Tahira balik lebih awal daripada sebelum ini. baru pukul 4 sudah tiba di rumah.. baliknya di sambut oleh Kamariah yang sedang duduk santai di ruang tamu..
“ Assalamualaikum”
“ Wa’alaikumusalam..”
“Bonda Tahira masuk ye”
“Ye pergilah” Tahira terus masuk ke dalam rumah, selepas Kamariah mengizinkan. Tahira ni muka pucat kenapa pula, pagi tadi okay je.. awalnya dah balik baru pukul berape..
Hakeem masuk ke bilik melihat Tahira sedang tidur.. di gegar badan Tahira agar bangun.. “Bangun!! Apa tidur time macam ni” Keras suara Hakeem menegur Tahira..
Tahira bangun memandang Hakeem yang memandang dirinya dengan pandangan marah.. “Awak dah balik” Tahira mengambil tangan Hakeem untuk bersalam tapi di tarik semula oleh Hakeem..
Hakeem terus masuk ke bilik mandi untuk bersihkan dirinya.. Tahira diam tidak tahu mahu cakap apa lagi untuk sejukkan kemarahan Hakeem.. dia Rasa lebih baik diam daripada bersuara, Tahira bangun mengambil baju untuk Hakeem pakai di letakkan di atas tilam kemudian turun ke bawah..
“Bonda hari ni Tahira tak pergi masjid” di beritahu terlebih dahulu sebelum dirinya di tunggu.
“Ye!! Tahira okay tak ni.. muka pucat dari balik tadi”
“Sakit perempuan Bonda..”
“Oh.. kamu pergilah rehat” Kamariah faham keadaan Tahira. dirinya yang tiada rahim ni pun kerap terasa sakit terutama di bahagian sendi².
“Ye Bonda” Tahira ke dapur untuk mengambil air panas kemudian masuk semula ke biliknya.. menanti Hakeem siap mandi..
Dia ni muka tak pucat tak boleh ke.. asyik-asyik pucat.. aku tak buat apa lagi dah pucat..Penatlah la tengok muka orang pucat je ni..
Tahira melihat Hakeem mengambil sendiri baju di almari, baju yang di sediakan di ambik balik.. di letakkan semula ke dalam almari.. Tahira biarkan sahaja apa yang Hakeem mahukan.. Malas sudah ingin terasa hati..
Hakeem siap pakai baju terus keluar tiada sepatah pun ayat keluar dari mulutnya.. Tahira pun begitu.. Hakeem yang mulakan dulu jadi dia turutkan saja..
_________________________________________________
Balik dari masjid Kamariah melihat makanan sudah terhidang di atas meja makan.. tidak perlu dia kelam kabut menyajikan makan..
“Hakeem panggil Tahira makan”
Hakeem menurut sahaja arahan Kamariah.. berat kakinya mahu melangkah.. Pintu bilik di buka..
“Turun makan!”
Tersentak Tahira apabila Hakeem dengan tiba-tiba menyergah ketika dia sedang hampir terlena. “Saya tak nak makan.. awak pergilah makan”
“Nanti Bonda bising. Turun sekarang” Hakeem tetap berkeras.
“awak cakap jela Saya nak rest”
“Yang degil sangat kenapa!!! Turun” semakin kuat suara Hakeem memarahi Tahira.
Bantal di lemparkan ke Hakeem “Awak tak suka saya sudah la.. jangan marah saya.. bukan awak rasa pun apa saya rasa”
“Rasa apa!! Ingat baik sangat baling bantal dekat suami”
“Period pain!! Awak bukannya boleh rasa.. awak tu laki!!” Tahira menutup mukanya dengan selimut lalu menangis sepuas hati…
“Setakat period pain.. bukan teruk sangat.. suka hati awak la” Hakeem menutup pintu bilik.
Kamariah melihat Hakeem turun seorang diri. “Tahira mana”
“Period pain tak ada selera makan dia cakap” nampak sangat Hakeem seperti terpaksa ketika Kamariah suruh memanggil Tahira tadi..
“Bukan lepas kawin selalu hilang Sengugut..” Zulkifli bertanya.. Saja bertanya ingin tahu jawapan yang Hakeem akan berikan
“Memang la tak hilang.. baru nak peluk dah kena ni” Hakeem menunjukkan matanya yang merah.. sampai bila agaknya nak macam ni..
“Padan muka dekat kamu!!” Kamariah memang suka Hakeem kena pukul oleh Tahira.. jangan ingat perempuan ni lemah.. Semua terjadi bermula dari anaknya sendiri.
“Tak lama lagi okay la tu.. pegang tangan dah tak mengelak” Zulkifli cuba menyedapkan hati Hakeem dan memujuk anaknya.
“Sebab Hakeem ni tak nampak.. hari tu di biarkan je Hakeem ni langgar tiang, masuk parit.. kalau tak kerana tiang tu sampai sekarang tak boleh sentuh agaknya..”
Tahira yang keluar bilik untuk teman Hakeem makan terbantut untuk teruskan langkahnya apabila Hakeem mengadu mengenai dirinya pada orang tuanya. Di biarkan Hakeem habis berkata-kata baru di teruskan langkahnya dan buat seperti biasa..
“Dah makan jangan banyak complaint..” Kamariah malas hendak dengar cerita anaknya. tahu sangat semua bermula dari Hakeem sendiri.
“Ayahda nak cakap sikit!!” Zulkifli berhenti menyuap makanan ke dalam mulutnya lalu memandang tepat ke mata Hakeem.. Tahira turut berhentikan langkah kakinya. Zulkifli dengar apa yang di gaduhkan oleh Hakeem tadi dengan Tahira.. bukan niat mahu masuk campur tapi anaknya perlu di tegur..
“Hakeem sebenar beruntung dapat Tahira tu. Ingat senang ke zaman sekarang dapat seorang isteri yang tak pernah sentuh lelaki ajnabi sebelum dia berkahwin.. dia pandai jaga maruah diri dia. pandai jaga nama baik keluarga dia. Semua orang kenal Tahira tu sebab baik.. tahu Apa orang sini cakap dekat Ayahda Dekat Bonda apabila tahu Tahira akan jadi isteri kamu.. diaorang puji, cakap dengan Bonda Ayahda.. beruntung sebab dapat Tahira jadi menantu.. Kamu ingat hari pertama kita pindah sini.. ada seorang Ayah marahkan anaknya tepi jalan besar sana.. ingat dia marah anaknya macam mana. sebab tak balik rumah duduk rumah lelaki bukan muhrim.. Ayahda sampai sekarang ingat orang tu ada sebut nama Tahira. Kamu tak ingat Ayahda boleh Ingatkan..”
Kamariah yang sudah berhenti makan sejak tadi hanya diamkan diri.. tahu bila suaminya marah akan panjang lebar takzirah yang akan di berikan.. Hakeem juga begitu.. diam membisu..
“Kenapa Kau tak boleh jadi macam Tahira.. Dia tak ada bapak boleh jadi baik.. kau ada ayah tak pernah nak dengar kata.. itu yang ayah budak tu cakap.. Sebab apa ayahda ingat, sebab Tahira nama yang jarang sekali orang guna.. Ayahda terus mahu tahu, mahu jumpa, mahu tengok sendiri Tahira tu macam mana. Sebab tu bila Bonda mahu kamu kawin dengan Tahira Ayahda tak pernah halang.. sebab Bonda mahukan yang terbaik untuk kamu. sepanjang Tahira duduk sini. Ayahda Bonda senang dengan dia..”
Tahira mengesat air matanya yang mengalir apabila dengar kata-kata dari ayah mertuanya.. Ingatkan mertuanya turut akan berkata buruk padanya tapi sebaliknya yang di dengari.
“Ayahda Bonda ni rasa betul² beruntung dapat jadikan Tahira menantu. Kamu tengok muka Tahira bila mula-mula kamu sentuh tangan dia.. macam mana dia tahan perasaan gemuruh dia tu. Bila Bonda suruh kamu tidur dekat sofa.. Tahira tak bagi walaupun dia tahu bila-bila masa dia boleh pengsan sebab terkejut kena peluk dengan kamu.. Ayahda tahu dia pun cuba terbaik untuk ubah diri dia terima kamu.. bukan dia tak boleh sentuh kamu terus dia lari. Halau kamu dari keluar bilik tidur”
“18 tahun dia hidup tak pernah sentuh lelaki, bukan senang nak ubah dalam sekelip mata.. Dalam rumahtangga kena banyak bersabar.. kamu yang lebih tua dari dia kamu kena matang bukan kamu lagi kena merajuk”
“Lagi satu kamu kata period pain tak sakit.. Kamu pernah jadi perempuan rasa semua tu.. jangan pandang sebelah mata bila isteri kamu kata sakit.. Kalau dia tak sakit, muka Tahira tu tak pucat macam Ayahda nampak tadi. Satu hari bila Tahira mengandung, Ayahda doakan kamu rasa semua alahan biar kamu rasa.. Kalau Tahira kena kamu akan kata dia mengada-gada”
“Dah makan” Zulkifli menyambung makan semula selepas puas berikan nasihat, kata-kata pada Hakeem..
“Tahira makan” Kamariah menegur apabila melihat menantunya muncul.
“Tak nak Bonda. Tahira nak teman Abang Hakeem makan saja” Tahira menarik kerusi di sebelah Hakeem lalu duduk.
Hakeem memandang Tahira yang senyum padanya.. kenapa awak senyum, kenapa nak teman Saya lagi. tadikan Saya marah awak. awak tahu kan kalau awak senyum saya bukannya nampak..
“Makan sikit nanti sakit perut” Hakeem cuba memujuk Tahira.. dengar kata-kata dari Ayahdanya tadi buatkan Hakeem tersedar akan kesilapan dirinya.. dengan Tahira turun semata-mata untuk menemani dirinya makan lagi buat hatinya pedih teringat apa yang dia lakukan pada Tahira dua hari ini..
“Tak!! Awak makan la.. awak nak lauk lagi saya ambikkan..” Dari nada suara Hakeem, Tahira tahu Hakeem tidak marahkan dirinya lagi.
Hakeem mengangguk kepala..
“Awak nak apa?. Ikan sayur?”
“Ikan!!”
“Jap ye awak” Tahira bangun untuk basuh tangan lalu di ambil piring kemudian duduk kembali di sebelah Hakeem.. Di ambil ikan di letakkan di dalam piring lalu di buang tulang dan berikan isi pada Hakeem “Awak ni” Tahira bawa tangan Hakeem ke isi ikan yang sudah di buang tulangnya.. “Awak makan je.. tulang semua saya dah buangkan”
Hakeem mahu menangis melihat cara Tahira melayan dirinya.. YA ALLAH Teruknya aku layan Tahira sebelum ini..
Tahira bukan main baik layan. kalau tak sedar diri lagi tak tahu la Bonda.. Bonda pial-pial teling kamu tu sampai putus.. tak pun Bonda cucuk terus mata kamu tu bagi buta semula..
“Tahira betul okay ke.. tengok muka kamu pucat sangat” Zulkifli menegur..
“Okay Ayahda..” Tahira berikan senyuman tidak mahu mertuanya risau.
“Kalau tak okay bagitahu Ayahda hantar pergi klinik”
“Tadi petang Tahira dah pergi Ayahda..” Tahira melihat Hakeem termenung dari tadi.. “Awak makanlah. Apa termenung tu”
“Ha!” Hakeem menyuapkan makanan ke mulutnya..
Kamariah yang sudah makan bangun ke dapur.. di bancuhkan air panas bersama madu untuk di berikan kepada Tahira.. Di letakkan di hadapan Tahira “Tahira minum ni.. bagi lega sikit perut tu..”
“ terima Kasih Bonda” Terasa beruntung dapat mertua yang sangat baik dan memahami dirinya
Share this novel