#54 MANDI

Romance Series 6067

Berebut Tahira dan Hekeem mahu bersihkan diri.. masing-masing mahu mandi dulu kerana tidak tahan lekit.. dua-dua sudah berada di dalam bilik mandi..

“Awak mandi la.. saya nak basuh kasut ni.. kasut awak pakai mana.. sini saya basuhkan sekali” Tahira mengalah.. malas nak bergaduh sebab mandi sahaja..

“Saya ambik kasut awak jangan kunci pintu” Hakeem was-was apabila Tahira mengalah.. Bukan boleh caya budak kecik sorang ni..

“Ye!!” Tahira buang pasir pasir yang melekat di kasutnya.. nasib baik la nak terbawa berus kecik ni, sabun basuh sekali..

Hakeem letakkan kasut di hadapan Tahira.. “Awak nak mandi sekali dengan saya”

“Tak nak!! Dah mandi nanti saya nak mandi pula” gatal laki aku ni la.. ingat tak tahu la tu kalau mandi sekali jadi apa..

“Awak jangan tengok saya” Hakeem tersenyum sudah melihat Tahira

“Tak ada kuasa nak tengok” Tahira memalingkan badannya agar tidak nampak susuk badan Hakeem..

______________________________________________

 

Siap sahaja mandi Tahira terus terbaring di atas katil.. terasa letih sangat.. semalam tidur pun sejam sahaja kemudian pagi-pagi dah keluar..

“Awak nak tidur ke”

Tiada sahutan dari Tahira..

“Awak” Hakeem memalingkan badan Tahira yang menyiarap.. memang sudah tidur pun bukan nak tidur lagi.. “Saya lapar ni awak”

Hakeem keluar sendiri mencari makanan berlauk yang di hidangkan di resort tempat tinggalnya.. Sape nak jadi sasaran aku ni.. di balik cermin mata hitam Hakeem melihat pekerja resort yang boleh menolong dirinya yang buta ini.. Tak nak perempuan, Tahira nampak habis jealous merajuk aku juga susah..

“Sorry sir.. can you bring me to any staff this resort”

“I staff here.  Any problem sir”

“I blind.. lapar.. tolong saya bawa ke restoran.. lepas tu bagitahu ada lauk apa” pada masa sama perut Hakeem berbunyi terus di pegang perutnya.

“Boleh. ikut saya” pekerja resort angkat tangan Hakeem agar memegang tangannya baru mereka jalan beriringan.. “Wife Encik tak ikut makan sekali”

“Macam mana kenal my wife” Terkejut Hakeeem apabila pekerja resort bertanya akan Tahira..

“Pagi tadi masa Encik pergi breakfast ada terserempak.. lagipun kami sudah dimaklumkan ada customer OKU.. jadi apa-apa pertolongan kami kena siap sedia”

“Oh!!!.. ingatkan apa tadi..” Buat aku cuak je.. Bini aku tu penakut dengan orang tak kan la ada buat salah... Tapi bagus la resort ni.. care about OKU

“Encik minta tip boleh”

“Belum sampai dah minta tip” baru puji dalam hati dah minta tips

“Bukan tip tu.. tip macam mana nak dapat wife kecik comel-comel macam wife Encik tu.. lagi saya tengok, bukan main dia manja, sayangkan Encik lagi.. boleh terima kekurangan diri Encik”

“Korang intip kitaorang ke” Jadi cuak pula Hakeem jika bininya menjadi santapan mata lelaki jalang..

“Tak lah.. Encik jangan salah faham.. sekarang bukan musim cuti jadi nampak je Encik berdua.. sebab tak ramai orang”

“Oh.. tipnya orang tua carikan.. rezeki saya dapat wife sayang, dan terima kekurangan saya” Boleh percaya ke.. aku tak percaya lagi2 dengan lelaki. pantang perempuan cantik mula la mata jadi jalang. Aku nak suruh Tahira pakai purdah lepas ni..

