“Awak duduk jela” Hakeem membuntuti Tahira dengan memegang hujung baju seperti yang di suruh Tahira. Terkejut Tahira apabila Hakeem dengan tiba-tiba menyambar tangannya tadi.. berdegup kencang jantungnya rasa seperti mahu pengsan..
“Mana boleh duduk.. tengok ni bersepah”
“Bonda dah upah orang indon datang kemas.. duduk jela macam Bonda”
Kang duduk je kata isteri pemalas pula..”Awak permudahkan kerja orang.. orang permudahkan kerja kita.. lagipun tak cantik la sepah macam ni” Tahira tetap teruskan menyapu lantai rumah..
“Lagi pun ahad nanti ada lagi Majlis.. confirm bersepah balik..” Tak nak dengar kata betul dia ni lah… Hakeem menolak Tahira mengadap dirinya lalu terus di angkat.. Tahira terus tersadai di bahu Hakeem tidak sedarkan diri..
“Hakeem!!!” Terkejut Kamariah melihat Tahira sudah tidak sedarkan diri lagi sekali.. “Kamu buat apa ni..”
“Biar!! Hakeem cakap tak nak dengar.. bye Bonda” Hakeem terus bawa Tahira masuk ke dalam biliknya…
“Biarlah. dah kawin pun” Zulkifli menyedapkan hati Kamariah yang risaukan Tahira..
“Bukan sebab dah kawin.. berape kali sehari dia nak pengsan sebab Hakeem.. kecian Tahira Kanda”
Letak sahaja Tahira di katil, Hakeem terus perhatikan setiap inci wajah Tahira.. cutenya awak semalam hari ni dan untuk selamanya.. "Saya nak cium awak" Terus di berikan kucupan di dahi Tahira..
_________________________________________________
“Awak dah sedar!!” Hakeem yang setia menunggu di sisi Tahira bersuara..
“Ermm..” Tahira rasakan jantungnya bergerak agak perlahan tidak seperti sebelum ini.. penat jantungnya asyik pengsan Sahaja.. “Awak boleh tak jangan buat macam tadi”
“Saya nak manja-manja dengan awak je..”
“Awak boleh bagi saya masa tak untuk sesuaikan diri” Tahira cakap dengan nada suara yang lemah..
Masam mencuka muka Hakeem melihat Tahira.. “Yela!! Suka hati awak” Hakeem bangun tinggalkan Tahira seorang diri.. semua pegang tak boleh. Sampai bila baru boleh pegang..
Kamariah melihat Hakeem turun seorang diri.. “Tahira mana??”
“Atas!!”
“Belum sedar”
“Dah!!”
“Ajak dia turun makan.. dah pukul berape ni dia tak makan lagi”
“Malas!! Merajuk dengan dia.. suka hati dia nak turun ke tak”
“Kalau Ayahda dengar apa anaknda cakap tadi.. kena ceramah dah anaknda.. anaknda yang buat Tahira macam tu.. anaknda pula yang merajuk” Kamariah bangun untuk melihat Tahira di bilik Hakeem..
Pintu bilik di ketuk sebelum Kamariah masuk.. Kamariah duduk di sebelah Tahira yang masih terbaring menutup matanya.. “Tahira okay tak” tangan Tahira yang sejuk di pegang.
Tahira buka matanya melihat Kamariah “Bonda boleh tolong tak..” lemah suara Tahira
“Apa Tahira”
“Boleh bawa Tahira pergi klinik.. Tahira rasa Jantung Tahira macam nak berhenti..”
“Jap Tahira” Kelam kabut Kamariah ke biliknya mencari Zulkifli.. “Kanda!! Tolong Tahira cakap Jantung dia macam nak berhenti”
“ Allahuakhbar.. kita bawa dia pergi hospital..” terkejut Zulkifli
“ Panggil ambulance kanda. Lagi cepat.. Dinda risau ni”
“Dinda pergi teman Tahira Kanda call ambulance”
Hakeem yang duduk di bawah tidak tahu apa-apa.. masih dengan rajuknya sendiri..
“Tahira sabar ye.. Bonda dah panggil ambulance..” Kamariah memberi kata semangat kepada Tahira agar bertahan.
“Maaf susahkan Bonda”
“Tak apa.. dah jangan banyak cakap.. Tahira rehat”
Ambulance sampai tidak sampai dalam masa 5 minit kerana klinik kesihatan yang menempatkan ambulance dekat dengan rumah Kamariah..
Kenapa ambulance ke sini pula.. Zulkifli dengar bunyi siren di halaman rumahnya dengan cepat turun menyuruh mereka masuk..
“Dekat atas..”
“Sapa?? Bonda ke.. Tahira” Laju kaki Hakeem ikut melangkah..
Tahira sudah tidak sedarkan diri cuba di kejutkan juga tidak sedar..
“Bonda Tahira kenapa??”
“Kamu la yang buat tanya Bonda lagi”
“Sorang pewaris ikut kami” MA memandang Zulkifli dan Hakeem
“Hakeem pergi ikut sana” Zulkifli mengarahkan anaknya ikut masuk ke dalam ambulance..
Zulkifli dan Kamariah menaiki Kereta. Di jemput dahulu Zaitun dan Thaqif di rumah mereka. Tapi hanya Zaitun yang ikut kerana rumah Zaitun penuh dengan sedara maranya.. Di tinggalkan Thaqif untuk melayan tetamu di rumahnya.
