#38 MINGGU PERSEDIAAN 3

Romance Series 6067

MINGGU KELIMA......

Seperti biasa Hakeem berjumpa Tahira di kedai Nasi lemak Zaitun.. dengan tergedik gediknya mengalahkan Tahira yang perempuan ni..

“Awak esok boleh pergi pejabat agama dah.. hantar-hantar borang interview lulus boleh terus nikah..”

“Boleh tak pergi next week.. Saya tak sihat la” Boleh nampak Tahira muka pucat lesu tidak bermaya..

“Awak demam ke.. jom Saya hantar pergi klinik..” Suara Hakeem menjadi risau.

“Bulan mengambang di pagar bintang” Thaqif menyampuk.. akaknya ni pun satu.. Dah tahu sakit sibuk nak datang kedai.. Nak jumpa buah hati dia lah tu.. Ingat orang tak tahu agaknya.

“Bulan mengambang!!..” Hakeem berfikir.. dia tahu Thaqif sedang memberi hint kepadanya.. perlu dia tangkap olahkan sendiri.. Apa benda tu.. biarlah.. Balik tanya Bonda..

“Kalau macam tu next week la.. awak rehat ye.. Jom Saya hantar awak balik” Hakeem sudah ke belakang kedai.

“eh!! Tak payah.. Kang jadi benda lain pula.. kamu je balik..” Zaitun menghalang Hakeem

Terus muncung mulut Hakeem apabila Zaitun tidak memberi izin dirinya untuk hantar Tahira balik rumah “Yela.. kuih mana kuih!” Hakeem menghulurkan tangannya..

“Dah akak sakit jadi tak ada kuih.. lain hari la ye” Thaqif membalas..

“Ala.. Tak apa la.. awak rehat ye.. jangan kerja kuat-kuat sangat”

“Ye..”

“Bye awak..”

“Bye!!”

“Bye” Hakeem ucapkan Selamat tinggal tapi tidak pergi dari situ..

“Dah balik!!” Thaqif menarik tangan Hakeem masuk ke dalam keretanya.. “Makin tergedik aku tengok la..”

(Persetujuan makhamah syariah membenarkan Tahira kawin dah awal-awal Zaitun tu mohon.. settle dah pun.. Zaitun nak permudahkan urusan anaknya.. Hakeem je ni yang terhegih-hegih.. Hari tu bukan main nak cepat..)
_________________________________________________

MINGGU KEENAM....…..

Zulkifli dan Kamariah menghantar Hakeem dan Tahira ke pejabat agama sebaik habis waktu mengajarnya.. Tahira bernasib baik tidak perlu mengambil cuti kerana waktu kerja sektor awam johor pada hari ahad hingga khamis.. Tahira pula kerja isnin hingga jumaat.. Hakeem kerja sendiri tiada siapa kisah akan dirinya..

“Jom awak masuk sama-sama” Hakeem buka pintu kereta untuk turun..

“Ye!!” Tahira jalan menonong tinggalkan Hakeem..

“Awak!! Bawa la Saya..” dah suruh jalan sama tinggalkan juga..

Tahira berpatah balik dan memegang lengan baju Hakeem dengan hujung jarinya..

Aduh hai Tahira ni.. Macam ni pun boleh ke.. Tahu la elergi lelaki tapi tak kan Tak nak kena sentuh langsung.. bacteria banyak sangat ke dekat tangan badan tunang awak ni..

Tahira menghantar borang kawin di pejabat agama kemudian Hakeem di interview oleh penemuduga.. semua berjalan lancar dan lulus sudah untuk mereka bernikah..

“Awak kita terus kawin sekarang la..”

“Tanya Mak” Jawab yang selalu di berikan kepada Hakeem

Tak ada jawapan lain agaknya. Asyik Mak. Anak Mak betul “Mak confirm tak bagi”

“Tak bagi tunggu” Acu tak acu Tahira membalas kata-kata Hakeem kerana malas hendak melayan. Grandpa dah bagi warning belum kawin jangan di layan nafsu dalam diri nanti bawa hingga dapat dosa sebab tu layan Hakeem ni macam wujud tak wujud je.

“Kamu miang sangat kenapa Hakeem..” Kamariah menegur Hakeem yang sudah tidak menyabar..

“Saja je..kacau Tahira..” Suara Hakeem seperti merajuk. Merajuk kerana Tahira tidak melayan dirinya. Rasa tidak seperti pasangan kekasih pun dengan Tahira.

“Bonda nak cari kain untuk Bonda pakai masa kenduri nanti.. Tahira teman ye.. baru Bonda hantar balik.. Bonda dah bagitahu Mak Tahira. dia izinkan..”

“Ye Bonda”

_________________________________________________

MINGGU KETUJUH......

“Mak nak tengok la.  Lepas kamu kawin dengan Tahi nanti hari-hari tak datang sini..” Zaitun sudah Naik rimas dengan Hakeem yang hari-hari muncul di depan kedainya dalam keadaan tergedik. Setiap katanya mempunyai lenggok tidak sesuai langsung dengan Hakeem sebagai lelaki.

“Sebab Tahira dah masakkan dekat rumah.. Tak datang la.. Saya datang sebab nak beli yang Tahira masak je..” berterus terang tanpa berselindung Hakeem pada Zaitun..

“Bertuah punya budak..”

“Mak jangan marah.. Hakeem jawab jujur..” di berikan senyuman manis pada bakal Mak mertuanya..

“Tahira kamu jangan masak untuk suami kamu nanti.  Biar hari-hari datang sini”

“Mak Tahira kena dengar cakap suami..” Hakeem membalas lagi..

“Sakit kepala aku la layan kamu… Dah kamu nak apa!!” Sama perangai dengan Tahira ni suka sangat melawan.. memang patut pun berjodoh..

“Nak ajak pergi cari hantaran sama-sama”

“Tak payah!! Minta telekung je pun.. nak cari sama apa!!”

“Mak ni.. Tak feel romantic sikit..”

“Nak romantic nanti bila kamu dah kawin.. sekarang Tahi ni bawah jagaan Mak lagi..”

“Kedekut betul la Mak ni.. Thaqif Mana Mak!!”

“Sekolah kan ahad ni.. rindu Thaqif pula ke..”

“Rindu la.. Thaqif kan hari-hari keluarkan kata macam Mak!!” Tanpa rasa bersalah Hekeem menyakitkan hati Zaitun.. dia tahu Zaitun tak terasa pun kerana bakal Mak mertuanya open minded tidak seperti orang kampung lain.

Ya Allah.. bakal menantu aku sorang ni.. sabar sabar..
_________________________________________________

MINGGU KELAPAN.......

“Tak pula datang Hakeem hari ni” Zaitun sudah pelik Hakeem tidak pula muncul.. rindu pula dengan si Hakeem ni sekali tak jumpa..

“Merajuk kot Mak.. semalam Mak halau dia..” Tahira menduga..

“Mak tak percaya dia merajuk.. confirm sekejap lagi dia sampai” kalau merajuk dari dulu dia dah merajuk.. Thaqif buat dia dulu lagi teruk.

Tidak lama kemudian.. seperti yang di duga oleh Zaitun..

“ Assalamualaikum Mak.. Mak sihat..” Hakeem datang dengan senyuman lebar di pipi.

“ wa’alaikumusalam. Alhamdullilah sihat..”

“Mak kad jemputan dah siap!!. Ni Mak punya” Hakeem menghulurkan beg kain berisi kad jemputan kawin antara dirinya dan Tahira..

“Kan Mak dah cakap.. mesti ada jela alasan untuk dia datang sini jumpa kamu” Zaitun berbisik pada Tahira..

“Awak awak.. tinggal sebulan je lagi.. awak excited tak” Di pandang Tahira dengan malu-malu kucingnya... dengan bercakap dengan lenggok nada suara mengedik..

“Tak pun” Confirm la berdebar.. takutnya..

“Saya sorang je ke excited” Di muncungkan bibirnya ke hadapan kerana jawapan Tahira tidak seperti yang dia mahukan.

“Ye kot”

Zaitun boleh geling kepala sahaja melihat Hakeem.. gediknya la bakal menantu aku ni.. Mak Harap lepas kawin Tahi tak ikut perangai kamu Hakeem.

_________________________________________________

MINGGU KE SEMBILAN.......

“Mak kuih 5 ringgit campur campur..”

“Hari ni kelam kabut sangat kenapa!!” Zaitun pelik melihat Hakeem yang tidak seperti selalu.. terlalu tergesa-gesa.

“Nak hantar kad kawin dekat sedara jauh.. kalau lambat nanti lambat sampai.. sebab banyak tempat..”

“Kalau dah tahu lambat tak payah la datang sini..”

“Tak boleh.. rindu dekat Tahira.. sehari tak jumpa bagaikan setahun..” tersenyum Hakeem melihat bakal isterinya yang sudah tunduk malu sebaik nampak tunangnya sampai.

Tahira apabila nampak bakal suami automatic tundukan kepalanya lalu tersenyum senyum sendiri. Tahira Senyum memandang Hakeem sekali imbas.. hatinya juga berbunga dapat dengan ayat manis keluar dari mulut tunangnya itu..

“Nah ambik!!

“Thank you Mak.. bye awak.. esok saya tak dapat jumpa awak.. Saya call ye nanti”

“Ye.. bye!!” Di balas lambaian Hakeem hingga terjenggah kepalanya untuk melihat..

“Kamu pun dah tergedik Macam Hakeem”

Tahira Senyum sahaja.. semakin lama perasaan sayang dan cinta pada Hakeem semakin berputik merkah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience