandang. mereka hanya fikir perkara² untuk elak Tahira pengsan ketika Majlis sahaja nanti.. dulang hantaran mereka tidak bincangkan malam tadi.. tidak teringat langsung pasal dulang hantaran kerana risaukan Tahira ni.
“Kita Kira sama-sama” Thaqif menyampuk.. dia mengesot ke hadapan sedikit.. “Satu set pakaian sembayang.. boleh tak?” Thaqif memandang Zaitun.. Dan Zaitun mengangguk setuju..
“Sirih junjung. Bunga telur..” Zaitun menambah..
“Okay dua.. kami tambah untuk wang hantaran dah empat” Kamariah mencelah
“Empat dah!! Lima” Apalagi.. nak bagi hantaran pun susah.. Thaqif memandang Zaitun dan Tahira..
“Cukup la tu Empat” Zaitun juga susah mahu fikikan..
“Kena ganjil Tak boleh genap” Kamariah menegur
“Kamu nak apa Tahi” Zaitun memandang anaknya..
“Tak tahu!!” senang Tahira jawab. Kamariah sudah senyum dengan jawapan Tahira.. Nampak jelas Tahira jenis tidak meminta.. lurus betul bakal menantu aku ni.
“Anak perempuan sorang ni semua tak tahu!!” Susah apabila semua keputusan dia perlu buat untuk anaknya..
Thaqif pula diam memikirkan apa yang perlu di minta.. “Ha!!! Tahu dah..” Thaqif akhirnya bersuara.. “Emas!! Cincin kawen”
“Betul juga.. tu paling penting.. Cincin tunang dah ada saya tukar gelang” Kamariah pula yang mengubah hantaran yang di minta oleh pihak perempuan..
“Suka hati Kak Kam.. Lima sudah cukup” zaman dia dulu pun hanya itu juga yang di minta.. “Yang laki nak apa lagi”
“Bagi sama saja seperti Tahira.. Dulang selebihnya cukuplah bagi kudapan ringgan.”
“Karipap!!” Hakeem menyampuk membuatkan semua mata memandang ke arahnya..
“Tak habis dengan karipap.. Tak jemu apa!!” Kamariah menegur Hakeem..
“Yang berdiri lagi tadi kenapa” Zaitun melihat Hakeem..
“Tadi suruh diri kan” bersahaja Hakeem menjawab
Kamariah menarik tangan Hakeem agar duduk di sebelahnya.. time macam ni loya buruk pula.. Thaqif sudah ketawa halus.. lawak la.. Macam mana la akak nanti ye..
“Kalau karipap tak ada.. Kuih lapis Tahira pun sedap” Hakeem menyambung kembali..
“Allah anak aku sorang ni.. mana Tahira sempat buat.. Nak kawin nak buat Kuih” Rasa Hakeem ni bengap pula.. sabar jela ada anak macam ni..
“Eh! Betul juga.. lupa la Bonda..hehe” Hakeem mengaru kepala yang tidak gatal kerana kebodohannya meminta kuih Tahira di dulang hantaran..
Rasa geram saja melihat Hakeem ni.. “Ikutlah Kak Zai.. kek, buah, coklat semua boleh..”
“Okay!!” Zaitun bersetuju..
“Majlis pula.. bila boleh buat.. kami sebolehnya minta secepat mungkin” Kamariah keluarkan usul seterusnya
“Boleh.. tapi ni!!” Zaitun memegang kepala Tahira.. Tahira naikkan mata hitamnya ke atas melihat tangan Maknya “Tak prepare apa-apa.. Khusus kawin pun tak pergi lagi.. Lagi satu dia ni budak lagi jadi susah sikit nak settlekan”
“Tak apa!! Nanti balik saya registerkan.. next week kita pergi sama-sama.. nak prepare apa kita tanya la time khusus tu nanti” Hakeem memandang Tahira dengan senyuman malu-malu..
Kamariah menjeling Hakeem, tak menyabar betul anak aku ni lah.. “Tiga bulan dari sekarang.. Kita buat Majlis. Boleh Tahira” Rasa dalam tiga bulan sempat prepare semuanya.
Cepatnya.. takutnya nak kawin.. Tahira rasakan bibirnya sudah sejuk membeku.
“Tanya dia memang tak boleh jawab dah.. nampak tu muka dah pucat mengalahkan adik dia.. Kalau sempat habiskan semua urusan untuk tiga bulan teruskan sahaja.. tak selesai tambah lagi sebulan”
“Boleh punya.. sebulan pun boleh settle” Hakeem sudah tidak sabar mahu Tahira jadi miliknya.. Lagi cepat lagi bagus..
Bagi Zaitun semua mudah sebulan pun boleh tapi Tahira ni bawah umur kena minta kebenaran kawin dengan makhamah syariah. Tiada siapa tahu Tahira ni budak² lagi kecuali ahli keluarganya sebab Tahira ni habis sekolah awal.. orang lain pasti ingat umur Tahira dalam awal 20an.
Anak aku ni.. kang kena reject baru tahu!! Gelojoh macam apa.. Di cubit tepi paha Hakeem kerana tidak suka dengan sikap gelojoh anaknya.. Hakeem senyum sahaja walaupun terasa sakit di pahanya.
“Majlis sebelah perempuan kami boleh tanggung” Zulkifli bersuara apabila melihat Kamariah menjeling Hakeem kerana perangai anaknya tidak penyabar Itu.
“Majlis kita buat sekali je.. rumah Dekat je 15 minit dah sampai orang yang datang pun orang kampung yang sama.. jimat duit tak perlu membazir”
“Mak!! Mak kata 15minit je rumah Mak dengan Bonda.. kenapa Hakeem rasa jauh!! Tragic light dah 1 minit nak kena tunggu. ada 3 dah tiga minit.. paling cepat 30 minit baru sampai”
“Yang kamu lalu jalan jauh sapa suruh! Jalan dekat ada lalu jalan jauh.. Tahi ni kalau Naik motor 5 minit dah sampai rumah kamu”
“5 minit je.. Mak jangan la tipu!!” Hakeem tidak puas hati..
“Buat apa nak tipu…”
“Dah!! Balik ke asal pembincangan kita.. satu majlis tu nak buat dekat mana?” Zulkifli bersuara.. perlu bincangkan sekarang kerana tidak mahu jadi pergaduhan di kemudian hari. Kalau layan Hakeem bab mengarut sampai ke sudah tak selesai..
“Baik dekat sini.. sebab perempuan” Zaitun cadangkan di rumahnya..
“Kalau buat dekat rumah kami boleh” Kamariah cuba menukar tempat.. “Halaman luas. Hakeem ni anak tunggal kami.. jadi kami mahu buat besar-besaran..”
“Sini pun luas.. lagi satu Tahira ni sorang je anak perempuan saya!!” Zaitun menegaskan suaranya..
Zulkifli sudah jangkakan benda ini akan jadi perbalahan. Sebab itu perlukan pembincangan..
“Tapi Kak Zai ada Thaqif..”
“Thaqif lelaki bukan perempuan..”
“Rumah kami jadi rumah pengantin perempuan.. Kak Zai nak buat apa suka hati.. Hakeem ni Saya halau keluar” Kamariah tidak mahu mengalah
Sanggup Bonda halau anak Bonda sendiri demi mahukan menantu kesayangan Bonda..
“Okay Majlis sana Nikah sini..”
“Nikah pun buat dekat rumah kami!!”
“Yela Kak Kam!! Semua buat dekat sana.. senang sini tak berkecah” suara Zaitun seperti memerli Kamariah yang semuanya mahu dia buat di rumahnya.. Sebenarnya tidak kisah pun mana² sebab dirinya memang jenis open minded. yang penting mudah untuknya.
Kamariah senyum kambing apabila Zaitun seperti menyindir dirinya.. “Terima kasih ye Kak Zai”
“Photoshort outdoor tak payah ambik.” Thaqif mencelah..
“Set kan.. kena lah ambik” Hakeem mencelah juga
“Kemudian.. Tak perlu lepas majlis terus ambik.. ingat akak aku tak penat” Thaqif memandang Hakeem.. sebenarnya dia risau jika Tahira terkejut kena pegang Hakeem sana sini.. pengsan tak sudah..
“Okay!! Gambar bila-bila boleh ambik.. awak nak honeymoon mana” Hakeem malu-malu memandang Tahira
“Honeymoon pun sama.. kemudian.. jangan nak terus pergi” Thaqif menyampuk lagi
“Semua kemudian!!” Hakeem merasa tidak puas hati..
Kamariah memukul belakang Hakeem yang bersuara agak kuat.. “Buat yang wajib dulu.. bertuah betul budak sorang ni lah”
“Dah rasa cukup dah semuanya.. kalau ada lagi bincang kemudian” Zaitun bersuara..
Yeah!!! nantikan persediaan perkahwinan antara Hakeem dengan Tahira pula.. Yang dah kawin and hendak kawin mesti macam2 pengalaman korang alami kan..
Share this novel