#28 TUMPANG 2

Romance Series 6067

Zaitun yang tidak dapat tidur melihat Tahira yang sedang tidur nyenyak di sebelahnya.. Anak perempuan sorang tapi susahnya nak jaga.. Mak susah nak jaga kamu dari jadi mangsa laki tua miang Tahira.. Kalau Arwah Ayah ada mesti kamu tak macam ni sayang.. kamu dah capai dah impian kamu dulu..

Zaitun keluar dari biliknya apabila terdengar sayup suara TV kedengaran.. di lihat Thaqif masih lagi tidak tidur, selalu jika tidur serentak mereka semua masuk ke bilik.. “Thaqif still not sleep.. Your stomach pain?!”

Thaqif menoleh memandang belakangnya.. “Tak boleh tidur Mak.. stomach, okay je”

Zaitun duduk di kerusi lama yang kusionnya sudah menjadi nipis “Kamu fikir apa sampai Tak boleh tidur.. risau pasal operation kamu.. Tak perlu risau Thaqif.. Tak lama dah.. Insyallah kamu boleh sembuh.. Mak selalu doakan baik-baik untuk anak Mak”

“Bukan sebab Itu Mak.. kecian dekat Mak Akak.. sebab Thaqif habis semua tergadai.. Kereta akak selalu guna pun terpaksa jual sebab Thaqif.. kalau ada kereta tu mesti akak tak payah susah tumpang orang.”

“Kereta tu pun dah buruk lama Thaqif.. Tak apa.. ada hikmah kenapa akak kamu kemalangan hari itu.. Boleh kita pulang duit grandpa walaupun sedikit.."

“Itu Thaqif tahu.. Thaqif terima kasih sangat dekat Akak.. tapi Thaqif fikir lain Mak..”

“Fikir apa? Risau akak kamu tumpang Pak Cik Zul tu.. kemudian dia minta balas budi dia.. fikir elok-elok saja.. rezeki akak kamu ada orang baik hati nak tumpangkan dia.. Kita fikir macam tu je.”

Dengan pantas Thaqif memandang Zaitun “jadi Mak pun fikir yang sama seperti Thaqif fikir sebab Itu mak pun tak boleh tidur..”

“Kamu muda lagi Tak perlu fikir tu semua..”

“Thaqif perlu fikir itu semua.. sebab Thaqif penganti Ayah.. Mak mesti nampak kan Abang Hakeem tu pandang akak bagaimana..”

“Ye!!Mak tahu.. Kalau dia suka Akak kamu biarlah.. Andai kata satu hari nanti dia jodoh akak kamu, Kita terima dia dengan ikhlas.. Mak tengok dia baik, cakap pun lembut... Ke kamu nak akak kamu dengan Haji Karim atau Pak Ali..”

“Orang tua Miang tu.. Jangan la.. baik Abang Hakeem daripada diaorang.. sekurangnya Abang Hakeem tu tak la Miang macam tu.. tak ada nak sentuh-sentuh Akak”

“Tahu pun.. orang laki ni kalau jaga mata, insyallah baik orangnya.. Mak tengok Hakeem tu pandang akak sekali, senyum lepas tu dia alihkan pandang..”

“Jadi Mak bagilah Akak naik Pak Cik Zul lagi sekali esok” Thaqif memandang Zaitun lagi sekali untuk dapatkan kepastian..

“Orang dah nak tumpangkan.. biar jela.. jimat minyak, masa Mak untuk hantar akak kamu tu”

“Betul juga kan mak” Thaqif tidak boleh menafikan kata-kata Zaitun

“Dah pergi tidur.. pukul 3 sekejap lagi nak bangun dah”

“Mak pergi dulu.. Thaqif nak tengok cerita ni sampai habis”

“Yela” Zaitun masuk ke dalam biliknya semula.. di rebahkan badan di sebelah Tahira.. harap tidur dapat menenangkan hatinya yang resah.
________________________________________________

“Mak!! Orang tak nak naik orang tu.. Mak hantarkan la.. adik boleh tolong tengok kedai sekejap..” Tahira memujuk Zaitun dari rumah lagi..

“Mak rasa lah kan.. baik kamu naik je dengan Pak Cik Zul.. sebab!! Jimat minyak kereta satu.. masa pun jimat” Zaitun cuba berdalih untuk tidak hantar anaknya ke tempat kerja.

“Mak ni!! Semalam dia marah orang.. sekarang dia lagi suruh orang naik dengan Pak Cik Zul” Tahira merasa tidak puas hati.. Yela, semalam bukan main kena marah kaw² hari ni rela hati Mak suruh tumpang lagi Pak Cik Zul.. Sapa yang kena confirm sakit hati..

