#10 KAMPUNG

Romance Series 6067

Hakeem mengambil keputusan untuk ikut Kamariah dan Zulkifli pindah ke kampung setelah bermacam-macam berlaku pada dirinya. Dunia tempat tinggal sementara ini sangat kejam.. tidak mempunyai perikemanusian, Setiap orang hanya pentingkan diri sendiri untuk kesenangan hidup. Tidak tahu akan balasan dosa pahala..

“Kenapa jem pula ni.. Hanya berapa kilometer saja lagi” Zulkifli menjengah keluar kepala ke tepi untuk melihat..

“Kemalangan mungkin.. tunggu la sekejap..” Kamariah menduga. kepalanya juga sudah di jengah ke kiri untuk melihat..

Zulkifli memberhentikan keretanya ke bahu jalan. “Kanda pergi lihat sebentar” Zulkifli melihat Kamariah sambil membuka tali pinggang keselamatan..

“Dinda mahu ikut” Dengan pantas Kamariah juga turun dari keretanya..

Melihat kedua orang tuanya keluar Hakeem turut ikut keluar dari keretanya.. “Bonda tolong anakda Bonda” Hakeem memanggil Kamariah yang sudah jalan ke hadapan.

“Anaknda duduk dalam kereta saja” Kamariah berpatah balik, memandang Hakeem. Sibuk saje.

“Hakeem hendak melihat juga Bonda.” Hakeem seperti memujuk Kamariah agar bawanya..

Dah start nak mengedik Hakeem ni.. “Anakda tu buta tak boleh melihat..” Dia sendiri mahu jadi buta tapi sibuk mahu melihat.

“Dah cepat bawak!!” Hakeem hulurkan tangannya kepada Kamariah.. Tidak berkesan langsung pujukannya pada Kamariah.. Nanti Hakeem jadi girl² baru tahu..

Zulkifli yang ingatkan ada kemalangan rupanya sebaliknya.. pergaduhan keluarga di bawa hingga ke jalan raya besar. Ramai berkumpul untuk melihat dan ada juga beberapa orang cuba leraikan pergaduhan itu..

“Sabar Di.. anak kau tu bawa mengucap” Salah seorang di sebelah lelaki yang memegang kepala anaknya cuba memujuk , menenangkan keadaan.

“Tahira mana!” Orang lain pula bersuara.. “Kenapa lambat sangat.. mahu mati juga anak Hamdi ni kena belasah dengan bapak sendiri.”

“On the way” Seorang anak muda bersuara. "Saya dah call dia tadi" (Ex-Classmate Tahira ketika sekolah dulu. sebab tu dia tahu number handphone Tahira)

“Kenapa nak panggil Tahira tu. Abah memang nak bagitahu semua orang” Budak perempuan yang terduduk di tanah bersuara dalam keadaan marah bercampur menangis.. (Ex-Classmate Tahira juga. Cuma dia sorang perangai tak berape nak elok.)

NOTED: Semua ini pelakon tambahan sahaja.

“Biar kau sedar dari tu. Malu tak keluar rumah lagi” Hamdi menolak kepala anak perempuannya dengan kuat.

“Abah tu yang tak sayang anak” Kuat suara Azura memarahi Hamdi semula..

“Kalau aku tak sayang kau.. kau lahir aku tanam kau hidup-hidup. aku sayang kau tapi kau malukan aku. Duduk dekat rumah jantan!! Aku dah bagi kau tempat tinggal kau keluar juga ikut jantan.” Kuat suara Hamdi melepaskan amarahnya. orang yang tidak tahu sebab apa pergaduhan ini, menjadi tahu..

Tahira yang bawa motor laju, break dengan mengejut hingga bunyi cengkaman tayar motor kuat kedengaran.. Sriikkk srikk

Ni mesti sama perangai macam budak ni. kawan geng satu kepala la ni. Hakeem bercakap dalam hati.

“Yang kau lambat kenapa” seorang perempuan tua menarik tangan Tahira sebaik Tahira turun dari motor..

“Ada kerja la Mak Cik.. ada apa panggil” Tahira masih tidak tahu hal kenapa dirinya di panggil.. kalau ada ahli keluarga excident Mak dengan Thaqif dekat rumah.. Dia di suruh datang dengan kadar segera sahaja..

“Tahira dah sampai.. bagi dia lalu..”

Orang terus berikan laluan pada Tahira.. muka Tahira sudah pucat melihat ramai sangat orang lelaki.. Terhenti langkah kaki Tahira.. menjadi kaku seketika dan badannya sedikit mengigil..

Takut sampai pucat muka.. Ingatkan bandar je perempuan jahat merata, kampung pun sama 2x5. Hakeem melihat muka Tahira di balik cermin mata hitamnya..

Tahira menahan diri untuk pergi. “Tak nak.. ramai laki..” kakinya sudah melangkah ke belakang. tidak mahu masuk ke dalam kelompok orang ramai berkumpul..

“Diaorang tak buat apa la.. kau nak tengok azura tu kena belasah teruk ke!!” Perempuan tua lebih tua dari Maknya itu cuba memujuk Tahira agar masuk ke dalam kelompok orang berkumpul..

“Tak ada kaitan dengan saya..” Tahu sudah Tahira kenapa dirinya di panggil.. Azura kena belasah je panggil aku.. mana tak semua kenal aku.. malu muka ni nak sorak orang asyik tegur kalau nampak. Padahal aku tak kenal pun orang tu..

Mak Cik itu terus menarik tangan Tahira dengan paksaan. Tidak kira sudah Tahira mahu atau tidak. risau juga, jika anak jirannya mati atau cedera teruk walaupun tahu sememangnya Azura itu salah.

“Tepi! tepi!” Tahira bersuara agar orang lelaki jauh daripada.. orang lelaki yang mengenali Tahira dengan pantas ke tepi.. dan menarik orang yang tidak kenali Tahira agar jarakan dirinya.. Sebab banyak kali sudah kes sebegini berlaku sejak dari zaman Tahira sekolah lagi..

“Di dah sampai ni” Mak Cik yang menarik tangan Tahira bersuara..

Hamdi melihat Tahira sudah berada di sebelahnya. lalu menarik muka anaknya agar melihat Tahira..

“Tu!! Tengok tu. hadam dalam kepala kau. Kenapa kau tak boleh jadi macam Tahira.. Dia tak ada bapak boleh jadi baik.. kau ada abah tak pernah nak dengar kata……….

Apa pula aku kena ni. Tahira dengar sahaja bebelan Pak Cik Hamdi pada Azura di hadapannya. Tahira terus duduk bersimpuh di hadapan Azura kerana tahu, pasti lama bebelan Pak Cik Hamdi ni. tahu sangat, di suruh datang semata-mata untuk dengar semua ini.

Di tepuk bahu Azura sebagai sokongan pada kawannya. walaupun tahu semua bermula dari Azura sendiri. "Sabar Zura.." Perlahan sahaja suara Tahira di keluarkan kerana Hamdi masih lagi membebel. Tidak mahu menunjukkan dirinya kurang ajar pada orang tua di hadapannya..

Tahira tahu Azura pasti merasa malu.. alangkah dirinya tidak buat apa² pun merasa malu, inikan Azura..

Tomboy tapi duduk bukan main ayu.. Hakeem terasa seperti melihat Maharaja Lawak Mega.. hahahaha.

Apabila Hamdi puas membebel anaknya di hadapan Tahira, dia keadaan kembali tenang.. semua orang turut bersurai..

“Orang kampung memang macam ni ke Bonda” Hakeem berbisik pada telinga Kamariah. Dia merasa pelik. pertama kali melihat depan matanya drama keluarga yang tidak pernah di saksikan di dalam kaca TV..

“Tak tahu la Bonda.. dah jom masuk kereta..” Kamariah memimpin Hakeem.. terpaksa di pimpin kerana anaknya itu buta.

Hakeem yang berjalan dengan tidak sengaja melanggar Tahira di tepi motor perempuan itu. dan Tahira terjatuh ke tanah kerana terkejut.. Pucat kembali muka Tahira..

Memang sengaja sebenarnya di langgar Tahira.. Sebab dia sendiri tak tahu, kenapa dia tak puas hati dengan Tahira. Sebab hatinya cakap Tahira ni buruk perangai tapi orang duk puji Tahira. tak puas hati di rasai..

Terkejut Kamariah kerana Tahira terjatuh dengan pantas menolong Tahira bangun semula. ”Dik maaf anak Mak Cik tak nampak, maaf terlanggar..” Kamariah boleh rasa tangan Tahira kesejukan.. dan badannya mengigil..

Aku tersandung sikit macam kena langgar dengan kereta..

Tahira melihat orang yang melanggarnya sekali imbas.. bertongkat dan bercermin mata hitam.. BUTA “Terima Kasih Mak Cik..” Tahira dengan pantas naik ke motornya lalu laju pergi dari situ..

“Yang anaknda langgar dia kenapa.. Anaknda tu bukan tak nampak.. boleh elak kan..” Kamariah mula bersuara apabila masuk ke kereta. mahu bersuara ketika berjalan ke kereta tidak patut pula, Jika di dengari orang akan jadi drama seperti depan matanya tadi..

