Hakeem tersenyum senyum datang ke gerai Nasi lemak Zaitun kerana melihat Tahira sudah ada di situ.. “Thaqif 3 ringgit karipap”
“Karipap tak ada!!”
“Ala!!.. Kuih yang Tahira buat apa ada.. Abang nak kuih akak buat je” Tidak berselindung sudah Hakeem akan niatnya ke situ semata mahukan kuih Tahira buat.. Tak malu betul...
Tahira memandang Hakeem apabila namanya di sebut.. Kuih lain sedap juga, beli jela. Aku nak stop buat kuih sebulan.. biar dia ni tak datang sini.. Ingat aku nak tergoda dengan kau sebab beli kuih aku je.. Tahira tahu rupanya Hakeem sukakannya.. Merana kau Hakeem tak dapat makan kuih Tahira sebulan..
“Hari ni akak tak buat kuih” Thaqif jawab
“Kenapa!! Akak penat ke?” Tahira ada di depannya, Boleh saja dia bertanya dengan tuan badan tapi Thaqif juga jadi perantaraan..
“Saja” Thaqif malas untuk jawab pertanyaan Hakeem.. Thaqif tahu Hakeem sengaja ajak berborak sebab ada akaknya di kedai..
“Yeke..Tak apa lah..” Hakeem masih berdiri di tepi kedai untuk melihat Tahira..
“Balik la.. kalau tak ada nak beli” Thaqif bersuara apabila melihat Hakeem masih di hadapannya... kemudian Hakeem beralih berdiri di sebelah Thaqif.. bukan lagi pergi lepas kena halau. lagi dekat..
Zaitun boleh lihat aje apa Hakeem buat.. Terang² sudah nampak Hakeem sukakan Tahira tidak seperti sebelum ini. Zaitun tidak boleh menghalang perasaan yang timbul dalam diri Hakeem, yang penting tak menganggu anak perempuannya..
Tahira pun sudah lali dengan Hakeem ni.. datang lepas tu bual lama² dengan Thaqif.. Tak ada kawan agaknya dekat rumah.. sibuk ngempel dekat sini..
“Fizo Omar datang” Zaitun menyapa kawan anak perempuannya. “Lama tak jumpa.. dah tak kerja dekat pump station tu ke”
Mana Fizo Omar.. Hakeem mencari.. aha! La.. tapi lain sikit.. serupa tapi bukan Fizo Omar sebenar..
“Hehe.. satu tempat kerja dengan Tahira sekarang.. Tahira tak cakap ke” senyum kambing Syafiq apabila Zaitun menegurnya dahulu..
Nak buat apa aku cakap..Tak ada kaitan dengan aku . Suka hati kau la nak kerja mana.. Dalam diam Tahira sebenarnya dia sentiasa bercakap dalam hatinya sendiri.. tidak di luahkan dengan kata-kata kecuali di rumah..
“Bangla tu tak kacau lagi kan Tahira” Syafiq masih tersenyum memandang Tahira
Tahira hanya balas dengan senyuman sahaja.. Tapi hatinya sebenar menyampah dengan Syafiq.. Talam juga Tahira ni sebenarnya..
Awak!!! Jangan senyum dekat dia.. Dia persaing aku ke.. tak boleh jadi ni..
“Kalau kacau lagi bagitahu Syafiq.. Syafiq tolong” Di tenung muka Tahira, Tapi sedikit pun tidak melihat Syafiq.. lagi di beri jelingan tidak suka adalah. Bla la kau dari sini..
“Syafiq tanya hari tu dah ada jawapan” Tidak terasa dengan apa Tahira lakukan kerana menganggap Tahira sememangnya begitu. Di lihat Tahira dengan orang lain juga di layan sama sepertinya..
“Tanya apa??” Thaqif menyampuk.. Thaqif melihat Tahira seperti tidak perdulik pun dengan Syafiq.. senyuman Tahira pun nampak jelas di buat-buat sahaja.. Thaqif kenal sangat dengan akaknya.. siapa dia suka siapa dia tak suka..
“Biasa la.. laki perempuan.. kalau setuju nak suruh Mak masuk meminang terus”
What!!! Kau gila… Tahira aku punya la.. laju Hakeem berjalan ke keretanya.. mahu balik.. Tak boleh jadi ni.. Hakeem mahu Bonda risik balik Tahira.. Tak kira la Tahira tolak Hakeem nak juga...
“Hassan cepat balik!!”
_________________________________________________
Bagai tak cukup tanah Hakeem berlari masuk ke dalam rumah.. “Bonda!!” Hakeem mencari Kamariah..
Dah kenapa Hakeem ni.. Zulkifli yang sedang bercucuk tanam di tepi rumahnya terkejut melihat Hakeem yang berlari bagai tidak cukup tanah Itu..
“Bonda!!!” habis ke dapur, di dalam bilik.. setiap inci rumah di cari..
Hakeem keluar rumah lalu menjerit “BONDA!!!!”
“Apa Bonda Bonda ni.. Bonda pergi pasar sana” Zulkifli bersuara kerana sakit telinganya dengar Hakeem menjerit memanggil Bonda..
“Ayahda tolong!! Risik Tahira untuk Hakeem” Hakeem ketemu Zulkifli di pegang tangan Zulkifli yang kotor dengan tanah
“Anaknda dah kenapa!!” Tidak tersangka begini cepat anaknya mahu di hantar merisik lagi sekali..
“Boleh la ayahda.. buat sampai dia terima Hakeem.. nanti dia kawin dengan orang lain.. Hakeem akan kecewa.. lagi kecewa dari dahulu” Nampak sangat Hakeem terdesak.. tidak rela Tahira menjadi milik orang lain
“Tu Ayahda tak tahu.. Tunggu Bonda..” Zulkifli kembali cangkung menyambung melakukan kerjanya..
_________________________________________________
“Mak dengan akak tengok Hakeem tadi tak..” Thaqif bagai ingin ketawa bila teringat akan Hakeem berlari masuk ke keretanya semula.. dah tak ingat sudah dirinya buta..
“Tak tengok!!” serentak Zaitun dan Tahira bersuara..
“Rugi la.. lawak kot..” Thaqif habiskan ketawanya sebelum menyambung bersuara.. “Apa keputusan akak.. dengan Fizo Omar tu”
“Entah.. I don't like him.. First banyak sangat cakap.. tak suka la orang banyak cakap ni.. orang tak habis cakap dia dah menyampuk.. second.. akak tak ada pun suruh dia tolong akak halau Bangla tu.. Bangla tu bukan kacau akak pun.. just hantar barang yang akak nak je.. lepas tu sibuk ungkit nak orang terima dia Macam balas balik apa dia tolong akak dulu.. ketiga.. Akak tak kenal pun dia.. boleh dia mengaku kawan sekolah dulu.. nampak sangat penipu dia tu”
Dah agak dah Akak tak suka Fizo Omar tu.. “Kak yang ke tiga tu kan.. akak bukan tengok orang pun”
“Sorry sikit ye.. akak ni sekali imbas muka orang tu.. akak akan ingat okay!!”
“Mak pun tak berkena dengan dia.. sebab nampak sangat dia tak sesuai dengan Tahi.. Lagi-lagi banyak cakap tu.. nanti kawin ada masalah rumah tangga kecoh semua orang tahu”
“Thaqif tahu sapa sesuai!!..Abang Hakeem!! Dia tu berahsia betul… sampaikan.. dia but…” Thaqif suka juga dengan Hakeem sebab suka melayan dirinya.. Kena sindir banyak kali pun lagi melekat.
“Dah jangan banyak cakap.. cepat susun pukul Berapa dah ni” Zaitun memotong ayat yang ingin di katakan oleh Thaqif.. “Thaqif kamu pergi hantar kuih ni lepas tu balik dulu.. jangan nak terus makan.. makan nanti pergi lagi sekali dengan Mak Tahi”
_________________________________________________
“Kamu dah buang tebiat apa!!” Kamariah menolak muka Hakeem yang memeluk dirinya sejak balik dari pasar.. mahu dirinya pergi meminang Tahira sekarang juga..
“Bagi Bonda bersih diri dulu! Bau ikan apa semua ni”
“Bonda wangi tak bau semua tu”
“Kamu macam ni lagi Bonda tak mahu pergi merisik Tahira” Kamariah berikan ugutan pada Hakeem.. rimas dengan pelukan anaknya..
“Okay!! Bonda pergi mandi wangi-wangi.. bagi bersih!!” Hakeem menolak Kamariah masuk ke biliknya.. “Hakeem tunggu bawah ye!!”
hahahaha.. paling suka part ni.. gelabah kau Hakeem..
Share this novel