#04 KANTOI

Romance Series 6067

Kamariah menarik tangan Zulkifli. Mahu suaminya juga melihat dengan lebih jelas..bukan dengan matanya sahaja..

“Kanda lihat di sana”

“Apa Dinda” Zulkifli memandang ke arah yang di tunjukan oleh Kamariah..

“itu bukan Qistina ke!!” Zulkifli kecilkan matanya lagi bagi memperjelaskan penglihatannya “Dengan kawan Kanda tu kan.. Qistina tu anak Musa ke”

“Ye.. Jika anak Musa senang la kita masuk meminang.. tidak perlu tunggu lama lagi.. Kita cakap saja dengan Musa” Zulkifli menduga. Tiada lagi alasan untuk melambatkan perkahwinan Hakeem dan Qistina..

“Betul juga.. Mari tegur kawan Kanda” Kamariah sudah tidak sabar untuk meluahkan hasratnya untuk jadikan Qistina sebagai menantu.. Jika itu yang anaknya suka akan diturutkan sahaja demi kebahagian Hakeem.. Walaupun hati kecilnya merasa tidak sedap hati apabila Hakeem bersama Qistina..

“Sekejap Dinda.. Kita bayar dahulu” Zulkifli melihat isterinya tidak menyabar ingin berjumpa dengan Musa dan Qistina..

Kamariah terus ke luar kedai untuk melihat ke mana arah Musa dan Qistina akan pergi.. bagi memudahkan dia dan Zulkifli mencari sekejap lagi..
________________________________________________


Sebaik sahaja duduk “I nak pergi toilet” Qistina memegang lembut tangan lelaki di hadapannya..

“Okay sayang” Musa menghantar Qistina dengan pandangan matanya Sahaja.

Kamariah dan Zulkifli ke tempat Musa dan Qistina tanpa mengesaki apa-apa. Hanya menduga Musa adalah orang tua kepada Qistina.

“Assalamualaikum Musa” Zulkifli menyapa kawannya..

“Wa’alaikumusalam Zul.. Apa khabar?” Musa bangun dari duduk lalu menyambut tangan yang di hulurkan kepadanya..

“Alhamdullilah baik.. Kamu pula bagaimana”

“Alhamdullilah.. Bahasa kau Zul.. sopan sangat..”

“Hari-hari bersastera dengan orang rumah.. sudah terbiasa” Zulkifli senyum memandang Isterinya..

“Ye juga orang rumah Kamu Cikgu.. Kamariah apa khabar..” Musa beralih memandang Kamariah yang berada di sisi Zulkifli.

“Alhamdullilah sihat.. Orang muda tadi anak gadis Musa?” Kamariah mula bertanya.. tidak mahu anaknya asyik keluar berdua dengan Qistina. Tidak elok. Baik di kawinkan dengan segera.

Qistina yang mahu datang semula ke mejanya terbantut melihat Ke dua orang tua Hakeem berada di situ.. Apa diaorang buat dekat sini.. dia nampak aku ke.. shit!!

“Bukan.. Penganti arwah” Memang itu niat Musa yang sebenar tapi Qistina asyik menolak sahaja.. Terasa juga rasa bersalah apabila Qistina menjadi tempat pemuas nafsunya tapi setiap kali di ajak berkahwin pasti tidak mahu.. katanya takutkan anak-anaknya tidak boleh menerima ibu tiri muda.

Terkejut Kamariah dengar ayat yang keluar dari mulut sahabat suaminya.. terus di pegang lengan Zulkifli bagi menahan dirinya dari jatuh terkejut..

Zulkifli juga terkejut tapi masih boleh mengawal perasannya.. Riak mukanya yang terkejut dengan pantas di berikan senyuman agar Musa tidak mengesaki apa-apa “Ye ke.. kenapa tak jemput kami. Melepas kami nasi minyak kamu lagi sekali”

“Belum lagi.. tapi itu hajat di hati.. hanya menunggu jawapan dari sebelah perempuan. Marilah makan sekali.”

Zulkifli melihat Kamariah seperti mahu pengsan dengan pantas meminta diri.. “Tak apa Musa.. Kami minta diri dulu.. sebenarnya ada majlis kawin.. singgah sini beli hadiah terjumpa kamu, bertegur sapa sebentar”

“Tak sempat nak kenalkan bakal orang rumah..”

“Tak apa.. majlis nanti jangan lupa jemput kami..”

“insyallah”

“Assalamualaikum” Zulkifli menghulurkan tangan lagi sekali untuk bersalam sebagai tanda perpisahan..

“Wa’alaikumusalam”

“Balik dulu Musa” Kamariah berikan senyuman pada sahabat suaminya walaupun hatinya merasa remuk hancur.. Hakeem di permainkan oleh Qistina..

Kamariah berjalan dengan bantuan Zulkifli untuk pergi jauh dari situ.. “Kanda sebab ini ka Dinda selalu tak sedap hati apabila Hakeem bersama Qistina..”

“Rehat Dinda” Zulkifli bawa Kamariah duduk di bangku kayu di hadapan sebuah kedai.. “Kanda beli air untuk Dinda sebentar..”

Kamariah mengangguk kepala..

Qistina datang kembali ke Musa apabila melihat Zulkifli dan Kamariah sudah pergi jauh.. hatinya gusar, risau jika dia ketahui oleh kedua orang tua Hakeem. Qistina duduk di hadapan Musa dan memberikan senyuman manis. “Sape tu you”

“kawan.. cepat makan nanti boleh pergi tempat lain pula..”

“Sabar la you.. mulut I ni tak besar lepas tu ada satu je”

“Hahaha.. ye!! Dah makan”

Qistina menyedapkan hati sendiri, menduga yang Kamariah dan Zulkifli tidak nampak akan dirinya.. dan lelaki di hadapannya ini pasti tidak tahu juga.. jika tahu tidak akan biasa sebegini..

Balik sahaja ke rumah Kamariah mencari Lokman Hakeem tapi anaknya tiada di rumah..

“Hakeem balik kita tanya.. jangan Dinda risau sebegini” Zulkifli cuba menenangkan Kamariah dan dari tadi tidak senang duduk..

“Dinda risau. Hakeem satu satunya anak kita Kanda.. Hati Ibu mana tidak risau akan anaknya.. Dinda tidak mahu dia kecewa di kemudian hari”

“Insyallah semua baik sahaja.. Dinda pergi bersihkan diri, solat minta ke tenangkan hati.. “

Dalam diam Zulkifli berfikir sendiri.. Perasaan seperti pernah nampak Qistina sebelum ini mula timbul semula.. Qistina bersama Musa.. Atau sebelum ini di lihat bersama dengan orang lain..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience