Zaitun melihat Tahira termenung.. Dia tahu anaknya bukan melihat TV tapi termenung memikirkan sesuatu..
“Why Tahi!!” Zaitun mula bertanya
"How I want to go work tommorow..” Itu yang di fikirkan Tahira dari tadi.. jalan kaki, naik bus, mak hantar..
Zaitun sudah menduga.. Itu juga yang di fikirkan oleh Zaitun dari tadi.. “I will send you”
“Can't.. You will be late open your shop.. and food will not finish” Dulu ada kereta boleh juga naik kereta walaupun kereta buruk.. sekarang tiada apa-apa.. “I will take bus!! Mak just send me at bus stop”
“Nanti kamu nak masuk dalam jauh nak jalan” Perasaan risau akan anaknya mula menyelubungi diri. risau kaki anaknya bertambah sakit..
“Tak jauh mana la.. okay je” Tahira menyedapkan hati sendiri..
Esoknya Hakeem berbual kosong dengan Thaqif agak lama kerana menunggu Tahira muncul tapi tidak juga muncul.. akhirnya pergi dalam kekecewaan..
“Jantung hati tak muncul.. kecewa!!” Zulkifli bersuara sebaik Hakeem masuk ke dalam kereta..
“Ramai orang sebab tu lambat!!” Hakeem cuba berdalih. tapi tidak menafikan kata-kata Zulkifli.. Tidak berselindung lagi perasaannya pada Ayahda.. hanya Kamariah tidak tahu tapi confirm tahu la.. Zulkifli ni bukan boleh simpan rahsia Lagi-lagi dengan isteri kesayangannya..
“Mungkin sakit lagi” Zulkifli gerakan keretanya untuk pergi..
“Mungkin juga!” Hakeem juga berfikir begitu.. ingin bertanya dengan Thaqif pasti akan di sindir atau perli nanti..
Zulkifli yang berada di simpang jalan besar terlihat kelibat Tahira di bus stop.. dengan pantas berhenti..
“Kenapa Ayahda berhenti sini” Hakeem melihat Zulkifli
“Tu tengok sebelah kamu” Zulkifli menunjukkan ke arah luar.
Hakeem yang menoleh dengan serta merta tersenyum lebar hingga ke telinga.. nasib baik tingkap kereta berwarna hitam Tahira tidak nampak ..
Zulkifli buka tingkap di sebelah Hakeem lalu bersuara.. “Tahira.. nak tumpang Pak Cik tak!!”
Tahira menjengah dari jauh ke dalam isi kereta apabila namanya di panggil.. “Tak apa Pak Cik..”
“Satu arah pun.. jom naik sekali.. memang Pak Cik lalu tempat kerja kamu dulu baru tiba tempat Pak Cik..”
“Tak apa Pak Cik.. tu bus dah sampai..” Tahira dengan pantas ke belakang..
“Ayahda make something..” Hakeem bersuara apabila melihat Tahira berkeras tidak mahu di tumpangkan.. mahu cakap sendiri Hakeem malu pada Tahira.. dia sendiri tidak tahu kenapa dengan Tahira dia menjadi pemalu, segan tapi hatinya mahu..
Kerana anak Zulkifli keluar kereta untuk menghalang Tahira menaiki bus.. “Tahira.. kaki Tahira ni sakit lagi.. Macam mana nak masuk ke dalam nanti..”
“Boleh Pak Cik”
“Hari ini boleh. Esok kamu terus tidak boleh berjalan.. lagi kamu tak boleh mencari rezeki” Zulkifli memberi kata-kata yang boleh membuatkan Tahira merasa ragu-ragu.
Kaki Tahira berhenti melangkah melihat ke arah bus. betul apa yang di katakan oleh Zulkifli.. tapi terasa malu ingin menumpang.. dan takut menyusahkan orang di hadapannya..
“Jom!! Naik Pak Cik sahaja.. lagipun kosong belakang tu”
Tahira mengangguk setuju.. bila di fikirkan balik dengan keadaan kakinya yang masih sakit akhirnya Tahira bersetuju.
Tahira masuk sahaja ke dalam kereta Hakeem terus bersuara. Akhirnya. kali pertama Hakeem bercakap dengan Tahira. “Tahira dah sihat”
“Alhamdullilah sihat”
Kemudian Hakeem diam.. hati berbunga apabila Tahira jawab pertanyaannya.. Apa lagi nak tanya ni. kenapa sekarang ni aku tak boleh berfikir.. kenapa aku jadi blurr ni.
“Tahira dah lama ke kerja dekat tempat kerja Tahira” Zulkifli bertanya soalan bagi memecahkan kesunyian..
“Dah. 4 tahun”
Hakeem kira dengan jarinya.. umur 21 .. satu dua tiga empat.. habis SPM terus kerja..
“Lama. kilang Tahira buat apa?” Zulkifli sambung bertanya
“Entah!!” sepatah sahaja Tahira jawab..
Eh dia ni.. dia kerja boleh tak tahu.. “Tahira kerja tak kan tak tahu!!” Hakeem pula bertanya kali ini..
“Saya tahu apa yang saya buat je.. saya buat motherboard.. Lepas tu jadi apa saya tak tahu”
“Ohh.. motherboard tu apa?” Saja Hakeem buat-buat tidak tahu kerana ingin berbual dengan Tahira..
“main circuit board for electronic product..” Tahira jawab dengan ringkas tapi mudah di fahami.. selalu orang cakap bahasa Melayu tak faham Tahira speaking pula..
Slang orang putih dia betul macam mat saleh siot “Oh..” Hakeem kembali diam.. kemudian Zulkifli bersuara kembali..
“Balik kerja pukul berapa?” Zulkifli melihat Tahira dari cermin pandang belakang.
“6”
“Awal kamu datang.. sepatutnya pukul 9 kan”
“Aha!! Saya OT sekali”
“Oh.. jadi OT satu jam la” Sekali sekali Zulkifli melihat Tahira melalui cermin pandang belakang.. kadang kala Tahira pandang ke hadapan kadang kala tunduk kepala..
“Aha!! Pukul 6 dah boleh start kerja, Sapa masuk awal boleh balik awal”
“Awal betul tu. Tahira pernah ke awal macam tu” Zulkifli masih bertanya.. harapkan Hakeem terkaku lidah. mahu tapi malu..
“Tak. Sebab nak subuhkan. Paling awal pun pukul 7”
Hakeem dengar sahaja perbualan antara Tahira dan Zulkifli. Sekarang Hakeem menjadi bisu pula kerana lidahnya kelu untuk bersuara.. Akalnya juga tidak mampu berfikir seperti biasa.
“Nanti kamu tunggu. Balik Pak Cik ambik kamu..” Hakeem terus tersenyum lebar apabila Ayahdanya menawarkan diri untuk mengambil Tahira apabila balik kerja nanti.
“Tak apa Pak Cik.. Saya boleh balik sendiri”
“Tak apa memang satu arah pun”
Tahira diam sahaja.. tidak boleh terhutang budi pada orang nanti mahu balas susah.. Tahira menunjukkan arah kilang tempat dirinya bekerja.. sebaik tiba Tahira mengucapkan terima Kasih sebelum turun..
_________________________________________________
Lihat jam di tangan sudah menunjukkan pukul 5 dengan pantas Hakeem bertemu dengan Zulkifli.. “Ayahda cepat!!”
“Awal lagi ni” Zulkifli faham maksud Hakeem mahu jemput Tahira. Tapi terlalu awal.
“Hakeem tahu.. jika lambat pasti Tahira akan larikan diri. Dia tidak akan menunggu seperti Ayahda suruh!” Wah!! hakeem, macam tahu-tahu je isi hati Tahira..
“Ye.. anakda.. jom Kita balik sekarang.. nasib baik kerja sendiri. Jika dengan orang, pasti sudah di buang” Zulkifli sempat memerli Hakeem.. tapi anaknya buat tidak tahu saja..
Bunyi sahaja lonceng menandakan waktu kerja sudah habis dengan pantas Tahira ingin cepat-cepat keluar.. tidak mahu naik bersama Zulkifli dan Hakeem tapi langkah kakinya terhenti apabila kereta yang dinaiki pagi tadi sudah ada di hadapan pintu pagar kilangnya.
Hakeem yang menunggu di luar kereta tersenyum memandang Tahira. “Jom awak” Hakeem buka pintu kereta belakang untuk Tahira..
Tahira terpaksa juga masuk walaupun dirinya memberontak tidak mahu.. jika mengelak ketika tidak nampak di depan mata tidak terasa serba salah.. sekarang sudah di jemput dan betul-betul di hadapan kilangnya.
“Awak tak nampak. Macam mana tahu saya” Tahira merasa curiga dengan Hakeem..
“Ah..”
“Oh.. Pak Cik bagitahu” Tahira terus masuk ke dalam kereta apabila melihat tingkap kereta di bahagian penumpang hadapan terbuka..
“Aha..” tidak sempat Hakeem ingin bagitahu hal sebenar Tahira sudah jawab sendiri persoalannya..
Tahira terus menegur Zulkifli sebaik masuk ke dalam kereta. Terasa tidak elok sudah menumpang tidak bertegur pula. “Assalamualaikum”
“ Wa’alaikumusalam Tahira” Zulkifli menoleh ke belakang memandang Tahira dan dengan pantas memandang kehadapan semula..
“Kerja okay Pak Cik”
“Alhamdullilah.. okay semuanya.. Tahira?”
“Sama”
Patutlah Dinda mahu Tahira menjadi menantu Dinda.. memang style Dinda ini walaupun Tahira tidak banyak cakap.. Kanda pun suka, Lemah lembut sopan, sejuk hati apabila bercakap dengan Tahira..
Tanya Ayahda sahaja.. Hakeem di hadapan ni tak nak bertanya ke.. sepanjang perjalanan balik Tahira hanya bercakap dengan Zulkifli sahaja. Jika Hakeem menyampuk Tahira akan jawab seringkas mungkin kemudian diamkan diri..
Zaitun sudah pelik melihat Zulkifli menghantar anak perempuan pulang. Thaqif pula berikan jelingan maut kepada Hakeem.. dia tahu Hakeem ada hati pada akaknya tidak seperti sebelum ini.. berlagak nak mampus.. tengok sekarang kau terhegih dekat akak aku..
“Satu arah tempat kerja saya tumpangkan sekali..” Zulkifli bersuara dari pintu keretanya sahaja.. risau juga jika Tahira di marahi kerana di hantar pulang olehnya..
“Oh.. terima kasih ye!!” Zaitun berikan senyuman juga.. tidak mahu nampak sangat terkejutnya..
“Sama-sama.. esok saya ambik dekat kedai ye”
“Tak payah!!” laju Tahira bersuara. Tidak mahu terhutang budi..
“Tak apa. Memang satu arahkan.. saya balik dulu Kak Zai” Zulkifli masuk semula ke dalam kereta..
“Yela!!” Tahira terus di tarik Zaitun masuk kedalam rumah.. Hakeem boleh nampak seperti Tahira akan di bebeli sekejap lagi..
“Yang kamu naik dia tu kenapa!!” tegas Suara Zaitun menegur Tahira..
“I don't want but orang keluar dari kilang Pak Cik Zul already waiting me at gate.. serba salah kalau tak naik” Tahira menerangkan kepada Zaitun..
“How he knows your factory!!”
“This morning Pak Cik send me” Tahira jawab dengan perasaan takut dan menjarakkan dirinya dari Zaitun kerana takut akan di beri penampar pada badannya..
Zaitun mencekak pinggang.. “Bertuah sungguh anak perempuan aku ni..” Mahu marah kecian dekat Tahira.. dengan kaki terhinjut-hinjut lagi..
“Mak jangan marah akak.. kaki akak still in pain.. nak jalan masuk ke dalam kilang tu kan jauh.. nanti lagi sakit kaki Akak” Thaqif cuba menenangkan Zaitun walaupun dalam hatinya juga tidak suka Tahira tumpang dengan Zulkifli dan Hakeem.. Hakeem yang paling di benci kerana menipu hingga sekarang.. Tahira juga tidak tahu yang Hakeem Itu tidak buta hingga sekarang.
“Dah!! Go shower!!” Bila dengar kata-kata Thaqif, Zaitun tidak jadi marahkan Tahira.. tapi kecian pula.. suruh cuti tanpa sebab nanti kurang pula pendapat keluarganya..
Berlari Tahira masuk ke bilik. Tidak pedulik sudah kaki yang sakit kerana takut dengan Zaitun..
_________________________________________________
Kamariah melihat Hakeem tersenyum sejak balik dari kerja.. kemudian sampai awal tidak seperti selalu.. “anakda kita kenapa tersenyum bagai orang gila”
“Mahu tidak gila apabila Tahira pergi dan balik bersama” Zulkifli tersenyum memandang Kamariah.
“Ha!!!” Suara Kamariah terus berubah menjadi kuat.. “Itulah Bonda dulu suruh kawin dengan dia tak nak!!” Suara Kamariah semakin kuat untuk menyindir Hakeem.. “Orang tak nak dah!! Jangan nak terhegih.. kalau merisik lagi sekali confirm REJECT!!!”
Zulkifli senyum sahaja mendengar kata-kata isterinya.. sakit hati benar Kamariah dengan Hakeem apabila permintaannya di tolak dahulu.. pinangannya di tolak kerana perangai anaknya itu..
Share this novel