#51 RASMI SUAMI ISTERI

Romance Series 6067

“Awak!! Terkejut saya”

Hakeem tersenyum sahaja sambil memeluk Tahira dari belakang. Tahira sudah boleh mengawal perasaan gemuruh yang di hadapi apabila Hakeem memeluknya.. malah dia jadi suka apabila Hakeem memeluknya.. cuma masih malu-malu lagi.

“Rindu dekat awak”

Tahira pusingkan badannya mengadap Hakeem.. “Hari-hari jumpa rindu apanya”

“Tak jumpa 12 jam.. mestilah rindu.. nak cium awak boleh”

Tahira mengangguk kepala.. sambil muka menahan perasaan malu..

“Tak boleh ke” suara Hakeem seperti ingin merajuk walaupun sebenarnya dia nampak Tahira mengangguk kepala untuk kebenaran dia untuk berikan ciuman..

“Saya lupa awak tak nampak.. saya angguk kepala”

“Jadi boleh la ni”

“Ye boleh!!”

Hakeem berikan kucupan di dahi Tahira dan dengan serta merta muka Tahira menjadi merah.. “Dah!!” Tahira menolak Hakeem yang memeluknya dari tadi.. “Saya nak pergi mandi”

“Mandi sama jom”

“Tak naklah.. saya mandi dulu baru awak mandi” Tahira terus ke bilik mandi tanpa mengambil dahulu baju yang ingin di pakai kerana ingin menyorok perasaan malunya..

Malu la tu.. malu tapi mahu… Hakeem tersenyum memandang pintu bilik mandi..

Tahira yang sudah mandi baru perasaan dia lupa mengambil baju untuk di pakai seperti selalu.. malunya nak keluar macam ni.. tak apa lah Hakeem bukan nampak pun.. Tahira keluar dengan hanya membalut badannya dengan tuala sahaja..

Hakeem yang duduk di tepi katil menunggu Tahira siap mandi agak terkejut.. di telan air luih berkali-kali untuk menahan nafsunya.. Pertama kali melihat Tahira berkemban dengan tuala sahaja..

“Awak!!!” penat Tahira memanggil Hakeem berkali-kali tapi tidak di sahut..

“Ha!!”

“Awak berangan apa!! Pergi mandi.. nanti dah Marghib tak siap mandi lagi”

“Ye” Hakeem ke bilik mandi untuk bersihkan dirinya pula.. nasib baiklah nak ke masjid sayang.. kalau tak saya ngaumm awak tadi..

_________________________________________________

Ala.. ala anak aku sorang ni.. nasib baiklah sorang, kalau tak memang aku lekuk dah kepala tu.. menyampah Kamariah merasa melihat Hakeem makan bersuap.. bukan tiada tangan tapi tergedik-gedik minta Tahira suapkan.. Tahira pun sama sejak berbaik dari bergaduh dulu Makin tergedik juga ikut perangai Hakeem.. terpengaruh dengan suami sendiri..

“awak comot..” Hakeem memandang Tahira semula.. Tahira lap tepi bibir Hakeem dengan tangan kirinya yang bersih.. “Dah awak”

Zulkifli pula senyum sahaja melihat anak dan menantunya.. baik sebegini daripada gaduh walaupun dirinya merasa geli dan menyampah untuk melihat.. “Dinda tak nak suap Kanda”

“Kanda jangan buang tebiat macam anaknda kanda”

Zulkifli sudah menduga jawapan yang di terima.. romantic dan jiwang mereka tidaklah sampai seperti Hakeem dan Tahira..

Setelah habis makan Tahira dan Hakeem sama-sama menonton TV di ruang rehat tingkat atas rumahnya.. mahu bersendirian bersama Tahira.. Hakeem pula asyik teringat akan badan Tahira yang dia lihat petang tadi.. berkali-kali menelan air liuh..

“Awak jom tidur.  Saya mengantuk la..”

“Ala… baru nak tengok cerita ni”

“Awak tengoklah.. saya pergi tidur!!” Hakeem bangun untuk masuk kebiliknya.. tangan Hakeem tiba-tiba di sambar oleh Tahira..

“Awak tunggu.. saya nak ikut..”

Hakeem berdiri setempat menunggu Tahira menutup TV dan juga lampu.. “Jom awak” Tangan Hakeem di pegang semula..

Baru sahaja di baringkan badan. Hakeem terus menghempap Tahira.. “Awak berat la..”

Hakeem berikan kucupan di bibir Tahira, serta merta muka Tahira menjadi merah menyala.. “Saya nak boleh”

“Nak apa!”

“Nak bersama awak”

"Ni dah sama" Tahira blur dengan permintaan Hakeem

"Nak seks" Terus terang Hakeem.. tahu sangat dengan Tahira ni.. kalau berkias nanti di fahamkan lain. macam tadi. terus terang senang.

“Awak kata nak tunggu honeymoon bulan depan” Muka Tahira sudah merah, jantungnya berdegup laju..

“Lama sangatlah awak.. tak boleh tunggu dah.. boleh ye”

“Ermm.. tapi awak.. saya takut la”

“Saya ada kan..”

“Tapi kalau Sa………..

Tidak sempat Tahira menghabiskan kata-katannya hakeem telah menyambar bibir Tahira dengan bibirnya.. “Tengok awak okay kan.. Izinkan boleh”

Tahira mengangguk kepala..

“Bismillahi Allahumma jannibnasy syaitana wa jannibisy syaitana ma razaktana” Hakeem terus mengoda Tahira. Setelah berkahwin selama 4 bulan baru ini rasmi mereka sebagai suami isteri..
_________________________________________________

Sakitnya nak jalan.. Tahira kembali duduk di katil.. di capai baju yang di campak di tepi katil semalam lalu di pakai.. Tiba-tiba Tahira teringat aksi dia bersama Hakeem semalam membuatkan mukanya merah kerana malu dan tersenyum sendiri.. Best walaupun sakit..

“Awak!!” Tahira mengoyangkan badan Hakeem yang masih tidur..

“Ha!!” Hakeem bangun tersentak.. “Ye.. dah subuh ke”

“Belum.. lambat lagi.. awak tolong saya.  Nak kencing tapi sakit la dekat bawah ni.. Tak boleh jalan”

“Sakit Mana!! Kaki!!” Terus bangun duduk Hakeem apabila Tahira cakap sakit..

“Tempat awak cucuk semalam.. Tolong awak.. cepat tak tahan dah ni” Tahira memegang kemaluannya yang hanya di tutupi baju yang di pakai..

“Ye!!” Hakeem terus bangun dan angkat Tahira ke tandas.. Di dudukkan Tahira di mangkuk tandas..

“Dah awak pergi Saya nak cucuh!!” Tahira menunduk kepalanya ke bawah.. malu tengok Hakeem yang tidak berpakaian..

“Saya boleh cibukkan awak!!” Hakeem masih berdiri di hadapan Tahira..

“Tak nak!! Saya boleh buat sendiri.. awak keluar.. ambikkan tuala untuk Saya.. saya nak mandi”

“Kita mandi sama ye!!” Tidak sempat Tahira membalas kata Hakeem.. Hakeem telah keluar dari tandas..

Tahira dengan pantas membuang air kecilnya.. malu dengan Hakeem kalau melihat atau dengar air mencurah keluar..

Sebaik sembayang di malam hari Tahira dan Hakeem dua-dua duduk di dapur.. Hakeem menolong Tahira masak untuk pagi ini.. Gara-gara bersama semalam Tahira terasa pedih dan sakit di celah kangkangnya.  Hakeem mahu Tahira duduk saja dan berikan arahan..

Tahira pula tengok Hakeem seperti orang biasa tahu semua barang di dapurnya.. seperti nampak semuanya dengan jelas di hadapan matanya..

“Awak.. nak tanya boleh”

“Apa awak..” Hakeem menoleh ke belakang seketika..

“Awak boleh nampak kan sebenarnya” Lama sudah sangsi tapi tidak terluah dengan kata-kata

Jantung Hakeem terus berdegup kencang.. terasa badannya ingin mengigil terkejut dengan soalan Tahira.. Takut kebenaran yang di ungkap Tahira Akan memikirkan dia menipu dengan sengaja..

“Boleh tak awak jujur dengan saya.. Saya rasa awak tak buta pun” Tahira curiga tapi alasan yang selalu di berikan oleh Hakeem semua masuk akal..

“Lepas siap ni saya cakap dengan awak!!” Hakeem merasa takut untuk beritahu kebenaran kepada Tahira.. takut Tahira memikirkan dirinya sengaja menipu.

“Kenapa tak sekarang.. cakap jela awak nampak ke tidak sebenarnya. Atau awak selama ni tipu saya”

Kata-kata Tahira lagi buatkan Hakeem lagi takut untuk bercakap benar tapi sampai bila perlu macam ni.. sampai bila mahu sembunyikan kebenaran pada Tahira “Saya tak pernah tipu awak”

“Tapi cara awak cakap macam awak sembunyikan sesuatu dari saya” Tahira bangun dari duduknya dan berdiri di sebelah Hakeem. Di lihat muka Hakeem yang tidak memandang dirinya langsung.. “Boleh tak awak bagitahu saya.. saya tak marah, Tak merajuk punya. Kalau awak nampak Alhamdullilah.. Saya happy untuk awak”

Hakeem terus memandang Tahira.. “Awak maafkan saya” menitis air mata Hakeem kerana sumbunyikan kebenaran pada Tahira.. tak sembunyikan pun tapi Tahira ni tak macam Thaqif dan Zaitun sekali tengok dah tahu dirinya ni tidak buta..

“Awak menangis kenapa.. jangan la nangis..” Hakeem memeluk Tahira bagi menenangkan hatinya. Di tepuk belakang Hakeem.. “Saya janji tak tanya lagi.. maafkan saya.. Saya percayakan awak”

Hakeem meleraikan pelukannya di pandang tepat ke mata Tahira.. “Saya betul-betul minta maaf.. maaf sebab Saya tak sebaik awak.. tak sesempurna awak.. Bukan niat saya nak tipu awak..”

“awak!  awak!! Api!!” di tolak Hakeem jauh dari api. Kelam kabut Tahira menadah air lalu di jirus ke atas api hingga terpadam..

“Awak tak apa kan!!” Tahira membelek badan Hakeem.. “Awak dekat sangat dengan api tadi”

“Saya okay.. terima kasih..” Hakeem baru ingin luahkan semua tapi api ni pengacau betul la.. sakit hati pula aku.. cis!!!

Lega Tahira apabila Hakeem berkata okay.. Tahira melihat balik dapur yang terbakar.. “awak letak kain ni dekat api kenapa!!”

“Lupa awak tak nampak” Tak sempat Hakeem nak cakap Tahira sudah cakap sendiri.. huss!!

“Tak boleh makan dah.. saya masak lain.  Awak duduk je” Tahira menarik kerusi dan menyuruh Hakeem duduk..

Hakeem menahan tangan Tahira “Tak perlu awak!.  Kita makan roti hari ni..”

“Saya rebus telur sekejap”

“Tak perlu..” Hakeem menarik Tahira dan mencapai roti dia atas meja.. “Kita makan roti kosong dalam bilik”

“Awak dapur tak kemas lagi”

“Nanti-nanti boleh kemas.. nak subuh dah..”

“Jangan la laju.. sakit laa. .”

Hakeem melihat Tahira “ingat tak sakit dah..”

“Dah kurang sikit.. awak tarik laju macam ni.. rasa sakit balik..”

Hakeem angkat Tahira tanpa bertanya.. “Sekarang tak sakit dah!! Nak pergi mana-mana panggil saya.. saya angkat awak”

Tahira tersenyum gembira.. di rangkul leher Hakeem bagi menampung badannya yang di angkat "Ermm... tapi awak.. makan roti kosong tak sedap"

"Saya buatkan milo.. saya hantar awak dulu ye"

Tahira mengangguk kepala.. kemudian di cium pipi Hakeem.. tak tahan tengok suami sendiri yang handsome romantic lagi.. macam yang selalu di impikan..

Dia goda kita pula.. kang buat lagi baru tahu..

Kamariah yang ke dapur selepas subuh terkejut melihat dapurnya…diaorang gaduh lagi ke. Sampai bakar dapur..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience