#14 SEKALI IMBAS

Romance Series 6067

Esoknya Hakeem lagi sekali ke kedai Zaitun. Awal-awal pagi kerana teringat akan karipap yang di makan semalam.. Zaitun tak sempat buka khemah Hakeem sudah sampai.. kerana Hassan cakap kalau lambat memang tak merasa..

Hassan la yang menolong Zaitun membuka khemah niaga Zaitun.. senang kerja Zaitun untuk hari ini..

“Anak Mak Cik tak sempat buat Nak.. dia balik kerja lambat semalam.. letih tak sempat nak menguli tepung.. Dia buat kuih yang senang je"

Hancur harapan Hakeem untuk makan karipap seperti semalam.. Memang tak merasa langsung hari ini.. “Kenapa Mak Cik tak buat je”

“Tak sempat.. sape nak masak Nasi mee semua ni” Zaitun bercakap sambil keluar barang niaga di dalam bonet kereta..

"Ermm.. Anak Mak Cik buat kuih apa yang senang tu" ada seperti sedikit rajuk suara Hakeem..

"Kuih lapis dengan talam ni. Dia buat juga" Ni pun buat tengah malam, pagi pun masih panas lagi.. Pagi ini Tahira tak sedar diri sudah di goncang banyak kali pun oleh Zaitun pun masih lena tidurnya.. Itu memang tanda anaknya sedang kepenatan.. Nasib baik setengah jam sebelum subuh sedar diri kalau tak, tak terpotong semua kuihnya..

“Mmm.. Boleh la Kuih lapis seringgit dengan nasi lemak Saya nak makan dekat sini.. nak kopi sekali” Dengan tidak malu Hakeem meminta kopi pada Zaitun.. Benda yang tidak di jual di kedai pun minta.

“Encik Hakeem ingat ni warung ke” Hassan menegur tidak kira la Hakeem itu majikannya atau tidak.. “ni kedai buka khemah jela.. Saya beli kopi kedai hujung sana sekejap”

“Tak apa!! Kopi nanti Mak Cik call anak Makcik suruh bawa” Zaitun terus call Tahira untuk di bancuhkan kopi..

Hakeem tersenyum.. “Hassan tolong Mak Cik.. saya boleh tunggu” Hakeem mencari kerusi di belakang gerai dengan tongkat untuk duduk..

Dalam 15 minit Tahira muncul di kedai Zaitun.. “Mak Bihun goreng satu..” perlahan suara Tahira. Tapi kerana kepekaan deria bunyi Hakeem, dia boleh dengar kerana masih pagi tiada gangguan bunyi yang lain.. Pada masa yang sama Tahira meletakkan kopi di atas meja..

Memang budak² sini panggil Zaitun Mak ke.. mesti panggilan glamour Mak Cik Zai ni..

“Lama tak jumpa Tahi…ra” Hassan menegur Tahira.. Tahira membalas dengan senyuman sahaja.. Kawan yang suka menyebuk di gerai Maknya.. dengan Hassan, Tahira tak hairan pun sebab dah biasa tapi tetap ada perasaan malu² dan takut walaupun sudah banyak kali Hassan menolongnya..

Dalam suasana masih malap Hakeem melihat ke arah Tahira sekali imbas.. tapi tidak nampak wajah perempuan itu.. kemudian Hakeem tidak menghiraukan apa yang berlaku di hadapannya, kerana berselera makan.. kemudian muncul pula pelanggan yang lain..

“Orang packing my own..”

“Lagi bagus.. kalau sempat bungkuskan sekali Nasi lemak” Zaitun mengarahkan anaknya..

Sat budak ni speaking ke tadi.. Hakeem lurutkan cermin mata hitamnya melihat Tahira yang sudah membuntuti dirinya.. Aku silap dengar ni.. Baik aku makan je.. Budak kampung pandai speaking ke..

Hassan dengan pantas beralih dari situ untuk memberi ruang pada Tahira.. kerana Tahira buat kerja lagi laju daripadanya.. Dah berape tahun bungkus nasi lemak confirm la mahir.. Hassan bungkus kena letak atas meja.. Tahira pegang pakai tangan je.. dalam beberapa saat siap..

Mak Cik ni percaya sangat dengan pelanggan dia la. Semalam Hassan hari ni perempuan ni pula.. dari beli bihun jadi tukang bungkus Nasi lemak..

Tahira bungkus tanpa bersuara.. dirinya kurang bersuara apabila ada orang lain di sisi keluarganya terutama lelaki.. terasa kekoh untuk bercakap.. Kalau dia dengan Zaitun je.. confirm macam² dibualkan..

Selepas siap membungkus beberapa bungkus Nasi lemak Tahira minta diri untuk pergi..

“I go first”

“Yela!!”

Tahira pergi tanpa bersalam kerana Zaitun sibuk melayan pelanggannya.. Hassan pula mengambil alih tugas Tahira tadi..

“Tahi!!!” kuat suara Zaitun menjerit memanggil anaknya.. “Bihun ni tertinggal”

Tersedak Hakeem apabila mendengar Zaitun memanggil perempuan itu dengan panggilan TAHI.. ada juga orang nama Tahi.. lurutkan cermin matanya untuk melihat siapakah bernama tahi Itu.. Ala tutup pakai helmet pula..

Tahira berpusing balik lalu mengambil bihun tersebut.. “TAHIRA!!! Orang dengar ingat nama orang betul Tahi” Tahira menegur Zaitun..

“Kamu tetap Tahi.. dah pergi” Zaitun menghalau anaknya sendiri.

Oh… aku Ingat betul nama Tahi.. macam pernah dengar la nama dia ni..aku kenal ke.. tapi mana kopi aku.. anak mak Cik ni tak Sampai sampai lagi.. nak juga tengok orang buat kuih karipap sedap semalam..

“Hassan air ni bagi dekat Hakeem” Zaitun menghulurkan tamos kecik kepada Hassan..

Tanpa membantah Hassan mengambil lalu di berikan kepada Hakeem.. Hakeem melihat Hassan.. “Bila hantarnya..”

“Baru je..”

“Tak nampak pun orang hantar”

Hassan meletakkan jari di bibirnya.. dia buta tapi boleh nampak kang kantoi baru tahu.. Hakeem terdiam kenapa dekat kedai Mak Cik mesti dia terlepas cakap.. semalam sekali hari ni dah sekali..

Esoknya Hakeem datang lagi.. dan karipap yang di inginkan ada.. tanpa teragak terus di beli lima ringgit dan makan di kedai Zaitun sementara menunggu Hassan menolong Zaitun membungkus nasi lemak..

Tahira melihat orang sama duduk tempat yang sama seperti semalam berselera makan.. siap dengan air kopi yang dirinya buat.. Pelik-pelik la pelanggan Mak ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience