Suasana malam di kedai mamak sangat riuh dengan kehadiran pelanggan yang ramai.. di sajikan juga perlawanan bola secara live membuatkan semua lupa akan masa berlalu dengan pantas..
“Qistina confirm dah jadi awek kau” Mata Aliff memandang seketika ke arah Hakeem yang sedang memandang screen di hadapan mereka..
“Aha.. Bonda aku setuju” Hakeem menyuapkan mee goreng mamak ke mulutnya..
“Dah yang kau dekat sini kenapa.. pergilah date dengan dia..”
“Maruah seorang wanita perlu di jaga.. pukul berapa sekarang bro nak aku date dengan dia.. Jumpa di siang hari memadai.. yang penting hati ini tahu keikhlasan masing-masing..”
Ikhlas… hahahahahah… “Wei.. sekarang bukan zaman kuno.. kau tengok meja sebelah.. selamber badak meraba awek dia.. ni peluang kau. Entah-entah dia tu dulu dah kena kongke dengan jantan lain.. tengok cara pakai baju pun Macam Tak cukup Kain”
“Tu kisah silam dia.. aku terima dia sebab sekarang.. setiap orang boleh berubah Aliff.. Tak semua orang baik.. Tak semua orang jahat.. aku nak kawin dengan dia cepat.. aku nak didik dia.. ubah dia jadi lebih baik.. aku tengah tunggu keputusan dia je untuk setuju”
“Seriouslah..” Aliff agak terkejut dengan apa yang di dengari dari mulut Hakeem
“Aku serious.. nak buat apa lagi kalau dah suka kawin jela.. tak perlu nak tambah dosa.. dia pegang tangan aku ni pun aku dah fikir api neraka tu bakar tangan aku ni..aku nak jadikan dia halal untuk aku.. kalau nak pegang ke nak lebih-lebih ke.. confirm dapat pahala..”
Aliff tersenyum sinis memandang Hakeem yang matanya sentiasa memandang ke screen di hadapannya.. Look and see Hakeem.. “Wei jom balik. Pukul 12 lebih dah ni.. esok nak kerja pula”
“Kau pergi dulu la. Aku nak habiskan mee aku ni”
Aliff bangun dari duduk dan menepuk belakang Hakeem.. “Kau bayar”
“Okay.. assalamualaikum”
“ Wa’alaikumusalam” Aliff pergi tanpa menoleh ke belakang lagi..
Masuk sahaja ke dalam keretanya tanpa perlu menunggu lama dia pergi meninggalkan kawasan kedai Mamak yang dia lepak bersama Hakeem.. Dia perlu balik berjumpa dengan Qistina, dirinya agak terkejut apabila Hakeem menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan bininya..
Masuk sahaja ke rumah Aliff terus ke bilik tidurnya.. di kejutkan Qistina yang sedang tidur..
“You dah balik ke!!” Qistina bangun dalam keadaan mamai..
“Why you not inform me Hakeem melamar you jadi isteri dia” Aliff terus menyajikan soalan tanpa berbasah bahasa lagi..
“Dia baru cakap siang tadi.. Tak sempat nak bagitahu.. ni pun I baru balik layan laki tua Musa tu” Qistina jawab dalam keadaan masih mamai..
“Dia tidur dengan you lagi ke..”
“Aha!! Stop la dengan dia tu.. penatlah layan nafsu tua dia tu.. tak berselera.. Hakeem sudah la..” Qistina bercakap dengan lenggok manja.
“Apa dia bagi hari ni..”
“Tu!!” Qistina memandang cabinet kecik di tepi katilnya..
Aliff ambik dan buka box berbaldu biru. Set barang kemas.. “You kena layan dia lembut-lembut.. dia bagi banyak daripada Hakeem.. Yang Hakeem tu you call sekarang cakap you belum bersedia” Aliff mengambil Handphone Qistina yang berada bersebelahan kotak berbaldu biru..
“Now!!” Qistina mengambil Handphone dari tangan Aliff.
“Yes!!”
Qistina mencari nama Hakeem lalu terus di hubungi..
Hakeem yang sedang memandu melihat panggilan dari Qistina dengan pantas dia berhentikan keretanya di bahu jalan..
“ Assalamualaikum you” lembut suara Hakeem menjawab panggilan Qistina..
“ Wa’alaikumusalam.. you tengah buat apa”
“Drive.. kenapa you call I pagi-pagi ni.. you tak boleh tidur ke”
“Aha!! I asyik fikir tentang lamaran you siang tadi.. Hakeem, I not ready la.. bagi I masa boleh” Qistina memandang Aliff di hadapannya.. tangan Aliff sudah merayap di kakinya, dia yang memakai gaun tidur yang singkat sudah merasa geli diperlakukan begitu..
Hakeem agak kecewa dengan jawapan Qistina.. “Okay you. You tidur la.. jangan fikir lagi.. Sorry lamaran I buat you tak boleh tidur..”
“Tak apa.. Bye Hakeem” Qistina terus mematikan panggilannya.. “You!! Kalau I terjerit tadi macam mana..” Qistina menolak tangan Aliff yang sudah berada di celah kelengkangnya..
“I know you can hold it..” Aliff buka baju dan seluarnya.. “I want today..”
“Tadi I baru layan Musa tu..” Qistina melihat nafsu Aliff sudah memuncak walaupun hanya melihat dirinya..
“Just two person one day.. tak effect apa-apa sayang.. I you wajib bagi.. I’m your husband” Aliff terus menindih badan Qistina walaupun isterinya menolak.. awal sahaja menolak bila dah dapat pasti tidak mahu berhenti..
Hakeem memandang handphonenya.. terasa sunyi sepi dengan tiba-tiba.. lupa nak buka radio patut sunyi.. Terus di tekan butang on kedengaran lagu luluh.. Time macam ni la keluar lagu sedih.. Macam mana nak bagitahu Ayahda dan Bonda akan keputusan Qistina.. harap buat masa ini Bonda tidak akan bertanya..
________________________________________________
Zulkifli melihat Jam di dinding menunjukkan jarum jam sudah jejak di nomber 12 tetapi Hakeem masih juga tidak muncul. Sudah berape kali cuba di hubungi tetapi tidak di jawab.. Bukan mahu mengongkong anak lelakinya tetapi Hakeem lah satu-satunya anak yang ada.. Hati orang tua mana tidak risau jika anaknya tidak balik-balik.. keluar rumah tadi pun tidak di beritahu..
“Kanda tidak tidur lagi” Kamariah menegur Zulkifli yang masih berada di ruang tamu..
“Tunggu anakda kesayangan kita Dinda.. Dinda sudah mahu tidur” Zulkifli bangun mengikut Kamariah ke dapur..
“Belum Kanda.. masih banyak paper Dinda belum tanda.. Kanda mahu air.. Dinda buatkan sekali”
“Buat sama seperti Dinda” Zulkifli berdiri di sebelah Kamariah..
“Baik Kanda” Kamariah mengambil dua buah mug. Dirinya perlukan caffeine untuk menghilangkan rasa mengantuknya.. masih banyak kerja sekolah perlu di lakukan..
Zulkifli terus kacau air nescafe yang di bancuh Kamariah untuk dirinya.. Beginilah hari-hari nya bersama Kamariah.. tinggal berdua dan selalu bermain dengan kata-kata sebab itu bahasa yang di gunakan oleh seluruh keluarganya sedikit berbeza dengan orang lain.. jika di dengari orang luar pasti akan di katakan mereka sekeluarga buang tabiat..
Zulkifli mengikut Kamariah dari belakang menuju ke bilik kerja mereka.. Kamariah duduk di meja kerja manakala Zulkifli duduk di sofa sambil membaca buku..
“Dinda.. Kanda tidak yakin dengan keputusan Hakeem mahu berikan kuasa akaun company kepada Qistina..” lama Zulkifli berfikir pendam perasaan, akhirnya di luahkan juga pada Kamariah.. Dari mula-mula dirinya bersama Hakeem ingin buka Syarikat sendiri, Kamariah sudah katakan tidak mahu masuk campur kerana bukan bidangnya.. Kadang kala Zulkifli terpaksa juga luahkan perasaannya kepada Kamariah bagi menghilangkan kekusutan yang berlaku.
Kamariah berhenti melakukan kerjanya lalu memandang Zulkifli.. “Kanda sudah bagitahu Hakeem”
“Sudah Dinda.. tapi Hakeem terlalu yakin dengan Qistina.. Yakin Qistina tidak akan cuba membuat perkara buruk pada company.. Kanda bukan tidak percaya pada Qistina tetapi perlu juga berjaga-jaga. Lagikan duit segengam bergaduh sekeluarga. Inikan pula duit berjuta di depan mata”
“Ikut saja keputusan Hakeem Kanda.. tapi seperti biasa Kanda perlukan plan ke dua.. jika terjadi apa-apa tidak diri ini merana.. Kita hanya boleh mengharapkan Qistina jujur dan ikhlas dalam kerjanya.. Dinda lihat Qistina Itu baik.. harap apa yang di nampak pada mata kasar kita, sama juga hatinya..” Kamariah tetap cuba menyedapkan hatinya walaupun dia sendiri sebenarnya berbelah bahagi Hakeem bersama Qistina..
“Yela Dinda.. Terima Kasih bagi kata-kata dapat menyedapkan hati Kanda..” Kamariah berikan senyuman sebelum berpaling semula untuk meneruskan kerjanya..
Hakeem tiba di rumah pada awal pagi.. jam menunjukkan pukul satu lebih.. dirinya terleka dan tidak sedar akan waktu yang berlalu apabila melepak bersama Aliff.. Melihat bilik kerja Kamariah dan Zulkifli masih di terangi cahaya lampu, Hakeem terus menuju ke bilik Itu.. Di ketuk dua kali sebelum di buka pintu..
“ Assalamualaikum Bonda Ayahda”
“ Wa’alaikumusalam” serentak Kamariah dan Zulkifli jawab Salam dari anaknya dan mata mereka bersama-sama memandang ke arah Hakeem..
“Maaf anakda balik lambat.. tidak perasan akan waktu yang berlalu..” Hakeem masuk ke dalam bilik lalu duduk di sebelah Zulkifli..
“Kamu ke mana!! Bukan kelab malam kan!” Zulkifli bertanya. Risau jika anaknya mula bersocial, walaupun lelaki perlu di jaga elok.. walaupun sudah dewasa Hakeem masih lagi seperti kanak-kanak bagi dirinya..
“Tidak Ayahda.. Hakeem tak pernah ke sana. Hanya lepak di Mamak bersama Aliff sambil berbual.. tidak sedar akan waktu yang berlalu”
“Jika tidak bagus la.. Jangan Bawa Qistina keluar hingga lewat malam.. dia Itu wanita perlu kamu Jaga kehormatan dirinya..” Setiap kali Hakeem balik lambat, pasti ayat yang sama Kamariah berikan kepada Hakeem..
“Tidak Bonda.. hanya kawan lelaki sahaja tadi..” risau benar Bonda akan keselamatan Qistina.. Hakeem tidak pernah buat benda tidak elok pada Qistina Bonda..
“Kamu pergilah bersihkan diri.” Zulkifli memegang bahu Hakeem..
“Ye Ayahda.. Hakeem terus masuk tidur.. Ayahda dan Bonda jangan tidur lewat sangat” Hakeem sudah berdiri untuk pergi ke biliknya..
“Ye” Kamariah memandang ke arah Hakeem lagi sekali.. “Good night”
“Good night” Hakeem menutup kembali pintu yang di biarkan terbuka tadi..
“Jom kanda tidur.. anakda Kita sudah Selamat sampai” Kamariah meletakkan tanda di kertas ujian yang di tanda..
Zulkifli turut menutup buku lalu di letakkan di atas meja sahaja kerana esok ingin di sambung baca semula.. “Dinda pun tunggu Hakeem”
“Ye Kanda.. itulah satu-satunya anak kita..”
Share this novel