Tiba di restoran pekerja resort menolong Hakeem untuk ketahui jenis-jenis lauk yang ada di sediakan.. Hakeem bungkus Nasi dua orang makan, ayam panggang dan ikan bakar.. Hakeem tahu Tahira sukakan ikan bakar lagi-lagi ikan pari bakar yang di lumurkan dengan pess cili yang sudah di masak.. di ambil juga ulam..

“Encik nak air apa”

“Air apa yang dah tersedia”

“Oren juice, apple, milo ais, ais teh ………….”

“Hakeem!!”

“YA ALLAH terkejut aku” terkejut Hakeeem dengan tiba-tiba tangannya di sentuh seseorang.. “Dengan cepat dia menepis. Pekerja restoran juga terhenti bercakap kerana terkejut Hakeem melatah..

“Hakeem I miss you” Qistina melepaskan tangannya dari memegang Hakeeem setelah lelaki itu menepis tangannya..

“Sapa ni.. dengar bini aku ni, confirm ke siat-siat kulit aku.. sorry miss you wrong person. Bagi apple satu mineral satu” Hakeem kembali semula order minuman yang tergendala kerana Qistina.. Qistina hanya sejarah hitam dalam hidupnya.. jadi sudah di buang jauh-jauh hingga lenyap habis perempuan itu dalam hidupnya.. Tapi hati ni masih sakit.. mahu je tikam Qistina ni jika tak ingat akan dosa..

“Hakeem. I Qistina” Qistina menyentuh lagi tangan Hakeem..

“Jangan sentuh aku Haram!!” Hakeem menarik tangannya.. “Bawa saya dari sini cepat..” Hakeem bercakap dengan pekerja resort pula.. Dengan pantas pekerja resort bawa Hakeem ke kaunter pembayaran..

“Ada juga orang salah orang tegur siang-siang buta ni.. lepas tu pegang-pegang orang pula tu.. nampak ci Tahira ni confirm kena sental tangan ni dengan clorox”

Pekerja resort tersenyum sahaja dengar omelan Hakeem.. Takut bini juga ni.. mesti bini garang..

Qistina ikut belakang Hakeem.. Memang itu niatnya agar Hakeem terbayang semula dirinya.. sukakan dirinya semula..

Seusai Hakeem membayar, pekerja resort tersebut dengan rela hati hantar Hakeem ke tempat penginapannya..

“You not remember me.. this me Hakeem your first love” Qistina tetap ingin mencuba nasibnya..

Pekerja resort berhenti dan menoleh ke Qistina “Sorry miss can you not disturb customer this resort..” Pekerja resort akhirnya bersuara.. bukan mahu masuk campur urusan peribadi customernya tapi dia tak nak kerana perempuan di hadapannya. Runtuh sebuah masjid yang di bini.. “Kami boleh ambik tindakan jika Cik ganggu pelanggan kami.. saya harap Cik boleh pergi”

Pekerja resort berjalan semula selepas habiskan kata-katanya..

“Thanks.. cuak juga ni.. tiba-tiba orang kenal kita kita tak kenal pun orang tu” Sangat² lega hati Hakeem.. Paling di risaukan jika Tahira nampak ada perempuan lain cuba dekati dirinya.. tidak boleh di duga apa tindakan Tahira jika cemburu menyapa dirinya.

“Itu memang kerja saya untuk menolong Encik”

Tahira yang tersedar dari tidur terkejut melihat Hakeem tiada di dalam bilik.. dengan pantas dia keluar berlari mencari Hakeem dengan tidak bertudung dan rambut yang agar serabai..

Nampak Hakeem dari jauh dengan pantas dia berlari dekatkan dirinya.. di pukul Hakeem tanpa belas kasihan kerana buat dirinya risau. Sudah berkali-kali suruh bagitahu jika hendak ke mana-mana. Tapi satu pun tidak di dengari. “Awak ni!! Keluar bukan nak bagitahu”

“Aduh!! Sakitnya” Hakeem mengusap lengannya yang sakit di pukul tiba-tiba oleh Tahira.. Rasa perit tersangat macam di lumur dengan cili padi.

“Balasan awak!! Buat saya risau” Tahira memarahi Hakeem.. tidak kira sudah ada orang lain di hadapannya..

Hakeem yang melihat Tahira tidak bertudung terasa ingin marahkan isterinya tapi dengar kata-kata Tahira risaukan dirinya terus terbantut. pasti sedar dari tidur terus keluar mencari.. dengan keadaan serabai..

“Saya beli lunch.. awak tidur.. tak nak kacau rehat awak”

“Saya pergi dulu.. isteri Encik dah ada” Patutlah takut bini.. Belum apa2 dah kena pukul, marah. Tak nak la bini cantik kalau garang macam ni.

“Ye terima kasih”

“Sama²” Pekerja resort terus pergi tanpa menoleh ke belakang lagi..

“Dah!! Ikut saya” Tahira menarik tangan Hakeem dengan mulutnya muncung ke hadapan..

Muncung muncung, cium mulut tu baru tahu.. “Maaf awak, saya buat awak risau”

“Ermm”

Ermm je.  Merajuk betul ni.. lepas makan ni okay punya la.  Favorite awak, saya dah belikan..

Masuk sahaja bilik Tahira terus kunci pintu dan menegur akan tindakan Hakeem pergi tanpa bagitahu dirinya dulu..

“Awak Saya bukan budak kecik.. awak janganlah risau”

“Memang awak bukan budak tapi Saya ni isteri awak.. cuba kalau saya keluar tak bagitahu awak, apa awak rasa..” Tahira tidak tahu kenapa sejak akhir ini dirinya takut akan kehilangan Hakeem.. mungkinkah kerana dia sudah terlalu sayangkan Hakeem dan takut ada perempuan cuba dekati suaminya..

“Saya minta maaf awak” Hakeem memeluk Tahira bagi menenangkan perasaan isterinya yang merajuk ketika ini..

“Saya maafkan awak.. kalau awak buat lagi.  Saya akan buat sama macam awak buat” di keluarkan kata ugutan kepada Hakeem. "jangan main² dengan saya.."

“Insyallah lepas ni nak pergi mana-mana saya bagitahu awak.. berak pun saya bagitahu awak” Hakeem memegang kepala Tahira yang dipeluk.. akalnya sudah terfikir mahu kenakan Tahira.. “Awak tadi keluar tak pakai tudung ke”

Tahira terkejut di tolak badan Hakeem di pegang kepalanya.. Jelas kelihatan muka Tahira cuak, Takut serba salah.. “Sebab awak la ni!!” Badan Hakeem di pukul lagi sekali..

“Aduh!! Awak sakit” Dia ni tangan apa peritnya.. pada masa yang sama dalam hati Hakeem sudah ketawa melihat muka Tahira yang cuak tadi.. “Dah!! Awak tak sengaja.. tak apa..” Di pegang tangan Tahira lalu di tarik agar duduk di kerusi.. “Jom makan. lapar ni.. kalau perut awak ada baby dah menangis baby tu sebab lapar”

“Ermm. Awak beli apa?” tangan Tahira buka bungkusan yang di beli oleh Hakeem.

Lapar la tu.. siap tanya beli apa lagi dah ni. hilang terus merajuk “Favorite awak.. denda awak tak pakai tudung.. suap saya”

“Yang awak tu keluar tak bagitahu.. sibuk nak denda orang” Tahira merasa tidak puas hati

“Tadi tu awak dah denda saya”

“bila saya denda awak”

“Awak pukul saya.. dua kali awak pukul. Sakit tau”

“Saya suap.  Baca doa” Terus mengalah Tahira..

Tersenyum Hakeem.. marah-marah Tahira sayang juga dekat suami dia.. sebaik habis membaca doa makan Tahira terus menyuap Hakeem dahulu baru dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience