#50 KISS

Romance Series 6067

Tahira membutang baju kemeja yang di pakai Hakeem.. mula-mula dulu dia lari ke Bonda sekarang sudah terbiasa.. Tidak lagi lari atau jarakan dirinya dengan jauh sekali apabila membutang baju Hakeem.

“Hari ni saya kacak tak”

Tahira memandang wajah Hakeem dan di berikan senyuman.. “Kacak”

“Awak pun cantik” hari-hari Hakeem memuji Tahira.. perempuan memang suka dipuji.. Walaupun sebenarnya Tahira ni category cute bukan cantik tetap di puji cantik.. Nanti lama2 cantik la plus cute..

“Mana awak tahu saya cantik.. saya mata juling gigi jongang” Tahira betulkan pula baju kemeja yang di pakai Hakeem agar nampak kemas.

“Tak kisah semua tu yang penting cantik dalam hati saya” tangan Hakeem pegang muka Tahira dan dengan pantas Tahira mengelak..

“Bagi saya kenal muka awak dengan tangan saya..“

Tahira dengan perasaan cuak meletakkan semula tangan Hakeem ke mukanya.. Hakeem menyentuh setiap inci wajah Tahira sambil tersenyum.. “Awak tak jongang pun.. tipu saya ye”

Tahira hanya diam bagi hilang perasaan gemuruh yang datang.. “Tangan saya cakap awak cantik.. sempurna..” ibu jari Hakeem di letakkan di tepi bibir Tahira lalu dengan pantas di berikan ciuman..

Tahira terus terbaring di lantai tidak sedarkan diri.

“Pengsan lagi” di angkat Tahira di bawa ke katil.. “Bila nak dapat cium awak betul-betul ni”

Hakeem meninggalkan Tahira di dalam bilik.. dirinya turun untuk bersarapan.. sejak ada Tahira setiap pagi sarapanya di sediakan.. tidak seperti sebelum ini hanya beli di luar sahaja kerana Bonda tidak sempat..

“Tahira mana?” Kamariah menegur anak tunggalnya.

“Pengsan kena cium” Hakeem berterus terang..

“Lagi!!” Zulkifli pula bersuara..

“Tak kerja la dia macam ni” Kamariah menghirup kopi yang di bancuh Tahira.. kopi kegemaran Hakeem.. Dulu Mak kata kopi biasa tipu betul.. Kopi mahal Tahira ni minum patut sedap lain macam..

“Tak la nampaknya.. kalau sedar awal half day kot dia masuk..” Hakeem sudah tidak merajuk lagi apabila Tahira pengsan apabila di sentuh selepas di tegur Zulkifli sebelum ini.. sebagai suami dirinya perlu matang bukan seperti kanak-kanak lagi walaupun jiwanya masih lagi seperti budak sekolah..

“Yang kamu cium dia pagi-pagi kenapa.. malam kan Boleh.. pengsan memang terus tidur” geram pula Kamariah pada Hakeem.. ada saja nak buat Tahira terkejut..

“Dia suruh” Hakeem saja mengubah cerita sebenar.. “Kalau tak dia cakap sampai bila-bila dia macam tu” Memang itu Tahira katakan padanya tapi bukan di siang hari..

“Bonda tak percaya cakap anaknda.. miang gatal cakap jela”

“Tanya menantu kesayangan Bonda tu sendiri kalau tak percaya” Nasi goreng je ke awak.. Saya nak karipap awak..

“Biarlah diaorang.. yang penting tak gaduh macam kemarin”

“Dinda kalau boleh nak je biarkan.. tapi kecian dekat Tahira tu.. entah-entah Jantung dia macam nak meletup setiap kali Hakeem buat dia Macam tu”

“Nanti lama-lama dah biasa tak meletup punya.. lagi suka mungkin” Hakeem tersenyum..

“kamu nak tunggu Tahira atau masuk office..” Zulkifli memandang Hakeem

“Tunggu!!” Kamariah yang jawab soalan suaminya.. “Dah buat orang pengsan jangan nak larikan diri..”

“Aha betul juga” Zulkifli merasa betul kata-kata isterinya..

“Ye!! Hakeem tunggu. Tahira bangun baru Hakeem pergi kerja”

Tahira sedar dari pengsan melihat dirinya sudah berada di atas katil.. dia melihat kearah bunyi orang sedang menaip.. Hakeem di sofa sambil melakukan kerjanya..

