“Bonda!!”
“Bonda!!!!”
“Bonda!!!!!”
Nampak sangat Hakeem tidak sabar untuk menceritakan berita gembira kepada Kamariah.. Zulkifli sudah tahu berita Itu selepas Hakeem balik dari melawat Thaqif..
“Apa Bonda Bonda ni” Kamariah terasa bingit dengar panggilan dari Hakeem..
“Tahira akan jadi menantu Bonda” Hakeem bercakap dengan gembira sekali..
“Itu pun nak terjerit panggil Bonda macam apa” Kamariah yang sudah memusingkan badannya memandang Hakeem semula..
“Bonda ni tak suka ke!!!” Hakeem kecewa dengan reaksi Kamariah.
“Jap kamu cakap tadi.. Sapa menantu Bonda” Kamariah bertanya lagi sekali mahu kepastian apa yang di dengari..
“Tahira la…”
“Betul Bonda dengar ni” Kamariah melihat suaminya.. dan Zulkifli mengangguk kepala tanda apa yang di dengari betul..
tersenyum lebar Kamariah terus di pegang tangan Hakeem dan di bawa anaknya menari ikut dirinya.. “Bonda happynya..”
“Hakeem pun”
Dua beranak Itu menari dengan girang sekali.. Tangan Zulkifli turut di tarik untuk mengikut mereka menari…
_________________________________________________
Tok Imam memandang Hakeem di hadapannya macam monyet dapat pisang dah budak ni aku tengok “Tak mati anak dah anak kau” Tok Imam menegur Zulkifli yang duduk di sebelahnya..
“Dapat jawapan dah.. tu muka macam tu” Zulkifli faham maksud Tok Imam.. dia sendiri merasa meremang bulu roma melihat Hakeem seperti orang gila.. tersengih-sengih sendiri..
“ Alhamdullilah.. tu jadi macam nampak bulan depan mata tu”
“Aha Tok!!.. sama dengan orang rumah saya.. macam Hakeem juga la tu.. memang betul-betul ikut perangai Bonda dia”
“Bagus la tu.. apabila orang tua suka berkat hidup anaknya.. bahagia di rasa”
_________________________________________________
Menyampah Thaqif melihat Hakeem asyik tersengih memandang akaknya.. “Abang dah macam kambing saya tengok”
“Tak apa la kambing pun” mata Hakeem tetap memandang Tahira di hadapannya..
Tahira pula sudah gelisah di pandang sebegitu rupa.. Rasa mahu menutup kepalanya dengan kain selimut Thaqif.. dia bukan nampak aku pun. Kenapa aku nak malu-malu ni…
“Awak sihat” Hakeem mula bertanya apabila sejak tadi hanya memandang Tahira di sebalik cermin mata hitam tanpa sebarang suara.. Puas dapat lepas rindu..
Tahira mengangguk kepala.. Tahira kau angguk kepala dia bukan nampak.. tapi nak cakap malu..
“Abang tanya salah orang la!!” Thaqif mencelah
“Thaqif Abang dah tahu.. tengah sakit” Selamber sahaja Hakeem membalas kata-kata Thaqif.
Sakit hati Thaqif mendengarnya jawapan dari Hakeem.. “Nak pergi dating jauh-jauh la.. semak dekat sini”
“Kena ada orang ke tiga.. kalau dua je.. nanti ada yang ke tiga tak nampak lagi bahaya.. Awak dah makan”
“Belum!!” sepatah sahaja Tahira menjawab kerana malu..
“Jom makan sama-sama” Hakeem mencuba nasib.. mana tahu kali ni Tahira mahu makan bersama dengannya..
“Bagus!! Nyah dua-dua dari sini”
“Makan dekat sini” Hakeem menyambung ayatnya kembali..
“YA ALLAH kau cekalkanlah jiwa aku menyaksikan drama entah apa-apa di depan mataku ini”
“Tak apa.. Saya makan dengan Adik je”
“Tak sudi ke makan dengan saya”
“Tak!!” malu² Tahira menjawab pertanyaan Hakeem. rasa macam nak sorok muka ni.
Terkejut Hakeem Tahira jawab dengan Hakeem.. “Kenapa??”
“Nanti tak boleh telan” Cakap pun dah malu lagikan makan bersama.. makan masuk mulut pun belum tentu dapat.
masam terus muka Hakeem mendengar jawapan dari Tahira.. teruk sangat ke muka aku ni sampai nak telan makan pun tak boleh. jujur betul bagi jawapan dekat aku..
Thaqif dah ketawa apabila perlawaan Hakeem di tolak oleh Tahira.. “Dah Abang..boleh balik.. dah kena reject.. esok cuba lagi”
“Yela!! Abang balik dulu.. assalamualaikum.” Hakeem terus bangun dan pergi meninggalkan katil Thaqif dan Tahira..
Sudah seminggu Hakeem ke hospital saat Tahira ada bersama Thaqif.. cuba untuk mengenal hati budi masing-masing.. Tapi sangat susah untuk berkomunikasi dengan Tahira yang malu-malu dengannya.. Ada sahaja kata untuk membuat Hakeem mati kutu untuk bersuara atau pun kecewa dengan jawapan yang di terima dari Tahira
Tapi pada masa yang sama juga Hakeem merasa bahagia, girang.. merasa lebih bahagia bersama Tahira daripada bercinta dengan Qistina dahulu. walaupun cara bercintanya kali ini jauh berbeza.. mungkin kerana keberkatan dari orang tuanya.. atau kerana kehormatan, adap di jaga saat bersama Tahira..
Tahira terus mengusap dadanya apabila Hakeem berlalu pergi. “Macam tak cukup nafas akak rasa”
“Dia orang je pun bukan hantu” Thaqif boleh nampak muka akaknya cuak apabila berdepan dengan Hakeem.
“Macam mana akak nak kawin dengan dia.. tidur sekatil”
“lama-lama okay la.. akak tak biasa tu nervous lebih” Thaqif cuba membuang perasaan takut Tahira. Siapa lagi mahu menenangkan hati perasaan Tahira jika bukan dirinya..
_________________________________________________
Share this novel