________________________________________________
Zaitun hanya boleh geling kepala sahaja melihat anaknya. kecian pun ada mahu marahkan Hakeem pun tak boleh salahkan Hakeem sepenuhnya..
“Lepas ni Saya tak pegang awak lagi” nada suara Hakeem seperti merajuk
“Awak bagi Saya masa boleh.. awak janganlah main terkam.. Saya terkejut..” Serba salah Tahira terhadap Hakeem.. bukan sengaja tak nak bagi sentuh..
“Tak apa. Saya tak payah sentuh awak je. Lagi selamat” Hakeem masih lagi dengan rajuknya.
Pap!! “Yang kamu nak merajuk kenapa” Kamariah geram melihat anaknya..
Hakeem mengusap kepalanya yang di tampar. Hari ini sudah berape kali kepalanya di tampar oleh Kamariah.
Terus terduduk Tahira apabila melihat Kamariah memukul anaknya sendiri “Bonda janganlah pukul Abang Hakeem.. Abang Hakeem tak salah pun.. Awak tak apa-apa kan”
Risau juga awak dengan saya kan.. “Saya okay!! Awak suka saya tak!”
Tahira tunduk malu.. “Suka.. tapi boleh tak bila awak nak sentuh Saya bagitahu dulu.. Saya cuba kawal perasaan saya”
“Kalau sekarang boleh”
“Tak boleh!!” Kamariah menyampuk.. “Nak sentuh lepas Kenduri.. kang bersanding tak ada pengantin perempuan pula”
“Kedekut lah Bonda ni..”
“Lepas ni kan boleh.. bagi la Tahira tu tenangkan jiwa dia..” Zulkifli menegur Hakeem.. “Dah jom balik”
“Hakeem nak tunggu Tahira..”
“Kamu balik la Hakeem.. Mak nak teman anak Mak”
“Yela.. awak saya balik.. Saya minta maaf buat awak sakit macam ni” Hakeem akhirnya mengalah apabila semua orang suruh dirinya balik..
“Ye.. bye awak..”
“Salam” Hakeem menghulurkan tangannya..
Dengan beralaskan selimut Tahira salam Hakeem.. Awak macam ni pun boleh ke.. tak apa la daripada tak dapat sentuh awak langsung.. “Bye awak.. Jaga diri ye”
“Ye .. awak pun sama”
“Mak tengok kamu suka Hakeem tu.. Tak kan la sentuh sikit pun tak boleh.. dia suami kamu dah Tahi” Zaitun mula memberi nasihat apabila Hakeem sudah pergi bersama orang tuanya..
“Nervous la Mak.. Hakeem tu bukan sentuh sikit.. dia terus terkam peluk.. Jantung ni satu hari laju Macam orang joging.. last-last penat Jantung ni”
________________________________________________
“Awak dah okay” Hakeem bertanya dari mata kasar nampak okay tapi dalam tidak tahu.. Baru sehari dekat hospital dah kena balik.. nasib baik doctor bagi sebab nak kawin punya pasal.. tapi doctor dah bagitahu awal-awal kalau rasa lemah cepat-cepat bawa ke hospital..
“Dah awak!!” Tahira berjalan sambil menundukkan kepalanya..
“Nak pegang tangan awak. Boleh.. jari ni je” Hakeem menunjukkan jari kelingkingnya..
“Boleh!!” Dengan jari kelingking sahaja buat Jantung Tahira berdegup kencang..
“Jom balik!!” Gembira Hakeem dapat menyentuh Tahira walaupun sejari sahaja..
“Awak jangan lah jalan laju. macam awak nampak dekat depan” terkejar Tahira mengikut langkah Hakeem..
“Excited nak peluk awak sekejap lagi..”
Terus pucat muka Tahira apabila Hakeem ingin memeluknya..
“Saya gurau la awak!!” Baru cakap peluk dah pucat macam apa.. “Malam ni Saya tak tidur dengan awak tau.”
“Awak nak tidur mana” Mata Tahira terus memandang ke arah Hakeem di sebelahnya..
“Rumah Hassan.. Saya risau.. kalau Saya terpeluk awak nanti esok Saya sanding sorang-sorang..” Hakeem memandang Tahira sekali imbas lalu memandang ke hadapan semula..
“Oh!! Boleh je awak, kita tidur sama.. nanti Saya letak bantal tengah-tengah” Tahira rasa Serba salah kerana dirinya Hakeem terpaksa menumpang rumah orang lain..
“Tak apa awak.. esok saya teman awak tidur.. hari-hari teman awak..” Dalam diam Hakeem mengaut pula jari manis Tahira untuk di pegang.. dilihat juga Tahira jika terkejut tapi Tahira seperti biasa.. tidak perasan pun jari manisnya juga sudah di paut dengan jari Hakeem..
Zaitun dan Hassan mendengar perbualan Tahira dan Hakeem merasa meremang bulu roma.. Nada suara mereka sesiapa yang dengar pasti merasa geli ya amat
“Mak Cik Tahira ni memang macam ni ke.. Hakeem tu dekat rumah memang macam tu” Hassan bertanya kerana lentok nada suara Tahira bercakap dengan Hakeem seperti mengada-gada manja.. tidak seperti Tahira yang dia kenal dahulu..
“Dia jadi macam tu sejak jumpa Hakeem.. Mak Cik rasa berjangkit dengan gedik Hakeem.. cepat la balik. Tak tahan aku tengok”
Hahahaha.. Habislah lepas ni.. Ikut perangai Hakeem.. Sapa agaknya yang akan jadi lebih gedik..
Share this novel