“Sebab Mak duk terfikir juga semalam.. hari ni je.. esok cuti dah.. Ahad rasa boleh dah ambik motor tu”

“Kak tu Abang Hakeem dah sampai.. awal pula hari ni” Thaqif bersuara apabila melihat Kereta Zulkifli berhenti di hadapan kedainya..

Tersenyum Thaqif memandang Tahira.. Mana tahu tumpang sekali tersangkut akaknya dekat Hakeem.. kalau Hakeem tu terang lagi bersuluh sukakan Tahira.. Tahira je ni jenis tak hiraukan sekeliling.. orang tu dah jelas tak buta tak nampak lagi..

“Mahu tak awal.. ada aweks tumpanggg.” Zaitun sengaja ingin menyakat Tahira.. tapi Zaitun tahu Tahira tidak akan terasa.. anaknya seperti tiada perasaan apabila melihat lelaki.. perasaan takut sahaja yang selalu muncul..

Hakeem memandang Tahira yang muncung seperti merajuk lalu Hakeem berikan senyuman sedikit.. Tahira langsung tidak memandang dirinya.. Sombong.. Hakeem boleh nampak tiada perasaan sedikit pun Tahira terhadap dirinya.. tidak seperti Hakeem.. semakin hari semakin kuat perasaan sukanya pada Tahira..

“Dik karipap 3ringgit”

“Sikit pula hari ni”

“Sudah makan di rumah”

Selepas bayar Hakeem mengajak Tahira untuk ikutnya tetapi Tahira masih lagi berdiri kaku. Tidak mahu ikut dengan mulutnya muncung.. Comelnya dia merajuk.. dah lah macam budak.. lagi tambah comel budak perempuan sorang ni..

Nak panggil apa ye.. awak ke panggil nama.. “Jom awak.. memang lalu pun tak perlu rasa serba salah atau malu”

Zaitun menolak Tahira.. “Pergi!! Orang dah tumpangkan tu pergi jela.. ni sampai nak kena pujuk bagai” Tahira tetap memuncungkan bibirnya memandang Zaitun untuk mendapatkan simpati..

“Ni!! Bawa sekali.. dh lambat nanti Uncle bising. Dah pergi” Zaitun menghulurkan Nasi lemak ke Tahira lalu menolak anaknya lagi..

“Tak nak kawan Mak.. tak nak tolong Mak esok” Berat langkah kaki Tahira mengikut belakang Hakeem.. bertambah berat kerana bawa bungkusan plastic yang penuh dengan Nasi lemak dan bihun.

Ala comelnya marah.. senyum sahaja Hakeem melihat gelagat Tahira..

“ Assalamualaikum,  Pak Cik sihat” Tahira memberi salam sebaik masuk ke dalam kereta..

“ Wa’alaikumusalam.. Alhamdullilah sihat”

“Pak Cik nanti boleh tak singgah kedai makan cina dekat depan 7E.. nak hantar Nasi lemak dekat kedai tu”

“Boleh!!”

“Terima Kasih.. Nanti Tahira belanja Pak Cik air lagi”

“Tahira pernah belanja Ayahda!! Bila!! Hakeem tak tahu pun” Terkejut Hakeem bila ada 'lagi' di belakang ayat Tahira..

“anaknda tak perlu sibuk!!” Zulkifli tersenyum melihat reaksi anaknya..  terkejut macam apa..

“Hakeem bagitahu Bonda.. biar Ayahda kena cubit-cubit dengan Bonda”

“Bonda tahu”

“Ah!!! Kenapa Hakeem sorang tak tahu”

Tahira memandang Hakeem dari belakang.. Pesal mamat ni.. belanja air pun sibuk nak tahu bila. terkejut macam hilang harta..

Waktu balik kerja Hakeem sudah menunggu di luar kereta dengan senyuman manis menanti Tahira keluar.. walaupun dapat memandang sekejap, bercakap sepatah dua dengan Tahira.. hatinya cukup berbunga…

“Minggu depan Pak Cik tak payah hantar lagi.. motor dah boleh ambik esok”

“Ye!! Kalau hujan nak tumpang boleh.. Pak Cik tak kisah”

“Ye!!”

“Awak next time hati-hati ye bawa motor” Hakeem tersenyum sahaja memandang ke hadapan

“Ye!!”

kembali la... krik krik krik.. cengkerik berbunyi..

Setelah sekian lama tidak update.. Daniel come back

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience