Minggu hadapannya Hakeem datang lagi ke kedai Nasi lemak Zaitun. mahu beli karipap sambil melihat Tahira. Tak pernah mimpi Tahira tiba-tiba semalam masuk pula budak ni dalam mimpi. nampak sangat kena jumpa untuk lepas rindu. Tak puas tengok atas jalan je.
“Encik Hakeem tak jemu apa hari-hari makan karipap” Hassan yang tak selalu makan pun rasa jemu.. memang sedap tapi kalau hari-hari memang jemu juga la..
“Tak hari-hari. bukan selalu ada. Kau tunggu sini je. aku tak lama. beli balik”
Tak selalu ada apanya. aku tengok hari-hari. ke ada benda lain Hakeem ni. ke dah tersangkut dekat Tahira boss aku ni. Atau sangkut dekat Mak Cik Zai ni “Ye!! Nak juga.. beli la apa-apa”
Hakeem turun kereta lalu melintas jalan. Masih lagi memakai cermin mata hitamnya dan berjalan seperti biasa tidak lagi berpura-pura buta. Tapi Hakeem tidak pasti jika orang yang melihat dirinya sebelum ini masih lagi menganggap dirinya buta. cermin mata hitam di pakai kerana merasa malu sebab pernah menipu. Lagi-lagi dengan Zaitun sekeluarga..
“Dik Nasi lemak dua.. karipap 3 ringgit Kuih lapis 2ringgit” Hakeem pada masa yang sama mencuri pandang Tahira yang langsung tidak melihat ke arahnya. laju tangannya membungkus Nasi lemak setiap kali bungkus pasti habis. orang yang beli juga sanggup menunggu..
Setiap kali datang Tahira tidak pernah sekali pun tegur atau memandang dirinya. Kalau pandang pun sekali imbas sebagai pelanggan dan tanpa ada apa-apa perasaan, tidak seperti Hakeem terus tidak keruan hatinya. aku memang dah jatuh hati dekat dia ke.. Jantung aku lajunya..
“Okay!!” Thaqif juga menolong Tahira walaupun tidak selaju akaknya masih lagi cuba menolong.. “Bang.. ni karipap” Thaqif berikan pada tangan Hakeem.. “Nasi lemak tunggu sekejap”
“Ye!! Lambat pun tak apa” Hakeem senyum memandang Tahira. tak berkelip mata.. Dosa² jangan tengok. Di alihkan pandangannya melihat Thaqif pula. berdiri, bungkus Nasi Lemak je pun boleh mengugat Iman aku.
Pelanggan yang awal sudah pergi bertukar dengan pelanggan yang baru. agak lama juga Hakeem ingin dapatkan Nasi lemaknya. Sememangnya dia sengaja menyuruh diberikan kepada pelanggan lain dahulu baru dirinya.
Apasal Abang Hakeem ni tercegat dekat sini lagi. Dah beli balik la. "Dah balik" Thaqif menyergah Hakeem yang tidak tahu sedang berangankan apa. di lihat juga adakah melihat akaknya. Tak pun.
Kenapa dengan Jantung aku ni.. aku nak gerakan badan pun tak boleh.. macam nak tunggu je sini teman Tahira. Ish apa aku mengarut ni.
“Haji Karim ni sampai la pula…” Zaitun bersuara pelahan tapi dapat di dengari oleh Tahira..
Jelas kelihatan muka Tahira menjadi pucat dengan tiba-tiba.. Takut ke.. sape Haji Karim ni pula. Macam pernah dengar nama dia ni. Hakeem menjeling ke arah orang tua yang berkopiah putih dan mempunyai Kain serban di letakkan di bahunya..
“Mak orang balik” dengan pantas Tahira buka sarung tangan plastiknya.
“Pergi.. cepat!!”
Kenapa!!! Hakeem sudah pelik.. Di lihat Tahira kelam kabut.. mata Hakeem pun kelam kabut melihat Tahira ke sana ke sini tidak tentu arah.
“Tak sempat.. nanti dia kejar akak macam hari tu” Hakeem melihat tiga beranak ni sudah kelam kabut dengan pelanggan yang datang lagi…
“Abang tolong” Pantas Thaqif menarik tangan Hakeem. “Diri sini je. don't move. don't touch anything. Lagi-lagi akak”
Hakeem dan Tahira saling pandang memandang untuk seketika.. Hakeem berada betul-betul di tepi Tahira.. Bertambah laju Jantung Hakeem. Tahira menyambung balik kerjanya selepas melihat Hakeem berada di belakangnya.. terasa dirinya Selamat..
“Anak Abah apa khabar” Haji Karim terus ke belakang kedai untuk berjumpa dengan Tahira. Cuba di tolak Hakeem tapi Hakeem tidak berganjak..dan Tahira ke kiri sedikit untuk mengelak dari haji Karim..
Kemudian Haji Karim ke kiri.. Hakeem turut ke kiri dan Tahira ke kanan Hakeem juga ke kanan. Hakeem cuba menghalang Haji Karim mendekati Tahira. Hakeem sudah tahu kenapa Tahira menjadi takut dengan tiba-tiba.. dan Thaqif meminta pertolongannya.. Ramai rupanya lelaki tua miang dekat kampung ni..
“Lama Abah tak jumpa anak Abah.. baru ni dapat jumpa.. anak Abah tak rindu dekat Abah ke..” Haji Karim mengalah apabila dia masih tidak dapat memeluk Tahira walaupun sebelum ini berbagai cara di lakukan untuk memeluk Tahira tapi tidak juga berjaya.. hanya tangan sempat di capai itu pun sekejap sebelum di belasah orang kampung.
“Bila masa aku kawin dengan kau.. sampai anak aku jadi anak kau!!” Zaitun bersuara apabila melihat pelanggannya semakin berkurangan.. Terasa bingit telinganya dengar Haji Karim mengaku Tahira ini anaknya..
“Kalau macam tu Abah jela kawin dengan Anak Abah” Haji Karim tersenyum miang melihat Tahira
Laki tua ni.. Tak padan dengan pendek.. dah la kerepot ada hati nak kawin dengan orang muda.. Hakeem memaki Haji Karim di dalam hatinya.
“Kau Jaga bini kau.. binatang² kau je..Tak payah gatal nak Jaga anak aku”
“Adik Zai.. kalau Adik Zai kawin dengan Abang karim ni.. tak payah susah nak kerja.. Lembu-lembu tu banyak.. boleh bagi makan 7 keturunan”
Miang siot orang tua ni.. patut la Zaitun ni tak heran dengan aku.. lagi ramai lagi yang nak kan Tahira ni.. aku je yang perasaan sendiri macam aku sorang nak kan dia.. meremang bulu roma aku tengok orang tua ni.
“Ni!! Wali.. “ Thaqif tunjuk pada diri sendiri.. “I will not give permission..”
“Little brother.. this for your future..”
Power orang tua ni speaking. ingatkan orang kampung tak pandai english.
“Anak Abah je la kawin dengan Abah.” Haji Karim cuba memegang tangan Tahira dari hadapan walaupun jauh cuba juga untuk memegang..
Kelam kabut Tahira beralih ke belakang Zaitun.. Hakeem pun beralih ke belakang Tahira untuk melindung bakal kekasih hatinya.. Dah berangan dah Hakeem.
“Kau nampak ni..” Zaitun menghulurkan pisau yang di buat potong timun ke arah Haji Karim.. “Aku nampak kau cuba sentuh anak aku lagi.. aku tetak tangan kau..”
Hassan yang menunggu lama di dalam kereta akhirnya keluar.. penat menunggu.. kata beli balik tapi dah 30 minit tunggu “Patut la lama..” Hassan dengan pantas melintas jalan yang tidak seberapa besar itu.. “Oii!! Haji Karim.. nak Saya panggil orang belasah lagi ke”
Haji Karim memandang kebelakang di lihat Hassan yang sudah berada di belakangnya.. “Hassan.. aku nak balik dah pun..” Haji Karim dengan pantas ke motornya.. Teringat kena belasah dulu serik juga..
“Terima kasih Hassan, Hakeem..” Zaitun memandang Kedua pemuda di hadapannya.. “Thaqif cepat bungkus untuk diorang.. bagi kuih lebih”
Thaqif tidak banyak cakap terus bungkuskan untuk Hakeem dan Hassan..
“Mak Cik Zai. next time bawa sekali parang. nampak je terus libas” Hassan bersuara. banyak kali dah kawannya ni kena kacau. kecian pun ada. nasib baik la aku ni pemuda yang baik.. Puji diri sendiri siot. hahahaha
“Mati orang tua tu.. aku masuk penjara Sapa nak jaga anak aku”
“Hakeem ada” Saja Hassan pergunakan majikannya dan ingin melihat betul ke Majikannya sudah jatuh hati dengan Tahira.
Apa kaitan aku pula Hassan ni.. kau saja nak perkenakan aku.. Kalau ye pun tak apa juga.. hehehe.. kena sombong sikit jangan nampak sangat terhegih dekat Tahira ni “Apa kaitan dengan aku. Aku datang beli Nasi lemak bukan nak jaga anak orang” Menyesal pula aku keluarkan ayat macam ni pula. patut ye kan je.. melepas aku.
Hassan melihat wajah Hakeem. Cakap lain hati lain.. Kau ingat dekat sini semua tak tahu.. aku dah tolong bukan nak go on je..
“Dengar tu!!.. dah Tahi kau balik!! Nanti datang lagi orang tua miang ke sini”
“Ye!!” laju Tahira ke motor mendengar arahan Zaitun
Tengok macam jantan. Ganas tapi penakut juga.. hehehe.. Kalau jadi bini ni best.. lepas tu dapat sakat hari-hari confirm best.. Hakeem melihat Tahira laju pergi tanpa menoleh ke belakang lagi..
“Nah!!” Thaqif hulurkan kepada Hakeem.. “Dah balik!!” Thaqif menghalau Hakeem..
“Duit.. keep the chain..” Hakeem menghulurkan note 10 kepada Thaqif lalu pergi bersama Hassan..
Hakeem bayar kuih percuma yang di berikan kepadanya sebagai tanda terima kasih menolong. Setakat tolong Tahira memang rela hati. 1st time dapat bertentang mata dengan Tahira. berbunga rasa hati..
Quarantine 14day.. benda ni paling nak di elakan.. now.. ayoi!! terkena juga..
Share this novel