Masuk sahaja ke dalam kereta Hakeem terus bersuara.. Terkejut dengan drama kampung yang berlaku di hadapannya.. Susah juga duduk kampung ni bukan bandar je Susah “Memang selalu kena macam ni ke?”
“Sabtu ahad time Tahira tolong dekat kedai..” Hassan faham akan soalan Hakeem walaupun tergantung soalan itu
Hakeem memikirkan balik.. sabtu ahad “Sebelum ni tak ada pun!!”
“Encik Hakeem lupa.. Encik Hakeem lepak kedai dia. dia tak tolong la. kan Saya dah cakap sebelum ni.. Lepas Encik Hakeem tak lepak kena la balik sebab dia tolong niaga” Suara Hassan sedikit tegas.
yang kau nak marah aku kenapa.. aku tanya jela “Orang tua tadi tu sape?”
“Haji Karim.. Taukeh lembu, ladang sawit paling kaya dekat daerah sini.. Encik Hakeem rasa Encik dah kaya.. Dia lebih kaya dari Encik Hakeem.. Encik Hakeem dikira orang senang je, dia tu jutawan no 1 daerah sini”
Ambik kau. kau ni Hakeem apa sangat. belagak lagi. memang patut pun tak heran dengan aku ni. dengan orang kaya pun diorang tak heran. “Ali.. Pak Ali pula tu sapa”
“Tu segala ladang dia ada.. Tak ada binatang je.. tapi perangai macam binatang juga!! Orang No 5 terkaya area sini” Ikut sedap Hassan je ranking kan orang terkaya di area kawasan tempat tinggalnya..
“Kau pula siapa!!”
“Encik Hakeem tak nampak. Saya ni kerja dengan Encik Hakeem. tanya lagi siapa” Saja nak perli aku apa. Aku bagi can ngurat Tahira tadi tak nak..
“Saja nak test kau. kenapa tak Mak Cik Zai tu kawin dengan Sapa Haji Karim tu. Senang hidup dia. anak-anak dia pun senang..”
“Encik Hakeem rasa duit boleh buat segalanya jadi mudah ke.. Kalau Mak Zai tu kawin.. jadi bini number dua.. apa perasaan bini pertama.. Saya tengok diorang susah macam tu pun bahagia je.. tersenyum je saya tengok. Duit banyak, tapi perangai tak elok macam Karim tu.. ambik kesempatan dekat orang susah. ingat nanti dalam kubur tak tanya ke.” Macam ustaz pula aku.. huhu
“Baik tak ada duit dari susah nak jawab..” Hassan menyambung
“Pandai juga kau menjawab ye..” kurang ajar Hassan. Macam saja je kau nak perli aku.. Tapi aku tak ambik kesempatan pun dekat orang nak terasa kenapa..
“Bukan apa.. geram sangat..” Hassan tersenyum baru sedar dirinya yang lebih-lebih..
“Kenapa sebab kau suka Tahira.. secret admirer kau kena kacau” Hakeem saja berkata macam tu, kerana Ingin melihat adakah Hassan ada hati dengan Tahira..
“Suka dia buat apa! tak ada hati Saya. dia tu kawan satu sekolah satu kelas je. tak ada perasaan aku. Lagi satu, saya dah ada girlfriend okay. lagi cantik dari Tahira tu” Hassan menafikan sekerasnya. dan nampak jelas Hassan sememangnya tiada hati dengan Tahira
Hakeem melihat sudah hampir tiba rumahnya.. cepat pula.. aku tak habis soal siasat lagi ni. “Kau straight je.. Bawa aku jalan pusing area sini”
“Lapar ni” Hassan pegang perutnya..
“Makan je kuih dulu!” Hakeem bukakan plastic kuih lalu di berikan kepada Hassan karipap.. “Kau cerita lagi pasal diorang.. Macam Best je diorang ni..”
“Sape!! Karim” Hassan masukan kuih ke dalam mulutnya
“Dia nak buat apa!! Tahira Thaqif Mak Cik Zai tu la..”
“Bos ada hati ke dengan Tahira sampai nak ambik tahu hal diorang” Hassan menjeling ke Hakeem sambil senyum tanda tanya.. "Atau terpikat dengan Mak Cik Zai"
Mak Cik Zai ni boleh tahan cantik juga. patut anak pun cantik. “Tak ada la.. saja nak tahu.. kau tak tahu tak apa..” Hakeem buat-buat tidak kisah di toleh ke kirinya untuk melihat kawasan sekeliling..
Eleh!! Saja nak tahu konon. “oh!! Nasib baik saya satu kampung dengan dia, tahu la sikit-sikit. Diorang bukan orang sini tak silap saya. laki Mak Cik Zai orang sini tapi dah meninggalkan. diaorang pindah sini Jap saya Kira” Hassan mengira dengan jarinya.. “rasa10 tahun lepas. Tapi Tahira tu saya tahu kewujudan dia time form 3 tu pun dia datang ambik exam je.. semua orang tengok dia pelik sebab first time orang ambik exam tapi tak sekolah”
“Dia tak sekolah ke!!.. Kenapa Pindah” Hakeem kembali memandang ke hadapan apabila Hassan mula bercerita.. sebolehnya mahu tahu semua berkaitan dengan Tahira.
"Sekolah. Cikgu cakap dia sekolah tempat lain ambik exam dekat sekolah kitaorang. tapi dia tu pelik sikit. Dia tak cakap sepatah pun masa form4.. kalau cakap pun sikit sangat.." Hassan teringat kembali waktu zaman sekolahnya, lagi² berkaitan dengan Tahira budak bermata kelabu.
“Pindah sini sebab pencen rasanya.. bapak dia pencen.. lepas tu buah rumah dekat sini.. dia dulu kira orang senang juga.. Tak ada pun niaga tepi jalan ni.. Lepas rumah dia siap.. bapak dia sakit. Sakit sama macam Thaqif tu. Tapi sebab kerja kerajaan tak la susah sebab kerajaan tanggung"
"Ha!! baru ingat lepas bapak dia sakit tu la. dia baru wujud.. dia duduk alam bunian kot. Dah masuk alam sini tak boleh balik semula”
"Mengarut la ko ni" Budak ni. Terang² Tahira tu manusia cakap bunian.
"Betul la.. Tengok mata diorang sekeluarga.. mana sama macam Kita"
"Aku tengok elok je sama. Dua biji juga mata dia. Apa yang tak sama"
"Mata dia warna lain la.. Tu la pakai je cermin mata hitam tu.. semua nampak hitam"
"Yeke!! warna apa!!"
"Grey.. cantik gila mata diaorang"
"Serious la.."
"Nak tipu buat apa!! esok tengok sendiri.. Ni!!" Hassan tarik cermin mata hitam dari mata Hakeem "Jangan pakai"
Hakeem sudah memandang Hassan dengan pandangan marah.. selamber badak marah aku.. buka cermin mata aku. Sabar Hakeem.. dia budak muda memang tengah panas je. "Sambung balik cerita!!" Kang meleret benda lain pula Hassan ni.
“Okay². lepas tu bapak Tahira meninggal, diaorang still okay je.. lepas Thaqif sakit tu diaorang susah sikit.. sebab kerajaan cover isteri je.. bukan anak.. tu diaorang start jual Nasi lemak. 3 ke 4 tahun kot. tapi saya ingat lagi. time tu dapat results SPM.. Tahira nak sambung study pun dia tak jadi walaupun dapat biasiswa.. Jadi kecoh juga la Sekejap sini-sini sebab semua orang tahu dia pandai..tapi tak nak sambung sebab nak kerja cari duit.. untuk adik dia”
keciannya “Biasiswa free pergi jela..” Suara Hakeem sedikit mendatar kerana merasa kecian dengan Tahira..
“Free mungkin cukup2 makan untuk dia sorang. Kalau dia kerja dapat tanggung 3 orang.. Duit lebih untuk simpan pun dapat..” Hassan menduga sahaja jawapannya tapi rasanya betul..
“Oh.. betul juga.. dia memang macam tomboy ea.. tapi penakut” Hakeem mula bertanya soalan lain pula. mula tertarik pada Tahira.. bukan mula dah.. memang dah tertarik pun.
“Dulu tak pun.. dia jenis lembut.. lepas tu cakap sopan macam keluarga Hakeem. Bonda Kanda Dinda anakda tu..” Hassan tersenyum sikit.. mula-mula dengar majikannya berbual sesama sendiri merasakan seperti berada di zaman puteri gunung ledang.. Hakeem je kurang sikit, sebab moden kot.. kawan pun sama-sama moden..
“Perli nampak” Hakeem menjeling Hassan
Hassan kembali serious “Saya bagi contoh.. lepas diorang start niaga dia jadi macam tu.. dah macam tu pun ada lagi orang kacau.. penakut tu Tak la.. kalau kena laki miang Macam tadi.. Mak aku pun cabut lari..”
“Kata cabut lari.. tu Karim tu bulan lepas tak silap.. dia pergi kejar Tahira tu nak peluk.. terjerit terlolong Tahira tu lari.. dah kena belasah ingat dah taubat tapi dah okay buat balik..”
“Aku rasa duduk kampung lagi seram dari bandar.. Ingatkan duduk kampung aman damai” Hakeem memandang langit yang tiada awan. biru sangat cantik.. terasa tenang.
“Aman je.. sebab ada orang macam tu jadi tak Aman.. kalau bandar Encik Hakeem tak hirau orang sekeliling.. kampung ni.. pantang orang kenal.. confirm tegur.. tak kenal pun kadang orang tegur juga.”
Share this novel