Dalam dia melihat Hakeem.. bagaimana seorang yang tidak nampak penglihatan boleh melakukan kerja yang berkaitan dengan menaip membaca.. kadang kala dia merasa Hakeem ni tidak buta.. nampak semuanya.. Setiap arah rumahnya dia tahu.. ye mungkin Sebab ini rumahnya dah tahu setiap lorong rumahnya ada apa..

“Macam mana awak boleh taip awak kan tak nampak”

Terkejut Hakeem apabila Tahira bertanya.. dia tidak sedar Tahira sudah sedar dari pengsankannya.. “Sini” Hakeem memanggil Tahira datang duduk di sebelahnya..

“Awak tengok keypad laptop saya.. ada bintik-bintik kecikkan” di ambil tangan Tahira untuk di rasakan

“Aha”

“Setiap bintik ada simbol sendiri..macam A ni” Hakeem Bawa jari Tahira ke huruf A..

“Oh…” Tahira menyentuh huruf yang lain untuk merasa.. “kalau simbol macam mana”  Tahira menjadi tertarik..

“Awak sentuhlah rasa”

Tahira Senyum.. saja dirinya bertanya pada Hakeem walaupun dia sudah menyentuh.. “macam mana nak tahu awak buat betul atau tak”

“Hassan akan cek..” Tak perlu pun.. saya boleh buat semuanya.. saya ni jual barang awak tak nampak ke saya tengah chatting dengan customer.. terang lagi bersuluh ni..

Tahira memegang satu satu butang keypad di laptop Hakeem.. setiap huruf mempunyai simbol yang berbeza..

Hakeem mencapai tangan Tahira di letakkan di pipinya, membuatkan Tahira memandang Hakeem “Awak dah okay? Maaf buat awak pengsan lagi”

“Tak pa.. saya kena biasakan diri..” Di perhatikan setiap inci muka Hakeem

“Kalau Macam tu nak cium lagi la”

“Tak nak!!” dengan pantas Tahira berdiri.. "Orang kan cakap malam je"

Hakeem tersenyum melihat Tahira terkejut dan cuba mengelak daripadanya..

“Dah saya nak pergi kerja..”

“Kalau tak pergi boleh”

“Tak boleh!” Tahira mula menyarungkan anak tudung di kepala sebelum memakai tudung. “Saya balik lambat hari ni.. sebab masuk lambat”

“Kenapa tak boleh”

“Saya tak ada cuti dah.. nanti gaji Saya kena potong.. lagi Saya ada Adik Mak saya nak tanggung”

“Saya boleh bagi”

“Tak nak tu duit awak”

“Kalau macam tu.. kerja dengan saya”

Tahira pusing memandang Hakeem.. “Awak tahu kan saya ni tahu kerja kilang je”

“Setiap kerja akan di ajar dulu Awak kerja dengan saya ye”

Tahira diam tidak pasti apa yang perlu di jawabkan..

“Awak jadi PA saya.. awak Cek semua kerja yang saya buat ni..”

“Kan Hassan dah kerja dengan awak” Tahira pusing balik badannya mengadap cermin.. di betulkan tudung yang di pakai..

mata Hakeem terus memandang Isterinya selepas Tahira balikkan badannya semula.. Suka di teliti setiap inci tubuh isterinya..

“Lain. Dia orang luar.. banyak kali pekerja saya pecah amanah.. kalau awak pasti tak.. Sebab awak ahli keluarga saya”

“Mana awak tahu saya tak pecah amanah..” Tahira pandang Hakeem semula dan dengan pantas Hakeem mengalihkan pandangan matanya.

“Sampai hati ke awak nak buat sama macam tu.. Boleh ye awak”

“Bagi Saya Masa Boleh”

“Boleh.. tapi jangan lama sangat untuk kata Ye tu”

“Memandai dia je, orang akan kata Ye” Tahira datang ke Hakeem.. “Dah jom pergi kerja..” Tahira susun kertas di atas meja lalu di masukan ke dalam beg Hakeem begitu juga laptop yang masih di atas paha Hakeem.. di ambil sahaja tanpa perlu bertanya dahulu..

“Ni dah ada ciri-ciri PA..” Hakeem tersenyum sendiri melihat Tahira..

“Tak ada.. ni memang Saya selalu buat.. dah jom!” Di tarik tangan Hakeem untuk bangun..

“Sini beg bagi saya” Tahira terus menghulurkan kepada Hakeem. “Awak makan dulu. Tak makan lagi kan..”

“Ye!” Tahira memimpin tangan Hakeem turun bersama-sama “Saya call Hassan sekejap”

“Saya Teman awak makan dulu”

di ambil beg Hakeem lalu di letakkan di atas meja di ruang tamu. kemudian di bawa ke meja makan. walaupun tahu Hakeem tahu setiap arah rumahnya Tahira sudah terbiasa untuk memimpin tangan Hakeem untuk di bawa ke mana sahaja sejak Hakeem terlanggar tiang.. Cuma ketika gaduh dengan Hakeem tempoh hari tidak di pimpin..

“Awak nak makan sekali tak”

“Tak nak.. nak tengok awak makan je”

“Yela” Tahira tuangkan air masak di letakkan di hadapan Hakeem.. lalu di ambil tangan Hakeem ke cawan.. “Ni air”

“Terima kasih”

Tahira baca doa makan lalu menyuapkan nasi goreng yang di masak pagi tadi..

“Awak nak tanya boleh”

“Ermm” Tahira melihat Hakeem.. sambil mengunyah makanan dalam mulutnya.

“Awak nak sambung study..”

Tahira menelan dahulu makanan di dalam mulutnya “Study pula.. tadi kerja ni study.. awak nak Saya buat mana satu sebenarnya”

Hakeem senyum.. “Hassan kata awak pandai Masa sekolah dulu.. kalau awak nak sambung Saya izinkan” Pandai gila.. PMR je tak berapa pandai..

“Tak nak. nanti jauh dengan awak” Tahira sudah sayangkan Hakeem. Tidak mahu terpisah walaupun sehari.. pasti akan terasa rindu..

“Saya ikut awak” Hakeem cuba memujuk Tahira.. terasa rugi isterinya yang pandai ini tidak sambung belajar..

“Tak nak juga.. sebab Saya nak bersama dengan awak.. 24 jam Saya dengan awak.. nampak awak ada perempuan lain memang cubit-cubit awak”

Hakeem ketawa dengar gaya Tahira bercakap dengannya.. “Sapa yang nakkan Saya, awak.. awak sorang je yang nak saya..”

“Saya tak percaya sebab awak tu kacak sangat.. Saya nampak awak pandang perempuan lain siap awak”

“hehehe. awak ni buat lawak pula. kalau pandang pun bukan boleh nampak. kecuali awak, walaupun tak nampak awak, you special for me.. Saya boleh pegang awak.. Arah saya awak yang tentukan”

“Eleh.. nak ambik hati orang la tu.. tak termakan la dengan kata-kata awak”

“Yela tu tak termakan.. entah-entah awak dah senyum lebar” Hilang terus senyuman di bibir Tahira bila Hakeem berkata begitu.. kemudian Tahira tersenyum sendiri lagi di Ikuti Hakeem yang melihat Tahira senyum..

“Kenapa awak terima saya untuk jadi suami awak” Hakeem bertanya lagi di tongkat dagunya sambil di tenung muka Tahira..

“Dah jodoh saya” Jawapan paling ringkas di berikan..

“Itu semua orang boleh jawab.. more details” Hakeem tidak puas hati dengan jawapan Tahira..

“Tak ada lebih details pun.. tapi lepas kawin dengan awak baru saya sedar kenapa jodoh saya dengan awak”

“Kenapa?”

“Sebabbbb!! awak la laki yang saya boleh pegang.. setiap kali dengan awak mesti saya pegang awak.. kalau suami saya nampak mesti sampai sekarang saya tak sentuh langsung sebab dia nampak boleh buat sendiri semuanya..”

Senyuman di bibir Hakeem hilang apabila dengar jawapan dari Tahira di lepaskan tangan yang menongkat dagunya.. “Kalau mata saya pulih awak akan pimpin saya lagi tak”

“Ermmm.” Tahira berfikir.. “tak!!

“Kenapa!!” terkejut Hakeem dengan jawapan Tahira. Awak nak tinggalkan saya ke.. Hakeem sudah mula merasa sedih..

“Saya nak Awak pula pimpin saya” Tahira bercakap dengan nada riang. Di impikan saat itu. Tapi tak dapat pun tak apa. Sekarang pun dah rasa gembira. Dulu berangan nak dapat suami yang romantic. impiannya tertunai.. Hakeem bukan sahaja Romantic malah jiwang pandai berkata-kata untuk ambil hatinya.. Apa yang ada pada Hakeem di sukai semuanya.. Hakeem cukup sempurna untuknya..

“Okay!! Boleh” Senyuman di bibir Hakeem kembali lebar semula.. awak ni buat suspend betul la.. suka sangat buat suami awak terkejut..

