Qistina yang mengupah orang mencari di mana Hakeem tinggal akhirnya berjaya dan membawa hasil.. Datanglah Qistina dengan senyuman manis ke pejabat Hakeem.. Di lihat suasana pejabat kecil Hakeem.. Jauh berbeza 5 tahun lepas semasa dia mula-mula bertemu Hakeem..
Tuk! Tuk!! Qistina ketuk meja Hassan “I want to see Lokman Hakeem”
Hassan melihat wanita di hadapannya.. “Cik siapa?”
“Qistina.. Hakeem know me”
Sakit mata aku tengok.. tambah dosa aku hari ni.. “Maaf Cik.. Encik Lokman Hakeem tiada di pejabat sekarang…”
Kenapa tak ada pula.. “Tahu dia pergi mana?”
“Maaf Cik.. saya tak tahu”
“Tak apa.. I can wait him” Qistina duduk di kerusi di hadapan Hassan..
“Baik Cik balik.. kalau sekarang dia dah keluar bermakna esok baru dia masuk kerja”
“Okay!!” Qistina dengan sombong bangun dan pergi tanpa mengucap terima kasih..
Pekerja Hakeem yang lain berkumpul lepas Qistina tidak kelihatan lagi..
“Sape tu! Seksi gila.. Winne yang chinese pun tak seksi macam tu”
“I ada adap ma.. Itu perempuan pun nampak sombong”
“Esok kita tanya boss.. mesti perempuan tu datang lagi” Hassan juga merasa tidak suka dengan perempuan yang datang tadi walaupun baru pertama kali bertemu..
_________________________________________________
Hakeem dan Tahira duduk berduaan di taman yang terletak di Tanjung Emas.. Dengan suasana redup yang di tutupi pokok yang rendang dan tiupan angin laut.. Terdengar suara Tahira ketawa terhibur dengan cerita Hakeem..
“Dah!! .. I will not believe your story”
“Sayang kena percaya.. because I’m your husband..”
“Cerita Bie nampak sangat tipu.. mana ada flight belakang rumah..”
Hakeem ketawa, selalu yang di ceritakan Tahira percaya sahaja walaupun memang mengarut.. “Today I fail make my love believe me..”
“Jadi sebelum ni pun Bie tipu la.. Bie ni jahat la tipu orang” Tahira menolak Hakeem agar jauh darinya..
Hakeem tarik tangan Tahira agar dekat kembali dengan dirinya.. “Bie tipu pun.. sayang seronok kan dengar.. Hari-hari sayang ketawa”
“Aha” Tahira merangkul tangan Hakeem di gengam jari jemari Hakeem yang bersilang dengan tangannya.. Kepalanya di sandarkan di bahu Hakeem “Bie kalau hari-hari macam ni.. boleh bangkrup Bie..”
“Sebab tu Bie ada pekerja.. diaorang kena buat semua kerja.. Bie ni keluar awal pun sales paling tinggi..”
“Bie sales paling tinggi.. tapi sayang ni tak.. Bie” Di cubit² manja lengan Hakeem..
“Tak apa sebab sayang Mem besar.. berani diorang mengata Sayang.. siaplah Bie kerjakan nanti..”
“Bie jom makan Murtabak..” Tahira tiba² mengubah topik perbualan.
“Jom.. Sayang tahu dekat mana sedap”
“Tahu..Jom” Tahira bangun di ikuti Hakeem.. Berjalan beriringan menuju ke motor..
Tahira mengambil helmet lalu di pakaikan di kepala Hakeem.. “Bie tepi sikit.. Sayang nak keluarkan motor..”
Hakeem ke tepi seperti di arahkan Tahira..
“Bie naik” Tahira mengambil tangan Hakeem di letakkan di tempat duduk belakang.. baru Hakeem naik..
“Bie peluk kuat tau.. Sayang nak bawa laju” Tahira menarik tangan Hakeem untuk memeluknya..
Hakeem mengeratan pelukannya.. “Dah sayang” Hakeem memang suka naik motor bersama Tahira sebab ni la.. dapat peluk isterinya.. Semuanya kerana di langkawi tempoh hari.. sekarang sengaja suruh Tahira naik motor pergi tempat kerja cakap jimat.. tapi sebenarnya mahu hari-hari peluk Tahira.. tak puas kalau peluk di malam hari je.. Kalau nak jimat lebih baik naik Zulkifli sekali.. hahahahaha
Laju Tahira meninggalkan Tanjung Emas menuju ke destinasi yang ingin di tuju..
______________________________________________
"Sayang makan sama dengan Bie kan semalam"
Hakeem menyapu cream panas di perut Tahira.. di usap lembut bagi menghilangkan kesakitan yang di alami.. Keciannya.. di lihat muka Tahira yang pucat.. Dah lama muka sayang tak macam ni.
“Aha.." Tidak larat Tahira untuk membalas..
"Sayang rehat tak perlu pergi kerja”
“Ermm.. nanti dah okay sayang datang..”
“Yela. Kalau tak hilang.. sayang rehat je. Jangan paksa diri..”
“Ye..” Tahira bangun dari pembaringan.. “Salam Bie”
Hakeem menghulurkan tangannya untuk di salam Tahira.. “I love you sayang”
“Me too” Di berikan kucupan di dahi Tahira
“Dah sayang baring..”
Tahira baring semula.. Hakeem menepuk lembut punggung Tahira yang baring mengiring hingga Tahira tidur sebelum dia pergi untuk bekerja.
________________________________________________
Pintu biliknya di ketuk membuatkan Hakeem berhenti melakukan kerjanya dan memandang ke arah pintu..
“Encik Hakeem.. ada orang nak jumpa Hakeem.. Qistina”
Jantung Hakeem berdegup lagi apabila nama Qistina di sebut.. laju kerana terlalu benci dengan perempuan itu, dan membuatkan amarahnya naik memuncak.. Semak la perempuan ni.. Kalau aku tak fikir dosa dah lama aku bunuh kau..
“Cakap dengan dia saya tak nak jumpa.. Kalau dia datang lagi cakap je saya tak ada”
“Baik” Seram sejuk Hassan melihat muka Hakeem.. Boleh di lihat Hakeem tengah menahan amarahnya.. siapakah perempuan di hadapan mejanya sampai Hakeem seperti membenci tersangat..
“Maaf Cik.. Encik Hakeem tidak mahu jumpa.. Harap Cik boleh balik dan tak datang lagi ke sini” Sopan Hassan berikan kata-kata pada Qistina..
“No!! Tipu Hakeem tak nak jumpa I.. I girlfriend dia..”
“Kalau Cik nak tipu baik Cik tipu dengan Pak Cik jual cendol je.. Kalau girlfriend dia tak suruh saya halau Cik” Hassan terbeliakan biji matanya selepas keluarkan kata-kata dengan nada lembut pada orang di hadapannya yang tak faham bahasa. "Lagi satu Encik Hakeem dah kawin.. Tak perlu girlfriend lagi"
Sakit hatinya bila Qistina cakap dia girlfriend Hakeem.. Patut lagi semalam dia rasa tak sedap hati.. Hakeem tu suami kawan aku.. aku tak boleh duduk diam.. Hakeem main kayu tiga mustahil kalau 24jam berkepit dengan Tahira..
“I want see him” Qistina cuba juga masuk ingin berjumpa dengan Hakeem..
Dengan pantas Hassan menghalang Qistina untuk pergi.. “baik Cik pergi sebelum saya call polis”
Tahira yang telah hilang rasa sakit perutnya dengan pantas ke pejabat Hakeem.. sempat lagi bawa kudapan untuk pekerja Hakeem termasuk suaminya..
“ Assalamualaikum.. and good morning!!”
“ Puan dah tengah hari la” Pekerjanya menegur..
“ada 30 minit lagi.. ni makan sambil buat kerja” Tahira berikan satu persatu kepada pekerja yang ada..
“kitaorang tak perlu keluar lunch macam ni”
“Tak kenyang ni..”
Tahira menjeling ke arah Qistina. Dia nampak dari awal masuk tadi kelibat Qistina.. office kecik secuit je.. confirm nampak.. sahaja je dia buat tak tahu mahu melihat Hakeem melayan ex girlfriend dia atau tak.. Kalau layan aku tenyek2 muka Hakeem dengan tahi lembu.. Tak kira Bie ke bukan..
Hassan melihat Tahira berjalan ke bilik Zulkifli.. tapi pada masa yang sama cuba menghalang Qistina dari masuk ke bilik Hakeem..
Pintu bilik di ketuk sebelum Tahira masuk.. “Assalamualaikum Ayahda!!” Tahira berikan senyuman manis pada ayah mertuanya..
“Wa’alaikumusalam.. La. datang juga.. ni dah okay belum..”
“Dah!! Ni Orang bawak kan bekal untuk Ayahda.. Orang letak sini ye” Tahira letakkan bekal di cabinet kecik yang di letakkan file..
“Terima kasih anakda”
“Sama kasih..”
“Berapa kali aku nak cakap!! Kau berambus jangan menyusahkan aku!!” Suara Hassan semakin kuat memarahi Qistina.. perempuan di depannya Memang tak faham bahasa betul.. Sudah berkali-kali di tegah secara elok tidak di dengari.
“Kenapa tu!” Zulkifli bangun dari tempat duduknya untuk melihat..
“Ex girlfriend Hakeem” Selamber sahaja Tahira jawab.. Memang jujur tanpa berselindung Tahira bila bersuara kecuali bergaduh dengan Hakeem cuba di sembunyikan dari orang tuanya.
Zulkifli agak terkejut lalu dengan pantas keluar.. “What you want Qistina!!” Zulkifli menegur Qistina dengan suara yang agak kuat juga..
Tahira keluar dari bilik Ayahda terus ke bilik Hakeem tanpa mengetuk dahulu dan tidak menutup balik pintu bilik Hakeem.. “Assalamualaikum Awak” Senyuman manis juga di berikan kepada Hakeem.. walaupun hatinya sakit melihat Qistina..
“Wa’alaikumusalam” Hakeem terus bangun mendapatkan Tahira.. di peluk Tahira dengan erat sekali.. “I miss you sayang” Pipi Tahira juga di cium..
Qistina melihat kemesraan Hakeem dan Tahira membuatkan hatinya sakit.. “Ayahda.. Qis datang nak minta maaf Ayahda”
“Who your father!!” Zulkifli memarahi Qistina.. “Maaf tu simpan.. kami tak perlukan kau.. Hassan herit je perempuan ni pergi”
Hassan menurut perintah Zulkifli.. dia agak terkejut juga dengan suara marah Zulkifli.. sepanjang dia berkerja ni pertama kali melihat Zulkifli marah.. Ingatkan lembut Zulkifli tak tahu marah..
“Uncle I will help you.. I boleh tambah fund business Uncle dengan Hakeem..” Qistina cakap sambil di herit Hassan..
“Tolong dengan duit haram kau dapat dari anak aku dulu.. Aku tak nak business aku jadi haram sebab kau" kuat Zulkifli memarahi Qistina. semua pekerjanya terdiam terkejut kerana tidak pernah melihat majikannya marah sebegitu..
Dari kata-kata Zulkifli Hassan sudah tahu siapa perempuan di hadapannya.. Perempuan yang pernah hancurkan kehidupan majikannya.. Hassan tahu tu semua kerana bertanya dengan Hakeem sebab apa hendak menipu dan Hakeem sudah ceritakan semuanya selepas dia menandatangan perjanjian berkerja.
“Hakeem I betul-betul menyesal Hakeem.. I dah terima dah hukuman apa yang I buat..” Qistina tukar merayu pada Hakeem pula apabila Zulkifli tidak memperdulikan dirinya..
“Hassan kau bawa perempuan ni keluar!!” Hakeem pula kuat bersuara..
“Winnie you call orang pasang lock use tumb print.. sesiapa nampak perempuan ni datang lagi call polis say menganggu kerja korang..” Hakeem menutup pintu biliknya..
“Hakeem.. please I merayu dengan you.. I sayangkan you Hakeem..” Qistina merayu sambil di herit Hassan.. “Hakeem.. tak kan sikit pun kenangan you sama I tak ada..”
“Oi!! Perempuan.. kau ingat, sampai nak mati boss aku kau buat, ingat boleh ke dia Maafkan kau.. kalau mati dia tak tahu mungkin ye.. tapi sampai sekarang dia hilang satu indera dia.. kau rasa kau merayu dia Terima.. kena dekat sesiapa pun, memang tak ada maaf untuk kau..” Hassan menolak Qistina hingga hampir terjatuh.. “Aku nampak lagi kau.. Dekat boss aku.. habis aku kerjakan kau.. tak Kira la kau ni perempuan”
Hassan pula lebih-lebih.. dia memang emo sikit sebab kerja dengan Hakeem banyak sangat rahsia kena simpan.. hari-hari tak tertahan dirinya mahu meluahkan.. dah dapat sasaran di sembur semuanya..
Hakeem boleh nampak riak muka Tahira lain.. senyum senyum Tahira nampak riak mukanya sedikit berbeza kerana ke hadiran Qistina.. “Perut sayang dah okay” Hakeem memegang perut Isterinya.
“Dah okay.. Awak saya ada bawa bekal.. nanti kita makan sama-sama ye”
“Sayang marahkan Bie ke.. Bie minta maaf sayang.. Bie tak tahu perempuan tu datang sini”
“Tak pun.. Dah jom buat kerja” Tahira melangkah keluar dari bilik Hakeem..
“Sayang!! Bie tahu apa perasaan sayang.. Sayang kalau marah merajuk, Sayang panggil Bie awak..” Hakeem memalingkan badan Tahira yang tidak mengadap dirinya. di peluk Tahira seerat mungkin
Tahira menangis apabila Hakeem memeluknya.. “Awak janji awak Tak akan tinggalkan saya”
Di usap kepala Tahira “Bie Sayang dekat sayang.. Bie tak akan tinggalkan sayang.. sayang ni nyawa Bie.. Tak nampak sayang sesaat pun Bie dah rindu ni kan pula nak tinggalkan sayang..”
“Awak janji awak tak duakan saya.. awak tak akan pergi balik dekat perempuan tadi”
“Ye Bie janji dengan sayang. Dah jangan fikir bukan-bukan lagi.. Bie ada sayang sorang.. hati perasaan jasad Bie, semuanya milik sayang..”
Tahira melepaskan pelukkannya. Di lihat muka Hakeem.. mata bertentang mata “Boleh tak saya nak awak buta untuk selamanya.. saya tak nak awak tengok perempuan lain.. hati saya sakit”
Tersentak Hakeem dengan permintaan Tahira.. Takut kehilangannya sampai sanggup meminta dirinya menjadi buta “Sayang.. ni semua kuasa ALLAH ta’ala. Insyallah sayang.. walaupun Bie nampak, Bie tetap bersama sayang.. sebab sayang yang terima Bie seadanya.. Sebab sayang yang jaga Bie yang tak sempurna ini..”
“Ermm.. Bie janji ye.. jangan Bie dah nampak Bie lupa janji Bie”
Ya Allah sayang.. sebab Bie nampak depan mata Bie. Sebab tu Bie yakin hanya sayang dalam hidup Bie.. Sayang pelengkap hidup Bie tiada yang lain.. “Insyallah sayang” Di kesat air mata Tahira yang mengalir di pipi.. “Dah sayang jangan nangis. Kita kena yakin, percaya satu sama lain.. agar cinta kita mekar setiap hari dan selamanya..”
Tahira mengangguk kepala dan memeluk Hakeem lagi sekali.. “Bie.. sayang minta maaf sebab tak percayakan Bie”
“Sayang jangan minta maaf. bukan salah sayang” Hakeem memberi kucupan di dahi Tahira. Kucupan menandakan kasih sayangnya. “Dah jom buat kerja.. ada benda Bie nak suruh sayang cek..”
“Ermm” Tahira senyum lalu membawa Hakeem duduk di kerusinya..
“Hari ni sayang masak apa!!”
“Nasi kobis masak lemak ayam goreng berempah dengan sambal belacan je.. Tak sempat nak masak sedap-sedap sebab tak sabar nak jumpa Bie. Rindu”
Nasi pun nak cakap ke sayang.. Nasi tu dah wajib.. lurus betul la sayang Bie ni. Dengar kata-kata Tahira. Hakeem tahu, hilang sudah rajuk sedih isterinya.. “Next time Sayang tak sihat Bie tak nak kerja juga.. Bie pun rindu, menyesal tinggalkan sayang tadi..”
“Dah Bie ni lebih lebih pula..Bie nak suruh sayang tengok apa!!”
“Sebelum tu.. Bie nak sayang cek dekat sini je.. boleh tak??. Rindu dekat sayang 5jam tak jumpa”
Tahira mengangguk kecil.. “Boleh!”
“Sini duduk sini” Hakeem menepuk pahanya..
“No!!.. office ni Bie..”
“Duduk je!”
“sayang tahu sangat dengan Bie.” Tahira menarik kerusi lalu duduk di sebelah Hakeem yang tidak hilang langsung senyumannya..
Share this novel