“Bukan langgar kuat pun.. tercuit sikit kena baju.. macam kena langgar dengan lori” Hakeem membalas untuk memenangkan diri sendiri.. tiba-tiba dirinya rasa menyampah dengan Tahira walaupun Pak Cik belasah anaknya tadi memuji melambung Tahira itu..

“Hakeem langgar siapa!” Zulkifli bertanya kerana tidak tahu apa yang berlaku.. Kereta terus di gerakan apabila melihat jalan sudah legang tidak seperti tadi..

“Kawan budak kena pukul tu. Tahira tu..”

Ambik kau Tahira.. popular kau Tahira.. orang baru pindah pun dah kenal kau..

“Oh.. mesti budak tu bagus.. Kanda Ingatkan dia nak kena marah juga tadi sebab muka dia pucat seperti takut” Tahira sudah menjadi topik perbualan tiga beranak yang berada di dalam isi perut kereta.. Dua memuji seorang membenci..

“Dia terkejut agaknya tiba-tiba orang panggil dia. Ingatkan dirinya bawa masalah mungkin.“ Kamariah menduga.

“Entah² dia talam juga.. dah la macam jantan.. merempit.” Hakeem menyampuk di belakang.. Masih ada rasa tidak puas hati.. (Kau dah kenapa Hakeem.. Kau tahu tak dekat kampung orang perempuan bawa motor melambak.. bandar je orang perempuan xtion tak bawa motor)

“Ye Hakeem talam.. talam tu yang paling sedap.. luar nampak tak elok.. tapi rasanya sedap.. walaupun buruk orang tetap mencari seperti tadi.. jangan cantik di luar tapi buruk busuk dalamnya...” Kamariah melepaskan kata-kata sindiran mengenai masa silam Hakeem.. "Yang Kamu dapat dulu lagi teruk.. luar dah tak elok dalam pun tak elok.. yang ni Bonda lihat elok tertutup semua hanya kasar sedikit sahaja" Kasar ke.. macam tak pun tadi.. siap duduk bersimpuh bagai.. Kamariah merasa berkenan di hatinya..

Hakeem diam, malas ingin membalas kata-kata Kamariah apabila mula di ungkit kisah lama yang tidak mahu dengar akan nasihatnya dahulu..

Zulkifli berhenti di station minyak untuk memberi makan pada kereta walaupun rumah dan station pump itu tidak jauh sudah.

“Kanda beli roti.. rumah tak ada apa-apa..” Kamariah buat pesanan sebelum Zulkifli keluar..

“Ye!!” Zulkifli keluar dari kereta untuk masuk ke dalam kedai di station minyak tempat dia berhenti.

Hakeem melihat luar tingkap keretanya.. dan terlihat budak perempuan yang dia terlanggar tadi sedang pump minyak ke motornya. Dia lagi nasib apa agaknya asyik nampak dia je.. Ayahda!! Ayahda buat apa dekat sana.. Tak payah la Ayahda nak baik sangat dengan orang baru jumpa..

" Assalamualaikum.. Tahira kan" Zulkifli menegur Tahira yang sedang isi minyak motornya..

" Wa'alaikumusalam.. ye.. kenal saya ke" Tahira sudah terpinga-pinga apabila orang yang tidak di kenali menegurnya..

"Tadi tu Pak Cik dengar.." Zulkifli berikan senyuman. Dirinya dari tadi sudah tertarik pada Tahira.. Bukan untuk jadikan bini muda, hanya tertarik, mungkin boleh di jadikan menantu jika Hakeem mahu..

Tengok. Orang dah kenal aku. tegur aku. malunya. Mana nak tutup muka ni..

"Pak Cik baru pindah sini.. Tahira tahu tak kedai mana sedap untuk kudapan malam"

Oh.. baru pindah.. orang baru pindah pun dah kenal kau Tahira oi.. "Depan Masjid pertama Pak Cik jumpa.. Sana tau Pak Cik. bukan sana" Tahira menunjukkan arah jalan ke kanan.. "Situ sup, Tomyam sedap. goreng² pun sedap tapi Quantity sikit.. sebelah masjid tu pun boleh tahan, popular situ kari kambing.. Situ je saya tahu" Tahira terangkan dengan terperinci pada Zulkifli..

"Terima kasih Tahira" Zulkifli tersenyum melihat cara Tahira jawab pertanyaannya.. Jika Kamariah bercakap dengan Tahira pasti akan jatuh hati.. "Pak Cik pergi dulu"

"Sama kasih" Eh!! aku cakap dengan Pak Cik ni okay la.. mesti Pak Cik ni baik..

Lagi sekali Zulkifli tersenyum sambil melangkah pergi.. Selalu orang akan membalas sama² saja tapi Tahira lain.. nampak Tahira di didik dengan elok sekali.. Penuh kesopanan jelas terlihat..

Zulkifli berbual pula dengan pekerja yang sedang isi minyak keretanya.. Bertanya soalan yang sama di ajukan pada Tahira tadi.

“Bual apa rancak sangat..” Kamariah bertanya sebaik Zulkifli masuk ke kereta

“Oh.. Kanda tanya kedai makan mana sedap dekat sini.. nanti malam boleh la pergi.. nak masak pun tak ada barang lagi”

“Aha.. sebab tu Dinda suruh beli roti. Dinda pun malas nak keluar.. Kanda nak makan pergi la dengan anaknda”

“Kalau begitu Kita order Panda saja la”

“Dekat sini ada panda juga ke” Hakeem bersuara agak terkejut..

“Ada.” Zulkifli melihat cermin pandang belakang untuk melihat Hakeem yang agak terkejut dengan apa yang di katakan..

“Boleh tahan modem juga kawasan ni..” tidak di duga kampung pun ada panda..

“Bukan duduk jauh perdalaman sana.. depan tu sudah pekan. lepas pekan hujung sana dah rumah kita” Kamariah bersuara apabila melihat anaknya seperti jakun dengan kawasan kampung yang agak moden..

Eh! budak ni lagi. Di lurutkan cermin mata hitamnya ke bawah. memang kawasan ni nampak muka orang sama je agaknya. lampu hijau Tahira terus belok ke kanan manakala kereta Zulkifli straight ke hadapan..

Tahira singgah ke kedai lain pula untuk membeli barang niaga untuk Zaitun esok pagi.. Pembelian tadi terbantut apabila orang call menyuruh dirinya datang segera di hadapan rumah Azura..
________________________________________________


Thaqif sudah tunggu di luar rumah untuk menolong Tahira untuk mengangkat barang yang di beli. Zaitun yang nampak Tahira muncul dengan barang penuh di dalam bakul dan ada kotak tepung di ikat di belakang..

“Mak dah suruh bawa kereta degil nak naik motor juga..” Zaitun datang ke Tahira untuk menolong mengangkat barang yang di suruh anaknya beli. Penuh hingga tidak muat dan hampir melimpah keluar.

Tahira turun dari motor. “Motor lagi senang la Mak.. jimat pun jimat..”

Geling kepala sahaja dengan anaknya yang suka menjawab ini. sekali bersuara pasti ada saja yang akan di balas “Yang lambat kenapa!!”

“Orang call suruh tenangkan Pak Cik Hamdi tu.. malu la muka ni.. tak nak pergi kang habis Azura tu” Tahira keluarkan barang di dalam bakul motor lalu di berikan kepada Zaitun.. Thaqif sudah awal-awal angkat kotak tepung di bawa masuk ke dalam rumah..

“Lagi sekali!” Zaitun sedikit terkejut. Rasa seperti tidak sampai setahun Tahira sudah di panggil semula..

“Ye!! Kalau marah anak jangan panggil orang tak boleh agaknya..” Tahira tidak puas hati dengan ayah Azura.. Bukan tidak puas hati sebab apa pun.. muka ni malu orang kenal..

“Nasib kau la Tahi.. sapa suruh jadi baik sangat.. Nasib baik dia tak heret Azura tu ke sini macam dulu.. bukan apa Mak ni risau time kena pukul mati Azura tu jadi kes polis kawasan rumah kita ni”
________________________________________________


Hakeem melihat suasana sekeliling rumahnya.. sangat cantik.. “Tak menyesal Hakeem ikut. Pandai Bonda pilih tempat..”

“Ayahda bukan Bonda..” Kamariah membetulkan balik ayat anaknya.. Zulkifli yang buat semuanya hingga reka bentuk rumah pun Zulkifli yang buat.. dia hanya berikan pendapat sedikit sahaja..

“Dah tua ni nak tenangkan diri.. Duduk bandar sakit kepala.. Kampung ni Aman tenang.. hijau sekeliling..” Zulkifli bersuara dari belakang Hakeem

“Mana ada hijau Ayahda.. nampak coklat lumpuh sahaja”

“Belum tumbuh.. bila dah naik padi-padi ni cantik.. belum naik pun kamu dah rasa puas hati.. tu lihat di belakang.. gunung terserlah cantik.. tenang hati melihat”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience