Zulkifli singgah dahulu di kedai Zaitun sebelum meneruskan perjalanan untuk ke tempat kerjanya. hari-hari singgah kerana Hakeem hari-hari mahukan karipap.. Nasib la anak sorang.. pura-pura buta pun terima sahaja.. Nasib baik tidak seperti mula-mula dulu.. siap melepak dekat kedai ni.. selepas kes kantoi buta terus tak datang lepak.. hanya singgah beli.. mungkin terasa malu..
Mata Hakeem melilau mencari kelibat Tahira jika ada.. selalu memang waktu begini Tahira datang untuk menolong Zaitun sekejap sebelum ke tempat kerja..
“Kau tak sekolah ke Dik” Hakeem berbasah tekak menanya soalan pada Thaqif..
“MC setahun..” Thaqif jawab acu tak acu. malas ingin melayan Hakeem.
“Kau nak tipu pun pada-pada la..” bukan tak percaya saja nak meluangkan masa sementara menunggu Tahira muncul..
“Mak cakap!!” Thaqif menyuruh Zaitun yang cakap pada Hakeem yang tidak percaya akan kata-kata dirinya..
“Bukan setahun.. dah dua tahun MC..” Zaitun perbetulkan ayat anaknya.
“Nampak!! Mak lagi cakap dua tahun.. orang cakap tak nak percaya.. ingat aku saja-saja tak nak sekolah agaknya.. Dah ambik pergi” nada suara Thaqif sedikit kuat. Geram dengan Hakeem yang tidak percaya dengan kata-katanya..
“Apa cakap dengan orang datang beli macam tu..” Zaitun menegur Thaqif yang hampir hari-hari bersikap kasar dengan Hakeem sejak kes di hospital dahulu.. Nampak sangat Thaqif tidak sukakan Hakeem.. Tak suka tapi layan juga Hakeem ni.
“Dia yang cari pasal dulu..” Thaqif tidak berpuas hati apabila Zaitun menegurnya..
“Tak tahu Abang tanya la.. habis tu belajar macam mana” Hakeem melanjutkan lagi soalan.. tidak langsung berkecil hati dengan Thaqif.. dan sambil menunggu Tahira muncul.. Nak tegur tak berani.. tengok muka sekejap pun jadilah. Dapat juga melepaskan rindu.
“Tu yang ajar!!” Thaqif memuncungkan mulutnya kearah Tahira yang baru sampai..
Hakeem menoleh untuk melihat.. “Oh!! Ni duit! Hakeem menghulurkan kepada Thaqif.. “Keep the chance” Comelnya awak.. macam budak sekolah.. hilang sudah perasaan rindu ini..
“Memang tak ada chance pun” Dapat tengok akak terus bla.. Tak malu betul.. Thaqif tersenyum sedikit.
Hakeem senyum mendengar kata balas Thaqif.. Hakeem tahu walaupun Thaqif bersikap dingin dengannya tapi dirinya sebenarnya baik.. masih sahaja melayan setiap pertanyaannya..
Hakeem masuk ke kereta apabila dapat melihat Tahira walaupun sekali pandang.. sudah menjadi habitnya untuk melihat Tahira setiap hari. Itulah dulu belagak sangat tak ingin konon dengan Tahira tu.. tengok sekarang.. orang tu tak ingin dekat kau. Kau terhegih-hegih cari dia.. Tak tengok sehari macam apa gelisahnya..
“Dah!!” Zulkifli memandang Hakeem
“Dah Ayahda”
Zulkifli terus gerakan kereta untuk ke tempat kerja di bandar besar yang jarak dari rumahnya mengambil masa selama satu jam perjalanan.. Dalam perjalanan pergi kerja Zulkifli dan Hakeem lebih banyak diamkan diri dengar coleteh DJ radio.
“Ayahda Mahu” Hakeem menghulurkan karipap kepada Zulkifli
Zulkifli mengeling kepala.. “Dekat office nanti.. Lega sudah hati anaknda..”
Hakeem buat-buat seperti biasa walaupun agak terkejut dengan soalan dari Zulkifli.. “Beli kuih!! Bukan jumpa Tahira”
“Ayahda tak cakap jumpa Tahira” Zulkifli tersenyum dengan jawapan anaknya sendiri
Cis aku kena perangkap periuk api dengan Ayahda. kan dah kantoi. Aku pun satu bukan nak dengar betul-betul.
“Hakeem anak Ayahda.. Ayahda kenal diri mu Hakeem.. itulah dulu tidak mahu.. Anakda cakap ingin pergunakan anakda.. Sekarang anakda sendiri yang kejar Tahira.. kenapa anakda tak kekalkan sahaja apa yang anakda fikirkan dahulu. yang dia hanya ingin pergunakan anaknda”
“Memang salah Hakeem menuduh tanpa usul periksa.. menyesal pun tidak gunakan Ayahda pinangan sudah di tolak..” Hakeem mengeluh.. terlalu menyesal..
“Jika mahu Bonda pinangkan lagi sekali boleh saja anakda” Zulkifli cuba buang rasa kecewa di dalam diri Hakeem
“Tidak perlu Ayahda.. pasti akan di tolak… Ayahda!!!!”
Zulkifli dengan pantas menekan pedal break apabila dengan tiba-tiba lori keluar simpang pada lampu hijau mereka..
Jantung Hakeem terus berdegup kencang teringat kembali kemalangan yang membutakan matanya.. Allahuakhbar.. laillah ha illallah..
Pada Masa yang sama Tahira yang bawa motor dengan laju terkejut terus menekan break mengejut membuatkan dirinya tidak dapat mengawal handle.. sriikkk!! rrrill!! bump!!!
“Ayahda Ayahda.. Tahira” terkejut Hakeem melihat Tahira terbaring di atas jalan raya..
Zulkifli dan Hakeem dengan pantas keluar kereta di ikuti kereta lain untuk melihat keadaan Tahira..
Ni pun lama sudah tidak update.. mood ke laut betul. what happen to Tahira.. nantikan next chapter.. bila akan update lagi itu tak tahu.. semua boleh buat andaian sendiri. BYE.. yang confirm GILA akan di update esok..
Share this novel