“Saya pula tanya awak”

“Apa!! Tanya la.. saya sedia untuk jawab”

“Kalau Saya tak nampak macam awak!! Awak akan tetap akan sayang saya??” Tahira mula menongkat dagu memandang tepat ke arah mata Hakeem..

“Biar buta mata tak nampak dunia.. jangan buta hati ini tak nampak jalan Saya ke hati awak”

“Tu bukan jawapan.. asyik keluar ayat jiwang je”

Hakeem ketawa melihat Tahira sudah muncung.. “Offcouse la sayang.. siapa tak sayang isteri..” pipi Tahira di tarik..

“Awak tak nampak memang la cakap macam tu.. entah-entah dah nampak terus larikan diri..” Tahira bangun menghantar pinggan kotor ke singki.. Soalan itu yang sentiasa bermain di fikirkan Tahira.. takut jika dia sudah betul-betul sukakan Hakeem.. dan Hakeem boleh melihat dirinya di tinggalkan.

Saya nampak awak Tahira.. Sebab itu saya sayang awak.. Hakeem bangun ke Tahira “Isteri Lokman Hakeem ni jangan merajuk boleh tak..” Hakeem menyentuh pinggang Tahira..

Terlepas pinggan di tangan Tahira.. nasib baik tidak pecah.. “Terkejut la” Tahira menepis tangan Hakeem..

Hakeem dekatkan mukanya di telinga Tahira lalu berbisik.. “Awak orang pertama yang akan saya cari dan akan saya sayang sampai bila-bila sebab... saya pasti badan saya tidak boleh lupakan sentuhan awak.. begitu juga mata saya mahu menatap wajah awak setiap saat”

Tahira merasa geli apabila Hakeem berbisik pada telinganya.. tangan Tahira kuat memegang kabinet dapur kerana menahan perasaan berdebarnya.. janganlah cium.. jangan pengsan..

Cupp!! Pipi Tahira di cium oleh Hakeem dan sekali lagi Tahira jatuh..

“Awak!! Tak kerja la macam ni!!” Hakeem sempat menahan badan Tahira dari terus jatuh ke lantai.. “Peluk pengsan, cium pengsan..”

di angkat Tahira masuk ke bilik semula.. Kemudian terpaksa call Ayahdanya untuk bagitahu tidak datang ke pejabat untuk satu hari ini..

Di lihat Tahira baring, Hakeem datang dekat di tinggalkan kerjanya lalu naik di atas badan Tahira kemudian di pandang muka Tahira dengan dekat sekali.. sebab awak dah pengsan.. Saya nak cium semua muka awak.. lagi-lagi dekat sini.. Hakeem memegang bibir Tahira..

Hakeem mula cium dari pipi kiri kemudian naik perlahan lahan ke dahi turun ke pipi kanan.. Hakeem berhenti untuk melihat wajah Tahira.. saya sayang awak.. Hakeem berikan kucupan di bibir pada masa yang sama mata Tahira terbuka tepat memandang ke mata Hakeem.. Hakeem terkejut melihat mata Tahira terbuka.. tapi kucupannya tidak di lepaskan..

Jantung Tahira berdegup kencang boleh di rasai Hakeem yang berada di atasnya.. melihat Tahira masih tercelik Hakeem sengaja cium bibir Tahira banyak kali.. dia tahu Tahira pasti menduga dirinya tidak nampak yang dia sudah sedar..

Setiap kali habis ayat di katakan pasti Hakeem berikan kucupan di bibir Tahira “Sapa suruh pengsan. Kan dah kena cium Banyak kali” Cupp!

“Awak tahu tak saya sayang awak” Cupp

“Kalau boleh hari-hari saya nak peluk awak” cupp

“Cium awak”  Cupp

Hakeem pegang kepala Tahira lalu di pandang tepat ke mata Tahira yang tidak berkelip sejak sedar tadi.. hidung Hakeem dan Tahira bertemu.. “Kalau boleh saya nak awak tengok dalam mata saya sendiri.. yang saya ikhlas sayangkan awak..”

“I love you so much sayang” Hakeem berikan kucupan di bibir Tahira agak lama sambil di pejamkan matanya. Tahira juga menutupkan matanya sama seperti Hakeem.. tutup tidak sedarkan diri

“Thank you sayang muncul dalam hidup Saya” pipi kiri dan kanan Tahira di cium kemudian Hakeem beralih baring di sebelah Tahira.. di lihat mata Tahira tertutup kembali.. malam ni kita try lagi ye awak..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience