#06 TUNANG

Romance Series 6074

Perbualan Kamariah dan Zulkifli terganggu kerana kemunculan Hakeem..

“Bonda dan Ayahda mahu pindah ke mana??” Hakeem terus masuk ke bilik kerja Zulkifli dan Kamariah tanpa meminta izin. dirinya juga terkejut dengar tidak sengaja perbualan Zulkifli dan Kamariah

“Ye Hakeem.. Ayahda dan Bonda sudah beli tanah di kampung.. kami tengah bincang mahu bina rumah di sana” Zulkifli jawab soalan anaknya kerana Kamariah hanya mendiamkan diri sebaik anaknya muncul..

“Di Mana?? Ayahda dan Bonda mahu tinggalkan Hakeem di sini” Hakeem terus duduk di kerusi di hadapan Zulkifli.

“Bukit Gambir.. Kami tidak pernah tinggalkan anakda.. jika Bonda dapat berpindah kerja ke sana. Baru Ayahda dan Bonda pergi.. Hakeem mahu ikut pun boleh” Zulkifli berikan penjelasan

“Penang!! Ayahda Bonda merajuk dengan Hakeem.. kerana Hakeem mahu berkahwin dengan Qistina.. Bagaimana kerja Ayahda di sini” bermacam-macam soalan mula timbul di dalam fikirannya.. tidak pernah berjauhan dengan keluarganya.. bagaimana harus hidup sendirian

“Johor Hakeem.. anaknda uruskan lah kerja anaknda.. itu Syarikat anaknda.. Ayahda hanya menolong.. Ayahda dan Bonda tidak merajuk anakda Ingin berkahwin dengan Qistina.. kami suka, kami setuju.. anaknda duduk di sini lepas berkahwin dengan Qistina tidak perlu mencari rumah lain.. layari bahtera perkahwinan Anakda bersama..” lebar Zulkifli berkata tidak mahu anaknya terasa hati.. terutama dengan Kamariah yang diamkan, tidak bercakap dengan Hakeem sejak anaknya dan Qistina bersetuju ingin bertunang.

Kamariah hanya diamkan diri.. dia sangat tidak suka akan Qistina selepas terkantoi di hadapannya dahulu.. sudah berkali-kali cakap dengan Hakeem tidak juga percaya.. lagi Hakeem ingin berkahwin dengannya.. jadi Kamariah hanya setuju sahaja akan kehendak Hakeem.. anaknya yang ingin bahagia jadi biarkan sahaja..

“Tapi Ayahda dan Bonda seperti tidak suka.. Hakeem bersama Qistina..” Hakeem melihat Kamariah yang hanya diam dari tadi.. Hakeem tahu jika Bondanya marah, merajuk akan diamkan diri tidak bersuara.. sebaliknya dengan Ayahdanya..

“Suka Hakeem.. kami suka tengok anakda bahagia.. minggu depan anaknda ingin bertunang sudah.. jangan di fikirkan bukan-bukan.. Bonda dan Ayahda setuju dengan pilihan Anakda..Kami turut gembira”

“Terima Kasih Ayahda Bonda.. Terima pilihan Hakeem”

“Ya sama kasih.. Sebelum kamu keluar Ayahda mahu bercakap sedikit” sudah tiba masanya bertindak untuk menyelamatkan keadaan jika terjadi apa-apa yang tidak di duga..

“Apa Ayahda” Hakeem melihat Zulkifli dengan tanda tanya..

“bermula hari ini. Ayahda tidak akan menolong anakda lagi.. Syarikat anakda sudah tersangat stabil. Ayahda mahu berehat. Ayahda sudah penat hendak bekerja..” Zulkifli risau jika Hakeem menduga dia berhenti kerana Hakeem tidak dengar kata darinya agar tidak berkahwin dengan Qistina..

Hakeem melihat ayahdanya yang sentiasa tersenyum memandang dirinya.. Kecian Ayahda bekerja susah payah menolongnya.. Umur Ayahda pun sudah 50 pasti sudah penat bekerja sejak muda lagi.. “Hakeem faham Ayahda. Ayahda rehatlah.. insyallah Hakeem boleh uruskan sendiri company kita.”

“Ayahda akan keluarkan separuh assets dari company anaknda.. Itu adalah modal dan commission yang Ayahda pernah bagi pada anaknda dulu..”

“Ye Ayahda..ambilah Ayahda itu sememangnya duit Ayahda.. terima kasih kerana menolong Hakeem. rumah yang Ayahda mahu bina biar Hakeem bayarkan sebagai tanda terima kasih dan untuk balas budi Ayahda dan Bonda..”

“Ye Hakeem.. Terima Kasih memahami Ayahda”
________________________________________________


Qistina semakin gelisah apabila hari untuk pertunangannya bersama Hakeem hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.. Semua barang hantaran sudah di beli tapi di mana harus dia bertunang.. nasib baik Hakeem Terima alasan untuk jumpa orang tua hanya pada Hari pertunangan.. jika tidak lagi awal penipuannya terbongkar

“You!! Macam mana ni..”

Aliff menarik tangan Qistina agar duduk. Rimas di melihat Qistina ke hulur hilir di hadapannya “Relax sayang.. I dah upah orang settlekan kerja kita.. sayang tak perlu risau”

Telephone Qistina berbunyi panggilan daripada Zulkifli masuk.. teragak-agak untuk dirinya jawab kerana pertama kali Ayahda Hakeem hubungi dirinya..

“Answer sayang.. don’t make he suspect something” Aliff tetap tenang seperti tiada apa-apa masalah padanya..

Qistina akhirnya angkat selepas di suruh oleh Aliff.. “ Assalamualaikum Ayahda..”

“ Wa’alaikumusalam.. Qistina, Hakeem kemalangan sekarang dekat hospital Putrajaya” terkejut Qistina lalu memandang Aliff yang sedang tersenyum..

“Teruk ke Ayahda.. Qis datang sekarang”

“Dalam Operation room.. Bila kamu sampai call Ayahda.. assalamualaikum”

“ wa’alaikumusalam” Qistina mematikan panggilan Handphone.. “You buat apa Aliff”

Di rangkul pinggang Qistina… “ Harap dia tak matilah.. kalau mati lagi senang. Keluarga Hakeem tetap percayakan you.. diorang tiada pewaris.. you sorang mereka ada”

“You ni buat kerja gila!! Kalau you kena tahan macam mana.. Janganlah sampai hendak membunuh orang” Qistina takut apa yang di lakukan Aliff lagi teruk akan di terima hukuman jika mereka di tahan. dirinya di tuduh subahat.. Sudahlah ambik duit Syarikat buat dirinya tidak senang duduk.. setiap hari kegelisahan takut dirinya di tangkap..

“It’s okay Sayang.. dah pergi siap jenguk mereka.. buat dia percayakan you”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience